Monday, November 7, 2011

Mimpi?

dah lame tak update. malas sangat.haha. ;P

http://fc00.deviantart.net/fs70/f/2010/233/9/e/The_Sad_Dream_by_Co_al_pe.jpg

topik.
kita selalu bermimpi.
tapi aku pelik
kenapa aku mimpi dua orang makhluk ni

dan ianya menyakitkan otak

mimpi pertama
ala2 macam kene sindir ngan one of them

mimpi kedua
satu penipuan yang dilakukan oleh seseorang

oh my.
tak suka mimpi-mimpi yang melekat kat otak ni. benci sangat.


Wednesday, October 5, 2011

teringat masa dimalukan~~

bila bukak FB, terpandang gambar seorang rakan. gambar perkahwinan abang dia. dan secara automatik ternampak seorang wanita. siapa dia wanita itu? jeng jeng jeng

bukan awek aku, bukan orang yang aku minat, bukan kakak yang terpisah bertahun-tahun...

tapi dia ialah ibu kepada kawan aku. ceh! motip minat same orang tua?
adoi la. stop la berspekulasi tanpa baca sampai abeh eh! jangan la jadi macam sesetengah orang ittew, suka bergosip dan buat cerita ceriti dongeng... ooopppss!!!

perempuan tu ialah guru aku masa sekolah rendah. aku ingat lagi muka dia. sangat2 ingat. suara dia pun aku rasa aku leh ingat lagi. (aiyo!!! jangan speku aku ade skendel ngan dia okeh!!!)

ape kaitan ngan tajuk entry kali ni? hehehe

masa skolah rendah, aku bukanlah pelajar favourite. lembab, sengal. ada kat kelas yang sedang2 je.
dalam pada tu, satu masa nama aku ntah macam mana terpilih untuk satu pertandingan membaca jawi peringkat daerah. standard la, masa sekolah rendah kan. kire vogue abeh la pertandingan tu.

masa tu aku bersama-sama beberapa calon lain. tapis punye tapis, nama aku dapat la jugak masuk jadi wakil skolah. so, sblm pertandingan, mesti la ade latihan kan? kan! kan!

aku still ingat lagi cara cikgu ni latih aku. aku di suruh dok sorang2 kat bilik ape tah. disuruh bace suratkhabar jawi. ada satu tajuk tu, aku mmg aku tak tau nak sebut ape. (jangan pertikai, ustaz tatau bace jawi!!! ni citer skolah rendah ok!)

lepas tu, aku pon gi la dekat dia, tanya, "ustazah, ni nak sebut ape eh?" aku tanya dalam nada yang sangat takot, suara slow gile babi. babi pon mesti terkejut mendengar suara aku yang slow tu.

dan apa aku dapat?
"APA LA AWAK NI, BENDA MACAM NI PON AWAK TAK BOLEH NAK BACA. MACAM MANA AWAK DAPAT MASUK? TU SEBUTNYE DIDEDAH!!! DAH! PEGI SANA BACA. TU PON SUSAH!."

nak menitik air mata aku. salahke aku bertanya? dah la kecik lagi. ish!

bila tiba hari pertandingan, aku dapat artikel yang ada tulis huruf wau bertitik. adei la. mane la penah aku jumpe benda ni. masa diberi 5 minit untuk setiap peserta baca tapi aku berdiri kaku atas pentas selama 3 minit terdiam. la. rupanya dia nak kata UNIVERSITI. aku faham benda tu lepas aku baca artikel tu 2-3 kali. dan bile dah dapat, maka lancarlah pembacaan aku. alam masa 2 minit, aku habeskan bacaan tu. sayang kan. aku kalah. sikit je lagi markah nak dapat tempat ke 3.

kes kedua dengan dia jugak.

ntah nape, nama aku salu je naik untuk pertandingan agama ni. haih! kali ni hafazan lak. adui la. tensen. so, aku pon disuruh menghafal surah amenda tah.
kene lagi ngan ustazah tu. adui.

bile tibe masa kene tasmi' (semakan) aku baca gagap. leh dia halau aku.

DAH. AWAK PEGI SANA. HAFAL JAUH SIKIT DARI SAYA. :(

hina gila aku ni kat mata dia. padahal laki dia satu felda ngan abah aku. maybe sbb aku miskin kot. yelah. dia kaya. laki dia pegawai felda. bapak aku peneroka je. yang paling aku sedih bile dia layan kawan2 aku yg lain elok je. cakap lembut. salah baca, dia kata takpe, latih lagi. malu kan?

untuk pertandingan ni, sbb aku sedar aku mmg tak layak dan juga disebabkan layanan yg tak setimpal ni, maka di hari pertandingan, pagi2 sebelum bertolak, aku cakap kat kawan aku,
aku tak nak pegi, aku soh dia je ganti aku. (sbb kawan aku ni cikgu tu sayang) n aku gi perhimpunan macam biasa. nekad tak? tapi aku ada maruah. walaupun aku kecik lagi, tapi jangan la layan aku macam aku datang dari kalangan hamba abdi.

dan hari ni, bile aku nampak muka dia, takda lain, aku menyampah sangat2. meskipun muka dia ada iras2 arwah mak aku, tapi aku benci sangat ngan dia. dan sbb tu aku tak heran sangat bile anak2 dia pon ala2 tak se alim dia. menantu pon elok je time kawen bukak2. tu aku tamo citer banyak la pasal tu. sbb aku pon takde la baik mane.haha

Thursday, September 8, 2011

sejarah?

kita menilai sejarah berdasarkan daripada pelbagai aspek, bukan hanya berdasarkan satu sumber sahaja. kerana kita tidak berada dalam cerita sejarah itu tetapi kita di sini untuk menilainya dan mewujudkan pendapat yang berbeza.
kita tidak berada di zaman penjajah. kita tak berada di zaman komunis merayap. kita tak berada di zaman Jepun menggila. apa yang datang pada kita hanyalah bahan bacaan. kita tidak menyelami perasaan orang yang ada di zaman tersebut.
kita tak tahu kenapa ada orang Melayu yang sertai komunis. kita cuma tahu komunis tu fahaman takde agama. dan kita terus judge mereka yang sertai komunis tu tak ingat Tuhan. kita tahu bahawa komunis tu bintang tiga, curi makanan, sembelih orang yang tak berdosa atau tak ikot perintah dia.
kita tak tahu kenapa ada orang Melayu yang sertai Jepun. kita cuma tahu, Jepun pada masa tu kejam, sembelih orang Malaya. nak hasil bumi dan nak tubuhkan Asia Raya. kita hanya tau banyak kekejaman Jepun pada orang Melayu, kisah pembinaan landasan keretapi maut, minum air sabun, panjat pokok kelapa.
kita tahu dan pura-pura tak tahu kenapa orang Melayu sertai British. kita tahu orang bulu jagung tu datang Tanah Melayu untuk ambil hasil bumi. kita tahu orang bulu Jagung tu tinggalkan benih-benih haram dia pada penduduk pribumi. kita tahu mereka meninggalkan budaya-budaya mereka dalam masyarakat kita dan akhirnya budaya kita terkikis sedikit demi sedikit.
hingga akhirnya kita terpaksa merayu kemerdekaan daripada mereka. sedangkan ini hak milik kita. kenapa kita perlu minta merdeka dari mereka? sedangkan mereka merampas dari kita. kenapa tidak kita rampas dari mereka?
dan kemudiannya, kita menghina sendiri bangsa kita yang menjadi talibarut Jepun, yang menjadi talibarut Komunis. tapi sebab mereka menyertai Jepun dan Komunis tak pernah kita nak ambil endah.
setiap manusia punya kelemahan. dan setiap manusia punya kelebihan. kau lantang berkata tentang sejarah tetapi tanpa sedar kita sendiri yang tidak pernah menilai sejarah. dan akhirnya tanpa sedar, kita mengulang kembali sejarah dan membiarkan diri kita terjajah.

Tuesday, August 9, 2011

12:32 10-08-2011

kadang-kadang rasa macam nak luah je semua kat sini

Thursday, August 4, 2011

manusia poyo

ramai orang galak membincangkan tentang hukum-hukum agama,
sedangkan dia sekadar merujuk satu buku sahaja dan bukan al-Quran

ramai orang baca doa dalam Bahasa Arab panjang berjela
usahkan faham, tajwid pun lintang pukang

ramai yang galak menghakimi tentang sah atau pun tidak
tapi sampai sudah tak tahu beza antara NIAT dengan LAFAZ NIAT

Wednesday, August 3, 2011

kenapa...

masihkah orang masih terus mengata?
apa la faedah yang mereka dapat?
kepuasan?

~~ tak berminat nak dengki n kacau orang

Thursday, July 21, 2011

entah la... haha

entah apa la masalah
sakit hati bertambah parah
semua di haruk mencari salah

entah apa yang tak kena
semuanya nampak ketawa
dalam hati masam mencuka

entah apa la silapnya
jadi manusia akal tiada
membiarkan syaitan mula ketawa

entah apa la diri ini
sering saja perasan sendiri
padahal dah biasa makan cili
tapi terlupa pedas tu rasa di jari

entah apa la saya
merepek tak sudah lepas tu ketawa
sampai mengalir si air mata


entah-entah..........................................................






















gila


Wednesday, July 20, 2011

Senyumlah

اللهم سلط عليه كلباً من كلابك

Saturday, July 2, 2011

Dirly - Tak Ingin Dilupakan



aku bagaikan ada di saat yang terindah
menjadi bagian kisah terhempas dari cinta
tersiksa cintamu yang tlah dinikmati orang lain
menjadi bagian tawa dan cemuh oh semua orang

dengarlah lagu dari orang yang tak mau putus asa
dengarlah lagu dari orang yang tak ingin dilupakan

menepis hari yang sedih
membuatku lupa akan arti harga diri
caci makilah atau kau buatku tersenyum
tuk hadapi kenyataan

angkat kepala yang tertunduk malu terasa berat
lawan sendiri arus kemenangan orang lain

dengarlah lagu dari orang yang tak mau putus asa
dengarlah lagu dari orang yang tak ingin dilupakan

menepis hari yang sedih
membuatku lupa akan arti harga diri
caci makilah atau kau buatku tersenyum
tuk hadapi kenyataan

menepis hari yang sedih
bagaikan berdiri di tepi jurang batinku
doronglah aku atau kau raih tangan ini
tuk hadapi kenyataan

Wednesday, June 22, 2011

jangan la sibuk hal orang lain :)

aih... salam
lame tak bukak blog n update
ingatkan nak update pasal percutian ke Beijing...
tapi tak terbukak-bukak

nnti kalau dah free btol2 saya akan buka

erm... berkenaan tajuk di atas
ada la sorang ni dok sibuk nak kepoh n cucuk-cucuk
ntah ape2...

citer pasal solat hajat...
kalau ikut dalam buku pengurusan, Bulan September akan dibuat solat hajat
tapi entah apa masalahnye, dah ada orang ekcoh, nape tak buat solat hajat
nape tak wat Qiamullail...

ait? solat hajat yang tu, rasanya setiap akhir bulan hari Jumaat akan dibuat...
n benda tu dibuat kat surau
takkan nak buat kat dataran pulak

dan lagi yang lepas tak dapat buat sebab exam, pastu cuti panjang... naik sekolah belum sampai date lagi...
takkan la masa cuti tu nak panggil budak buat...

pasal program usrah tu, mmg la diakui tak dapat dilaksanakan lagi
tapi akan dibuat...
cuma masa je tak dapat lagi
sebab saya bukan sehebat mana...

tapi yang masalahnya orang yang mencucuk ni
saya tak kacau awak pon ok...
benda dah lepas tu mmg dah lepas
saya takda nak dendam sangat pon
tapi takyah la nak kecoh pasal benda yang takde dalam program tahunan

maafkan saya ye...
saya tak hebat pun
saya orang biasa je...
cuma jangan la kacau saya macam tu
saya buat kerja saya... awak buat kerja awak...
saya rasa benda tu tak susah...

kadang-kadang saya teringin nak isi borang...
saya sayang student saya...

Saturday, May 28, 2011

kalau dah taknak, takyah la banyak bunyi

haram
kalao dah tak nak buat tu, takyah la cakap zaman ko dah lepas semua
rasanya kalo ko blah terus camtu lagi bagus dari kuarkan statement macam tu
dari aku hormat ko, terus ilang respect...
blah terus la eh

Friday, May 27, 2011

Bengang gila...

aku memang tak kesah tido kat kem ok
tapi aku bengang bila orang tanya ape perjalanan program semua
dah la ntah sape-sape lantik aku
aku dah tanya apa tugas aku
tapi jawab main-main
dengan maklumat semua takda
skop tugasan takda

pastu yang atas tau nak salahkan aku
katenye as kem komandan aku kene tau benda-benda tu...
macam saja nak tunjukkan aku cam takleh buat keje
hello
ko tau ke bidang tugas ko?
aku tiba-tiba kene bagi tazkirah,

n latest ni tiba-tiba nak lagu apa semua
kalau cakap awal, boleh la ready jugak
dengan gambar pulak kene amik
n laptop aku rupenye pulak kene guna time persembahan

aku takda nak berkira
tapi susah sangat ke nak bagitau awal-awal
aku leh prepare awal,

seriously mmg aku tak kesah sangat
bile camni nanti
ada la yang cakap-cakap belakang
konon aku tak nak bagi kerjasama

tiba-tiba aku rasa aku kenal sangat dah perangai sorang-sorang
muka sadur dengan plastik

dan aku mmg bengang bile orang bertanya kat aku
seolah-olah selama ni aku tak pernah bercamping
eh...
nak perkecilkan orang agak2 la
orang yang kau sanjung sangat tu bukan bagus sangat pon
kene gigit nyamuk pon citer banyak...

Wednesday, May 25, 2011

sandarkan kesalahan pada orang lain... ish ish

bila perangai sebenar semakin ketara
kemangkukkan makin jelas

pandai carik salah orang
tapi akhirnya salah sendiri orang tak yah cari
sendiri yang tunjuk bodoh...

pastu mengadakan benda yang tak ada
membuatkan saksi yang ada terpinga-pinga

kawan sekeliling back up macam mana pun
orang tetap akan nampak salah tu...
sebab sendiri yang menayang salah tu...

kita tak sempurna mana
terima jela hakikat kita tak mampu
dan memerlukan orang lain untuk membantu

Monday, May 23, 2011

sorry, lambat wish...

sorry mista
gua tertido beb
ngantok gile baban...
hahaha

selamat hari lahir :P

Thursday, May 19, 2011

saya bukanlah baik sangat pun...huhu

saya bukanlah seorang yang pemurah
dan itu yang saya kerap nyatakan pada anak murid saya
meskipun nama saya bermaksud Hamba Allah Yang Maha Pemurah
tapi saya kedekut

cumanya saya taknak orang-orang yang saya sayang kesusahan
dan saya akan cuba bantu sebaik mungkin

orang pertama baru nak memulakan semula kehidupan selepas mengalami kejatuhan dalam hidup dia. alhamdulillah dia tak patah semangat dan sanggup bermula semula dari bawah...
malam ni belanje dia makan lagi... kalo dah seharian cuma makan roti 2 keping, ape kejadahnye kan...

yang sorang ni tersepit secara tak sengaja... berlaku secara tak sengaja... kawan menghilang, dan ada hutang... tak banyak pun...

saya membantu sekadar termampu
saya tak kesah sangat pasal duit
bukan sebab saya kaya, saya pun kadang2 ada masa sempit
saya tak kaya, tak mampu nak bagi banyak

cuma saya harapkan
apabila saya dalam kesempitan,
saya akan diberi Allah jalan yang mudah untuk melepaskan diri dari kesempitan
saya bukanlah seorang yang baik
tapi saya sayang orang lain
dan saya tak nak tengok orang lain susah, sedih dan murung

Thursday, May 12, 2011

adeh la... adakah saya terlalu cute semasa bersedih? sakit ati?

adeh la...
saya tau saya ni cakap lepas kadang-kadang
dan kebanyakkan apa yang saya cakap tu sebenarnye lebih kepada gurauan...
dan bila orang tersentap, kecik ati,

saya akan rasa bersalah, sedih,
saya tak suka buat orang kecik ati
saya tak suka tengok orang sedih kerana dianiaya saya

tapi bila difikirkan
adakah mereka suka melihat saya rasa bersalah?
adakah mereka suka lihat saya bersedih

adakah saya tidak ada hak untuk bergurau
adakah saya tidak ada hak untuk ketawa

apakah hanya muram, sedih, duka tu yang paling sesuai untuk saya?
choyyyyyyyyyyyy

Tuesday, May 10, 2011

lukisan kebosanan di kala meeting

kalau bosan ape korang buat? time meeting, biasa kalo da busan, aku akan melukis... tapi un8'''''''''''eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

ini ialah gambar berturutan kat tepi buku catatan...

dan ending dia tido...

ni pulak ala-ala ahli gusti

bile dah busan, mata macam nampak matahari terbenam...
apa yang diperkatakan bagai di angin lalu

ini pula ialah satu scene yang seolah-olah menggambar katun kecik lawan besar...
agak2 apa maknanya?


mood sedang bersiar-siar di taman...ewahhh

dan aku cukup suke lukis bunga camni....huhuhu
dan ade la katun-katun ant tu...miahahaha
sekian saja untuk hari ini... :P

jom edit gambar ^^

lukisan ni dibuat semasa aku tengah bosan ngan meeting yang panjang berjela...
of coz la yang itam putih tu...
yang kuning ialah selepas diwarnakan...
aaaaaaaaaa.... gua mmg fail pasal mewarna neh T_T


hehehe...gigih tak :P



Monday, May 9, 2011

sedang berjiwangan? hahaha

ade seseorang yang gigih datang berjumpa semata-mata nak bagi hadiah besday...
dah la 1st time jumpa...
pehtu kasik present

bertambah lagi dua teddy bear...
mati la katil tak muat...

sangat terharu...

walaupun hari tersebut dah 10 hari besday berlalu
tapi dah orang nak kasik, nak wat cemane kan

meskipun 7 May tu agak busy
tapi sanggup lak dia tunggu aku abeh keje
pehtu bawak ke CS...
otw, dia kasik adiah tu
makan jap kat Seoul Garden
dan merayap kat Leisure Mall...
haha

mungkin satu masa, saya sudah hilang kepentingan dalam diri seseorang
satu masa saya membuang masa untuk pergi kepada seseorang

tapi kini bila ada yang menghargai
kenapa tak beri peluang kan?

Saturday, April 30, 2011

Ucapan tak terduga dari anak murid di SMTSM

ni la ucapannya... ingat lagi dorang dengan aku yang tah hape-hape ni

بسم الله الرحمن الرحيم

Ustaz
Amman Kasmin , Selamat hari ulang tahun kelahiran! Dengan ucapan doa ikhlas Semoga dikurniakan iman yang sempurna, mencapai apa yang dihajatkan, umur yang bermanafaat, jodoh yang membahagiakan, hidup yang dirahmati di dunia dan akhirat. Amin Ya Rabbal 'Alamin

Your Tolerance,
Your Caring,
Your Patience,
Your Integrity,
MASYA ALLAH!...

Like a burning candle,
You light the mind,
You inspiring me to be a better person,
enriching the lives and futures,
by the sharing of your time,
For your patience and caring,
Kind words and sharing,
I just want to say,
Even any number of money can't afford to pay you,
Only Allah can reward you in life and hereafter,
Thank You a Ustaz !

Happy Belated Birthday My Dear Ustaz .
ALLAH selamatkan ustaz ,ALLAH ustaz ,ALLAH selamatkan ustaz, ALLAH selamatkan Ustaz Amman Kasmin, Allah Selamatkan Ustaz. Was-Salamua'laikum Warahmatullah Hiwabarakatuh. Barakallah.

Happy Birthday To Me

seperti tulisan-tulisan April sebelum ni, ianya memberikan satu tamparan dan igauan ngeri dalam hidup aku :) ntah la... dah nasib badan

pada 27 April 2011, aku sambut birthday aku yang ke 27... dah tua dah...
soalan cepumas yang akan hadir pada usia-usia ni ialah... T_T bile nak tawen... aiyarkkk... tolon tolon... mati la den...

aku jarang sambut birthday... ade la sesekali tu... tapi bukan la macam orang lain... siap ada majlis... kawan-kawan gigih buatkan cupcake bagai... comel la... ade pun sambut dulu masa tadika... tu pon dia sekaliguskan semua yang ada dalam bulan April...hahaha

cerita masa sambut birthday
alkisahnye, ade yang tau aku frust menonggeng pertengahan April... tapinya aku still lagi mengharap pada malam tersebut, dia akan call untuk wish birthday...

tapi sayang... ade lak orang lain call dari kol 11.55 sampai 12.15...
dan dialah orang pertama yang wish... tapi aku tak la dapat nak citer banyak, terpaksa mintak stop, pehtu meleleh-leleh la air mata seorang makhluk gembeng ni...

dan dalam lebih kurang beberapa minit lepas tamat sesi Azean Irdawaty, mata pon da rela nak tido bengkak-bengkak tu, tibe-tibe phone berbunyi...

telefon berbunyi ring ring... ku angkat ku tanya siapa... telefon berbunyi ring ring ring... ku dengar ku dengar suara...


motip nyanyi lagu mase darjah 1... T_T

selepas dari tu bile tengok nama, hati sebak... call pun dia...
tapi sayang bile aku start je bukak mulut, mula la datang syahdu...
tah ape dia cakap aku pon tak baper jelas...
cume yg pasti dia kata dia tido, n terbangun... bile try call takleh... mesti la tak bleh ye kawan-kawan... ade orang da amik laluan awal...

oh la la... dia wish birthday dan bla-bla... dan selamat tido

dan aku rasa, lepas dari tu, dia reply 2 sms aku
dan kemudiannya, bermulalah episod baru dalam idup aku... :)
dan aku kene terima kenyataan, dia bukan untuk aku :) sedih? mmg la...
kene terima jugak, sebab aku tau, kalau aku nak rebut semula, aku takkan berjaya... :) biarlah dia dengan hidup dia bersama orang baru...


ni ialah hadiah yang aku dapat


ni dengan kotak bekas Teddy Bear ^^


dan dalam pada tu ade sorang kawan dah awal2 lagi bagi hadiah...
Pierre Cardin (Wallet n Belt)
time kaseh ye encik houdini ... nak nangis mase dapat tu...huhu...

n then ade satu lagi yang membuatkan aku sangat-sangat terharu...
2 Crystal Girls 2010... u all mmg superb... saya sangat terharu ngan kamu semua...

tapi sayang macam tahun lepas, time tu kamera takde nak merakamkan gambar kek...

Last year chocolate cake dari secret recipe + tie...
dis year Chocolate cake jugak dari Golden Oven + Teddy Bear yang sangat best dipeluk...

nak nangis ok... dan bile kene bagi ucapan, sebenarnye air mata nak gugur lagi, tapi cepat-cepat cover... :P

girls, i harap u all semua dapat A semua dalam PMR n then i wajibkan u all dapat A dalam subjek yang i penah ajar... oh god...

juga kepada Nazrel n Zafri... thanks untuk serombong ngan air twister... :P

dan terima kasih juga pada semua mereka yang wish saya kat wall FB either AMMAN KASMIN or ABDUL RAHMAN KASMIN... thanks sebab ingat atau wish birthay saya... :)

juga yang wish sambil nyanyi kat dalam bilik guru
yang nyanyikan dalam kelas...
dan juga mereka yang wish by handphone
dan semua pelajar yang wish birthday meskipun ketika sukantara berlangsung...

untuk setiap kesedihan yang aku lalui dari awal bulan sampai ke saat tersebut, air mata yang gugur pada hari tersebut amat bermakna sebab dalam ramai yang meminggirkan diri aku,
masih lagi ada insan yang ingat kat aku...

saya sayang kamu semua...

itu saja catatan hari lahir 2011 yang memberi seribu erti pada aku...
untuk belajar menilai mereka yang ada bersama saya...

catatan: masa umur saya 13 tahun, saya menyambut hari lahir saya dengan sebungkus makanan ringan dan juga air kotak satu... ianya saya share ngan kawan saya yang kebetulan belum tidur masa tu... dan mereka makan tanpa tahu bahawa hari tu adalah birthday saya... :)

Friday, April 29, 2011

Kerana Rindu Ini

lagu lagi...
lagu ni... lame dah
tatau bile aku penah dengar
n aku penah hafal
dan arini

terjumpe balik...
maybe dedulu aku tak paham kot ape isi dia...
tapi hari ni dengar dan menghayati...huhu




Musim-musim berlalu
Ku masih menantimu
Walau lama terpisah
Tiada khabar berita
Kau tetap jua di hati ini bertakhta

Ku ingin melupakan
Pahitnya pengalaman
Tetapi hati ini amat degil sekali
Wajahmu jua yang datang menghampiri

Semenjak terjadinya perselisihan
Engkau pergi tanpa sepatahpun perkataan
Kerana bimbang diri hilangmu tak kucari
Sekalipun aku merinduimu tiap hari

Bila pemergianku tak kau peduli
Sangkaku kau senangi perpisahan ini
Kerana harga diri ku tak bertanya lagi
Sekalipun kau tetap ku sayangi

Kerana rindu ini
Sombongku terketepi
Mengatasi segala ialah cinta kita
Terpelihara dengan restu Yang Esa

yeahhhhhhhhhhhhh

Tuesday, April 26, 2011

Sayang Padaku :)

eh... sape sayang padaku tu? hehehe
takdelah... ini ialah lagu tema bagi slot drama Dilema Wanita di TV1... dedulu la... mase tiap kali intro slot tu, mesti aku n akak akan dengar dengan teliti... sedapnye lagu... sambil2 tu dengar suara siapa yang nyanyi... kekadang macam Waheeda kekadang macam Rozita Izlin...

dan semalam aku berjaya jumpe lagu tu... huwaaaaaaa... lirik mmg meletop ok... melalak lagi....

jom dengar...
From Kiai Kanjeng - Sayang Padaku



ni lirik dia...

Duka derita duka laraku didunia
Tidaklah aku sesali juga tak akan aku tangisi
Sesal kita apapun yang kurasakan dalam hidupku
Semoga tak membuatku kehilangan jernih jiwaku

Andaikan dunia mengusir aku dari buminya
Tak akan aku merintih juga tak akan aku mengemis
Ketidak adilan yang ditimpakan oleh manusia
Bukanlah alasan bagiku untuk membalasnya

Asalkan kerna itu
Tuhan menjadi sayang padaku
Segala kehendak-Nya
Menjadi syurga bagi cintaku

Bukanlah apa kata manusia yang ku ikuti
Tetapi pandangan Allah tuhanku yang kutakuti
Ada tiadaku semata-mata milik-Nya jua


erm... really touching....
jom nangis

erk... itu sangat menjengkelkan...

sebenarnye aku nak cakap pasal benda lain...hahaha

ni camni kesahnye
aku biasa jadi orang last kat skolah
so akan tutup la pintu bilik guru

tapi hari ni aku tercepat keluar
so, sorang akak kate ada sorang mamat ni lambat
then, dia soh mesej la bitau mamat tu amik kunci sbb da lambat kan

bile aku mesej, dia reply, kata takde kunci

aku cakap le, kat office ade,
aku dah balik ne...

tau ape dia reply...
eh... aku pon dah balik...
kambeng tak?
padehal akak tu tadi dah kate dia ade lagi...
ape la salah ko amik kunci tu n then kunci jap

adei la...
nak tak nak terpaksa la aku patah balik n then do da usual thing
n when Miza ask me, is it im da last person?

then i told her,
miza miza... even if im not da last, still i have to be da last...

bengong kan?

dan untuk kebelakangan ni, mmg aku kekadang agak bengang ngan mamat tu...
anak murid jagaan aku mmg bermasalah
n kalau dah tau ade masalah, tegur or denda ikut ko la
tapi masalahnye, seolah olah benda tu masalah besar...
ade masalah, tulis jela kat buku rekod...
sampai masa, dapat la hukuman dia

perlu ke everytime ko jumpe aku ko nak cakap benda sama...
bebudak len ade gak masalah, tapinye bile aku da geram baru la aku bitau story kat guru kelas dia n amik tindakan...

bile benda sama diulang-ulang, mau jelak ok...
n pliss stop doing dat nonsense akak lushah word in bilik guru
dats really annoying...
bukan tiap2 pagi we ols nak hadap gurauan berbentuk harassment tu ye...
dats ridiculous...

tata...

menipu? hehe

dalam dunia yang terlalu maju ni, ramai penipu yang wujud...
kadang-kadang mereka yang terlalu jujur akan terus teraniaya
tapi bukan semua yang tak jujur
dan tak semua yang jujur...

macam ade sorang member ni
bile dia kenal aku, dia kata aku terlalu sosial,
berjumpa orang tu orang ni...
ntah sape-sape aku jumpe...
n then dari anak mata dia seolah-olah macam aku ni seorang yang always
menggedik, jahat la senang citer...hahaha

n dia kata dia seorang yang pendiam, pemalu,
tak bercampur ngan orang...

tapi bile tiba-tiba dia add aku kat FB
secara automatik dapatlah tau cara dia macam mana

eleh... poyo konon baik, tak buat itu tak buat ini
padehal same aje...
anyway... prfffffffffftttttttt...!!!!

Friday, April 22, 2011

kenapa sekarang saya tidur awal?

dulu,
sebab saya tidur lambat supaya kalau ada orang terbangun, saya akan berbicara dengan dia

sekarang saya tidur awal sebab
tak perlu lagi saya tunggu
ada orang lain yang boleh diharapkan

sekarang saya tidur awal sebab
saya taknak menangis sepi kalam malam
biarlah saya simpan air mata tu

tapi kadang-kadang saya masih lagi menangis
kenapa saya menangis jugak?
sebab saya taknak esok saya bersedih
saya benci orang tengok muka saya bersedih
saya benci menangis bile berbual dengan orang

mungkin sbb saya sensitif sangat
saya bukan keras hati
saya mudah terasa...

ade ke orang nak berbual dengan saya?
:)
saya harap orang terus meluahkan masalah dan kekusutan mereka
saya harap orang terus memberikan harapan pada saya
supaya hidup saya tak terlalu sunyi...

terasa kehilangan

tiba-tiba aku rasa kehilangan teman berbual
apa anda akan rasa bila anda sedang berbual dengan seseorang kemudian dia hilang
dan terus senyap sampai esok...mungkin lusa

semakin hari semakin hilang...
orang yang terbiasa kita ajak borak, diam...

rasa sangat sedih...
tak suka rasa macam ni...

berkawan bukan bermakna memiliki
bercinta bukan bermakna memiliki
bercinta itu milik hati
bagi hati-hati yang mengerti

saya tetap akan sediakan diri saya sebagai teman berbual anda
sebagai tempat anda mencurahkan kebosanan anda
dan sampai masa, bila saya tak diperlukan
saya akan akur bahawa saya perlu jauhkan diri

saya sayang anda semua...
kerana anda semua berada dalam hati saya
:)

saya sangat rindukan awak...
meskipun saya hampir pasti, saya tak lagi terlalu dirindui :)

Wednesday, April 20, 2011

saya hormat encik sebagai seorang bapa :)

beberapa hari lepas, ada menaiki satu teksi yang dipandu oleh seorang lelaki yang berusia hampir 50++...
dia ni nampak la muda tapi gaya cam orang muda...

sepanjang jalan dia sibuk bercerita pasal anak dia itu ini...
katenye kesian kat anak dia sampai nangis-nangis tak dapat jawab homework dia...
then kesian banyak kerja rumah untuk anak-anak dia...
siap katenye dalam mesyuarat PIBG, ada mintak supaya homework dikurangkan...
kemudian dia mmg hangin ngan cikgu yang pukul budak umur 7 tahun...

kirenye kerjaya guru ni banyak la dia kutuk...

aku tak kesah pasal budk umur 7 tahun tu sbb dia mungkin betul bersalah n tindakan tu melampau...

yg aku heran pasal homework tu...
aku tak berape nak paham la kehendak dia as seorang bapa or penjaga...
bila kerja rumah diberi, dia kata banyak sangat keje rumah ade
kalau tak diberi, dia akan kata, cikgu ko tak ngajor ke kat sekolah...
adei la pacik... cemane nak kate tu

n then membuat aku tertanya-tanya pasal tuition yang kebanyakkan pelajar pergi...
adakah kelas tuition tu benar-benar membantu?
sebab kebanyakkan kelas tuition yang ada lebih banyak menyediakan latihan sahaja...
latih tubi latih tubi latih tubi...
so apa bezanya ngan latihan yang diberi guru?

sesetengah ibu bapa kata anak-anak terbeban dengan kerja rumah
abeh yang antor anak tuition tu agaknye cikgu ke yang suggest anak dia gi?

dalam masa pacik tadi terus membebel, otak aku ligat ke lain...
taknak la berhujah jugak kat situ...
n bile dia nampak aku ala-ala diam je... dia pun twist topic ala2 nak puji cikgu...
pulaknye...

tak kesah la pacik... hahhaa
yang penting, saya akan teruskan juga profesion ini dengan sebaik mungkin

Tuesday, April 19, 2011

adeh la... menjengkelkan bleh....

ok... kenapa tu?
takde kaitan ngan post sebelum2 ni ok

ni ialah berkenaan ngan sorang makhluk yang status dia X...
dia ni zaman tok kadok punye scandal mendel...hahaha

tengah-tengah syok layan lagu Permata Biru bye ella,



tibe-tibe dia tegur balik semula kat YM...
ala-ala nak berbaik semula... adei... gua tak hadap same lu beb...hahaha
tapi disebabkan kebaikkan dan kesopanan kita sebagai rakyat Malaysia, maka dia dilayan jugak la kan...
siap approve semula kat FB...
then tibe-tibe nak post ala2 jeles ngan kawan-lawan kat FB

ape kes? motip sangat nak jeles-jeles...
untung la orang nak terima balik as kawan...
kesudahannya, malas nak layan kat YM
n then ada harapan, beberapa masa lagi, dia akan dihijabkan pandangan daripada isi facebook aku...

hahaha... sbb?
mampos kawan-kawan aku semua dia lahar tak tentu pasal...ekekeke

ha... dedulu poyo... menipu tak agak-agak...
sekarang ni amik la hang...

gi balik kampung hang, carik la pakwe lain yg sekufu dan sepenipu ko ye...
tatatataaaa

Monday, April 18, 2011

sekolah ganti T_T

aaaaaaaa....
aku tak paham kenape kene ganti skolah...
dah cuti, cuti jela...huwaaaa

dah elok plan nak gi KL 22hb, kene tangguh gi ari sabtu
sbb aku tak pasan sabtu tu kene skolah... bengong tak...

dan yang beshnye, 30hb April adalah hari Sabtu rupenye skolah ganti gak...
means patotnye cuti Sabtu, Ahad n Isnin sbb Ahad adalah 1 May... so, ala cuti macam tak cuti...

naseb bek la enche ash soh gi Singapore mase 1 May... kalau janji ngan dia 30 April, tak ke haru... T_T




aaaaaaaa...
semoga besday saya lagi 8 hari saya dapat Teddy Bear besar, n hadiah yang besh2... :P
tapi sape nak kasik lagi kat org tua cam saya :(

huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

saya ok? ye ^^

tadi mengajar subjek masalah dalam rumahtangga, pasal cerai, edah, rujuk...
adeh la... agak sukar bagi seorang guru mengajar subjek yang dia sendiri tak alami lagi... gua bujang lagi beb...

agak merah2 padam jugak la muka... tapi ade aku kesah
tetap jugak la aku teruskan mengajar...
sbb tu kan tanggungjawab

oh ye...
berkenaan dengan kondisi yang kurang menarik berlaku beberapa hari lepas, aku dah bertambah ok... dah boleh sms, chat n gelak-gelak...
call je tak lagi... hehe...
lagipon sbb selalunya yang call dia, bukan aku...
ade gak la aku call...
tapi sekarang ni cam berat je nak call sbb citer panjang cket dia akan bagi ending klise iaitu, ok ye, nnti i text or call u later... hehe...
teruk tak perangai aku... hehehe... hamek balasan kat aku jugak...hahaha

ade kawan kata, cepatnye aku recover dari masalah tu...
ape jawapan aku?
sbb aku rasa aku kene kembali normal dengan cepat
sbb aku ada kerjaya yang aku kene fokus... kalau aku terus menangis melalak, adakah dia akan kembali? takde pon... dah dia decide macam tu kan...hehehe
so, jalan terbaik adalah kembali menjadi normal... macam masa single tu...hehe
btw sbb bteween aku n dia takde la declare ape-ape yg rasmi
kalau cakap pun orang tak paham watpe... :P

dan ya... sekarang ni aku dah ok, gembira ngan hidup aku...
sbb kalau takde episod camni, maybe hari-hari aku membuta jela...
atleast ade minggu ketawa, ade minggu sedey...
jangan ada minggu minum racun tikus sudah...hahahha

dan semalam aku terjumpe blog yang citer pasal dia...
erk... alamak...
tetibe aku terpikir, adakah aku lebey kurang psycho cam mamat penulis blog tu?
Ya Allah, takutnye... jangan ah...

disebabkan aku tak suke untuk bersaing... even aku penah cakap,
kalau aku bercinta ngan somebody n then orang tu ada orang lain nak...
aku rela lepaskan kalau couple aku tu same suka kat orang lain...
sbb? aku tak suka bersaing...
bukan sbb aku dayus, lembik or what...

aku malas nak fikir banyak n serabut sangat...

time kaseh kerana mengajar saya erti cinta... frust menonggeng dan akhirnye aku kembali happy... aku tak perlu sangat nak jaga hati orang... (kalau la dia bitau awal2, takyah la aku tolak orang lain kan kan...)

dan saya akan teruskan berkawan ngan semua orang
sebab saya tau saya akan sedaya upaya menjadi seorang teman bual yang baik untuk anda
sebab bile menjadi kawan, saya rasa saya tak akan kehilangan semua sekali...
sekurang-kurangnya saya tau ada orang masih sayang pada saya
even berlimit... tapi bile da kumpul2 banyak, ramai la jugak kan...
disayangi dan menyayangi satu perkara yang hebat yang terbaik berlaku di dunia
i love all of u
thanks my dear friend ^^

راشد الماجد و يارا - الموعد



يـا حبيبـة مـا نسيـت مـوعـدي الضـايـع مـعـك
وأسمعينـي لـو دقيقـة مثـل مــا كـنـت أسمـعـك
أسمعي عـذري و بعدهـا سـوي اللـي تشتهيـن
و أعتـرف لـك يـا غـلاي إنـي غلطـان وحزيـن
و أسـمـحـي لـــي أحـكــي فـيــه الـلــي حـصــل
وخففي عني العتاب .. يمكن في عذري جواب

كنـت فـي موعـد لقانـا جالسـه بــس أنتـظـر
و أحتريتك وما حضرت وكنت أدور لك عذر
وصـرت أرجـف و أشعـر بحـسـرة و خــوف
حسـرة إنـك مـا وفيـت وخوفـي إنـك التهيـت
بــــس تــــدري .. يالله احــكـــي واسـمــعــك
عندهـا يمـكـن ألاقــي عــذر مـنـك و أفهـمـك

أنا جيتك يالحبيبة قبل موعدنا بدقايق
و كنـت منتظـره و كـان الـجـو رايــق
رحــــت أســولــف عـــــن شـجــونــي
و عــــــن أحـاسـيــســي و ظــنــونــي
وقـــلــــت لــــــــك أنــــــــي أحــــبــــك
يـــالـــلـــي مــالــيـــتـــن عـــيـــونــــي
كــل هــذا كــان فـــي لـحـظـة غـفـيـت
وفــجــاءه مـــــن نــومـــي صـحــيــت
و مالقيتك يالحبيبة !

آه منـك وش أقــول
أفرح بحلمك معـاي
ولا أزعل في ذهول
ولا تبيني ما أنفعـل
خلني أصدق وش تقول


صدقيني ذي الحقيقه
الكـذب لا مـا أطيـقـه



أنت تدري كيف أحبك
و أنتي ما أقدر أسيبك
لكن الغيـره فـي قلبـي
ضيعت فكري و دربي

يالله ننسى اللي حصل
و نجعـل الدنيـا أمــل
و نفرح ببكره سوا

Sunday, April 17, 2011

Tolong

ya Rabbi...
lepaskan aku dari semua kesakitan yang datang
meski ku tahu hadir hikmah untuk dugaan yang datang
tapi tak mampu untuk berdiri sendiri lagi
bila semua yang dulu di sisi seakan pergi
hati ini seakan ingin mati
dugaan ini sakit sekali

April ini tak seindah mimpi
tak seperti tahun lalu yang berwarna warni
ia suram seperti membenci
mengapa ini yang terjadi

Ya Rabbi
berilah kembali kekuatan ini
hati tak mampu untuk bertahan lagi
dengarkan tangisan hati ini

Ya Rabbi
mengapa sengsara seperti ini yang menghampiri
kenapa ia memainkan hati

Ya Rabbi
teguhkan kembali jiwa ini
bersama hati yang dulu ku ketepi
tak sanggup lagi berdepan hari
dengan jiwa mati disarungi jasad palsu
yang tersenyum untuk semua
tapi menyindir untuk diri sendiri

cinta itu indah... ke?

cinta itu indah pada yang sedang bergembira
dan cinta itu menyakitkan pada yang menerima derita akibat cinta
bodohnye aku

Saturday, April 16, 2011

ape la aku ni

bile bace balik tulisan-tulisan aku kat bawah ni jadi macam kelakar lak
ntah hape-hape...
kekadang merapu
kekadang serius...

kadang tu macam tak caye benda tu aku tulis
aih... boleh lak jiwang-jiwang tahap roti cecah kari ayam...ekekeke

geli pon ada..
nak delete
tapi rasa sayang plak
haha

Kawan :)

ini saya ambil dari Hafizi Ridzuan... meskipun da banyak kali gak bace benda ni, tapi jarang nak amik port... dia soh sebarkan, tapi pada saya, elok share sahaja ye... menarik untuk dibaca...

Seminit Mengenali Kawan

Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya Perkara yang anda tak perasan atau saja tak perasaan.... ...

1. Sekurang-kurangnya Ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang walaupun dia tidak menyukai anda.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8. Anda seorang yang istimewa dan unik.

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin

anda yang meminggirkan mereka.

12... Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan

sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi

sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci & cela.

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

15... Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya. Hantarlah pesanan ini kepada orang yang anda tidak akan lupa dan hantarkan juga kepada orang yang menghantar pesanan ini. Ini adalahpesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya. Kalau anda tidak menghantar pesanan ini, bermakna anda sudah melupakan kawan-kawan anda. Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik.


Adakah anda tahu hubungan antara 2 biji mata anda ??

Mereka berkedip bersama..... ......,

Bergerak bersama..... ......,

Menangis bersama....... ......,

Melihat bersama dan......... ....,

Tidur bersama...... .....

Meskipun mereka tidak pernah melihat antara satu sama lain.......

PERSAHABATAN seharusnya seperti itu......... ....

Kehidupan akan berasa KOSONG tanpa KAWAN ............ .


best kan? ^^

wishing on a star :(



I'm wishing on a star
To follow where you are
I'm wishing on a dream
To follow what it means
And I wish on all the rainbows that I see
I wish on all the people who really dream

I'm wishing on a star
To follow where you are

aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

bila diri cuma sekadar persinggahan...

semalam 15hb April 2011
rasa kecewa yang amat sangat
bile orang yang kita sedang cuba untuk kenal
rupenye sedang diintai orang lain
dan dia membiarkan intaian itu menjadi satu yang bermakna
cemburu, sakit ati, sedih, marah, rindu semua ada

kesilapan sendiri jugak
sebab aku pernah terlepas cakap aku tak nak komitmen
huhu... tapi tak sangka dalam masa yang singkat, ade pulak orang lain datang

cuba untuk faham dia
cuba untuk tak cemburu
cuba untuk bersikap setia

meskipun ada berjumpa dengan orang lain
dan orang lain tu nak mengendeng
tapi dalam setiap tindakan yang dibuat

sentiasa akan teringat kat dia
marah ke dia

kadang-kadang terasa sayang, cinta yang dinyatakan tu sekadar satu simpati
sedangkan apa yang disampaikan pada dia, satu yang datang dari hati

kenapa nak memberikan harapan sedangkan dia sendiri seolah-olah dah membuat keputusan bahawa kami takkan bersama

ungkapan tak mahukan komitmen tu dah mula diruntuhkan sedikit demi sedikit
untuk memberikan laluan kepada dia

sejujurnya, pada awal perkenalan, memang aku tak ada rasa suka pada dia
aku cuma anggap dia sekadar kawan,
tapi bila hari demi hari dia tetap ada memberikan harapan,
semua tembok yang ada runtuh satu demi satu

dan bila laluan itu semakin mudah
tiba-tiba yang datang bukannya bahagia
tapi yang pasti semuanya bencana

dan sebenarnya kebelakangan ni, makin susah nak berborak,
makin susah nak bersms, call
ya... mungkin betul busy, or...

dan semalam, pelik jugak kenapa la dia sanggup tunggu 'kawan' dia yang nak ajak dinner...
dari petang, sekitar jam 6 menjejak ke pukul 10... sanggup tunggu...
alasannye dia seorang penyabar
status kat FB menjelaskan semuanya...
patut la sanggup tunggu

memang la aku lemau...
lambat sangat tangkap kepelikkan tu

yeah... mungkin sbb saya kurang urban berbanding awak
mungkin saya ni out of date berbanding awak
dan mungkin awak malu mengenali siapa saya

thanks atas janji-janji awak tu
dan saya tau kita takde declare apa-apa
dan tak ada apa-apa yang putus antara kita

selepas ni mungkin kita akan seperti biasa,
berbual, sms, dan lain-lain

tapi mungkin, saya tak mampu untuk menjadi semesra seperti biasa
mungkin juga saya perlu untuk terus berpura-pura gembira
biar semua yang jadi hari ini
menjadi pengajaran pada saya untuk memberikan cinta pada orang...
atau juga menilai apakah cinta itu benar milik saya
atau cuma sekadar satu persinggahan yang menyakitkan...

Monday, April 11, 2011

Bawalah Daku Bersamamu

aiceceh... sangat berjiwangan karats sangat... abeh kene kutuk kaw2 same chegu2 BM T_T
ade pon tiadalah niat saya untuk berjiwangan tapi amatlah berkenan ngan tajuk tu...
ape? bawak lari rumah?
eh... meskipun tajuknye sedemikian, tiadalah saya bermaksud menggalakkan kes anak-anak dara mahupun anak teruna yang merelakan diri mereka di bawa lari bersama pasangan tak sah hubungannya itu...

adapun tiba-tiba saya suka dengan tajuk ini sebab ada beberapa lagu yang membawa maksud sama... dan lagu yg terhasil dari tajuk ni adalah best... jom layan...

pertama dari artis Malaysia iaitu Kak Yan atau name glamer dia Azean Irdawaty...
dia ialah seorang pelakon yang hebat di Malaysia, namun tak ramai menyedari dia mempunyai satu lagu yang sedap di dengar... terkenal dengan ayat "Lihatlah Dunia" sewaktu menerima trofi pelakon Wanita Terbaik... ayuh tanpa berlengah, kita dengarkan lagu "Bawalah Daku Bersamamu"



yang kedua ialah daripada Fadel Shaker n Yara - Akhedni Ma3ak... syioknye tengok video dia... berlari-lari berdua kat kawasan berumput hijau... suara dorang toksah citer... mengalir air mata dengan pujukan dan rayuan... (jiwang tak abeh :P)




abeh dah? ni plak daripada Serge Devant feat Emma Hewitt - Take Me With You... mari menari... ^^



seterusnya daripada Kak Nita - Bawalah Daku Pergi... amik wuduk kasik ...eh... jangan gosip kat sini a...hahahaha... layannnnnn



bawalah daku pergiiiiiiiii... dari gelisah ini... :( jangan jangan... biarkan saja saya sendirian... hahaha

seterusnya dari Rainie Yang yang sangat comel...huwaaaaaaaa



next dari lagu Bobby Pulido - llévame contigo... sweet jugak ^^



dari cerita kartun
Mermaid Melody - Portami Con Te
kene click kat title tu ye... org yg upload tu kedek sangat nak embed code dia...huhu

demikianlah tajuk bawalah daku bersamamu... best tak lagu-lagu dia...
erm... mood tak ok sangat sebenarnye... :(
tapi layan jugak la lagu-lagu ne... ^^
tata



dan ini ialah cadangan dari seorang pengkomen iaitu budak sinchan

tapi ni pon takde embed code dia :nangis:

Jamal Abdillah - Ke mana Ku bawa hati Yang Rindu....

click jela ye

Tuesday, April 5, 2011

Yang pergi tetap pergi

hari ahad, jam 13.08, Mak angkat, (sometime call her mama) telefon dari Hospital... katenye abah kat wad ICU...tenat... aku dah menggelabah puyuh... just cakap kat mak, insha allah semua akan ok... dengar la mak macam menangis... kesiannye mak :(

tanye kat kak murni agak2 kalau mintak cuti, bleh dapat tak? sbb ni lebih pada family angkat... dia soh try ...

then 30 minit kemudian, mak sms kate abah dah meninggal... terhenti semua pergerakan, ati terus berkecamuk... esok keje, abah meninggal :(

call haji, tak angkat... call cik kamil, dia suruh cuti la 2-3 hari...then dengan segera aku call abah kat kluang... cakap benda ni... dia soh amik bas ke kluang n then dari sane kami gerak ke Perak...

erm... aku sms kat syukri, kalau lambat sangat, biar la kebumikan dulu...
rupenye dia pun tak sempat tgk...
dalam kol 1.am, kami sampai...

abah n adik tido umah akak, aku tido umah arwah abah angkat bersama yang lain... sedih la tgk adik angkat aku umur 13 sampai la 2 thn...

untuk makluman, ayah angkat aku berusia 38 tahun semasa dia meninggal dan umur mak angkat 34 tahun... (sebaya dengan adik - panggilan untuk akak aku)

punca kematian? huh...doktor tak tau sakit ape...

misteri? yeap... sebenarnye malas la nak citer pasal benda ni... sebab kadang-kadang orang percaya kadang orang perlekeh... lagipun sbb family aku dah memang biasa kene benda macam ni...

dan kes abah angkat aku ni ialah hasad dengki adik beradik sendiri :(
dan aku memang terasa rapat sangat dengan keluarga ni sebab abah angkat ni seorang yang sangat peramah... semua orang suka dengan dia sebab dia ni memang ringan mulut... kalau ade dia, mmg meriah la tempat tu...

dan seperti yang kita sedia maklum, orang baik memang cepat je Allah akan panggil berjumpa denganNya...

semoga Allah merahmati Mohammad Daud...
ayah angkat saya...
yang saya kenal pada tahun 2006
yang membantu saya ketika saya sedang melaksanakan latihan perguruan

Allahyarham :)

Friday, April 1, 2011

semoga minggu itu pergi bersama kedukaan :)

erm... bestnye brcuti... ade sesape yang tak setuju?
selepas melalui hari-hari yang menyakitkan hati sepanjang minggu lepas,
tibalah hari Sabtu... untuk bercuti...

sepanjang minggu lepas, beberapa kes yang menyakitkan datang...
yah... kadang-kadang kita tak sedar tindakan kita akan membuatkan orang sakit hati, terasa...
dan kita tak tau tindakan kita tu kurang ajar

tapi bila kita berada dalam situasi sukar, kita kadangkala bertindak di luar sedar...
mungkin nada suara dan mimik muka kita menyebabkan orang fikir kita ni sombong, kurang ajar dan sebagainya...

dan disebabkan sekali kesilapan yang berlaku itu, kita terus di cop...
sedangkan selama ni kita menjaga hati orang, kita sendiri makan hati,
tapi kita tetap menjaga hati mereka...

itulah kadang-kala sikap kita sebagai manusia...
kita tak terlepas dari kesilapan
tapi dalam masa yang sama kita perlukan pembelaan

tapi siapalah saya...
sekadar orang biasa :)

dan itulah yang menyebabkan saya tak mahu bertindak keterlaluan
saya mengaku kesilapan saya dan saya minta maaf...

dan biarlah apa yang akan terjadi kemudian hari
saya akan tetap berdiri dan menjalankan tugas saya

kita tak mahu bermusuh, tapi bila ditentukan itu yang terjadi
kita berusaha untuk menjernihkannya...
dan Allah jua yang menentukan apa yang berlaku hari esok...

saya bukan manusia sempurna
anda tidak sempurna
semua orang tidak sempurna
kita bukan maksum
kita akan melakukan kesilapan dan kesilapan itu mengajar kita untuk bersedia
menghadapi manusia yang pelbagai

rambut sama hitam
hati manusia lain-lain...

Tuesday, March 29, 2011

biarlah

bila orang tak suka, ape yang kita buat serba tak kena
salah akan dicari
tapi...

biarlah... semalam menangis
semalam down gila babi
hari ni tak lagi

semalam aku rasa risau
hari ni aku dah tak kesah

biarlah,
aku salah dan aku minta maaf
aku salah dan aku mengaku kesilapan

mungkin orang pandang hina
sebab orang akan nampak salah tu

menjolok sarang tebuan
tapi jangan lupa yang jolok tu manusia
sebisa mana pun tebuan, manusia tetap berebutkan madunya
10 orang mati kerana tebuan
tapi ribuan tebuan akan mati kerana seorang manusia

aku bukan tebuan...

sukati hang la nak buat apa.
aku menyesal sebab aku menangis semalam.
sukati ko la nak...
aku malas nak layan...

the show must go on
hidup perlu diteruskan

Friday, March 25, 2011

sedihnye :(



apa perasaan anda bila anda dah beriya-iya buat sesuatu, kemudian benda tu takleh pakai...

huwaaaaaaaaaa... sangat tertekan... pagi tadi ok je benda alah tu bersuara bagai
tiba-tiba masa majlis leh plak takde suara...

aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


merajuk :(

Ke Makam Bonda



Kami mengunjungi pusara bonda
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili bonda

Tegak kami di makam sepi
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi

Dalam kenangan kami melihat
Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap

Bibir bonda bersih lesu
Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini kurasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi

Nisan batu kami tegakkan
Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkan

Senyum kemboja mengantar kami
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabadian
Insan kerdil mengadap Tuhan

Begitu bakti kami berikan
Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan
Kemuncak murni kemuliaan insan

suddenly nak dengar lagu ni... mak... rindu sangat :(

Wednesday, March 23, 2011

lukisan yang telah saye warnekan ^^


lukisan ni adalah dari sketch book sekitar tahun 2008... kemudian di scan dan seterusnye diwarnakan gune photoshop... erm... tak geti la nak mewarna...

ni selepas di warnakan

Photobucket

lepas diwarnakan, baru pasan benda ni jadik macam pecah2 T_T... bile amateur buat kije mmg camtu...

dan sekarang? takde masa nak menyonteng camni... buku sketch pon tatau kat mane...
tapi kalo kat buku tulis hok meeting tu mmg banyak contengan... siap ade taman-taman, fairy... hehehehe... cume nak scan takde mase... :P konon2 busy la...miahahahaa

Monday, March 21, 2011

merayap di Mersing...huhu






cuti sekolah yang lepas, merayaplah aku ke serata tempat yang boleh aku sampai...
tapi yang nak diceritakan ialah percutian ngan family la... ngan abah n akak...

takdela plan betul-betul sangat pun... tiba-tiba je... tengah masak-masak kat dapur, terus cakap kat akak (actually panggil dia adik)...
amman: dik, ajak abah mandi laut kat Mersing yom...
adik: ko bitau la kat abah... T_T

amman: abah, sok gi mersing yok... mandi laut...
abah: okeh...

eh? sonang pulak ye dia mengiyakan...ekeke... so, ok la... maka esok paginye dengan gigih, kitorang pon merayap ke Mersing... dengan satu impian nak mandi kat pantai Teluk Gorek...

sampai-sampai kat sane, tengok kawasan tu mmg tak ramai orang datang... facility yang ade cumalah sebuah tandas... ok la kot...

abah tamo mandi dan menjadi penunggu kereta... maka aku ngan adik dok merayap ke ujung pantai... nak mandi tak besh la plak sbb ujan rintik2... tapi pasir mmg halus... pas amik2 gambar kat batu2 situ, kitorang pon blah... tgk muke abah ala2 kelaparan dan dia pura tanye takde kedai makan ke... so kitorang pon decide nak gi sebelah sane cket... sbb cam ade bangunan... sebelum tu basuh kaki dulu... elok je masuk dalam toilet.... Ya Rabbi, bau dia.... dengan kepala paip patah, bilik air tu mmg kotor yang amat... air pon takde... so basuh la kaki ngan mineral water...

then kitorang gi la kat bangunan2 tu... rupenye tempat orang berkem motivasi segale... ade la 1 stall burger... boleh la... beli burger 3 n air tin... adei la...

then kitorang gi la kat Tanjung Resang... tah resang ke rasang... yang penting bukan ransang... T_T

kat situ pon bangunan ade tapi mmg tak sesuai untuk mandi... sbb? pantai agak kotor dan najis lembu bersepahan... terbantut la niat kitorang nak amik gmbr2...

next kitorang main redah je drive hala ke Endau-Rompin...
sepanjang perjalanan, banyak la tempat untuk mancing... dan ternampak sign board Selera Udang Galah... nyum nyum... dan kitorang akan makan kat situ on the way nak balik...

perjalanan diteruskan ke Pantai Pasir Lanun... kat sini ade la jeti yg cantik dan tempat orang turunkan ikan... jengah2 kejap kat Pantai Penyabung, then hentam sata sorang 2 ketul... nak makan ikan bakar tapi tutup la plak... maka kitorang pon patah balik untuk memecahkan kebuntuan perut lapar di Selera Udang Galah...



untuk makan 3 orang
hidangan:
Udang Galah (1/2 kilo), Siput Gonggong (tak ingat timbangan), Telur Dadar dan Sayur Campur + Nasi Putih 3
air limau suam, teh o limau n teh O...

semuanya RM66 sahaja... berbaloi la jugak sebab benda fresh, goreng on da spot dan kita boleh pilih nak masak macam mane... udang tu either nak masak sambal, tomyam atau goreng saje... ikut suka la... alhamdulillah...
pehtu singgah la solat kat memane... dalam perjalanan tu baru terperasan bahawa kem yang dibuat kat Mersing untuk pelajar Form 5 tahun lepas depan kubur T_T

gendang gendut tali kecapi, bile kenyang perut, kita pun suka la hati...

perjalanan diteruskan ke Tanjung Leman... ni pon tak plan...
main redah je... rupenye jauh @@~~

dan sampai je sane, kitorang pon terus terjun kat laut... kereta da park kat tepi la... takkan masuk laut sekali..hehehe... abah? tamo gak gi tu... pening katenye tgk ombak... :(
risau la... abaikan benda2 buruk ni... tak elok...

pas mandi, kitorang pon minum kat warung macik kerek tu... ala... nak meniaga, muke cemberut... ko ingat ko canteque sangat ke?

pas minum, kitorang blah... ingatkan nak lepak sehari kat chalet kat situ... rupenye 1 malam RM180 hingga RM450... mak aih... adepun lebih baik saye balik ke rumah kerana tidor kat umah lagi syiok...

dan saye melalui jalan dari Jemaluang ke Kahang... melalui Ladang Mados... uwaaaaa... terlenyek ular sawa... ... dan kawasan hutan sangat scary merry da morning glory... bile sampai kahang, baru la lega cket... kenderaan lain nak jumpe sejibik pon susah... seriyaw sangat

dan dalam kol 8, sampai la ke rumah... sampai2 je... kuarkan ikan kat freeze, masak nasik, solat, sambung masak ikan dan makan ^^

begitulah endingnye... dalam kol 10, semua da ready nak membongkang....
dan semuanya berdengkur dengan gembiranya...hahaha...

Senandung Dua - Rosiah Chik

Melirik, ah hai..
Menjeling, oh hoi..
Cantiknya Bunga Yang DiSunting
Berjanji Setia Di Hati

DiKelek, ah hai
DiKendong, oh hoi
DiTatang Intan Gunung Payung
Asyiknya Leka Bersenandung

Mata Masih Merenung
Yang Molek Hidung Mancung
Bercanda Bermesra
Pasangannya Orang Kedua
Pasti Murka Isterinya Yang Pertama
Lalu Pergi Meninggalkan Dirinya

Leka Berdayung Cinta
Yang DiJanji Menjadi Noda
Cinta Jadi Sengketa
Orang Kedua Entah Ke Mana

Yang DiBuru Tak.. Kesampaian hoi
Yang DiKendong Hai.. Bertaburan
Ke Sana, ah hai
Ke Mari, oh hoi
Kesalnya Tiada Terperi
Kasihan Aduh Kasihan

maaf ye... saye copypaste dari sini Lirik Lagu

tatau nyanyi? meh ikot kat link ni



kalau ade sesape yang berkenan same mamat dalam tu pon okeh...hahahaha
maybe lepas ni aku akan bergigihan ke kedai Speedy untuk mencari koleksi lagu Rosiah Chik... :P

Wednesday, March 16, 2011

aku dan lagu itu (ii)



Yeah! Oh yeah! Oh life! Oh life!

I'm afraid of the dark
Especially when I'm in a park
And there's no one else around,
Oh I get the shivers.
I don't want to see a ghost,
It's the sight that I fear most
I'd rather have a piece of toast
And watch the evening news.

Life, oh life! Oh life! Oh life! doo,
Doot doot dooo... Life, oh life! Oh life!
Oh life! doo doot doo

I'm a superstitious girl
I'm the worst in the world
Never walk under the ladders,
I keep a rabbit's tail.
I'll take you up on the dare,
Anytime, anywhere;
Name the place,
I'll be there,
Bungee jumping, I don't care!

life oh life...

So after all said and done
I know I'm not the only one
Life indeed can be fun,
If you really want to.
Sometimes living out your dreams,
Ain't as easy as it seems
You wanna fly around the world,
In a beautiful balloon.

Doo doot doo doot. Repeat
Oh, life, oh life! Repeat till fade


yeah... ni ialah sebahagian daripada cerita kehidupan... aku dengar lagu ni sejak dari sekolah rendah... so sweet moment :)

Tuesday, March 15, 2011

banner? hentam saje la labu

sebenarnye banner ni untuk board personal problem yang aku join kat forum.cari.com.my....

aku ni bukan la berbakat sangat... sangat la amateur katenye... tapi aku nak join gak...
sbb kalao 1 banner = 20 kredit, limit dia 5 penyertaan, so akan jadi = 10o... sape nak kasik hahaha...

dan inilah hasilnye ^^

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

dan sesungguhnye aku mmg fail bab pemilihan font dan juga warna...
tapi dah antor... tarikh tutup 20hb...

Sunday, March 13, 2011

jumpa orang dan saya... T_T

biasa jumpa orang kan... selalunye kalau jumpe orang, macam mane korang buat? tergedik-gedik macam kera makan cili? menyorokkan kepala dalam cengkerang? dan bagaimana pulak kalau jumpe orang yang korang suka?

kalau aku...
bile jumpa orang yang aku suka, atau dia menyenangkan hati...
biasanya secara automatik aku akan menjadi bersopan, baik, cakap sepatah-sepatah, nada suara berada pada kadar sederhana...

hehe...
aku penah kene sound ngan sorang akak kerani mase kat UM...
dia kata kalau aku bercakap ngan kawan-kawan, kecoh yang amat... pehtu bahasa kasar... tapi bile jumpa sorang ni, atau borak ngan dia, aku jadi bersopan, cakap pun slow, bincang-bincang pon macam malu-malu gedik... hahahhaa... apakah tandanya tu tuan-tuan dan puan-puan? sah-sah la aku minat or suka same dia...hehehe...

macam hari ni...
meskipun hati aku masih dilanda lagi rasa sedih ngan kes chenta sengal aku tu, tapi bila jumpa dia, aku yang kecoh dan pandai berpura-pura happy,
tiba-tiba jadi baik, banyak senyum, dan balas sebijik-sebijik...

aku suke? ye...
tapi macam biasa... suka tak terluah...
dan sebenarnya, hati aku masih lagi pada orang lain...ekekek
jiwang? mmg la aku jiwang...

Thursday, March 10, 2011

alahai kesahnye

maaf la ye... saye ni mmg kaki sebok aka kepoci...
saya suka tau ape jadi keliling saya...

erm... tadi ade orang bertekak rupenye...
kes salah faham je...

tapi benda tu jadi besar sebab sentap melampau
aku semakin tak faham kenapa jadi macam ni
sejak berjawatan yang up cket ni, macam semua benda nak disambar
hehe

sudah2 la... tumpukan pada keje sendiri, jangan sibuk keje orang lain selagi takde bantuan diminta
kalau willing nak tolong, silakan tapi dalam konteks jgn tambah susahkan orang len...

sebab setau aku la, bile orang tu sibuk pikir bukan-bukan, keje sendiri pun tertangguh...
bile dateline tibe, pemegang amanah akan warning, so takyah la nak menggelupur nak marah...
n kalau dah salah sendiri, jangan la babitkan orang lain ye...

kita bertanggungjawab atas apa yang ada pada kita...
(sebenarnye, aku terbakar ngan statement aku senirik... aku tak mampu melaksanakan amanah dengan baik...)

haih... sila bertabah ye rakan sekalian... insha allah, kalau kita betul,
allah akan mudahkan jalan ^^

ah bengong kala mengantok

erm... baru balik dari menonton Hikayat Merong Mahawangsa...
ok jela ceritanya... ade yang menarik ada yang pelik

zaman dedulu dah ada rupenye perkataan logik...
dan ada scene yang bleh je dipotong...

dan dalam kebosanan menonton sambil menguap,
otak saya lebih teringatkan anda...

teringat gambar anda memberi petanda orang tu pasangan anda
pujian anda pada dia...

terasa sangat sakit... walau dah berkurang, tapi still ade cket-cket lagi
bila saya call, dia tengah packing barang nak gi oversea
dan saya rasa elok saya letak phone awal-awal sebab suara dia kedengaran seperti tak mahu berbual dengan lebih baik seperti biasa...

saya cepat berprasangka... rakan sekeliling kakalu dorang tau, mesti dorang akan suruh tinggalkan atau lupakan

tapi, ntah la... biarlah hati ini

yeay ^^

alhamdulillah ^^
settle jugak Majlis Maulidurrasul...
kelam kabut? ye... aku memang kelam kabut...
dan aku takkan selesa selagi tak settle... :D

dan akhirnya... yippiiiiiiiiiiiiii

mekaseh semua...
mekaseh madihah untuk background yang anda buatkan ^^
mekaseh kaka dayah sbb belikan puding mangga... (ada lebey kan? kite nak makan sok T_T)
mekaseh kaka rashidah yang belikan goodies bag kaler same macam baju batik saya...
nanti kasik resit eh... sebelum haji leman tau jumlah sebenar kutipan, eloklah bagi resit...
mekaseh pada kaka murni yang begitu aktif mengutip duit sumbangan dari anak murid dia seraya mengurangkan kemurungan saya akibat kutipan yg agak slow... kelas saye pon tak laju camtu... uwaaaa... (walaupun ade yang macam kate tak tau pon kene kutip sumbangan... boleh gitu...pengsan sedar, pengsan sedar sebanyak 180 ratus kali...)
dan juga kepada kaka-kaka lain, kaka ida yang sedondon ngan kite arini ^^ (seriau tibe2), kaka zurai yang menenangkan hati yang gundah ngan lawak Belanda, Bzzzttt beliyaw, kaka liza yang cam biasa (ni orang kene rasuk pon dia bantai gelak... tah2 dia kene rasuk kot T_T )

dan juga habang2 (perasan muda) seperti enche nezhan yang kekadang vengong, sedik yg tolong bawakkan telur pindang (sian dia tak dapat makan telur pindang), sharizan yang masih bujang 3 cawangan (perlukah cubit babat beliyaw), enche suhaimi yg ala2... x_X, habang kamil yg voroi cam iols, enche amin dan tak lupe kepada haji Seleman yang suka... (selsema >> ayat cover) @@ kerana telah menyarankan ostad Hasanuddin sebagai penceramah hari ini... alhamdulillah, saye rasa syukur sangat.

dan pada hari ini juga, saya tidak lagi marah pada Hadri... sian dia... ala2 bersedey ngan lakonan saya yang konon hangin tahap api menjulang... len kali jgn buat lagi ok...

dan juga pada ustazah... maseh... next time, kasik ustazah handle pulak la...

dan juga pada Nurul Amirah Sarihi sebagai emcee... suara dah ok... cuma sebutan tu ada lagi slang2 macik felda... maklumlah, yg amik dia pun anak macik felda... dan juga Mohd Farhan Mohamadon tukang bace doa...

dan juga kepada semua penyumbang, pada semua pelajar yang menyumbang... terima kasih...
dan saya sangat terharu kerana ada pelajar yang gunakan duit poket sendiri untuk menyumbang... Ya Allah... saya sangat terharu... Allah jua yang membalasnye...

dan menanti seterusnya ialah Hari Anugerah Cemerlang... insha allah, saya akan bantu anda semua seperti anda membantu saya...

saya sayang kamu semua...
kesedihan saya sepanjang minggu ini sentiasa terubat dengan keletah anda semua...
benar kata lecturer saya, setiap kesakitan yang datang pada kita, akan ada nikmat yang menanti...

dan ye... malam tadi saya menangis semahunya kerana kebodohan saya
dan hari ini saya menangis kerana terharu dengan rakan-rakan guru yang menguatkan semangat untuk meneruskan perjalanan yang hanya terhenti bila mati...

Ya Rabbi, moga Allah memberi yang terbaik untuk mereka semua... :)

tata ^^

Wednesday, March 9, 2011

masih menanti

untuk satu penantian yang tak dihargai
saya tetap menanti
untuk kisah semalam, hari ini, esok dan...
mungkin selamanya...

di mana kita bertemu dan berbual
di mana kita saling mengenali
semasa saya ditinggal pergi
tanpa sepatah bicara

di sana saya masih menanti
meskipun saya tak tahu
apakah penantian ini dimengerti
apatah lagi dihargai...

Sunday, March 6, 2011

aku bukan maksum dan ade perasaan :)

hari ni ada sedikit kegeraman... mungkin orang yang baca akan kata, aku ni emo...
memang pon aku ni senang emo, dan apa yang aku luah kat blog ni pon, banyak benda yang aku tulis berdasarkan rasa emo tu...

before this, ade la tulis pasal ajakkan orang dan yang sewaktu dengannya... dan aku memang suke berjalan... so, takde hal la... cumanya aku tak suka menunggu lama... 30 minit tu ok lagi la beserta dengan alasan dan sms-sms untuk elak aku sakit hati... its ok bai

tapi hari ni, aku berdepan situasi sama, tapi aku melangkah meninggalkan dengan tenang diwajah, langkah lebih teratur... tidak tergesa-gesa, cuma hati sakit...

kes:
ade sorang mamat ni, beriya-iya la ajak gi Angsana... dari mase hari sekolah, sampai la kat FB dia remind, text pon ade... katenye kol 11... bagi tidak menghampakan permintaan orang, so, aku pon setuju...

dalam kol 1050, aku kuar dari asrama n naik cab gi sane... memang aku bajet akan sampai lewat sbb nak tunggu cab n bla-bla... dan kebetulan hari ni, cab senang lak dapat... dalam sekitar kol 11, aku dah sampai pon depan Angsana... dan dapat mesej dari mamat tu tanya aku kat mane... aku main-main kate baru kuar dari asrama... n for da next reply, aku cakap aku dah tiba...
sebab dalam otak aku, dia dah sampai la kan... sebab dia yang janji

n tibe-tibe dia kata dia OTW atau nama penuh dia On The Way... dia dalam bas... erm... dalam hati kata ait? ingatkan da sampai... so, takpelah... maybe dia lambat cket...

tiba sana, aku pon merayap tanpa hala tujuan... nak beli barang pon tak lagi sebab ikut cerita, lepas dari gi Angsana (Pameran Universiti) kitorang akan blah gi Persada... plan aku, nnti la kat UO Kotaraya tu shopping... nak belanje dia makan pon boleh...

memula beli paper metro... pastu naik atas beli Sundae Mango tu... yummy... sodap la plak...
makan n bace paper tu... lepak dekat kerusi sebelah The Body Shop... erm... lambat gak mamat ni... so, aku pon sms dia, tanye lambat lagi ke... takde reply, maybe jam kot... biarla... tpi tgk jam dah 11.30... dah 25 minit masa berlalu dan habuk pon tarak...

dalam kol 11.45, aku call... ait... tak angkat... ni saje nak pedajal ke ape... hati dah panas...
aku call sekali lagi, dah lame jugak la, baru angkat...

eh sorry-sorry, hantar akak... lambat sikit...
so aku pon kate OK... dan off
tapi dalam ati memang terbakar yang maha amat...
dan-dan lepas tu mesej masuk tulis

sabar ye. minta maaf sebab tak tepati masa...
ceh... aku terfikir, sepatutnye dalam kondisi ni, kalau aku yang terlambat, bleh la soh dia bersabar semua...
so, apakah tindakan saye kawan-kawan? seperti yang tuan-tuan sedia maklum, saya bertindak seperti di atas...

maka dengan penuh yakin dan rileks, aku gi ke UO, beli biskut 1 tin besar dan beberapa keperluan lain. lepas dari tu naik atas survey harga seluar... time ni dah kol 12... ade la dia call tapi for sure la malas nak angkat... ade mesej tanye kat mana... malas nak reply...

aku terus keluar dan amik coupon teksi dan berlalu meninggalkan Angsana... sepanjang perjalanan, handphone berbunyi ring ring ring, tapi naseb baik da silentkan... ade lebih 10 misscall tapi aku tetap tak jawab...

mesej masuk dan tetap tanya benda yang sama, takde rasa bersalah, tanya aku kat mana... mesej ni aku reply kata dah balik asrama...

no word sorry dari encik itu...just dia reply, OK... tu je sampai la malam ni...

1 jam, aku lepak kat situ, dengan takde la dia nak inform awal2 kate nak antar akak dia balik la ape la... kalau dia bagitau, bleh la aku makan ke, gi memane dengan lebih gembira...
bile tiba sane, macam aku pulak yang beriya-iya nak jumpa dia...

kawan-kawan dia aku rasa lebih menepati masa... dan aku expect dia pun sama la... dan sikap kawan-kawan dia ialah bile terlambat akan terus call... bodo2 pon akan sms bgtau lambat...
ni tak... ko ingat ko perdana menteri? ko ingat aku hadap sangat nak jumpa ko?

tau tak ko membuang masa aku 1 jam bodo camtu je sedangkan aku leh wat aktiviti lain yang lebih menggembirakan...

sebab tu la aku terus tulis status FB aku memang marah gila...
dan tiba-tiba ada status FB salah sorang kawan dia macam nak back up dia... so, ade aku kesah?
dan maaf banyak-banyak... nak terguris ke, nak kecik ati ke... kalau kene kat batang hidung sendiri, aku tak rasa orang akan gembira...

aku manusia, ade perasaan... aku akan baik dengan orang yang baik dengan aku, dan aku sangat suka untuk tolong orang, gembirakan orang.
dan terus terang, aku bukan orang yang terlalu penyabar dan baik hati. kadangkala aku akan bersikap kejam bila masa aku rasa teraniaya...

pengajaran pada aku dan pengajaran pada dia...
bukan semua orang akan faham aku
dan bukan semua kehendak orang aku akan ikut
dan bukan semua kehendak ko, akan dipenuhi...

Wednesday, March 2, 2011

Episod bengang: aku guru baru jugak la

aku pernah jugak buat skema ala-ala lepas soalan, n then jawapan.
dan itu sebab aku rasa senang buat macam tu. dan itu jugak jawapan aku masa Salisa jawab dulu

tapi masa buat soalan, aku rujuk betul-betul kat Salisa
boleh ke tidak buat macam ni
macam mana format soalan
sesuai tak soalannye
macam mana susunan

bukan semua main sedap buat soalan
n aku tanya kat Salisa tajuk mana yang boleh aku keluarkan sebab aku takut aku buat soalan untuk topik yang belum di ajar.

choi choi choi (walaupun che nezhan marah aku gune perkataan ni) :nangis:
ade aku kesah? :nangis:
saye nak grip leher enche nezhan... huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa <<< takde kaitan x_X
semoga ade lubang untuk saye muntah lagi T_T

Monday, February 28, 2011

betul ke sama?

cerita pasal orang yang sama, kadang2 ade orang beritahu pernah jumpa kita... macam mase blaja kat UPSI dulu, lecturer tu beriya-iya kata aku ni doktor sbb semalam dia baru lepas check kat klinik tu...
motip kalau aku doktor, dah watpe aku amik DPLI...hehhe

sebenarnye bukan benda tu nak dibincangkan... tapi lebih kepada satu topik yang aku rasakan aku perlu luahkan di sini sebab aku taknak menjelaskannya pada tuan punya badan. kenapa? entah la... kalau anda membaca dan anda tahu siapa dia, apa pandangan anda...

ada dua orang sahabat baik. sangat rapat. seorang muda dan seorang agak berusia. kedua-duanya jelita dan ada aura tersendiri.

tapi sayang... semakin hari demi hari, aku nampak, si muda ini semakin berbeza. aku tau setiap kita ni berbeza dan akan meniti usia tua...

semuanya bermula apabila ayat yang terkeluar dan aku terdengar, dulu akak macam awak la... bla-bla... erk...

dan hari demi hari, aku nampak gaya si muda ni semakin lama semakin hilang serinya... gaya tak sesuai dengan usia...

sama ke? sebenarnya tak sama... tapi disebabkan nak nampak sama, maka si muda semakin kelihatan macam makcik-makcik dan yg lebih dewasa, makin tambah seri...

bukan la aku menggalakkan supaya wanita berhias... tapi
pada aku dia seorang yang cantik... dia sepatutnya sama bertenaga macam rakan-rakan sebayanya, tak perlu ikut orang...

kalau gelap tak perlu jadi putih sebab ada cara yang gelap menjadi berseri
yang tak cantik tak perlu buat pembedahan untuk cantik kerana di satu sisi, kecantikkannya akan menyerlah
come on la... wake up girl... why so stress...
look at the mirror
and say

mirror mirror hanging on da wall
am i cute :P