sejarah?
kita
menilai sejarah berdasarkan daripada pelbagai aspek, bukan hanya
berdasarkan satu sumber sahaja. kerana kita tidak berada dalam cerita
sejarah itu tetapi kita di sini untuk menilainya dan mewujudkan pendapat
yang berbeza.
kita tidak berada di zaman penjajah. kita tak berada di zaman komunis merayap. kita tak berada di zaman Jepun menggila. apa yang datang pada kita hanyalah bahan bacaan. kita tidak menyelami perasaan orang yang ada di zaman tersebut.
kita tak tahu kenapa ada orang Melayu yang sertai komunis. kita cuma tahu komunis tu fahaman takde agama. dan kita terus judge mereka yang sertai komunis tu tak ingat Tuhan. kita tahu bahawa komunis tu bintang tiga, curi makanan, sembelih orang yang tak berdosa atau tak ikot perintah dia.
kita tak tahu kenapa ada orang Melayu yang sertai Jepun. kita cuma tahu, Jepun pada masa tu kejam, sembelih orang Malaya. nak hasil bumi dan nak tubuhkan Asia Raya. kita hanya tau banyak kekejaman Jepun pada orang Melayu, kisah pembinaan landasan keretapi maut, minum air sabun, panjat pokok kelapa.
kita tahu dan pura-pura tak tahu kenapa orang Melayu sertai British. kita tahu orang bulu jagung tu datang Tanah Melayu untuk ambil hasil bumi. kita tahu orang bulu Jagung tu tinggalkan benih-benih haram dia pada penduduk pribumi. kita tahu mereka meninggalkan budaya-budaya mereka dalam masyarakat kita dan akhirnya budaya kita terkikis sedikit demi sedikit.
hingga akhirnya kita terpaksa merayu kemerdekaan daripada mereka. sedangkan ini hak milik kita. kenapa kita perlu minta merdeka dari mereka? sedangkan mereka merampas dari kita. kenapa tidak kita rampas dari mereka?
dan kemudiannya, kita menghina sendiri bangsa kita yang menjadi talibarut Jepun, yang menjadi talibarut Komunis. tapi sebab mereka menyertai Jepun dan Komunis tak pernah kita nak ambil endah.
setiap manusia punya kelemahan. dan setiap manusia punya kelebihan. kau lantang berkata tentang sejarah tetapi tanpa sedar kita sendiri yang tidak pernah menilai sejarah. dan akhirnya tanpa sedar, kita mengulang kembali sejarah dan membiarkan diri kita terjajah.
very da sejarah..cm tu leh la ajar i sejarah..i kena ajar sejarah form 5!!! bencikkkk!!!
ReplyDelete