Tuesday, June 25, 2013

mengajar bertahun tapi...

mengajar bertahun tapi... nak key-in markah pun lambat
mengajar bertahun tapi... key-in markah pon suruh orang lain buat.
mengajar bertahun tapi... nak buat post mortem pon masih nak tanya orang
mengajar bertahun tapi... buat post mortem pon berterabur
mengajar bertahun tapi... TOV, ETR, AR, OTR pon masih takleh nak beza
mengajar bertahun tapi... kira bilangan A,B,C,D pelajar subjek sendiri nak suruh orang. tak sampai 100 pun
mengajar bertahun tapi... selalu merungut tak cukup masa. padehal dah tinggal 18-16-6 masa ngajar
mengajar bertahun tapi... sibuk ngan kerja orang lain, kerja sendiri merapu
mengajar bertahun tapi... takde langsung semangat kerjasama nak ngajar. asyik fikir senioriti
mengajar bertahun tapi... always fefeeling madam estate
mengajar bertahun tapi... bukannya nak membantu yang baru, tapi tunggu kesalahan
mengajar bertahun tapi... ego nak mampus. kene tegur ngan orang baru takleh terima.
mengajar bertahun tapi... setakat mengajar kat sekolah yang sama. taktau environment tempat lain
mengajar bertahun tapi...


kita kene sedar kerja kita sebagai guru. kalau jadi guru sekadar untuk dapat pencen masa tua nanti, jangan salahkan generasi masa depan sebagai yang menghancurkan. kerana kita yang mengelokkan acuan pemimpin masa depan. kalau kita sendiri menghancurkan mereka, jangan sekali-kali berbangga dengan diri sendiri kononnya mulia

Thursday, June 13, 2013

bercinta jangan sampai bawa petaka

apesal nak citer pasal cinta lak eh? entah la.
masa sekolah dulu, mmg ade je kes cintan cintun kat sekolah ni. ada cinta bahagia dan ada cinta yang membawa petaka.
cinta bawa bahagia ni, yelah, cinta ikut landasan syariat la. maknanya cinta yang kita laksana pas kawen. bunga-bunga cinta pon takde
cinta bawa petaka ni pulak, cinta yang tak nyabor, tak sempat nikah, tau-tau cinta dah berbuah masak ranum dan akhirnya buah jatuh sampai ujudkan satu lagi benih-benih cinta. gitu ayat :P

masa sekolah aku terbahagi dua fasa. satu sekolah ala-ala lanun, dan satu sekolah agama.
ni bukan nak citer pasal aku bercinta, tapi citer pasal orang lain bercinta. yela kan. i kan budak cimerlang, mane ade cintan cintun ni. buang karen la <--- br="" penipu="" sangat="">
masa kat sekolah ala-ala lanun ni, perangai pon tak la elok mana. tapi tengok la orang-orang bercinta bagai nak rak. surat tabur-tabur bedak bagai, sekali bukak macam serbuk antrax keluar. mmg bleh gugur jantung baca surat-surat tu. ayat puitis ya amat. A. Samad Said pon tersedak air suam kalau baca.
dan aku pon ade la minah ni nak bercinta katanya. form 2 bai. ape yang tau. orang nak, kita pon angguk. bukan wat ape pon, ngaku suke dah le. yeah, masa tu dapat la hadiah baju sehelai, tali pinggang, pen Parker sebatang. time tu hadiah macam tu cukup besar dan berharga. almaklumlah orang-orang miskin. (baju sekolah beli dari form 1-form 5 3 kali je. beli pon sbb kene pakai baju ijau)

dan cerita cinta bodoh tak sampai berapa bulan. sebab terkantol minah tu tengah dating dengan mamat lain. best tak? maka, alasan yang amat kukuh untuk putuskan hubungan. lega sangat-sangat. tak best rupenye bercinta ni. nak cakap ngan pompuan-pompuan lain semua tak boleh. i terkongkong!!!

tapi tu citer lama. dan alhamdulillah, aku masih jaga batas. takde la sampai nak produce cucu untuk cikgu-cikgu sekolah. gile!!!

masa sekolah agama, kes-kes cinta ni ada gak. tapi tak terlibat la (ini adalah sewiyus)
cuma jelak dengan perangai budak-budak form 4 n form 5 yang selalu sangat marah-marah junior bercinta bagai ape ni. kenapa aku jelak? kan ke tu bagus?
jelak la weh. sebab dia marah budak budak junior, dalam masa sama berutus surat dengan budak junior perempuan nak jadi abang angkat segala mak nenek. haih. cakap tak serupa bikin. geli kan?

bila aku masuk alam pekerjaan. aku melihat diri aku satu masa dulu. yang ada pada anak-anak murid aku. takde la yang spesigfik sangat macam aku tapi ade la sesetengah benda yang ada. misalnya macam bercinta. aku pelik bila mereka ni bercinta dan dimusuhi oleh rakan sekerja aku. eh dulu korang ade buat benda sama kan? jangan tipu. kecuali masa sekolah dulu ko memang tak cun/ensem tahap gaban. sbb time aku sekolah dulu, yang muke pecah tembok tu pon dapat surat antrax tu okeh!!!

cumanya pesan aku pada pelajar-pelajar ni, jagalah diri masing-masing. ingat!! kita dah belajar fitrah lelaki dan perempuan, aurat lelaki dan perempuan. jangan tergopoh gapah mencari yang haram. inshaAllah satu masa nanti kita akan dapat dengan cara yang halal. kan ke tu lebih baik. mudarat tu sentiasa ada.
tak dinafikan, kita ada rasa suka pada orang itu orang ini dalam usia remaja. itu adalah sesuatu yang normal. kalau takde perasaan, check kembali ibu bapa anda, mungkin salah seorang dari mereka itu ialah Cyborg.
rasa suka tu normal, tapi jadikan ianya satu motivasi untuk kita belajar. rasa suka tu kita ujudkan dengan mendekatkan diri dengan mereka yang kita suka seperti belajar bersama BERKUMPULAN dan dikawasan-kawasan terbuka. janganlah berpura-pura ikut sunnah Nabi yang berKHALWAT ye. Nabi berkhalwat sorang-sorang, dah ape motipnye kita nak berkhalwat berdua-duaan? kang tertangkap dalam keadaan basah, siapa yang malu? mereka dan keluarga mereka? tak. korang la. sape soh main air???!!!

masa sekolah, mungkin kita rasa orang tu cantik dan dialah pasangan kita hingga akhir hayat. tapi biasala. masa sekolah kan kita cuma nampak tu je depan mata. stok terhad. tu yang ada ala-ala bercinta Beauty n da Beast. Beastmaster pon ensem maaa... dah abeh belajar nanti, keluar ke dunia luar, barulah kita sedar kat luar tu bermacam-macam pilihan kita ada.

apa pon, nak bercinta, biarlah berpada. jangan sampai ia bawa malapetaka. muah!!!