semalam 15hb April 2011
rasa kecewa yang amat sangat
bile orang yang kita sedang cuba untuk kenal
rupenye sedang diintai orang lain
dan dia membiarkan intaian itu menjadi satu yang bermakna
cemburu, sakit ati, sedih, marah, rindu semua ada
kesilapan sendiri jugak
sebab aku pernah terlepas cakap aku tak nak komitmen
huhu... tapi tak sangka dalam masa yang singkat, ade pulak orang lain datang
cuba untuk faham dia
cuba untuk tak cemburu
cuba untuk bersikap setia
meskipun ada berjumpa dengan orang lain
dan orang lain tu nak mengendeng
tapi dalam setiap tindakan yang dibuat
sentiasa akan teringat kat dia
marah ke dia
kadang-kadang terasa sayang, cinta yang dinyatakan tu sekadar satu simpati
sedangkan apa yang disampaikan pada dia, satu yang datang dari hati
kenapa nak memberikan harapan sedangkan dia sendiri seolah-olah dah membuat keputusan bahawa kami takkan bersama
ungkapan tak mahukan komitmen tu dah mula diruntuhkan sedikit demi sedikit
untuk memberikan laluan kepada dia
sejujurnya, pada awal perkenalan, memang aku tak ada rasa suka pada dia
aku cuma anggap dia sekadar kawan,
tapi bila hari demi hari dia tetap ada memberikan harapan,
semua tembok yang ada runtuh satu demi satu
dan bila laluan itu semakin mudah
tiba-tiba yang datang bukannya bahagia
tapi yang pasti semuanya bencana
dan sebenarnya kebelakangan ni, makin susah nak berborak,
makin susah nak bersms, call
ya... mungkin betul busy, or...
dan semalam, pelik jugak kenapa la dia sanggup tunggu 'kawan' dia yang nak ajak dinner...
dari petang, sekitar jam 6 menjejak ke pukul 10... sanggup tunggu...
alasannye dia seorang penyabar
status kat FB menjelaskan semuanya...
patut la sanggup tunggu
memang la aku lemau...
lambat sangat tangkap kepelikkan tu
yeah... mungkin sbb saya kurang urban berbanding awak
mungkin saya ni out of date berbanding awak
dan mungkin awak malu mengenali siapa saya
thanks atas janji-janji awak tu
dan saya tau kita takde declare apa-apa
dan tak ada apa-apa yang putus antara kita
selepas ni mungkin kita akan seperti biasa,
berbual, sms, dan lain-lain
tapi mungkin, saya tak mampu untuk menjadi semesra seperti biasa
mungkin juga saya perlu untuk terus berpura-pura gembira
biar semua yang jadi hari ini
menjadi pengajaran pada saya untuk memberikan cinta pada orang...
atau juga menilai apakah cinta itu benar milik saya
atau cuma sekadar satu persinggahan yang menyakitkan...
No comments:
Post a Comment