Sunday, February 10, 2013

rahsia yang bukan lagi rahsia

meskipun aku bukan seorang kaunselor, tapi sebagai seorang guru, kadang kala ada saje pelajar yang akan berjumpa dan bercerita masalah mereka. dan insha allah, apa saja yang mereka katakan, selagi masih boleh disimpan, insha allah, akan disimpan. sekiranya masalah mereka memerlukan bantuan rakan, barulah aku merujuk permasalahan tersebut kepada yang lebih arif.

namun, ada juga sesetengah pihak yang kadangkala menjadikan sesuatu rahsia menjadi bukan lagi rahsia.

satu masa, aku sedang mengisi borang dan dalam masa yang sama, terdengar perbualan antara dua manusia. hurm, biasalah, kalau perbualan berunsur bisik bisik ni, biasanya syaitan akan menguatkan volume tersebut. dan sama la jugak macam situasi hari tersebut.

perbualan tersebut antara seorang yang sepatutnya dalam etika kerjayanya adalah untuk menyimpan rahsia. namun apa yang terjadi ialah sebaliknya. mungkin sebelum ni ada la mendengar sikapnya yang agak keterlaluan dalam menyiapkan kerja, dan pada hari tersebut, aku dengar sendiri bagaimana rahsia seorang demi seorang pelajar diungkapkan.

Ya Rabbi, mmg tak sepatutnya sesuatu yang mengaibkan tu dijadikan bahan cerita, apatah lagi dia mempunyai amanah untuk menyimpan cerita tersebut. apa perasaan dia sekiranya keburukkan dia dijaja orang? bangga? atau jenis muka tembok dan terus menceceh.

kadang terperasan orang orang macam ni jenis talam dua muka. kalau talam ade jugak faedah, ini dua dua page takleh pakai.hahaha... May Allah Bless U

Saturday, February 2, 2013

Maulidurrasul yang menyakitkan

hurm. 25 Januari lepas, sehari selepas sambutan Maulidurrasul peringkat kebangsaan, sekolah dah buat Maulidurrasul. meskipun agak pelik sebab peruntukkan untuk sambutan belum lagi turun, namun atas arahan, aku pon ikot jela. kang kata derhaka lak.
seperti yang pernah dibuat di SMK Mohd Khalid dulu, biasanya apa apa program akan dibincang bersama dengan pengetua terus. yelah sbb guru kanan pon soh buat macam tu kan.
kat sini since pengetua pon ok, maka aku pon menjalankan program tersebut. buat kertas kerja, siapkan organisasi, then jemput sana sini, surat jemputan sana, sumbangan, uruskan jamuan.

ada terdapat sedikit masalah berkenaan venue yang kemudiannya dah selesai sebelum majlis sbb surau takda elektrik, so, guna dewan exam. gigih la aku ngan member berdua ngan anak murid berdua mendecorate dewan yang kosong tu ngan scallop, buat pentas.
tiba hari kejadian, disebabkan rezeki yang Allah bagi lebih, maka disediakan anugerah untuk beberapa orang individu iaitu pelajar yang cemerlang dalam PMR untuk subjek aku saja.
tiba tiba masa tu jugak terlintas nak bagi plak yang lebih untuk dijadikan Anugerah Maulidurrasul. ala. plak murah je, RM9 je satu. lagipun untuk suka suka, bukannya serious.
dan dari situ, masalah pon bermula. sesungguhnya kekesalan besar apabila aku melakukan kejutan tersebut.

selepas majlis selesai, aku terdengar penerima anugerah dah menangis. selidik punya selidik, rupanya penerima anugerah telah disindir dengan hebatnya sewaktu jamuan makan. masa tu aku kat kantin sbb nak relax kejap. sindirannya ala ala nak kata, lepas ni tokoh ni kena la bagi tazkirah masa hari Jumaat.penerima tu geram sebab dia terus di giat tentang anugerah tu. sudahnya, yang sindir tu kena marah. *dalam masa yang sama, ada orang dah berbisik sesama sendiri tertawa melihat gembira.

selepas tu cuti Thaipusam, relax n yeay!!

naik cuti, aku kene panggil dengan guru kanan. aku ingatkan berkenaan fail ke apa. rupanya ala ala post mortem majlis.
1. aku ditegur sebab tak buat meeting pasal majlis
2. makanan perlu dimaklumkan supaya tunggu sampai majlis abes
3. pentadbir tak elok diberi tugasan sama macam guru biasa
4. anugerah tu tak sah dan takleh masok borang ijau.

untuk masalah pertama, aku akui memang aku silap sebab tak buat meeting TAPI ada buat taklimat berkenaan tugasan pada hari kejadian. pada aku selepas diedarkan senarai tugasan pada guru guru Islam.
kalau kat MK dulu, apabila dapat senarai tugasan, semua orang akan tahu bidang tugas masing masing. yelah kan. sebab majlis yang sama saban tahun. takkan nak kene repeat pat lima nam kali. tak gitu?
tapi takpe la. so, untuk next time, aku akan buat meeting yang dikehendaki. yelah kan. orang dah suka sangat ngan meeting2 ni. tapi time taklimat tu tak geti nak tunjuk muka pulak. padahal pada hari taklimat, semua guru disuruh masok meeting, tapi yang panggil aku lepas majlis tu tak tunjuk muka. tgh buat plan sabotaj ke? haha

masalah kedua juga akan lebih dijaga. yelah kan. tempat tempahan makanan tu jauh dari kawasan sekolah. agak lambat la sikit. untuk masa yang akan datang, aku takkan dengar cadangan 'si mangkuk' tu untuk amik caterer luar. amik macik kantin je. nyesal sangat sangat.

masalah ketiga, tentang pentadbir. alkisahnya ada nama pentadbir tertinggal dalam pamplet sebagai naik pengerusi. haduih. silap besar amat tu. :P lepas tu aku rasa la, pentadbir sekolah lama aku rileks je dapat jawatan apa apa pun since aku rasa dorang pon paham kondisi cikgu kat sekolah tak ramai. so takde hal la nak buat keje sama sama. terlupa lak aku dah berpindah ke zaman feudal di mana sistem hierarki bermaharajalela.

tentang anugerah: hahahhahahahahahhahahhaha (ketawa puas2 dulu)
dorang takleh beza ke antara for fun n formal?
anugerah tu saja saja je. mmg tak layak masok SKT. pejadah anugerah peringkat sekolah pon.
pada aku sbb yang keluar belanja untuk anugerah tu aku, so, aku tak rasa benda tu atas apa kepentingan. penerima layak ke tak? pada aku dan beberapa guru lain, penerima memang layak berbanding daripada calon yang mungkin dikeluarkan pentadbir. bukan menidakkan. cerita yang lepas tentang penerima anugerah majlis lain dalam sekolah adalah lebih kepada kroni. maaf cakap la. bias tu memang nampak sangat.
so, aku sekadar untuk menyejukkan hati penerima yang sebenarnya makan hati selalu dengan sikap orang atasan yang terlalu bias. tapi lain yang aku nak, lain yang jadi.

dan benda tu masih lagi orang bercakap. selepas seminggu majlis berlalu, ada desas desus mengatakan aku pilih penerima anugerah tu sebab dia kawan baik. astaghfirullahal azim. fitnah apa la yang cuba datang ni.
anugerah tu biasa je pon. penerima anugerah tu mmg rakan sekerja. tapi ada cikgu lain yang lebih rapat dengan aku. kalau benar aku bias, baik aku bagi kat orang lain yang lagi rapat dengan aku. atau kalau aku nak buat orang betol naik darah, aku jemput semua orang orang yang difitnah lepas keluar dari sekolah, untuk terima anugerah. tapi aku tak la bodoh sangat macam tu. aku buat sebab semua orang tahu tentang kegigihan penerima tu. dia menerima beban tugas yang banyak tapi hasil kerja dia tersangat baik. tapi ada sesetengah pihak yang tak pandang sebab lebih pentingkan kroni.

mungkin benar, wujudnya orang yang sentiasa dengki dalam diam, inginkan perhatian, gila glamour, terlalu mengejar pangkat dan nama.
waima masa aku dipanggil pon, kononnya supaya aku tahu hierarki tu supaya kalau naik pangkat, dah tau. maaf cakap. aku rasa benda tu tak termasok dalam target aku sebagai pendidik. kalau aku kejar pangkat n nama, baik aku terus tinggal kat Mohd Khalid tu dan himpit pengetua. tapi aku tak buat macam tu sebab aku taknak lari dari prinsip aku sebagai guru. aku nak mengajar.

semoga pembawa mulut tu akan hilang giginya, bibirnya bisu supaya tak lagi melemparkan fitnah berterusan.

p/s: yang citer banyak pasal majlis aku ni pon, buat apa apa program kacau bilau. lagi nak citer banyak. bodoh la.