Saturday, February 27, 2010

Minum Ais? keburukkan dan kebaikkan




Rahsia Di Dalam Ais

“Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia”

Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.

Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini..

Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.

Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.

Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.

Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.

Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan.

Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.

Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.

Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.

Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.

Team Kuasa100

Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.

Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.

Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.

Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.

Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.

Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu Intan.

Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh..

Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.

Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.

Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.

Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.

Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil.

Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.

Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.

Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan
unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.

source: berita harian online

Friday, January 15, 2010

Patut Bersyukur

Engkau duduk di bumi Tuhan
Engkau berjalan di atasnya
ke mana-mana tetapi
Engkau derhaka padaNya

Engkau makan rezeki milik Tuhan
Engkau miliki apa saja
Malang sekali engkau tidak pedulikanNya
Engkau terima nikmatNya

Tidak pernah Tuhan meminta bayaran
Takut engkau tidak bersyukur padaNya
Sedangkan manusia berbudi dengan kita
kita tidak patut tidak mengenang budi
tidak mengenang jasa manusia pada kita
jiwa sesiapa pun tak boleh menerimanya

Inikan pula Tuhan yang mencipta
menghidupkan dan memberi segalanya
tiba-tiba kita mensyukurinya / membesarkanNya

ertinya kita adalah manusia
yang tidak berhati perut
yang tidak sedarkan diri
dan membesarkan diri

bahkan manusia yang membesarkan diri
dan sombong terhadap khaliqnya
itulah diri engkau tidak mungkin menongkat langit

di suatu hari nanti
engkau menemui Tuhan pencipta engkau
disanalah nanti engkau akan menyesal
tidak berkesudahan

Tuesday, January 5, 2010

ibu pergi... dia pergi tak kembali

Photobucket

Photobucket

dia pergi takkan kembali
13hb, mak kata, najis yang dia buang hitam... aku cuma kata, maybe sebab pil arang yang dia makan untuk tahan cirit... ade sebelum tu, mak pernah terbuang air kat bilik tidur... kesian mak... dia menangis... dia tak tahan katanya... dia menangis... aku ngan akak suruh mak gi bilik air cebuk ngan mandi sekali... mak pakai pampers dia untuk elak ade keciciran... aku ngan akak berdua, basuh najis yang ada kat tilam, tikar... takde terdetik dalam hati aku mak menyusahkan... cuma aku kesian sebab mak tak tahan... bila mak dah siap, aku tengah lap tempat bekas najis tu... aku cakap nak kasi kering ngan ilang bau... dia tersengih sebab bau busuk... hanya dia tahu apa yang nak terjadi sebenarnye... malam tu, dia makan biskut yang akak blender ngan air... sebab mak memang tak lalu nak makan

14hb...
pagi, aku tak gi memane sebab ade orang meninggal... bila petang, aku gi kebun. abah duduk rumah... mak masih sakit perut cirit birit katanya... abah teman mak...
agak lewat aku balik dalam pukul 7... mak dah siap mandi... berehat...
bila malam, hanya aku ngan akak ke bandar untuk beli pampers mak... mak kata dia taknak ikut sebab takut tercirit dalam kereta... mak suruh abah pegi, tapi aku cakap biar la abah teman mak... kalau nak harapkan....
aku belikan mak pampers 2-3 bungkus sebab dia kene cirit... pastu belikan nestum untuk dia makan alas perut... taknak mak lapar...
bila balik, mak tengah baring je... aku ngan adik masuk bilik tanye mak dah makan ke? pastu adik terperasan telinga mak dah turun... aku ngan akak aku bergurau ngan mak macam biasa... mak ketawa... tak sangka rupanya tu kali terakhir kami bergurau... siapa sangka... lepas tu adik dah siapkan nestum ngan air milo... mak kedepan makan... bila dia macam tak selera, aku paksa mak makan...untuk buat tenaga... akak aku membebel tah hape-hape... abah pun same... tapi mak tak layan... sampaikan aku soh adik stop... bior jela mak makan... lepas mak baring kejap, dia masuk tido... malam tu, aku tak teman dia tido... aku main internet kat depan... ikan kaloi menyondol akuarium... air berkocak kuat... aku pelik gak...
dalam kol 5, abah kejut... katenye mak tercirit depan tandas... dia suruh aku jiruskan... bila dah siap jirus ngan letak sabun, mak panggil... dia kata dia tak daya... aku bangunkan mak, soh jugak dia jalan slow ngan tongkat dia... dia jalan slow ke bilik ngan abah teman...
bila sampai kat tilam abah, mak terbaring... dia asyik kata dia tak daya... aku risau sangat-sangat... adik terbangun... mak macam berguling kat katil kata tak daya... dia kata nak mati... adik suruh dia mengucap... macam biasa dia bergurau... mak mengucap... lafaz yang perlahan... tiba-tiba dia panggil mak, yah... bila abah siap solat, mak panggil abah mintak tolong... abah datang dekat dan pegang perut mak... kami semua sangka dia memang sakit perut... akak aku suruh aku solat dulu... bila siap solat, aku pulak jaga mak... takut dia jatuh... mak suruh akak bacekan yasin. dia kata dia dah nak mati... akak aku ajar lagi syahadah... aku bacekan yasin sampai habis... mak kurang meronta masa tuh... dia kata dia nak ke depan... aku ambil kerusi roda dan tolak mak ke depan... bila baringkan kat depan, orang yang abah panggil untuk ubat mak sampai... mak kata dia nak tido... kami pun baring... bila orang tu nak mula ubatkan, dia suruh panggil nama mak... kami datang dekat mak... panggil dia... dia diam... ingatkan dia tido...
kejut lagi... badan mak dah sejuk... dada mak je panas sikit... akak letak tangan dekat hidung mak... takde.. tapi tak puas hati... kami dah bimbang... mak masih tak bangun... dada mak tak berombak lagi... mak... kenapa mak tak bangun... mak jangan main-main mak...
din pegi panggil nurse...
akak pegi jemput jiran...
semua orang datang... diorang semua menangis
mak dah pergi...
7.30 pagi, mak disahkan dah tiada...
dalam sekejap masa, rumah dipenuhi orang... di luar orang lelaki baca yasin di tengah laman... aku temankan mak tunggu orang mandikan jenazah sampai... bacekan yasin...
bila sampai, orang suruh angkat mak ke tempat mandi jenazah... badan mak hangat... tapi kaku... kakak-kakak mandikan... mudah sangat urusan katanya...
dalam jam 10.30, mak siap dikafan... jam 11 pagi, mak sudah berada dalam liang lahad... orang kata tanah untuk gali tu lembut... mudah sangat kerja... sedangkan masa tu, hujan dah lebih setengah bulan tak turun... liang mak lapang... bila siap talkin... kami pergi tinggalkan mak...
jam 12... hujan turun... lebat... seakan menangisi pemergian mak...
orang kata wajah mak, bersih sangat masa kafan...
masa aku cium mak, terasa pipi mak basah...
masa akak celakkan mak, hujung mata mak berair...
mak seakan sedang tidur...
terlalu cepat mak pergi...
mak telah pergi
perginya tak kembali
kerna kita kasih
tapi rabbi lebih mengasihi


Thursday, October 8, 2009

kerana kita tak sama

erm....posting ni takde kaitan dengan yang sebelum ni eh...
maybe ade kaitan sebab yang tulis tu orang yang sama

masa kursus DPLI dulu, aku selalu diingatkan untuk merendahkan level pengajaran aku dari tahap universiti kepada tahap sekolah... aku pelik!!! kenape plak?

apabila melangkah ke sekolah, baru aku tau kenapa...
kadang-kadang aku terlupa yang aku dulu pernah remaja... dan sama macam mereka...
aku tak tau...
guru mengajar aku

sekarang aku faham macam mana situasi seseorang guru nak memberi anak-anak didik faham...
tak semudah mengambil makanan dan menyuap ke mulut...

Ya Allah...
Aku insaf...
selama ni aku terikut dengan sikap sesetengah orang yang memperlekeh guru-guru JQAF, guru sekolah rendah...
tapi kini aku sedar, mereka adalah insan yang paling mulia
kenapa?
kalau mereka tak fahamkan aku masa kecik tentang apa yang mereka ajar
mungkin hari ni aku bukan disini

dan kini aku bertanggung jawab macam mereka
untuk memberi kefahaman...
untuk menjadikan meneruskan usaha menjadikan mereka manusia

kerana sebelum ni aku menyangkakan kita sama
rupanya baru hari ni ku sedar

rupanya kita tak sama

tadika - macam mana nak bagi mereka tahu K-O-P-I
sekolah rendah - nak kene bagitahu kenapa kopi itu hitam
sekolah menengah - macam penangan kopi tuh
universiti - kesan minum kopi

kerana kita tak sama
tapi sering kita sangka mereka tu sama

Pemikiran Kita

ape tuh? tajuk bosan kan?
ahahaha....like i care...

erm...memegang title ustaz (wannabe :P) is not that easy... ops....

bila cakap pasal ustaz, biasanya orang memandang ianya sebagai status yang really high class sampai menjulang ke langit dan mencapai arasy Ilahi.... ustaz tu dilihat sebagai sangat hebat, maksum, dan kadangkala diumpamakan sebagai malaikat yang turun dari langit dan kemudiannya mengajar manusia...

hasil dari pemikiran sebegini akhirnya melahirkan kelompok manusia yang merasakan dirinya hebat apabila memegang status tu... dan dari situ, bermulanya bibit-bibit rasa angkuh pada diri dan merasakan diri tu adalah maksum apatah lagi dengan sanjungan orang sekeliling...

dari itu lahirnya juga golongan hipokrit yang kononnya alim mulia... melihat rancangan mulia seperti forum perdana ehwal Islam, mendengar nasyid sahaja... jalan bersopan... berpakaian sopan...

apabila melihat sesuatu yang pelik terus dilabel sebagai dosa, maksiat... kalau seorang ustaz mendengar lagu Inggeris, dipanggil ustaz sekular, kalau ustaz menonton sesuatu yang pelik, maka ianya akan dikatakan ustaz yang liberal bla bla bla...

tapi adakah ianya pemikiran seluruh dunia?

salah ke mendengar lagu-lagu Inggeris? salah ke melihat filem-dilem Inggeris?

aduhai...sampai bila...

aku bukan nak halalkan sesuatu yang haram...
atau mengharamkan sesuatu yang halal...

pada aku, kalau kau ingin berdakwah, maka kau kene tahu bentuk manusia yang ingin didakwah... adakah erti berdakwah tu dengan pergi ke satu tempat dan terus melabel ini halal, ini haram?

come on...

Allah beri kita akal untuk kita guna...
bukan la bermaksud apabila kita dengar sesuatu, maka kita akan join terus... Allah bagi kita akal untuk berfikir, bukan untuk kita sekadar membaca dan terus bertaklid...
menghadapi dunia hari ini, bukan seperti dulu...

penanganan masalah sosial pada hari ini bukan seperti memukul budak dari buat jahat dan esok dia akan baik...no...

kalau kita mungkin menerima itu sebagai satu bentuk pengajaran, adakah kita yakin orang lain akan menerimanya dalam bentuk yang sama?

mungkin kita terlupa, Allah menjadikan manusia dalam berbagai bentuk, warna dan rupa bangsa... maka kita perlu menerima orang lain dari kita dengan cara yang sama iaitu dari segi bentuk, warna dan rupa yang berbeza... bukan semuanya sama....

Tuesday, October 6, 2009

Berkawan Bukan Bermakna Memiliki

ungkapan ni selalu aku ingat selepas aku belajar satu subjek Pengantar Dakwah kalau tak silap... dalam tu ade la pertanyaan tentang kawan...pesanan dia ialah Apabila Berkawan, Bukan Bererti Kita Memiliki Sahabat...

ungkapan tu aku ingati dalam mengenali erti persahabatan, kawan. Aku berusaha untuk tidak bersikap seolah-olah aku memiliki kawan-kawan aku...
kenape? sebab aku sendiri rasa rimas apabila kawan membuat kita seolah-olah dia memiliki kita...
semakin lama, aku semakin kurang untuk mengongkong kawan an hingga sekarang, aku takut untuk bergantung harap pada kawan aku...

tapi ada la pulak masalah lain apabila kita melihat situasi tu depan mata kita...
kes seorang kawan berkawan seolah-olah kawan tu milik dia...

aku berkawan dengan semua orang...dan pastilah kita berborak semua kan...tapi dalam satu keadaan ni, ada yang aku perhatikan, apabila aku berborak ngan kawan sorang ni (aku namekan sebagai A), kawan yang sorang lagi ni (just call as B) akan cepat-cepat potong cakap aku...kalau aku berborak ngan A pasal air terjun misalnya, B pon akan cakap macam tu. kalau aku bercerita pasal sesuatu, maka B pun akan bercerita pasal benda yang sama dan haruslah cerita aku akan mati macam tu je...

mula-mula aku tak perasan...tapi lama-lama makin nampak...
mula-mula aku taktau nape...tapi lama-lama makin sedar....

dia amat risau aku dekat dengan A tuh...hahaha...so funny...
kadang-kadan bila aku bercerita dengan rancaknye, nampak jelas B akan gelisah dan berusaha untuk menarik perhatian A dalam apa jua cara sama ada menyanyi, atau memotong cerita, atau kuis-kuis A, atau rapat-rapatkan badan...ewww...

ahahahaha...kadang-kadang nampak la A tak selesa tapi most of the time dia ok...
cumenye ianya akan sekadar menyusahkan orang lain atau sekeliling yang kadang-kadang susah nak berinteraksi secara serius dengan A...

dan bila pegi mane-mane, pada aku, its ok kalau nak keluar dengan siapa pun... tapi ape perasaan kalau tibe-tibe anda di suruh berjalan ngan orang lain sedangkan u ols dalam satu team... sekali aku terkena daaa... ade la sekali, aku berjalan merayap berlima, so aku jalan la...tibe-tibe si B kate 'jom gi sana, raman, ko gi la jalan ngan X, aku ngan A je gi...'

hello... perlu ke ko nak atur aku jalan dengan sape...hahaha... but i just say ok... but at that time, aku blah n jalan sorang-sorang sbb kalau nak tunggu X, jenuh lambat memilih...hahaha... kalo jalan sorang-sorang leh gak tengok barang ngan rileksnye... kan kan...

and the other time bile aku dah kumpul balik, aku berborak la ngan A, and suddenly si B panggil ala-ala nak sembunyikan something...ropanya nak amik gambar je...hadoi yay...

what ever la kan... yang penting i yakin, my picture is more gojes okeh...hahahaha...like i care :P

so, itulah nak citer sebenarnye... maybe one time dedulu, aku ada buat macam tu... tapi aku rasa la kan, aku just berkecil hati kalau kawan tinggalkan aku, tapi aku tak kesah kawan aku nak borak, kawan ngan siapa... btw, ade sesetengah masa, kawan aku tu yang dok cari aku...hahahaha...

tapi bila berdepan dengan situasi macam ni, kadang-kadang kecik ati, geram, kelakar, nak gelak...macam-macam lagi la... yang paling best selama ni membahasakan diri aku-kau, lately, dah bahasakan diri ngan nama sendiri...hehehhe... ape-ape aje la... yang penting, orang yang paling best untuk didengar menyebut nama sendiri ialah Anon ngan Azwa... so sweet...both my friend is really gojes <3

erm... so, adakah
1. Anda berkawan dalam konteks memiliki?
2. Anda biasa-biasa je
3. Anda rupanya terjebak dengan kawan yang bersikap seolah-olah memilik anda
4. Anda rasa nak terajang je orang camni ke Benua India nun (eh...India tu bukan benua kan) hehehehe

Saturday, September 12, 2009

Nizam - JM

JM - sampai sekarang aku tetau ia wujud kat mane

Photobucket

PhotobucketPhotobucketPhotobucket