Thursday, October 8, 2009

kerana kita tak sama

erm....posting ni takde kaitan dengan yang sebelum ni eh...
maybe ade kaitan sebab yang tulis tu orang yang sama

masa kursus DPLI dulu, aku selalu diingatkan untuk merendahkan level pengajaran aku dari tahap universiti kepada tahap sekolah... aku pelik!!! kenape plak?

apabila melangkah ke sekolah, baru aku tau kenapa...
kadang-kadang aku terlupa yang aku dulu pernah remaja... dan sama macam mereka...
aku tak tau...
guru mengajar aku

sekarang aku faham macam mana situasi seseorang guru nak memberi anak-anak didik faham...
tak semudah mengambil makanan dan menyuap ke mulut...

Ya Allah...
Aku insaf...
selama ni aku terikut dengan sikap sesetengah orang yang memperlekeh guru-guru JQAF, guru sekolah rendah...
tapi kini aku sedar, mereka adalah insan yang paling mulia
kenapa?
kalau mereka tak fahamkan aku masa kecik tentang apa yang mereka ajar
mungkin hari ni aku bukan disini

dan kini aku bertanggung jawab macam mereka
untuk memberi kefahaman...
untuk menjadikan meneruskan usaha menjadikan mereka manusia

kerana sebelum ni aku menyangkakan kita sama
rupanya baru hari ni ku sedar

rupanya kita tak sama

tadika - macam mana nak bagi mereka tahu K-O-P-I
sekolah rendah - nak kene bagitahu kenapa kopi itu hitam
sekolah menengah - macam penangan kopi tuh
universiti - kesan minum kopi

kerana kita tak sama
tapi sering kita sangka mereka tu sama

No comments:

Post a Comment