Thursday, October 8, 2009

Pemikiran Kita

ape tuh? tajuk bosan kan?
ahahaha....like i care...

erm...memegang title ustaz (wannabe :P) is not that easy... ops....

bila cakap pasal ustaz, biasanya orang memandang ianya sebagai status yang really high class sampai menjulang ke langit dan mencapai arasy Ilahi.... ustaz tu dilihat sebagai sangat hebat, maksum, dan kadangkala diumpamakan sebagai malaikat yang turun dari langit dan kemudiannya mengajar manusia...

hasil dari pemikiran sebegini akhirnya melahirkan kelompok manusia yang merasakan dirinya hebat apabila memegang status tu... dan dari situ, bermulanya bibit-bibit rasa angkuh pada diri dan merasakan diri tu adalah maksum apatah lagi dengan sanjungan orang sekeliling...

dari itu lahirnya juga golongan hipokrit yang kononnya alim mulia... melihat rancangan mulia seperti forum perdana ehwal Islam, mendengar nasyid sahaja... jalan bersopan... berpakaian sopan...

apabila melihat sesuatu yang pelik terus dilabel sebagai dosa, maksiat... kalau seorang ustaz mendengar lagu Inggeris, dipanggil ustaz sekular, kalau ustaz menonton sesuatu yang pelik, maka ianya akan dikatakan ustaz yang liberal bla bla bla...

tapi adakah ianya pemikiran seluruh dunia?

salah ke mendengar lagu-lagu Inggeris? salah ke melihat filem-dilem Inggeris?

aduhai...sampai bila...

aku bukan nak halalkan sesuatu yang haram...
atau mengharamkan sesuatu yang halal...

pada aku, kalau kau ingin berdakwah, maka kau kene tahu bentuk manusia yang ingin didakwah... adakah erti berdakwah tu dengan pergi ke satu tempat dan terus melabel ini halal, ini haram?

come on...

Allah beri kita akal untuk kita guna...
bukan la bermaksud apabila kita dengar sesuatu, maka kita akan join terus... Allah bagi kita akal untuk berfikir, bukan untuk kita sekadar membaca dan terus bertaklid...
menghadapi dunia hari ini, bukan seperti dulu...

penanganan masalah sosial pada hari ini bukan seperti memukul budak dari buat jahat dan esok dia akan baik...no...

kalau kita mungkin menerima itu sebagai satu bentuk pengajaran, adakah kita yakin orang lain akan menerimanya dalam bentuk yang sama?

mungkin kita terlupa, Allah menjadikan manusia dalam berbagai bentuk, warna dan rupa bangsa... maka kita perlu menerima orang lain dari kita dengan cara yang sama iaitu dari segi bentuk, warna dan rupa yang berbeza... bukan semuanya sama....

No comments:

Post a Comment