ape tuh? cari satu? nape tak dua? hahaha...
erm... ini ialah komen seseorang yang ternampak aku menyidai baju di asrama... wah...
apa maksudnya? carik la sorang calon isteri... kesian kat aku sebab basuh baju
macam tu jugak kalau aku keluar gi beli makanan, jalan sorang-sorang dan terjumpa somebody yang aku kenal n then borak dan akhirnya akan keluar perkataan itu....
wah wah... adakah apabila aku beristeri kelak, isteri aku akan membasuh baju aku? atau pula dia akan memasak untuk aku? atau dia akan sentiasa berkepit ngan aku 24 jam? oh no no no...
atau dalam satu ungkapan yang lebih kejam dan sadis, adakah apabila seseorang lelaki berkahwin, makan isterinya itulah yang akan menguruskan semuanya dari A-Z? tapi bila dilabel sebagai amah atau orang gaji, suami akan kata, tak elok cakap bini aku macam tu... aku bukan hambakan dia... itu kan tanggungjawab seorang isteri...
oh! iye ke? macam tu rupanya... hahaha
tapi iatulah realiti... apabila seorang wanita berkahwin, maka dia akan menguruskan semuanya... aku lihat ini depan mata aku sendiri... siapa lagi. hehe
sampaikan satu tahap, si suami tak tahu membezakan pakaian anak number 3 dan 4... tak tahu di mana isteri letak baju dia... kalau balik kampung, suami tak jumpa underwear dia sendiri dalam beg pakaian... baju dia sendiri dia tak tahu nak pakai kaler ape... bila suruh buat susu, anak boleh cirit birit ataupun botol susu dilempar dengan jayanya... dan bila balik umah mentua, barulah geti nak membasuh pinggan, siang ikan, tolong masak... kenapa? sebab pak mentua, adik ipar lelaki, tak henti2 masak, basuh pinggan, basuh baju...
dalam pengajaran, pelajar tingkatan 5, didedahkan dengan tajuk perkahwinan dalam Islam... tap berapa ramai yang gigih menelaah tajuk itu... sekadar lulus exam katanya...
tanggungjawab suami bukan sekadar bagi duit, sediakan rumah, dan kenderaan... malah yang sepatutnya semua sekali... namun kita hidup dengan erti timbang rasa, maka isteri digalakkan untuk membantu suami... tapi sampai satu tahap, si suami menjadikan isteri hamba tanpa sedar sambil menggunakan ayat Veto... seorang isteri perlu taat pada suami... jangan melawan... ikut perintah... dan akhirnya, ramailah wanita yang menjadi seperti bandul ditolak kanan kiri oleh suami... dan akhirnya ketaatan itu memakan diri wanita itu sendiri...
betul ke? sila baca suratkhabar ye...
berapa banyak kes isteri curang? punca? sebab yang pasti?
1.isteri tertekan dengan sikap suami yang tak bertanggungjawab...
standard kalau sebelum kawin, janji tu janji ni... tapi bila kawin, lupa daratan... kaki judi
2.suami mengeluh isteri tak lagi seperti masa mula bercinta... dulu isteri cantik, pas kawen, dah macam pekerja dapur kedai mamak dengan bau kari, bawang putih semua...
bayangkan, suami bekerja dari kol 9 sampai 5 kat ofis... duduk fikir... gedebak gedebuk, jem kat jalan, balik umah penat, terbongkang...
isteri dari kol 5 dah bangun siapkan rempah sarapan, masak sarapan, gosok baju... kejut anak, mandikan anak, kejut suami, (takdelah mandikan suami ye...hehe) pastu siapkan makan tengahari, petang dan semuanya urusan dirumah... suami balik takde tolong ape pon...
agak2 bila isteri tu nak nampak cantik? bile siap? kol 12 malam... sampai katil pun ada 'keje' lagi...adei la... tak henti... suami tau balik tgk rumah bersepah, nak marah... kenapa taknak tolong? bukan ke sama2 penat...
dan akhirnya suami mencari orang baru... dan isteri plak curang bile dapat tau...
erm...
kadang-kadang benda ni bukan sebab agama aje ye... kadang yang alim pon berperangai macam tu... bile ceramah bagai nak rak, bile sampai umah, lagu tu jugak dia buat...
so... kita kawen bukan nak jadikan wanita tu hamba ok... tapi memenuhi keperluan kita sebagai seorang lelaki dan wanita... jangan biarkan diri diperhamba...
carik la satu... hahahaha
setuju!!!!....
ReplyDeletebaguslah lau semua org nampak ape realiti yang sebenar kan..
terkedu iols
ReplyDeletehiks
shamsiah:
ReplyDeleteerm... jarang kita didedahkan dengan realiti macam ni... banyak tugas wanita yang dibuat tanpa sedar
kaka milo:
akak lebih tau kan... lagi la plak menjadi seorang isteri yang bekerjaya...
saya mengaku... sebagai seorang lelaki, saye tak mampu nak menandingi kehebatan dan kekuatan seorang isteri