Saturday, December 15, 2012

keikhlasan semasa berlagu.

saya suka dengar lagu. sape je tak suka eh? ada la certain orang tak suka dengar lagu dan tiadalah aku kesah dengannya.hahahhaa...
lagu yang memberi kesan biasanya dibawa dengan sepenuh hati dan penyanyi meletakkan dirinya dalam lagu tu. (cewah). dan lagu lagu inilah yang dikatakan lagu yang mempunyai jiwa. bukan sekadar melalak tak tentu hala. ada penyanyi berjaya melakukannya ( i mean meletakkan jiwa dalam lagu), dan ada yang sekadar sedap suara tapi kosong jiwanya.

pernah dengar lagu Law Kana Bainana? (bukan Lau suke Buah Kana dan Banana ye).
biasa dengar kan? kalo ceramah ceramah tu, gemar amat penceramah pasang lagu ni. nak kasik insaf katanya. actually mmg best pon. nak dengar? jom layan sat.



dah? best kan? pada saya, penyanyi ni berjaya menyanyikan lagu ni dengan penuh penghayatan. suara dia? biasa biasa je. takde perlunya terjerit jerit. penghayatan yang diberikan memberikan jiwa pada lagu apatah lagi maknanya pon indah. maka lagu lagu ini menenangkan jiwa.

ada penyanyi yang membuat cover version lagu ni dan cuba untuk memberikan yang terbaik. saya akui, suaranya sedap tapi... seakan tak kena.
mungkin sebutan dia tak mencapai tahap sebutan asal. atau... yeah. untuk sedap je.

sama macam lagu Maher Zain - Insha Allah. version pertama yang saya dengar adalah dalam Bahasa Inggeris dan kemudiannya dalam Bahasa Arab. jujurnya lagu Bahasa Arab lebih masuk dalam jiwa. sebab? itu adalah bahasa dia. macam la lagu Melayu. orang Rusia nyanyi mmg sedap. jiwa? tak semua sampai.

cadangan lagu




note: ini sekadar pandangan saya. bukanlah pakar. jangan sentap :P

Universal Studio or Legoland? Muslim-Friendly? hahahhaha

AMARAN. ENTRY INI BUKAN UNTUK MEMBURUKKAN LEGOLAND MALAYSIA. IA JUGA BUKAN UNTUK MENGAMPU UNIVERSAL STUDIO. IANYA HANYA PERBINCANGAN RINGAN UNTUK BACAAN.

tetibe tangan gatal nak update blog pasal bnda ni kan. ahahaha... semuanya berpunca dari satu status FB member aku:

[Org tnya ak apa beza uss ngn legoland...ak ckp kat uss jamban die xde paip nk cebok...tp kat legoland ade...so pandai2 lh...huhu]
so, ade la komen-komen kelakar yang aku baca misalnya:
1. Itu bezanya mlsia n ovrses 
2. then satu lg di legoland mudah nk sembahyang sbb surau ada lebih dr satu.. but di uss susah benor nk sembahyang sbb surau hanya bilik kecil tempat rehat, then nk amik air sembahyang mak aii jauh kt dlm toilet yg rata2 xde air.. cuma satu bilik tandas je yg ada air.. kne pandai cari.. so uss bkn Muslim-Friendly place jika nk dibandingkan dgn Legoland..
komen aku lak: 
TANDAS 
tandas kat Universal Studio Singapore adalah lebih bersih daripada Legoland. walaupun takde air, tapi bersih dan takde bau. compare to Legoland. air mencurah, curah tapi bau agak memeningkan. just imagine, 1st thing yang akan sambut kita after scan tiket - yeah. bau hancing. euwhhh... compare masa gi USS, toilet same gak kat depan, tapi takde la hancing pon. 
hehehe...typical malay. kalau cebok je nak kene air. kalo tak, rasa tak selesalah, itu la ini la. come on guys.
penjelasan aku yang lebih jelas tentang isu tandas ni. yeah. kita di Malaysia amat sensitif isu bercebok ni. bila pergi luar negara, kita akan start kecoh cemane nak bercebok segala.hahhaa...
soalan: anak-anak muridku. cara beristinjak tu ada berapa eh? ada dua. satu guna air, satu guna bahan kesat.
TEMPAT SOLAT 
yeah. ni adalah masalah kat USS. kalau kat Legoland, terang-terang ada surau. tapi kat USS takde. tapi adakah takleh semayang kalo takde surau? takleh? oh shit... ko boleh je solat kat mane mane. amik wuduk pon isu. gi la toilet jap. amik wuduk, bentang kain, solat. bile lagi nak tayang kerajinan korang bersolat ye tak? u shud realize, USS tu non-Muslim pnye negara. Legoland ni Malaysia-muslim? so, kene la ada surau, kalau tak mau masok paper front page! ko gile!!!
so uss bkn Muslim-Friendly place jika nk dibandingkan dgn Legoland..
yeah. mmg pon. tak dinafikan. ada surau, so Muslim-Friendly la kan.
seriously im sick wif people like this. kalau nak kate la Muslim-Friendly place, USS tu mengamalkan tahap kebersihan yang quit tinggi. takde plak aku nampak anjing-babi berlari bersepah taik tengah jalan. n toilet dia faaarrr bersih dari Legoland. so. bleh jela solat kat memane kan?
satu situasi yang aku rasakan Universal Studio Singapore adalah menarik kerana pekerjanya adalah sangat ramah. smile always. ada satu situasi yang aku rasakan menarik ialah sewaktu kami masuk ke satu restoran Pizza. bau dia memang best. bila kami masuk je, ada seorang pelayan datang dan tanya
Pelayan :are u Muslim? 
Aku: Yes, we are. 
Pelayan: oh. sorry Sir, here we serve non-halal food.  if u want halal food, there's a halal fastfood front there bla bla bla...
Aku: oh. thanks ya. 
dia sangat sopan ketika menerangkan dan dia bukan Muslim. dan kalau anda masuk ke Candylicious, di situ ada menayangkan halal n non halal candy. so? dont u think its a Muslim-Friendly place?
kalau la pasal susah nak tukar telekong n so on. nak tanya cket la. perempuan Islam kemana mana kene tutup aurat kan? bukan takat dalam solat kan? kalau rasa aurat tu dah lengkap, solat jela. lain la kalau ko pakai baju macam tak cukup kain, pastu ngomel pasal susah takde surau nak tukar baju. sepanjang2 jalan tadi ko dah berpakaian tapi ala2 telanjang. so?
dats call a typical Malay. not Muslim. u can beribadat kat memana je. 
bout dat toilet yang berair banyak sangat tu? fikir fikir la sendiri....
situasi ngeri seorang abang dan adik (teda kaitan ngan entry):
Abang: semalam adik ade rasa apa apa tak?
Adik: semalam rasa macam nak terberak je.
Abang: beriya aku berdoa supaya ko jadi Ultraman okeh :3

Adik: Oh. Yew kew. baiklah. saya akan bertukar sekarang :3

Friday, September 28, 2012

sengal berganda.hahahaa


tajuk: botak kepala

ade satu masa, budak jumpe aku n bertanya:

budak: cikgu. ape hukum botak kepala?
aku: bagusla. ok what. masalah disiplin takde, kutu n kelemumur pon ilang.
budak: ade ustaz cakap, botak kepala tu tak berdosa sebab menyerupai satu kaum ape tah
aku: erk!! $&&^&^@(&^#)

bile balik rumah citer kat abah, selamba badak abah jawab:
abeh orang balik haji yang botak botak tu berdosa la ye?
aku: erk!! $&&^&^@(&^#)

kalau tak nak, jangan offer diri!!!

ola. ola... eh assalamualaikum. haha
ni la masalah orang malas. nak update blog pon malas. -_-"

lately, tahap stress bertambah disebabkan oleh malaun malaun yang membawa kesenioritian mereka dari sekolah lama ke sekolah baru. naseb la kan. sbb sekolah kat paloh tu ade dua je.

bila berpindah ke sekolah baru, sepatutnya, bawaklah imej baru, visi n misi baru n janganla bawak perangai lama. at least, ubah la cket.
antara cerita-cerita dari sekolah lama seperti bilik sejuk, buat program syok sendiri dan macam macam lagi.
sekarang ni caras mencaras program. adeh la, pelik ya amat. dan yang geram, pandai buat program tapi benda semua tinggal kat orang.

- solat hajat -
dah buat masa bulan Ramadan. jadinye benda tu disekalikan untuk solat hajat PMR n SPM. kehadiran? ok la sbb budak2 duduk ladang2 yang ceruk. once bile dorang datang, syukur la jugak.
yang jadi masalah bile benda da settle, dia nak buat lagi. siap berfasa. Solat Hajat ade 3 fasa.
ok la kan. benda bagus. elok untuk budak budak. yang jadi tak bestnye sebab:

1. masa buat paperwork. bleh dia datang n then tanya. man, mane kertas kerja solat hajat aritu? akak nak mintak untuk solat hajat. kaunseling nanti join dengan panitia pendidikan Islam. akak nak tukar2 tarikh je. malas nak buat baru. kertas kerja akak uruskan.
eh? senangnye ati kau. kertas keje ko uruskan? tu kertas keje aku weh! ko tukar tarikh je. pastu ko malas nak buat n sesuka hati nak soh orang join venture ngan ko. 3 fasa lak tu.
bila gua dah hangen, terus taknak buat. atleast gua da bagi soft copy dah ok la tu kan.
bile keluar list jawatankuasa, ko penyelaras, aku setiausaha. ala2 ko bos, aku balaci la. hari taklimat ko entah gi mane. lepas tu sebar cerita macam-macam kata aku taknak buat kerja kerja agama. kejap. kaunselor takde program motivasi ke untuk student? aku rasa la, Kak Ezlin (kaunselor SMK Mohd Khalid), kaunselor n ade program2 khas. takde la rasanya dia nak kacau program orang lain.
alasan, dia kata nak tolong Panitia Pendidikan Islam. setau aku la. sebelum aku masuk, program panitia dah berjalan dan aku pon dah laksanakan beberapa program tambahan.
cerita kat aku lain, cerita kat orang lain. orang sampaikan kat aku lain. ape kejadahnye kaunselor tu.
lepas tu masa taklimat program, ko tak wujud kan. mana menghilang. shame on you!
and as usual. hadap la jugak bnda tu. 

2. kelas jadual anjal.
benda yang bagus untuk pelajar pelajar PMR. meskipun dah terlambat. (sebab setahu aku, sekolah MK bulan Julai - Ogos da mula). but ok la. segala pecutan dan larian ada dalam tu.
yang geramnye dalam jadual tulis nama orang lain. bile tanye, dia yang offer diri nak ajar subjek aku. walaupun aku risau, tapi dah dia offer kan. lagipon senior 12thn pengalaman kat sekolah sebelah. diulangi sekolah sebelah saja. (dari posting sampai kene halau dok kat situ)
bila tibe hari kejadian, dia leh kata. eh. saya tak boleh masuk la. ade kelas. ait? kan ke kelas tu akan di relief oleh cikgu lain.
eh. ustaz masuk la eh. boleh kan?
me: woccay. sambil berlalu dengan perasaan bercampur baur.
A) nak mencercaaaaaaaaaaa!!!!!!!!
B) bagus. kalo tak abeh jahanam program aku kat bebudak tu.

bengang tak kawan kawan? ya. mmg bengang meskipon dah tau dari awal akan jadi macam ni.
so. sepanjang 2 minggu, mmg muka gua ketat ya amat.
kegilaan yang sedang dinanti ialah menyambut raya aidiladha di sekolah. phew.
ade ke gigih nak soh wat korban hari raya pertama di sekolah. cukup2 la program tu mendapat cercaan dalam diam dari orang.
motip sangat ko buat program macam orang takde family.
alasan: ayah ko kate kalo gaji dah RM2k, so korban jadi wajib.
eh. ayah kite ngan ayah awak tu orang yang same ke? satu sekolah tu chegu adik beradik ke?
tolong la eh. dah la saban malam, sabtu ko kacau. raya pon nak kacau.
benda tu memang bagus tapi elok ke kalau niat ala2 memaksa? memang ade orang yang baik budi nak sumbang lembu. tapi fikir la cket.
alangkan program marhaban yang ko plan tu pon ko tinggal balik kampung pastu soh orang len jalankan.
ni nak buat benda macam ni. buang jela serban tu. pakai upih pinang lagi baik.

itu ialah cabaran di sekolah baru. as usual. i love my student very much. aku datang sekolah untuk ajar anak orang bukan senangkan hidup orang macam kau.

kalau ko tak sanggup buat, jangan offer diri. menyusahkan orang lain + ko dapat dosa setepek.

Friday, August 24, 2012

Photoshoot?

assalamualaikum. selamat hari raya. (ada orang bace ke? ;P) tak kesah la kan.hahaha
raya tahun ni, macam biasa je. nothing special. seperti biasa jugak, dalam hati sedih sebab mak takde.haih.
kene keluarkan duit raya untuk anak buah yang makin bercambah. (oh sista. enough T___T )

kaitan dengan tajuk?
ahahaha... kali ni post agak gedik cket. (padehal mmg gedik sokmo)
bile la agaknye akan ade orang nak amik gambar aku ala2 model < tak sedar diri gemok + pendek
sbb penat tau cam whore. gigih nak carik tempat tersembunyi utk snap gambar.haha. jeles bile tgk gambar org santek2. gambar senirik, nan hado. (i tak santek T___T cam dorang). adakah perlu i mekap senirik2 n posing macam ayam jualan di pasar? oh no oh no

antara konsep yang nak mase photoshoot tu:
1. ala2 samurai?



2. ala2 pakcik arab?



camni pon ok T____T


tapi tu semua hanyalah impian. tak ke haru tgk aku posing2 camtu? hazab
sila menggigil dengan impian mengarut aku T_____T hahahhahahhaa


sumber gambar:
http://shanetc.wordpress.com/page/4/
http://thedesigned.com/2010/02/15/21-samurai-digital-and-traditional-art-examples/
http://artgerm.deviantart.com/art/Samurai-Spirit-6-77998563 
http://arabswagger.tumblr.com/post/12800249466/emirati-style
http://jamesgieordano.wordpress.com/author/jamesgieo/page/6/
http://gulfnews.com/about-gulf-news/al-nisr-portfolio/weekend-review/articles/hospitality-s-fumes-stoke-health-debate-1.41037

Wednesday, July 25, 2012

Melembutkan Hati

berada di sekolah baru mempunyai cabaran yang sangat berbeza dengan sekolah lepas. bermula dengan berubahnya mentaliti bandar yang terpupuk di awal posting kepada suasana desa agak mencabar. lagikan pula suasana desa ini agak keras dengan budaya lama namun didatangkan dengan sekelompok remaja yang baru nak mengenal erti kemodenan berbanding pelajar bandar.

dalam pada itu, apabila Ramadan tiba, panitia saya perlu mengadakan program untuk anak anak pelajar. hurm. kalau kat sekolah lama, tak perlu nak stress sangat sbb bila masa rehat, kalau tak makan, pelajar boleh duduk diam diam kat kelas sama ada untuk belajar atau zzZZZ...

di sekolah baru ini, waktu rehat pelajar memerlukan satu program khas untuk mereka. ini kerana dikhuatiri pelajar ini akan meminta pelajar bukan Islam untuk membeli makanan di kantin, atau senyap senyap makan kat kelas. tak semua macam tu. oleh yang demikian, aku merancang satu program tazkirah untuk pelajar yang di kendalikan oleh pelajar sendiri. tugas aku? sediakan tazkirah dan pelajar akan baca. sebagai tambahan, di akhir tazkirah, disediakan kuiz berdasarkan tazkirah itu tadi dan pelajar perlu mengumpul jawapan hingga ke akhir Ramadan di sesi persekelohan. hadiah? untuk setakat ini, yang mampu dijanjikan ialah RM100 untuk tempat pertama, RM50 kedua dan RM25 untuk ketiga. ianya dibahagi kepada kategori lelaki dan perempuan. pada aku mungkin ianya agak lumayan, tapi taktau la kat pelajar.haha...

dalam pada itu, pengisian hari Jumaat agak berbeza. jika pada hari biasa (tak puasa) hari Jumaat akan ada sesi tazkirah daripada guru setengah jam. menggigil la jugak nak cari bahan.hahaha. tapi enjoy la kan. sbb aku kan suka membebel.

namun untuk sepanjang Ramadan ini, akan ada perubahan. pelajar akan akan membaca Yaasin pada waktu pagi atau solat hajat, manakala pada waktu rehat, mereka akan bersolat sunat Dhuha.

satu perkara yang membuatkan aku tersentak seketika apabila aktiviti ini mendapat komen daripada sorang cikgu. katanya tak perlu bacaan Yaasin tu. pelajar tu membaca Jawi pon tak geti. takot nanti ayat-ayat dalam Surah Yaasin tu akan melaknat kita balik sbb salah baca. sebaiknya perbanyakkan sesi tazkirah, nasihat untuk para pelajar tu untuk membentuk diri mereka.

saya sedih. sebab. seorang yang mempunyai pendidikan agama akan berkata sedemikian. bukankah dia mengetahui al-Quran tu penawar jiwa. ya benar. mereka tak tahu membaca Jawi, tapi takkan disebabkan ini, kita akan menjauhkan diri mereka terus dari ayat-ayat suci al-Quran? sekurang-kurangnya, mereka buka Yaasin, duduk bersama-sama dan mendengar. bukankah untuk membentuk manusia itu dengan selalu memperdengarkan bacaan al-Quran. bahkan kita disuruh untuk duduk dalam majlis ilmu untuk membentuk jiwa.

adakah tazkirah itu dapat membentuk jiwa mereka sepenuhnya?
terus terang aku kata, kalau tak kena gaya, aku akan tidur dalam mana mana sesi tazkirah yang mempunyai jalan sehala sahaja. orang yang akan mendengar tazkirah, mungkin akan insaf pada masa tazkirah disampaikan. mereka akan menangis pada masa tersebut namun adakah mereka akan terus berubah?

sekiranya mereka semakin hari semakin jauh dengan al-Quran, bagaimana nanti apabila mereka keluar dari sekolah? bila masanya mereka akan mendekati al-Quran?
dilaknat al-Quran?
bagaimana kalau mereka langsung tidak mengenali al-Quran, tau sedikit tentang al-Quran? siapa yang akan dilaknat satu masa nanti? adakah mereka? makanya apa tanggungjawab kita sebagai orang yang dah mempelajari ilmu al-Quran? adakah kita tak terkena tempiasnya? apa jawapan kita kalau satu masa di akhirat nanti, kita ditanya, kenapa dia ini tidak tahu membaca al-Quran?

entah apa la agaknya perasaan orang yang bercakap tu bila melepaskan anak anak murid keluar dari sekolah dalam keadaan buta al-Quran.

Ya Rabbi, teguhkanlah dan bantulah hati ini untuk memberikan apa yang Kau kurniakan kepadaku untuk mereka. Amin

Thursday, June 28, 2012

why a?

sape la yang gigih dok hack FB aku neh. takde keje agaknye.
udah udah la tu. berenti la nak korek korek cerita
tak bosan ke?
move on la ok ^^