Wednesday, July 25, 2012

Melembutkan Hati

berada di sekolah baru mempunyai cabaran yang sangat berbeza dengan sekolah lepas. bermula dengan berubahnya mentaliti bandar yang terpupuk di awal posting kepada suasana desa agak mencabar. lagikan pula suasana desa ini agak keras dengan budaya lama namun didatangkan dengan sekelompok remaja yang baru nak mengenal erti kemodenan berbanding pelajar bandar.

dalam pada itu, apabila Ramadan tiba, panitia saya perlu mengadakan program untuk anak anak pelajar. hurm. kalau kat sekolah lama, tak perlu nak stress sangat sbb bila masa rehat, kalau tak makan, pelajar boleh duduk diam diam kat kelas sama ada untuk belajar atau zzZZZ...

di sekolah baru ini, waktu rehat pelajar memerlukan satu program khas untuk mereka. ini kerana dikhuatiri pelajar ini akan meminta pelajar bukan Islam untuk membeli makanan di kantin, atau senyap senyap makan kat kelas. tak semua macam tu. oleh yang demikian, aku merancang satu program tazkirah untuk pelajar yang di kendalikan oleh pelajar sendiri. tugas aku? sediakan tazkirah dan pelajar akan baca. sebagai tambahan, di akhir tazkirah, disediakan kuiz berdasarkan tazkirah itu tadi dan pelajar perlu mengumpul jawapan hingga ke akhir Ramadan di sesi persekelohan. hadiah? untuk setakat ini, yang mampu dijanjikan ialah RM100 untuk tempat pertama, RM50 kedua dan RM25 untuk ketiga. ianya dibahagi kepada kategori lelaki dan perempuan. pada aku mungkin ianya agak lumayan, tapi taktau la kat pelajar.haha...

dalam pada itu, pengisian hari Jumaat agak berbeza. jika pada hari biasa (tak puasa) hari Jumaat akan ada sesi tazkirah daripada guru setengah jam. menggigil la jugak nak cari bahan.hahaha. tapi enjoy la kan. sbb aku kan suka membebel.

namun untuk sepanjang Ramadan ini, akan ada perubahan. pelajar akan akan membaca Yaasin pada waktu pagi atau solat hajat, manakala pada waktu rehat, mereka akan bersolat sunat Dhuha.

satu perkara yang membuatkan aku tersentak seketika apabila aktiviti ini mendapat komen daripada sorang cikgu. katanya tak perlu bacaan Yaasin tu. pelajar tu membaca Jawi pon tak geti. takot nanti ayat-ayat dalam Surah Yaasin tu akan melaknat kita balik sbb salah baca. sebaiknya perbanyakkan sesi tazkirah, nasihat untuk para pelajar tu untuk membentuk diri mereka.

saya sedih. sebab. seorang yang mempunyai pendidikan agama akan berkata sedemikian. bukankah dia mengetahui al-Quran tu penawar jiwa. ya benar. mereka tak tahu membaca Jawi, tapi takkan disebabkan ini, kita akan menjauhkan diri mereka terus dari ayat-ayat suci al-Quran? sekurang-kurangnya, mereka buka Yaasin, duduk bersama-sama dan mendengar. bukankah untuk membentuk manusia itu dengan selalu memperdengarkan bacaan al-Quran. bahkan kita disuruh untuk duduk dalam majlis ilmu untuk membentuk jiwa.

adakah tazkirah itu dapat membentuk jiwa mereka sepenuhnya?
terus terang aku kata, kalau tak kena gaya, aku akan tidur dalam mana mana sesi tazkirah yang mempunyai jalan sehala sahaja. orang yang akan mendengar tazkirah, mungkin akan insaf pada masa tazkirah disampaikan. mereka akan menangis pada masa tersebut namun adakah mereka akan terus berubah?

sekiranya mereka semakin hari semakin jauh dengan al-Quran, bagaimana nanti apabila mereka keluar dari sekolah? bila masanya mereka akan mendekati al-Quran?
dilaknat al-Quran?
bagaimana kalau mereka langsung tidak mengenali al-Quran, tau sedikit tentang al-Quran? siapa yang akan dilaknat satu masa nanti? adakah mereka? makanya apa tanggungjawab kita sebagai orang yang dah mempelajari ilmu al-Quran? adakah kita tak terkena tempiasnya? apa jawapan kita kalau satu masa di akhirat nanti, kita ditanya, kenapa dia ini tidak tahu membaca al-Quran?

entah apa la agaknya perasaan orang yang bercakap tu bila melepaskan anak anak murid keluar dari sekolah dalam keadaan buta al-Quran.

Ya Rabbi, teguhkanlah dan bantulah hati ini untuk memberikan apa yang Kau kurniakan kepadaku untuk mereka. Amin

2 comments:

  1. kecekalan, ketabahan dan kesabaran amat diperlukan di sana :-)

    ReplyDelete
  2. ...kalau di sini, pelajar Islam tak ramai... tak sampai 100 orang... tp pengisian sama... ustaz sediakan tazkirah, pelajar membaca sewaktu masa rehat~ dan dalam bulan Ramadan ini jugak ada sesi pengisian rohani, dua kali seminggu... semua agama akan berkumpul di tempat masing2... untuk pelajar islam, ustaz jemputan luar atau ustaz sekolah sendiri bersama pelajar dan guru2 islam akan mendengar tazkirah~ setakat ini belum ada lagi pengisian membaca al.Quran~~ Alhamdulillah, masih terdetik hati untuk memperjuangkan ayat suci al.Quran... saya setuju, kalau bukan kita sebagai da'i, siapa lagi yang mampu membimbing pelajar yang masih buta al.Quran... INSYALLAH mudahan perjuangan ini dipermudahkan oleh YANG MAHA ESA~ amin~ :)

    ReplyDelete