Saturday, December 15, 2012

keikhlasan semasa berlagu.

saya suka dengar lagu. sape je tak suka eh? ada la certain orang tak suka dengar lagu dan tiadalah aku kesah dengannya.hahahhaa...
lagu yang memberi kesan biasanya dibawa dengan sepenuh hati dan penyanyi meletakkan dirinya dalam lagu tu. (cewah). dan lagu lagu inilah yang dikatakan lagu yang mempunyai jiwa. bukan sekadar melalak tak tentu hala. ada penyanyi berjaya melakukannya ( i mean meletakkan jiwa dalam lagu), dan ada yang sekadar sedap suara tapi kosong jiwanya.

pernah dengar lagu Law Kana Bainana? (bukan Lau suke Buah Kana dan Banana ye).
biasa dengar kan? kalo ceramah ceramah tu, gemar amat penceramah pasang lagu ni. nak kasik insaf katanya. actually mmg best pon. nak dengar? jom layan sat.



dah? best kan? pada saya, penyanyi ni berjaya menyanyikan lagu ni dengan penuh penghayatan. suara dia? biasa biasa je. takde perlunya terjerit jerit. penghayatan yang diberikan memberikan jiwa pada lagu apatah lagi maknanya pon indah. maka lagu lagu ini menenangkan jiwa.

ada penyanyi yang membuat cover version lagu ni dan cuba untuk memberikan yang terbaik. saya akui, suaranya sedap tapi... seakan tak kena.
mungkin sebutan dia tak mencapai tahap sebutan asal. atau... yeah. untuk sedap je.

sama macam lagu Maher Zain - Insha Allah. version pertama yang saya dengar adalah dalam Bahasa Inggeris dan kemudiannya dalam Bahasa Arab. jujurnya lagu Bahasa Arab lebih masuk dalam jiwa. sebab? itu adalah bahasa dia. macam la lagu Melayu. orang Rusia nyanyi mmg sedap. jiwa? tak semua sampai.

cadangan lagu




note: ini sekadar pandangan saya. bukanlah pakar. jangan sentap :P

No comments:

Post a Comment