Friday, September 28, 2012

kalau tak nak, jangan offer diri!!!

ola. ola... eh assalamualaikum. haha
ni la masalah orang malas. nak update blog pon malas. -_-"

lately, tahap stress bertambah disebabkan oleh malaun malaun yang membawa kesenioritian mereka dari sekolah lama ke sekolah baru. naseb la kan. sbb sekolah kat paloh tu ade dua je.

bila berpindah ke sekolah baru, sepatutnya, bawaklah imej baru, visi n misi baru n janganla bawak perangai lama. at least, ubah la cket.
antara cerita-cerita dari sekolah lama seperti bilik sejuk, buat program syok sendiri dan macam macam lagi.
sekarang ni caras mencaras program. adeh la, pelik ya amat. dan yang geram, pandai buat program tapi benda semua tinggal kat orang.

- solat hajat -
dah buat masa bulan Ramadan. jadinye benda tu disekalikan untuk solat hajat PMR n SPM. kehadiran? ok la sbb budak2 duduk ladang2 yang ceruk. once bile dorang datang, syukur la jugak.
yang jadi masalah bile benda da settle, dia nak buat lagi. siap berfasa. Solat Hajat ade 3 fasa.
ok la kan. benda bagus. elok untuk budak budak. yang jadi tak bestnye sebab:

1. masa buat paperwork. bleh dia datang n then tanya. man, mane kertas kerja solat hajat aritu? akak nak mintak untuk solat hajat. kaunseling nanti join dengan panitia pendidikan Islam. akak nak tukar2 tarikh je. malas nak buat baru. kertas kerja akak uruskan.
eh? senangnye ati kau. kertas keje ko uruskan? tu kertas keje aku weh! ko tukar tarikh je. pastu ko malas nak buat n sesuka hati nak soh orang join venture ngan ko. 3 fasa lak tu.
bila gua dah hangen, terus taknak buat. atleast gua da bagi soft copy dah ok la tu kan.
bile keluar list jawatankuasa, ko penyelaras, aku setiausaha. ala2 ko bos, aku balaci la. hari taklimat ko entah gi mane. lepas tu sebar cerita macam-macam kata aku taknak buat kerja kerja agama. kejap. kaunselor takde program motivasi ke untuk student? aku rasa la, Kak Ezlin (kaunselor SMK Mohd Khalid), kaunselor n ade program2 khas. takde la rasanya dia nak kacau program orang lain.
alasan, dia kata nak tolong Panitia Pendidikan Islam. setau aku la. sebelum aku masuk, program panitia dah berjalan dan aku pon dah laksanakan beberapa program tambahan.
cerita kat aku lain, cerita kat orang lain. orang sampaikan kat aku lain. ape kejadahnye kaunselor tu.
lepas tu masa taklimat program, ko tak wujud kan. mana menghilang. shame on you!
and as usual. hadap la jugak bnda tu. 

2. kelas jadual anjal.
benda yang bagus untuk pelajar pelajar PMR. meskipun dah terlambat. (sebab setahu aku, sekolah MK bulan Julai - Ogos da mula). but ok la. segala pecutan dan larian ada dalam tu.
yang geramnye dalam jadual tulis nama orang lain. bile tanye, dia yang offer diri nak ajar subjek aku. walaupun aku risau, tapi dah dia offer kan. lagipon senior 12thn pengalaman kat sekolah sebelah. diulangi sekolah sebelah saja. (dari posting sampai kene halau dok kat situ)
bila tibe hari kejadian, dia leh kata. eh. saya tak boleh masuk la. ade kelas. ait? kan ke kelas tu akan di relief oleh cikgu lain.
eh. ustaz masuk la eh. boleh kan?
me: woccay. sambil berlalu dengan perasaan bercampur baur.
A) nak mencercaaaaaaaaaaa!!!!!!!!
B) bagus. kalo tak abeh jahanam program aku kat bebudak tu.

bengang tak kawan kawan? ya. mmg bengang meskipon dah tau dari awal akan jadi macam ni.
so. sepanjang 2 minggu, mmg muka gua ketat ya amat.
kegilaan yang sedang dinanti ialah menyambut raya aidiladha di sekolah. phew.
ade ke gigih nak soh wat korban hari raya pertama di sekolah. cukup2 la program tu mendapat cercaan dalam diam dari orang.
motip sangat ko buat program macam orang takde family.
alasan: ayah ko kate kalo gaji dah RM2k, so korban jadi wajib.
eh. ayah kite ngan ayah awak tu orang yang same ke? satu sekolah tu chegu adik beradik ke?
tolong la eh. dah la saban malam, sabtu ko kacau. raya pon nak kacau.
benda tu memang bagus tapi elok ke kalau niat ala2 memaksa? memang ade orang yang baik budi nak sumbang lembu. tapi fikir la cket.
alangkan program marhaban yang ko plan tu pon ko tinggal balik kampung pastu soh orang len jalankan.
ni nak buat benda macam ni. buang jela serban tu. pakai upih pinang lagi baik.

itu ialah cabaran di sekolah baru. as usual. i love my student very much. aku datang sekolah untuk ajar anak orang bukan senangkan hidup orang macam kau.

kalau ko tak sanggup buat, jangan offer diri. menyusahkan orang lain + ko dapat dosa setepek.

No comments:

Post a Comment