Saturday, July 25, 2009

hati kecil yang mengecil

entah la ye. mungkin kerana kesalahan kita yang lepas, sebab perselisihan faham, sebab sedikit pergaduhan, kerana rasa kecil hati, kita menjauh hati.

ada satu masa, aku berbaik dengan *. bleh borak, kutuk mengutuk, ketawa, saling pekena. tapi sebab satu insiden kecik, aku menjauh untuk beberapa lama.
dalam hati meronta untuk menegur dan berbual mesra
hingga satu masa aku mengalah
dan aku cuba berbaik
aku tegur
cuba ketawa
bergurau

tapi apa yang aku dapat
jawapan yang sinis
macam tak pernah kenal

adakah aku takde perasaan?
atau aku yang terlalu menjauh hati

agaknye kalau terjumpa
mungkin dia tak akan pandang aku

boleh saja aku biar
atau ignore
tapi entah

bila aku ada di satu tempat, dia biasa akan ada
tapi aku seolah-olah dah tak wujud
dan akhirnya aku pergi jauh
cari tempat yang sesuai

bila dia tiada
aku di'iggy' orang lain

sakit sangat

biar orang tak tahu
biar orang tak mengerti

aku kembali dengan harapan
untuk bergembira seperti waktu dulu

but aku sedar ia seakan takkan kembali
kerana mungkin dia tak ada perasaan tu

aku merendahkan diri aku
biar orang memandang salah pada aku
biar orang anggap aku punca masalah
biar orang anggap aku tak matang

ini kisah yang aku hadapi
mungkin kau tak mengerti
hanya akan kau ketahui
apabila kau cuba berempati
tak perlu simpati
duduklah ditempat ini



alby enta kulli hayati

Thursday, July 23, 2009

masa yang sentiasa berlalu

erm...dah terlalu lama tak menulis blog. inilah masalah aku. buat apa-apa ikut mood. kalau nak tulis, beria-ia buat tapi bila malas, jenguk pon takmo.hahahaha...gilak.
sekarang ni aku dah ada kat Manjung menjalani praktikal sebagai seorang guru agama atau ustaz.haha...that's crazy. Me n Ustaz... lol.
flashback UPSI.
selepas habis kuliah, aku exam, kemudian aku ada kursus Bina Insan Guru (BIG) yang wajib untuk bakal-bakal guru. sepanjang kursus BIG, berlaku kes keracunan makanan melibatkan hampir 80++ orang. alhamdulillah aku tak kena. pelbagai spekulasi...ada yang kata puncanya air minuman, ada yang kata nasi yang dimakan waktu tengahari, ada yang yang kata kari waktu malam ada telur lalat.errkkk!!!... tapi majoriti yang tak sakit atau keracunan tak minum air yang disediakan semasa aktiviti lasak sebab dah dihabiskan oleh mereka yang sakit perut. mungkin ada hikmah aku tak minum walaupun aku makan nasi dan kuih bertambah-tambah. hanya Allah yang tahu.

kursus tu amat membosankan sebab pada aku, aku pernah melalui kursus yang lebih mencabar dan menguji ketahanan mental aku. tapi ada la part yang aku enjoy iaitu masa pembentangan dalam kumpulan...i'm so happy. happy wif my team, kak teh, kak cik (i'm not sure which one yang lukis kartun Upin & Ipin..really impress), sayed :P Roslan, dll... the best part time bentang dalam aktiviti Pulau Harapan..at that time terserlah sifat keanak-anakkan dan keriangan...i wont forget that time. Thanks Kak Jai yang turut menjadi fasi and really sporting. though masa dia nak balim aku tak jumpe but really thanks to her. dalam masa kurang 24 jam, we are all really family.

habis kursus, ialah masa untuk pindah.
aku mengharapkan kalaulah family aku yang bantu aku berpindah. tapi akhirnya orang lain jugak yang aku perlu minta bantuan. malu ya amat.hahahah..tapi pindah jugak...and dah sampai pun Manjung. UPSI meninggalkan satu kenangan dan memori baru untuk aku. apabila kita berada di tempat yang jauh dari orang, kita merasakan diri kita terbaik namun realitinya ada orang lain yang jauh lebih hebat dari kita. ia tempat untuk melahirkan bakal guru tapi adakah ianya sesuai dengan situasi masa ini dengan keadaan pelajarnya yang sangat advance dan terbuka dalam pelbagai hal...sayang kan.

apabila berada di Manjung, seminggu awal aku stay sensorang kat umah sewa baru. erm..last-last aku gi umah abah angkat aku kat Batu 10, Lekir...lepak ngan cousin angkat...hahhaha...most of them say me and him look like twin coz kekadang nampak sama. ntah la. tapi sejak kes abah angkat ada masalah ngan adik dia, aku ke hulu ke hilir ngan Shukri. kalau dulu ada Muslimin or Meen sekali. erm...tapi itulah namanya masa yang merubah kita. hari ni kita ketawa bersama, ada kemungkinan esok kita akan bermasam muka.

berada di sekolah adalah satu dunia yang amat berbeza. aku menjadi seorang yang berbeza... sangat berbeza dengan diri aku sendiri. kadangkala aku nak memberontak...tapi aku terikat dalam satu sangkar manusia bernama Abdul Rahman yang memegang status ustaz. setiap hari aku melangkah kaki ke sekolah dengan satu harapan agar status itu akan terus sebati dengan jiwaku dan terus meninggalkan kehidupan silam yang.... entah la. aku sendiri kurang pasti...

berada di sini juga adalah detik pertemuan dengan situasi baru. jika dulu aku berdepan dengan perangai manusia yang suka meniru tingkah laku dan juga imej aku. kini aku berdepan dengan satu keadaan yang sangat menjerat aku apabila apa jua tindakan aku akan menyebabkan aku jatuh. seakan ada orang yang cuba menampakkan aku ni seorang yang nothing, tidak berguna, menyusahkan, memperlihatkan seakan sombong, atau dalam erti kata lain, ada orang yang seakan cuba merampas keindahan hidupku dengan menjadikan cara hidupku sebagai cara hidupnya hingga tiada apa yang tinggal pada aku. aku cuba sentiasa berpositif dalam pelbagai hal sebab syaitan amat gembira jika manusia sentiasa dalam keadaan rasa dengki dan sifat buruk lain. aku selalu berkata, ia kehidupan aku masa lalu dan sekarang aku perlu membina identiti baru.

kadangkala aku bersyukur sebab aku perlu menjani latihan ini seorang diri. kenapa? sebab aku dapat menjalaskan tugas aku tanpa gangguan, tenang. dan pastinya segala perkara akan tertumpu pda satu iaitu untuk mengajar, mengajar dan mengajar. kelebihan ialah di SMK Teknik Sri Manjung, aku berdiri seorang diri untuk berdikari bersama dengan mereka yang jauh berpengalaman. Hey! Rahman ialah seorang manusia yang sentiasa berdikari.

jika masa kecil aku duduk dengan orang lain, selepas mak keluar wa, baru aku duduk dengan mak. kemudian aku ditinggalkan di rumah mak angkat Cik Enon, Cik Rani, Cik Siah sebab mak ngan abah kerja. dalam usia 9 hingga 12 tahun aku bersiap sendiri untuk ke sekolah agama, dan hanya jumpa keluarga pada waktu petang. usia aku 13 tahun aku ke asrama hingga 17 tahun di SMKJBP. usia 18-19, aku ke asrama SMKAS, 20-23 aku di Kolej Kelima (Dayasari), UM, konvokesyen tanpa kehadiran keluarga (meskipun abang aku hanya duduk di Sentul), kemudian menongkah arus kota KL setahun berdikari, mendaftar di UPSI seorang diri tanpa keluarga, dan terus berpindha ke Manjung seorang diri. Maka kenapa aku harus bersedih untuk berada sendirian di SMK Teknik Manjung?

aku tidak akan mengatakan aku boleh buat semua benda. aku hanya melakukan apa yang aku mampu. dalam satu situasi, aku mencabar diri untuk melakukan sesuatu.
aku bukanlah seorang yang suka bersaing dengan sesiapa. aku rela berundur sekiranya pesaing aku kelihatan terdesak untuk mendapatkan perhatian orang.haha... kenapa? kalau di UM, aku hanya seorang yang biasa dan tiada sesiapa memandang aku. Tapi akhirnya mereka yang bersama pesaingku kini menjadi teman rapatku. aku tak meminta. mungkin rezekiku untuk bersahabat hanya hadir di saat akhir. tapi kenangan yang sedikit tu akan kekal selamanya.

mungkin aku tidak dipandang orang di satu tempat tapi di satu tempat lain, aku ada sesuatu. mungkin di masa ini aku nampak seolah-olah aku memerlukan perhatian tu namun aku perlu sedar, ianya satu perhatian yang kurang penting kerana ada sesuatu yang lebih penting perlu dikejar. SMK Teknik Manjung. jangan sia-siakan sesuatu di depan mata anda....

Thursday, July 2, 2009

aku dan senyuman

hari ni last aku kuliah. macam nak meraung, sedey. tapi biasa la. setiap permulaan ada akhirnya. sebak. sebab kat sini aku belajar perkara yang aku tak fikir selama ni. bukan mudah memikul tanggung jawab orang beragama.
merujuk pada tajuk
entah la.
orang kata muka roman muka aku kasar.
muka aku garang
aku kedekut senyum.

masa sekolah dulu, ada sorang cikgu namanya Puan Sadhana Ithnin.
Dia pernah bagitahu kat junior aku (masa ni aku tingkatan 5, junior tingkatan 1). Katanya, awak kenal tak abang tu. masa dia tingkatan satu dulu-dulu, dia seorang yang amat pemurah dengan senyum. sentiasa senyum. tapi sekarang, senyuman dia tu adalah sesuatu yang paling mahal. aku yang mendengar cerita junior tu terdiam. hati berbisik mengatakan, cikgu tu ingat aku. aku terkedu bila dikatakan aku semakin mahal dengan senyuman. entah mengapa, semakin aku dewasa, senyuman aku semakin pudar dan serinya seakan hilang terus menerus.

hari ni, Ustaz Mohd Abdul Nasir memberi satu pengakuan yang kembali mengingatkan aku pada cerita lama. Dia mulakan dengan ungkapan, sewaktu mula dia masuk kelas kami, dia amat risau dengan keadaan kami. dia katakan ada orang yang dirasakan sukar untuk dimengerti. Ujang dengan aku. Ujang mungkin misteri sebab dia selalu senyum dan tunduk malu. tapi bila dia keluar, orang tahu kehebatan dia. Ustaz Nasir tunjuk ke arah dia semasa berkata demikian.

kemudian dia unjurkan telunjuknya kearah aku. katanya senyuman aku adalah berbeza. yang tidak ikhlas. terkedu lagi. kenapa dia sehingga nampak perkara tu. aku senyum dengan cara yang sama. senyum seperti orang lain. aku tak faham apa maksud dia. adakah senyuman aku hadir dengan persoalan yang pelbagai? aku ikhlas memberi senyuman tu.

mungkin benar aku bukan orang yang mudah tersenyum.
hati aku berkocak lagi dengan persoalan.
rakan sekeliling memandang aku dengan sinis. senyumku yang aku beri dianggap tidak ikhlas.

entahlah
persepsi orang mane la kita tahu
aku tak tahu apa telahan dia, mereka.
hanya Allah yang tahu rasa hatiku.

Monday, June 29, 2009

cuba melakar perpaduan

lukisan ni kawan aku soh lukis untuk P&P dia mase jadi guru ganti
xde warna...
sblm dia claim ni dia pnye, harus aku kaler dulu....
hahahahaah

Photobucket

border ngan rerama tu tambahan sajork okeh...takde la aku ni seni sangat sampai sehalus tu...tapi bebudak tu mmg aku yang hina innew yang lukih (T-T)

Mix Desktop Wallpaper from ibrahzine site







Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket


hehehe...ni koleksi desktop wallpaper yang aku penah buat untuk www.ibrahzine.com ukhuwwah fillah di hati :D erm...rindunye nak berforum kat sane cam dedulu... :(

Sunday, June 28, 2009

Mengghairahkan :P

nikmatnye...
bila cairan putih itu meleleh di tepian
dengan merah mengecurkankanku
hijau gelap dengan perisa masin-masin
lantas ku jilat dengan penuh selera
hingga sedikit tidak tersisa
aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
sedapnye











burger As-Sauri




special burger = RM2.50
cheese burger = RM2.90
special cheese burger = RM3.40

dijamin halal
telur yang digunakan dibasuh sebelum dipecah

Tuesday, June 16, 2009

Masalah ke?

Aku adalah seorang pelajar lelaki yang pegi kuliah naik bas. Aku takde transport. Nak bawak pon terkial-kial. Nak gi kuliah tu jauh. Bas ada dan percuma. Salah ke kalau aku tak tumpang kawan aku naik motor? Perlu ke aku naik motor dan beli helmet sedangkan kelas aku dengan dorang lain...hanya dua kelas je same. Perlu ke? Kenapa diorang nak paksa aku naik motor ngan diorang? Diorang ambil berat ke?
Kalau aku jalan kaki, bukan aku mintak simpati orang. Aku suka jalan kaki. Salah ke aku berjalan kaki?
Salah ke seorang lelaki jalan kaki ke tempat kuliah?
Kenapa perlu nak poyo or marah aku sedangkan yang pernah pelawa aku pun aku dah explain awal-awal, kalau tak perlu, aku tak tumpang. Kenapa ko sibuk sangat? tak payah la tunjuk baik kalo sekadar nak berpura-pura. Nak suruh aku tumpang hape kalau dia sendiri pergi kuliah lambat. Aku yang jalan kaki sampai dulu. Dia yang naik motor pon terhegeh-hegeh masuk kelas.
Ape kes?

Aku kalau boleh sedaya upaya aku tak nak menyusahkan orang.
Lagipun bile ada ura-ura mase cuti sem takda bas. Pastu ade orang mintak supaya bas tu ada mase cti. Tapi yang mintak tak nak gunakan bas dan nak gunakan kenderaan sendiri. Kan ke dah menyusahkan pakcik bas. Diorang boleh senang-senang dapat cti, keken datang. pastu takde orang naik. Antara sebab aku naik sebab aku perlukan benda tu. Lagipon buat ape aku bazir duit minyak segala kalau aku dapat pergi ke satu-satu tempat tanpa bayaran?
BODO LA ENCIK TUH!!!!!