Thursday, July 2, 2009

aku dan senyuman

hari ni last aku kuliah. macam nak meraung, sedey. tapi biasa la. setiap permulaan ada akhirnya. sebak. sebab kat sini aku belajar perkara yang aku tak fikir selama ni. bukan mudah memikul tanggung jawab orang beragama.
merujuk pada tajuk
entah la.
orang kata muka roman muka aku kasar.
muka aku garang
aku kedekut senyum.

masa sekolah dulu, ada sorang cikgu namanya Puan Sadhana Ithnin.
Dia pernah bagitahu kat junior aku (masa ni aku tingkatan 5, junior tingkatan 1). Katanya, awak kenal tak abang tu. masa dia tingkatan satu dulu-dulu, dia seorang yang amat pemurah dengan senyum. sentiasa senyum. tapi sekarang, senyuman dia tu adalah sesuatu yang paling mahal. aku yang mendengar cerita junior tu terdiam. hati berbisik mengatakan, cikgu tu ingat aku. aku terkedu bila dikatakan aku semakin mahal dengan senyuman. entah mengapa, semakin aku dewasa, senyuman aku semakin pudar dan serinya seakan hilang terus menerus.

hari ni, Ustaz Mohd Abdul Nasir memberi satu pengakuan yang kembali mengingatkan aku pada cerita lama. Dia mulakan dengan ungkapan, sewaktu mula dia masuk kelas kami, dia amat risau dengan keadaan kami. dia katakan ada orang yang dirasakan sukar untuk dimengerti. Ujang dengan aku. Ujang mungkin misteri sebab dia selalu senyum dan tunduk malu. tapi bila dia keluar, orang tahu kehebatan dia. Ustaz Nasir tunjuk ke arah dia semasa berkata demikian.

kemudian dia unjurkan telunjuknya kearah aku. katanya senyuman aku adalah berbeza. yang tidak ikhlas. terkedu lagi. kenapa dia sehingga nampak perkara tu. aku senyum dengan cara yang sama. senyum seperti orang lain. aku tak faham apa maksud dia. adakah senyuman aku hadir dengan persoalan yang pelbagai? aku ikhlas memberi senyuman tu.

mungkin benar aku bukan orang yang mudah tersenyum.
hati aku berkocak lagi dengan persoalan.
rakan sekeliling memandang aku dengan sinis. senyumku yang aku beri dianggap tidak ikhlas.

entahlah
persepsi orang mane la kita tahu
aku tak tahu apa telahan dia, mereka.
hanya Allah yang tahu rasa hatiku.

No comments:

Post a Comment