entah la ye. mungkin kerana kesalahan kita yang lepas, sebab perselisihan faham, sebab sedikit pergaduhan, kerana rasa kecil hati, kita menjauh hati.
ada satu masa, aku berbaik dengan *. bleh borak, kutuk mengutuk, ketawa, saling pekena. tapi sebab satu insiden kecik, aku menjauh untuk beberapa lama.
dalam hati meronta untuk menegur dan berbual mesra
hingga satu masa aku mengalah
dan aku cuba berbaik
aku tegur
cuba ketawa
bergurau
tapi apa yang aku dapat
jawapan yang sinis
macam tak pernah kenal
adakah aku takde perasaan?
atau aku yang terlalu menjauh hati
agaknye kalau terjumpa
mungkin dia tak akan pandang aku
boleh saja aku biar
atau ignore
tapi entah
bila aku ada di satu tempat, dia biasa akan ada
tapi aku seolah-olah dah tak wujud
dan akhirnya aku pergi jauh
cari tempat yang sesuai
bila dia tiada
aku di'iggy' orang lain
sakit sangat
biar orang tak tahu
biar orang tak mengerti
aku kembali dengan harapan
untuk bergembira seperti waktu dulu
but aku sedar ia seakan takkan kembali
kerana mungkin dia tak ada perasaan tu
aku merendahkan diri aku
biar orang memandang salah pada aku
biar orang anggap aku punca masalah
biar orang anggap aku tak matang
ini kisah yang aku hadapi
mungkin kau tak mengerti
hanya akan kau ketahui
apabila kau cuba berempati
tak perlu simpati
duduklah ditempat ini
alby enta kulli hayati
No comments:
Post a Comment