Thursday, July 23, 2009

masa yang sentiasa berlalu

erm...dah terlalu lama tak menulis blog. inilah masalah aku. buat apa-apa ikut mood. kalau nak tulis, beria-ia buat tapi bila malas, jenguk pon takmo.hahahaha...gilak.
sekarang ni aku dah ada kat Manjung menjalani praktikal sebagai seorang guru agama atau ustaz.haha...that's crazy. Me n Ustaz... lol.
flashback UPSI.
selepas habis kuliah, aku exam, kemudian aku ada kursus Bina Insan Guru (BIG) yang wajib untuk bakal-bakal guru. sepanjang kursus BIG, berlaku kes keracunan makanan melibatkan hampir 80++ orang. alhamdulillah aku tak kena. pelbagai spekulasi...ada yang kata puncanya air minuman, ada yang kata nasi yang dimakan waktu tengahari, ada yang yang kata kari waktu malam ada telur lalat.errkkk!!!... tapi majoriti yang tak sakit atau keracunan tak minum air yang disediakan semasa aktiviti lasak sebab dah dihabiskan oleh mereka yang sakit perut. mungkin ada hikmah aku tak minum walaupun aku makan nasi dan kuih bertambah-tambah. hanya Allah yang tahu.

kursus tu amat membosankan sebab pada aku, aku pernah melalui kursus yang lebih mencabar dan menguji ketahanan mental aku. tapi ada la part yang aku enjoy iaitu masa pembentangan dalam kumpulan...i'm so happy. happy wif my team, kak teh, kak cik (i'm not sure which one yang lukis kartun Upin & Ipin..really impress), sayed :P Roslan, dll... the best part time bentang dalam aktiviti Pulau Harapan..at that time terserlah sifat keanak-anakkan dan keriangan...i wont forget that time. Thanks Kak Jai yang turut menjadi fasi and really sporting. though masa dia nak balim aku tak jumpe but really thanks to her. dalam masa kurang 24 jam, we are all really family.

habis kursus, ialah masa untuk pindah.
aku mengharapkan kalaulah family aku yang bantu aku berpindah. tapi akhirnya orang lain jugak yang aku perlu minta bantuan. malu ya amat.hahahah..tapi pindah jugak...and dah sampai pun Manjung. UPSI meninggalkan satu kenangan dan memori baru untuk aku. apabila kita berada di tempat yang jauh dari orang, kita merasakan diri kita terbaik namun realitinya ada orang lain yang jauh lebih hebat dari kita. ia tempat untuk melahirkan bakal guru tapi adakah ianya sesuai dengan situasi masa ini dengan keadaan pelajarnya yang sangat advance dan terbuka dalam pelbagai hal...sayang kan.

apabila berada di Manjung, seminggu awal aku stay sensorang kat umah sewa baru. erm..last-last aku gi umah abah angkat aku kat Batu 10, Lekir...lepak ngan cousin angkat...hahhaha...most of them say me and him look like twin coz kekadang nampak sama. ntah la. tapi sejak kes abah angkat ada masalah ngan adik dia, aku ke hulu ke hilir ngan Shukri. kalau dulu ada Muslimin or Meen sekali. erm...tapi itulah namanya masa yang merubah kita. hari ni kita ketawa bersama, ada kemungkinan esok kita akan bermasam muka.

berada di sekolah adalah satu dunia yang amat berbeza. aku menjadi seorang yang berbeza... sangat berbeza dengan diri aku sendiri. kadangkala aku nak memberontak...tapi aku terikat dalam satu sangkar manusia bernama Abdul Rahman yang memegang status ustaz. setiap hari aku melangkah kaki ke sekolah dengan satu harapan agar status itu akan terus sebati dengan jiwaku dan terus meninggalkan kehidupan silam yang.... entah la. aku sendiri kurang pasti...

berada di sini juga adalah detik pertemuan dengan situasi baru. jika dulu aku berdepan dengan perangai manusia yang suka meniru tingkah laku dan juga imej aku. kini aku berdepan dengan satu keadaan yang sangat menjerat aku apabila apa jua tindakan aku akan menyebabkan aku jatuh. seakan ada orang yang cuba menampakkan aku ni seorang yang nothing, tidak berguna, menyusahkan, memperlihatkan seakan sombong, atau dalam erti kata lain, ada orang yang seakan cuba merampas keindahan hidupku dengan menjadikan cara hidupku sebagai cara hidupnya hingga tiada apa yang tinggal pada aku. aku cuba sentiasa berpositif dalam pelbagai hal sebab syaitan amat gembira jika manusia sentiasa dalam keadaan rasa dengki dan sifat buruk lain. aku selalu berkata, ia kehidupan aku masa lalu dan sekarang aku perlu membina identiti baru.

kadangkala aku bersyukur sebab aku perlu menjani latihan ini seorang diri. kenapa? sebab aku dapat menjalaskan tugas aku tanpa gangguan, tenang. dan pastinya segala perkara akan tertumpu pda satu iaitu untuk mengajar, mengajar dan mengajar. kelebihan ialah di SMK Teknik Sri Manjung, aku berdiri seorang diri untuk berdikari bersama dengan mereka yang jauh berpengalaman. Hey! Rahman ialah seorang manusia yang sentiasa berdikari.

jika masa kecil aku duduk dengan orang lain, selepas mak keluar wa, baru aku duduk dengan mak. kemudian aku ditinggalkan di rumah mak angkat Cik Enon, Cik Rani, Cik Siah sebab mak ngan abah kerja. dalam usia 9 hingga 12 tahun aku bersiap sendiri untuk ke sekolah agama, dan hanya jumpa keluarga pada waktu petang. usia aku 13 tahun aku ke asrama hingga 17 tahun di SMKJBP. usia 18-19, aku ke asrama SMKAS, 20-23 aku di Kolej Kelima (Dayasari), UM, konvokesyen tanpa kehadiran keluarga (meskipun abang aku hanya duduk di Sentul), kemudian menongkah arus kota KL setahun berdikari, mendaftar di UPSI seorang diri tanpa keluarga, dan terus berpindha ke Manjung seorang diri. Maka kenapa aku harus bersedih untuk berada sendirian di SMK Teknik Manjung?

aku tidak akan mengatakan aku boleh buat semua benda. aku hanya melakukan apa yang aku mampu. dalam satu situasi, aku mencabar diri untuk melakukan sesuatu.
aku bukanlah seorang yang suka bersaing dengan sesiapa. aku rela berundur sekiranya pesaing aku kelihatan terdesak untuk mendapatkan perhatian orang.haha... kenapa? kalau di UM, aku hanya seorang yang biasa dan tiada sesiapa memandang aku. Tapi akhirnya mereka yang bersama pesaingku kini menjadi teman rapatku. aku tak meminta. mungkin rezekiku untuk bersahabat hanya hadir di saat akhir. tapi kenangan yang sedikit tu akan kekal selamanya.

mungkin aku tidak dipandang orang di satu tempat tapi di satu tempat lain, aku ada sesuatu. mungkin di masa ini aku nampak seolah-olah aku memerlukan perhatian tu namun aku perlu sedar, ianya satu perhatian yang kurang penting kerana ada sesuatu yang lebih penting perlu dikejar. SMK Teknik Manjung. jangan sia-siakan sesuatu di depan mata anda....

No comments:

Post a Comment