Saturday, April 16, 2011

ape la aku ni

bile bace balik tulisan-tulisan aku kat bawah ni jadi macam kelakar lak
ntah hape-hape...
kekadang merapu
kekadang serius...

kadang tu macam tak caye benda tu aku tulis
aih... boleh lak jiwang-jiwang tahap roti cecah kari ayam...ekekeke

geli pon ada..
nak delete
tapi rasa sayang plak
haha

Kawan :)

ini saya ambil dari Hafizi Ridzuan... meskipun da banyak kali gak bace benda ni, tapi jarang nak amik port... dia soh sebarkan, tapi pada saya, elok share sahaja ye... menarik untuk dibaca...

Seminit Mengenali Kawan

Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya Perkara yang anda tak perasan atau saja tak perasaan.... ...

1. Sekurang-kurangnya Ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang walaupun dia tidak menyukai anda.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8. Anda seorang yang istimewa dan unik.

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin

anda yang meminggirkan mereka.

12... Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan

sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi

sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci & cela.

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

15... Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya. Hantarlah pesanan ini kepada orang yang anda tidak akan lupa dan hantarkan juga kepada orang yang menghantar pesanan ini. Ini adalahpesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya. Kalau anda tidak menghantar pesanan ini, bermakna anda sudah melupakan kawan-kawan anda. Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik.


Adakah anda tahu hubungan antara 2 biji mata anda ??

Mereka berkedip bersama..... ......,

Bergerak bersama..... ......,

Menangis bersama....... ......,

Melihat bersama dan......... ....,

Tidur bersama...... .....

Meskipun mereka tidak pernah melihat antara satu sama lain.......

PERSAHABATAN seharusnya seperti itu......... ....

Kehidupan akan berasa KOSONG tanpa KAWAN ............ .


best kan? ^^

wishing on a star :(



I'm wishing on a star
To follow where you are
I'm wishing on a dream
To follow what it means
And I wish on all the rainbows that I see
I wish on all the people who really dream

I'm wishing on a star
To follow where you are

aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

bila diri cuma sekadar persinggahan...

semalam 15hb April 2011
rasa kecewa yang amat sangat
bile orang yang kita sedang cuba untuk kenal
rupenye sedang diintai orang lain
dan dia membiarkan intaian itu menjadi satu yang bermakna
cemburu, sakit ati, sedih, marah, rindu semua ada

kesilapan sendiri jugak
sebab aku pernah terlepas cakap aku tak nak komitmen
huhu... tapi tak sangka dalam masa yang singkat, ade pulak orang lain datang

cuba untuk faham dia
cuba untuk tak cemburu
cuba untuk bersikap setia

meskipun ada berjumpa dengan orang lain
dan orang lain tu nak mengendeng
tapi dalam setiap tindakan yang dibuat

sentiasa akan teringat kat dia
marah ke dia

kadang-kadang terasa sayang, cinta yang dinyatakan tu sekadar satu simpati
sedangkan apa yang disampaikan pada dia, satu yang datang dari hati

kenapa nak memberikan harapan sedangkan dia sendiri seolah-olah dah membuat keputusan bahawa kami takkan bersama

ungkapan tak mahukan komitmen tu dah mula diruntuhkan sedikit demi sedikit
untuk memberikan laluan kepada dia

sejujurnya, pada awal perkenalan, memang aku tak ada rasa suka pada dia
aku cuma anggap dia sekadar kawan,
tapi bila hari demi hari dia tetap ada memberikan harapan,
semua tembok yang ada runtuh satu demi satu

dan bila laluan itu semakin mudah
tiba-tiba yang datang bukannya bahagia
tapi yang pasti semuanya bencana

dan sebenarnya kebelakangan ni, makin susah nak berborak,
makin susah nak bersms, call
ya... mungkin betul busy, or...

dan semalam, pelik jugak kenapa la dia sanggup tunggu 'kawan' dia yang nak ajak dinner...
dari petang, sekitar jam 6 menjejak ke pukul 10... sanggup tunggu...
alasannye dia seorang penyabar
status kat FB menjelaskan semuanya...
patut la sanggup tunggu

memang la aku lemau...
lambat sangat tangkap kepelikkan tu

yeah... mungkin sbb saya kurang urban berbanding awak
mungkin saya ni out of date berbanding awak
dan mungkin awak malu mengenali siapa saya

thanks atas janji-janji awak tu
dan saya tau kita takde declare apa-apa
dan tak ada apa-apa yang putus antara kita

selepas ni mungkin kita akan seperti biasa,
berbual, sms, dan lain-lain

tapi mungkin, saya tak mampu untuk menjadi semesra seperti biasa
mungkin juga saya perlu untuk terus berpura-pura gembira
biar semua yang jadi hari ini
menjadi pengajaran pada saya untuk memberikan cinta pada orang...
atau juga menilai apakah cinta itu benar milik saya
atau cuma sekadar satu persinggahan yang menyakitkan...

Monday, April 11, 2011

Bawalah Daku Bersamamu

aiceceh... sangat berjiwangan karats sangat... abeh kene kutuk kaw2 same chegu2 BM T_T
ade pon tiadalah niat saya untuk berjiwangan tapi amatlah berkenan ngan tajuk tu...
ape? bawak lari rumah?
eh... meskipun tajuknye sedemikian, tiadalah saya bermaksud menggalakkan kes anak-anak dara mahupun anak teruna yang merelakan diri mereka di bawa lari bersama pasangan tak sah hubungannya itu...

adapun tiba-tiba saya suka dengan tajuk ini sebab ada beberapa lagu yang membawa maksud sama... dan lagu yg terhasil dari tajuk ni adalah best... jom layan...

pertama dari artis Malaysia iaitu Kak Yan atau name glamer dia Azean Irdawaty...
dia ialah seorang pelakon yang hebat di Malaysia, namun tak ramai menyedari dia mempunyai satu lagu yang sedap di dengar... terkenal dengan ayat "Lihatlah Dunia" sewaktu menerima trofi pelakon Wanita Terbaik... ayuh tanpa berlengah, kita dengarkan lagu "Bawalah Daku Bersamamu"



yang kedua ialah daripada Fadel Shaker n Yara - Akhedni Ma3ak... syioknye tengok video dia... berlari-lari berdua kat kawasan berumput hijau... suara dorang toksah citer... mengalir air mata dengan pujukan dan rayuan... (jiwang tak abeh :P)




abeh dah? ni plak daripada Serge Devant feat Emma Hewitt - Take Me With You... mari menari... ^^



seterusnya daripada Kak Nita - Bawalah Daku Pergi... amik wuduk kasik ...eh... jangan gosip kat sini a...hahahaha... layannnnnn



bawalah daku pergiiiiiiiii... dari gelisah ini... :( jangan jangan... biarkan saja saya sendirian... hahaha

seterusnya dari Rainie Yang yang sangat comel...huwaaaaaaaa



next dari lagu Bobby Pulido - llévame contigo... sweet jugak ^^



dari cerita kartun
Mermaid Melody - Portami Con Te
kene click kat title tu ye... org yg upload tu kedek sangat nak embed code dia...huhu

demikianlah tajuk bawalah daku bersamamu... best tak lagu-lagu dia...
erm... mood tak ok sangat sebenarnye... :(
tapi layan jugak la lagu-lagu ne... ^^
tata



dan ini ialah cadangan dari seorang pengkomen iaitu budak sinchan

tapi ni pon takde embed code dia :nangis:

Jamal Abdillah - Ke mana Ku bawa hati Yang Rindu....

click jela ye

Tuesday, April 5, 2011

Yang pergi tetap pergi

hari ahad, jam 13.08, Mak angkat, (sometime call her mama) telefon dari Hospital... katenye abah kat wad ICU...tenat... aku dah menggelabah puyuh... just cakap kat mak, insha allah semua akan ok... dengar la mak macam menangis... kesiannye mak :(

tanye kat kak murni agak2 kalau mintak cuti, bleh dapat tak? sbb ni lebih pada family angkat... dia soh try ...

then 30 minit kemudian, mak sms kate abah dah meninggal... terhenti semua pergerakan, ati terus berkecamuk... esok keje, abah meninggal :(

call haji, tak angkat... call cik kamil, dia suruh cuti la 2-3 hari...then dengan segera aku call abah kat kluang... cakap benda ni... dia soh amik bas ke kluang n then dari sane kami gerak ke Perak...

erm... aku sms kat syukri, kalau lambat sangat, biar la kebumikan dulu...
rupenye dia pun tak sempat tgk...
dalam kol 1.am, kami sampai...

abah n adik tido umah akak, aku tido umah arwah abah angkat bersama yang lain... sedih la tgk adik angkat aku umur 13 sampai la 2 thn...

untuk makluman, ayah angkat aku berusia 38 tahun semasa dia meninggal dan umur mak angkat 34 tahun... (sebaya dengan adik - panggilan untuk akak aku)

punca kematian? huh...doktor tak tau sakit ape...

misteri? yeap... sebenarnye malas la nak citer pasal benda ni... sebab kadang-kadang orang percaya kadang orang perlekeh... lagipun sbb family aku dah memang biasa kene benda macam ni...

dan kes abah angkat aku ni ialah hasad dengki adik beradik sendiri :(
dan aku memang terasa rapat sangat dengan keluarga ni sebab abah angkat ni seorang yang sangat peramah... semua orang suka dengan dia sebab dia ni memang ringan mulut... kalau ade dia, mmg meriah la tempat tu...

dan seperti yang kita sedia maklum, orang baik memang cepat je Allah akan panggil berjumpa denganNya...

semoga Allah merahmati Mohammad Daud...
ayah angkat saya...
yang saya kenal pada tahun 2006
yang membantu saya ketika saya sedang melaksanakan latihan perguruan

Allahyarham :)

Friday, April 1, 2011

semoga minggu itu pergi bersama kedukaan :)

erm... bestnye brcuti... ade sesape yang tak setuju?
selepas melalui hari-hari yang menyakitkan hati sepanjang minggu lepas,
tibalah hari Sabtu... untuk bercuti...

sepanjang minggu lepas, beberapa kes yang menyakitkan datang...
yah... kadang-kadang kita tak sedar tindakan kita akan membuatkan orang sakit hati, terasa...
dan kita tak tau tindakan kita tu kurang ajar

tapi bila kita berada dalam situasi sukar, kita kadangkala bertindak di luar sedar...
mungkin nada suara dan mimik muka kita menyebabkan orang fikir kita ni sombong, kurang ajar dan sebagainya...

dan disebabkan sekali kesilapan yang berlaku itu, kita terus di cop...
sedangkan selama ni kita menjaga hati orang, kita sendiri makan hati,
tapi kita tetap menjaga hati mereka...

itulah kadang-kala sikap kita sebagai manusia...
kita tak terlepas dari kesilapan
tapi dalam masa yang sama kita perlukan pembelaan

tapi siapalah saya...
sekadar orang biasa :)

dan itulah yang menyebabkan saya tak mahu bertindak keterlaluan
saya mengaku kesilapan saya dan saya minta maaf...

dan biarlah apa yang akan terjadi kemudian hari
saya akan tetap berdiri dan menjalankan tugas saya

kita tak mahu bermusuh, tapi bila ditentukan itu yang terjadi
kita berusaha untuk menjernihkannya...
dan Allah jua yang menentukan apa yang berlaku hari esok...

saya bukan manusia sempurna
anda tidak sempurna
semua orang tidak sempurna
kita bukan maksum
kita akan melakukan kesilapan dan kesilapan itu mengajar kita untuk bersedia
menghadapi manusia yang pelbagai

rambut sama hitam
hati manusia lain-lain...