Thursday, August 26, 2010

Derma atau Bayar? Sumbangan?

kita dihantui oleh perkataan 'derma' sedangkan kita perlu bayar.

kenapa perlu dikatakan derma apabila telah ditetapkan satu bayaran.
misalnya derma untuk pembiayaan sekolah, untuk jamuan dan sebagainya.

dah la derma, kadang-kadang diletak 'derma ikhlas' sekurang-kurangnya RM10 ringgit misalnya.
aduh la...
kadang-kadang rasa malu pulak nak hulur benda tu kat orang

apabila kita meminta derma ikhlas, maka jumlahnya adalah bergantung kepada orang yang hendak memberi sama ada banyak atau sikit.

jangankan orang lain, aku sendiri apabila nak hulur tu macam, teragak-agak,
nak kasik cukup ke idak, kat situ tulis ikhlas... kalau tak bagi kang, ape pulak dikata orang.

bukankah lebih baik jika ditulis sebagai bayaran untuk majlis atau apa saja
paling kurang kata ja sumbangan.

sebab kadang-kadang keikhlasan kita tu akan hilang bila kita tau 'oh, ade ketetapan amaun'
yeah. mungkin ada yang kata, ikut la peredaran zaman, duit seringgit sekarang bukanlah macam dulu... apa je dapat beli kalau seringgit tu...

iye... seringgit sekarang kurang bernilai berbanding dulu.

tapi masalahnye dah kata derma... so ikut suka la kan

kalau nak tetapkan amaun macam tu,
boleh je la tulis,

MOHON SUMBANGAN SEBANYAK RM10 SEORANG. SEKIRANYA INGIN MEMBERI LEBIH AMATLAH DIALU-ALUKAN.

erm... entah la...

No comments:

Post a Comment