membaca satu artikel dalam Majalah Al-Islam (September 2010) kolum Tragedi pada hari ini membuatkan aku tersentap. hati rasa sakit sangat. marah, sedih, terkedu sekejap.
Satu keluarga yang bahagia, kerana zina. Mulanya si suami ialah seorang lelaki yang ringan tulang, rajin bantu isteri. selepas lima tahun, dia berubah. cuma perubahannya tidaklah dia memukul. dia berskandal. Ya Allah.
suami balik lambat
isteri makin risau. outstation, kerja lebih.
satu hari suami kata tak balik.
isteri ni lurus. dia fikir kesian kat suami. dia masak
bawak gi pejabat. tapi kawan suami kata suami makan kat hotel.
isteri rasa pelik.
dia pergi ke hotel tu dengan makanan yang dia masak.
petugas hotel kata lelaki yang gambarnya ditunjukkan isteri (isteri penyayang. gambar suami bawak kemana-mana saja) baru check in hotel.
isteri tak percaya. dia pegi kat bilik tu. dan...........
entah kenapa aku rasa seakan aku rasa perasaan perempuan tu apabila melihat suaminya berada di bilik hotel bertuala sahaja dan ada perempuan lain berselimut di situ.
satu pengakhiran bagi episod ini. mereka bercerai. suami mohon kembali. tapi berapa ramai yang sanggup untuk kembali seperti sediakala. perceraian talak 1.
derita wanita tu bertambah bila suami keduanya pula kaki pukul. episod kedua, dia dihenyak semasa mengandung. syukur anaknya selamat. dan bercerai lagi talak 3.
bekas suami dia? gila talak...
Ya Allah. Jauhkanlah keluarga kami dari masalah ini
No comments:
Post a Comment