Tuesday, August 31, 2010

batu api? mirror mirror

ade kan kalangan kita suka jadi batu api
atau menambah petrol kat api

tak bosan ke?
citer keburukkan orang lain kat aku
lepas tu kuar sesame

lepas tu kutuk aku lak
lepas tu kutuk orang lain


Why don't I like the girl I see?
The one whos standing right in front of me?
Why don't I think before I speak?
I should've listened to that voice inside me

------

Mirror Mirror hanging on the wall
You don't have to tell me whos the biggest fool of all
Mirror Mirror I wish you could lie to me
though i hate liars

Sunday, August 29, 2010

menyandarkan kesalahan sendiri pada orang lain

bencinyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee....
ade ke sesiapa suka kes macam ni?

sengal kan...
dah la salah sendiri
nak lari, kate salah aku
pehal la plak

mulut manis
takde masalah la, itu la, ini la...

padahal nak balut, cuci luka pon tak tau...

Thursday, August 26, 2010

Derma atau Bayar? Sumbangan?

kita dihantui oleh perkataan 'derma' sedangkan kita perlu bayar.

kenapa perlu dikatakan derma apabila telah ditetapkan satu bayaran.
misalnya derma untuk pembiayaan sekolah, untuk jamuan dan sebagainya.

dah la derma, kadang-kadang diletak 'derma ikhlas' sekurang-kurangnya RM10 ringgit misalnya.
aduh la...
kadang-kadang rasa malu pulak nak hulur benda tu kat orang

apabila kita meminta derma ikhlas, maka jumlahnya adalah bergantung kepada orang yang hendak memberi sama ada banyak atau sikit.

jangankan orang lain, aku sendiri apabila nak hulur tu macam, teragak-agak,
nak kasik cukup ke idak, kat situ tulis ikhlas... kalau tak bagi kang, ape pulak dikata orang.

bukankah lebih baik jika ditulis sebagai bayaran untuk majlis atau apa saja
paling kurang kata ja sumbangan.

sebab kadang-kadang keikhlasan kita tu akan hilang bila kita tau 'oh, ade ketetapan amaun'
yeah. mungkin ada yang kata, ikut la peredaran zaman, duit seringgit sekarang bukanlah macam dulu... apa je dapat beli kalau seringgit tu...

iye... seringgit sekarang kurang bernilai berbanding dulu.

tapi masalahnye dah kata derma... so ikut suka la kan

kalau nak tetapkan amaun macam tu,
boleh je la tulis,

MOHON SUMBANGAN SEBANYAK RM10 SEORANG. SEKIRANYA INGIN MEMBERI LEBIH AMATLAH DIALU-ALUKAN.

erm... entah la...

Tuesday, August 24, 2010

Paksaan!!!!!!!!!!!

sape suka kene paksa?
sape suka buat kerja terpaksa?
takde kan? kan? kan?

erm... ni bukan pasal sekolah eh...
sebab bile kat sekolah kita saling redha meredhai... (ana sooooo'im kate ostad Omar)

ni pasal kawan aku...
pe'el dia dari mase DPLI sampai la ni... tak berubah...
nak satu benda tu memaksa...
kadang tu rasa menyampah pon ade...
kadang nampak cam cari perhatian
kadang nampak cam gila kuasa

kalau dulu, dia selalu akan bertindak seolah-olah dia ketua
marah sana marah sini... OMG... tengok keadaan la...
tapi kadang tu kalau dah tahap baran gua melepasi kawasan medula oblongata,
makanya makan lah kau maki hamun aku... (astaghfirullah... ana soooo'im)

ingatkan bila dah posting ni ok la... sbb dah mula keje
bertukar la perwatakkan
ghopernye idak le deme tu beghubah ye

dia mintak kertas soalan percubaan SPM ngan PMR Pendidikan Islam
yes. i agree... bagus la kan... bertukar-tukar soalan
tapi jenis suke memaksa.
dia ingat orang nak hadap dia aje ye
kalau macam dia ok la.
sekolah besor, ustazah berlambakan tanpa batas
kalau dah kat sini, faham-faham jelah ye. kelas memang sikit tapi....... tettttttttttt
(astaghfirullah... ana soooo'im)

ye aku memang posa
dan aku nak kutuk jugak

tadi baru kejap dok berchat kat FB same dia
soklan dia,

Minah: weh, jadik tak nak tukar soalan?
Aku: jadik. ok je
Minah: korang dah trial kan?
Aku: ye... tapi belum abeh
Minah: nak soalan Pendidikan Islam je tau. lain tak nak
Aku: iye... (dalam hati... ko ingat aku ngajor Fizik? Bio? English? sah sah la aku kasik kertas Pendidikan Islam)
Minah: dah tu bila nak kasik?
Aku: (wah... adekah aku bercakap orang yang menghidap alzheimer tahap akhir? neraka apakah yang diwujudkan kala remdan ini?)

bagi mengelakkan suasana bertambah neraka jahannam kala aku sedang menggodek POTOSOP SI ES LIMA ini, maka aku meng'off'kan chat kat FB...
dia nak meroyan ke ape ke kat sana lantak lah
malas nak pening2 otak...

harap-harap esok tak keluar paper Harian Metrok dengan header

SEORANG USTAZAH MENJERUT LEHER KERANA TIDAK DAPAT KERTAS PERCUBAAN PMR SPM 2010 dari guru sebuah sekolah pemes di Jay Bee...

mati laaaa...................hahahaha

nampak sangat tak mewarisi abah kan? sangat tidak penyabar...
oh amman... sila bertabah ye...

Sunday, August 22, 2010

zina. cerita yang menyentap

membaca satu artikel dalam Majalah Al-Islam (September 2010) kolum Tragedi pada hari ini membuatkan aku tersentap. hati rasa sakit sangat. marah, sedih, terkedu sekejap.

Satu keluarga yang bahagia, kerana zina. Mulanya si suami ialah seorang lelaki yang ringan tulang, rajin bantu isteri. selepas lima tahun, dia berubah. cuma perubahannya tidaklah dia memukul. dia berskandal. Ya Allah.

suami balik lambat
isteri makin risau. outstation, kerja lebih.
satu hari suami kata tak balik.
isteri ni lurus. dia fikir kesian kat suami. dia masak
bawak gi pejabat. tapi kawan suami kata suami makan kat hotel.
isteri rasa pelik.
dia pergi ke hotel tu dengan makanan yang dia masak.
petugas hotel kata lelaki yang gambarnya ditunjukkan isteri (isteri penyayang. gambar suami bawak kemana-mana saja) baru check in hotel.
isteri tak percaya. dia pegi kat bilik tu. dan...........

entah kenapa aku rasa seakan aku rasa perasaan perempuan tu apabila melihat suaminya berada di bilik hotel bertuala sahaja dan ada perempuan lain berselimut di situ.

satu pengakhiran bagi episod ini. mereka bercerai. suami mohon kembali. tapi berapa ramai yang sanggup untuk kembali seperti sediakala. perceraian talak 1.

derita wanita tu bertambah bila suami keduanya pula kaki pukul. episod kedua, dia dihenyak semasa mengandung. syukur anaknya selamat. dan bercerai lagi talak 3.

bekas suami dia? gila talak...

Ya Allah. Jauhkanlah keluarga kami dari masalah ini

abah aku

abah adalah seorang yang garang masa muda (kata akak n abang aku) bengis... aku penah kene sebat dengan ranting sebab tak dengar dia panggil. yang best ade akak cakap ngan muke selamba (ingatkan ko dengar) <<< sengal

bile dah usia macam ni, aku sedar beberapa perkara. banyak positif bapak aku neh.

1. bile tanam pokok kat kebun baru, biasanya esok abah akan check semula. yang pasti akan ada pokok yang tunggang terbalik. biasa la kan. kebun jauh dari rumah. babi, monyet semua ghairah tgk benda baru. yang babi sibuk la time tu nak cari cacing semua... monyet la rajin sangat tolong buang daun-daun pokok tuh. apa abah cakap?

Ala... dia (binatang tu) nak bagitau, kite salah tanam ni. tu yang dia betulkan kedudukan pokok tuh. lubang kurang dalam. yang jiran satu lagi tu pulak kata, daun tu dia buang sebab dah layu.

dan abah dah spare anak pokok baru. dia akan tanam lebih dalam, letak racun keliling pokok... amik ko...hehehe

2. pemurah. walaupun abah bukan orang kaya. dia cuma penoreh getah dulu. tapi kalau time dia dapat duit jualan getah tu, dia akan beli roti banyak-banyak lepas tu bagi kat anak-anak jiran. kadang-kadang gula-gula.

walaupun kadang dia kesal dengan sikap anak-anak jiran tu. ade sekali tak cukup, lepas tu dorang baling2 batu kat rumah kitorang. ade sekali dorang baling tanah kat umah (imagine tanah laterit tu kene hujan. macam lumpur)

tapi dalam kesal, abah kata, alah budak... pastu dia tetap belikan...

3. tak dendam. selalu je orang pedajal family kitorang. dari secara fizikal, mental, sampai tahap bomoh. ade sekali dia berubat. dan jelas memang tau sape yang buat.

bile tukang ubat tu tanya, nak pulang semula ke? abah kata:

biar je la... asalkan aku dengan keluarga aku sihat. nak gaduh-gaduh dia jiran kita...

4. setia. memang cinta setia abah kot.
abah pernah nak lari sabah sebab nenek tak kasik kawen ngan mak.
ramai anak dara gilakan abah masa muda. daripada cina, india, semua nak. tapi abah layan cam kawan lain.
dan bila mak pergi, abah tak pulak dengar ura-ura nak kawen lain. cume time balik tu abah salu nangis bile teringat mak...

ya... seorang ayah tidak akan meluahkan kasih sayangnya melalui kata-kata...
dia tunjuk dari perbuatan

adakah aku mampu buat macam abah?

Thursday, August 19, 2010

menentukan seseorang tu ahli syurga - ahli neraka... OMG

adakah manusia layak untuk menentukan seseorang tu ahli syurga atau neraka?

urm... beberapa hari lepas ade orang mengadu (A) tentang somebody(X) yang marah kat orang lain(B) tapi tibe-tibe membabitkan orang yang wat aduan ni...

adeh la... sebenarnye memang la masalah sikit si A ni
tapi dalam satu konteks, perlu ke nak dihina-hina A di depan orang lain

si X marah dengan B pasal hal yang biasa-biasa je
tapi dalam marah-marah tu, dia babitkan sekali A,
dan ada antara ayat tu merujuk si A ni as ahli neraka.
dan akhirnya orang yang dengar drama ini memandang buruk kepada A ni

bukan la nak kata aku kesian ke apa.
tapi the way X use untuk dakwah orang
kalau X nak marah B, just B je la... buat apa nak babitkan B, C, D, E & bla bla

dan apa hak X untuk mengatakan bahawa A ialah ahli neraka?
yup... cara dia berkelakuan sekarang ni memang la pattern ahli neraka
tapi adakah dia tu confirm ahli neraka?

adakah kalau penjual sayur memakai jersi Arsenal
maka dia adalah pemain Arsenal?

tentu tidak... so ape hak X nak buat macam tu

semua tu kerja Allah
look at Mike Tyson.
life dia penuh ngan noda hitam
peninju yang baran
perogol
membelasah wanita
dan banyak lagi yang dia buat termasuklah menggigit telinga Evandar Holyfield.

tapi sekarang apa yang berlaku pada dia?
kadang-kadang kita tau
tapi mulut kita masih lagi nak judge orang itu ini

dan aku melihat cara X memang bermasalah

macam one case, X tau ade orang buat salah
tapi pendekatan yang digunakan tu membuatkan orang tu sekadar berubah beberapa masa
dan tidak pasti orang tu berubah atau tidak sebab manusia boleh berpura-pura...

dakwah tu memerlukan masa yang panjang
bukan hari ni kita dakwah, esok orang dah jadi baik budi dan menjadi ahli syurga

maafkan saya kerana emotional
tapi saya kurang gemar adenye orang mengkritik orang lain seolah-olah dia sempurna
tolong la ye...

jom muhasabah diri...
adakah kita di landasan yang sebenar

Monday, August 16, 2010

Tertido seh... malu ya amat

adeh la... ngape la leh tertido dalam bilik guru neh

malu seh pengetua datang tengok scene yang di delete dalam drama T_T

abeh la abeh la

naseb bek teda air liur mengalir deras

kalo tak mesti ilang kegojesan XD

Berbuka McD XD

semalam berbuka kat McD Plaza Angsana
takde la scene2 choy macam kat KFC...huhu

menu? Double Cheese Burger...
makan sorang

kat sebelah kanan, selang 2-3 meja kosong, ade sorang perempuan berbaju biru bertudung putih makan GCB,
kat depan dia ade dua girl berbaju hitam dan same ngan tudung...
depan dia lagi, ade couple makan... confirm couple lom kawen sbb mesra len :P
depan lagi ade couple jugak tapi cam dah tunang jek...wutever

kat depan aku? ade la satu geng makan reramai...
5 lelaki dan 1 perempuan...
usia sekitar 16-20 tahun
rasanya dorang family... suke tengok
sebab nampak adik suapkan abang depan dia fries
lepas tu sorang lagi cecahkan nugget kat sos dan suapkan adik dia
pastu baru dia makan...

so sweet... ngape? sebab dorang sesama lelaki...
jarang la ade yang baik budi macam tu

kalau aku? harus tunduk masuk bawah meja b4 suap..akakaka

kasih sayang tanpa batasan... ^^

Wednesday, August 11, 2010

Ramadan?

ramadan kembali

start puasa di Felda Kahang Barat
sahur:
nasi dan ayam masak kicap
air kopi

berbuka:
ayam goreng (gua masak beb)hehe
ikan talapia (ke tilapia?)
air kopi (lagi)
dan

makanan yang di share di kejiranan Jalan Duku
bihun (sup)+(sup mix sambal) T_T
keladi goreng
pengat keladi
karipap
cempedak goreng
donat
dan pelbagai kuih muih...
sebenarnye kat rumah just masak nasi dan ikan masak lemak n ayam goreng
kat area kahang barat ni mmg suka tukar-tukar juadah berbuka... thats mean walaupun kita masak sejenis masakan saja, paling kurang masa berbuka ianya akan menjadi 5-6 jenis... jiran jauh2 tuh takde la buang tebiat nak berantor meskipon kate Nabi, jiran tu 40 umah around kita... (sangat tak ikot sunnah..huhu)
ape pun adat yang baik ni tetap diteruskan meskipon pertukaran juadah itu ialah kuih apam kelapa, keropok ikan tamban, apatah lagi 3 hiris tembikai... yang paling best ialah nasik goreng... syok kan...
masa ni la para jiran akan tunjuk terror masak juadah berbuka hingga kengkadang bubur lambuk rasa manis, bihun sup tertumpah garam, dan latest, pengat keladi kat umah yang akak aku masak ditambah perisa ajinomoto... cerdik kan? takpe... yang penting abes...

redha jelah ye... masakkan orang puasa katanya... ahahahaha


ingatkan tu aje...

tapi sekali akak aku dari Ulu Belitong balik umah ngan segala mak nenek kuih dia sambar tepi jalan T_T tapi mereka terpaksa akur bahawa nasi, ayam goreng+ tilapia masak lemak cili api juga yang menjejehkan air liur mereka... (spoil... nasik abeh seh... tak senunuh la akak aku)

balik JB, ade la bawak buah pulasan, pisang, dukung, rambutan...
semua ni untuk saya sendirik, hosmet saye yang 'baik budi' serta para ibu mengandong di sekolah yang berpesan-pesan katanya T_T

tapi sahur nanti nak makan ape ek... adekah beskot saya masih ada di dalam almari? adakah serbuk soya saya masih kachak di dalam bungkusan mereka? ataukah buah-buahan itu bakal menjadi mangsa kerakusan?

atau mungkin tanpa malu dan segan, saya akan beratur bersama kanak-kanak lain di asrama untuk amik makanan... malu seh @_@

aku akan berusaha untuk sahur sbb sunat kan... semuga tidak ber'lajak'kan di kala pagi...

Monday, August 9, 2010

adakah mereka tahu :(




saya sayang mereka

baca novel dalam kelas?

tak salah sekiranya kita suka membaca...
tapi menjadi masalah bile seorang pelajar tu membaca novel dalam kelas
dan tugasan yang diberi tidak disiapkan.

dah tu kalau tegur, muke cam tempe je... (kalau leh goreng mesti jadi tempe basi)
ramai pelajar yang begitu cuai dan suka membazirkan masa.
semasa guru mengajar, sibuk nak baca novel, sibuk nak berborak,

mereka bijak? cerdik?

mungkin ada sesetengah pelajar yang cerdik
mampu untuk skor meskipun tidak belajar
namun dari segi akhlak dan adab macam mana?

novel yang dibaca? cinta? misteri? ngeri?
aduhai adakah ianya berkait secara langsung dengan pembelajaran?

pemikiran mereka akan dibentuk oleh perkara-perkara dalam novel
melawan, bercinta semasa remaja...

Wednesday, August 4, 2010

Bau-bau kenangan...

ape ni? tajuk bau? bau ketiak? ewwww....

hehe...
sebenarnya nak cerita pasal bau-bau mesra yang datang pada diri kita. bukan bau cinta atau bau kentut...

kadang-kadang bila masuk dalam kelas, tiba-tiba ada satu aroma yang kadangkala mengingatkan aku pada kenangan masa-masa lalu. tak tau la nak kata macam mana bau tu... adakah ianya bau perfume, ataupun bau badan manusia... (tettttttttt)

bila masuk kelas-kelas yang aku ajar, kadang-kadang terhenti sekejap... menikmati satu aroma yang sangat best... mengingatkan tentang masa lalu, mengingatkan tentang orang yang kita suka dan sayang. mungkin dah jadi tabiat, kalau suka dengan orang, mesti ingat dia punye bau...teruk kan... keh3x...

tapi da terbiasa... tak sangka plak bile dah mengajar ni, tiba-tiba bau tu datang... kadang-kadang tertoleh-toleh kat sana sini... mana tau kot-kot ada datang dekat-dekat... tapi hampa... :(

satu masa dulu, bila tamat sekolah, aku cuba untuk hilangkan memori tingkatan 1 sampai 5. pada aku, waktu tu sangta menyakitkan. sebabnya dalam tiap masa, aku terasa dipinggirkan. mana la orang concern sangat pasal manusia tak sempurna ni. tapi tak sedar, rupanya ada secalit kemanisan yang ujud di situ.

rasa suka pada orang walaupun orang tak pernah tahu. rindu pada orang tapi dia tidak rindu sedikit pun kat kita... cuma bila dia lalu, haruman tu masih tertinggal menghilangkan segala keresahan... jiwang kan XD

entah la... walau apa pun haruman yang datang, apa pun aroma yang datang kat hidung, ianya dah cukup untuk membuatkan aku gembira walaupun sekejap... stress yang ada hilang... dan erm... syok lah senang cerita...

thanks Allah... meskipun kenangan tu takkan datang kembali... meski yang disayangi tak muncul lagi, yang dirindu tak muncul kembali, haruman yang Rabbi beri telah cukup untuk menghilangkan sedih hati.

rindu sangat kenangan tuh... :) (: