Monday, February 28, 2011

betul ke sama?

cerita pasal orang yang sama, kadang2 ade orang beritahu pernah jumpa kita... macam mase blaja kat UPSI dulu, lecturer tu beriya-iya kata aku ni doktor sbb semalam dia baru lepas check kat klinik tu...
motip kalau aku doktor, dah watpe aku amik DPLI...hehhe

sebenarnye bukan benda tu nak dibincangkan... tapi lebih kepada satu topik yang aku rasakan aku perlu luahkan di sini sebab aku taknak menjelaskannya pada tuan punya badan. kenapa? entah la... kalau anda membaca dan anda tahu siapa dia, apa pandangan anda...

ada dua orang sahabat baik. sangat rapat. seorang muda dan seorang agak berusia. kedua-duanya jelita dan ada aura tersendiri.

tapi sayang... semakin hari demi hari, aku nampak, si muda ini semakin berbeza. aku tau setiap kita ni berbeza dan akan meniti usia tua...

semuanya bermula apabila ayat yang terkeluar dan aku terdengar, dulu akak macam awak la... bla-bla... erk...

dan hari demi hari, aku nampak gaya si muda ni semakin lama semakin hilang serinya... gaya tak sesuai dengan usia...

sama ke? sebenarnya tak sama... tapi disebabkan nak nampak sama, maka si muda semakin kelihatan macam makcik-makcik dan yg lebih dewasa, makin tambah seri...

bukan la aku menggalakkan supaya wanita berhias... tapi
pada aku dia seorang yang cantik... dia sepatutnya sama bertenaga macam rakan-rakan sebayanya, tak perlu ikut orang...

kalau gelap tak perlu jadi putih sebab ada cara yang gelap menjadi berseri
yang tak cantik tak perlu buat pembedahan untuk cantik kerana di satu sisi, kecantikkannya akan menyerlah
come on la... wake up girl... why so stress...
look at the mirror
and say

mirror mirror hanging on da wall
am i cute :P

ooo... uniknya uniknya uniknya Singapura ^^ (ii)



sambungan ^^

selepas dari berlari-lari, maka kami pun naik bas... akhirnye, lega la jugak... lepas gi negara orang :) :P

kat atas bas, bermulalah masuk mesej2 ala welcome to Singapore bla bla bla... caj untuk call RM2.50/minit dan sms RM1/sms... langkah berjimat, offkan aje handphone :P
tapi kami bukak jugak... mane tau leh pedajal orang :P

memula ala2 borak ngan encik houdini, tak berape lame, tetibe dah naik flight gi ke Dhaka... T_T (membuta ok) enche Houdini sangat berapi... choy choy choy

sampai2 kitorang kat Queenstreet... yeah... seperti yang digembar gemburkan, Singapura memang bersih... syiok je tgk tempat dorang... tapi ade la jugak tempat kami terjumpe sampah berciciran tapi takde la banyak sangat....

kami memulakan perjalanan di Bugis Street eh market eh... ntah la... ala2 Chow Kit n Petaling Street... banyak la benda2 murah di jual... tapi takle kami teruja lagi... sbb nak merayap tempat lain dulu...

melalut jugak la carik MRT semua... dengan harga $18 kita leh merayap ke mana saja pada hari tersebut dengan menaiki SMRT, LRT dan juga bas... ala2 RapidKL tu... tapi naik MRT je...

disebabkan perjalanan tanpa hala tuju, maka, kami main redah je... asal boleh...

antara tempat yang kami berhenti kat area

Tanjung Pagar (series tenang gile... ala2 taman n ade chamber kat situ)
Lake amenda tah... dari situ kami dengan gigihnye menapak ke Chinese Garden... berpeluh gak ketiak...
kat sini kitorang masuk taman kura-kura... erwww... memacam jenis kura2 yang tak tercapai akal rupa dia...sempat la amik gambar sana sini... kat sini jugak ade Pagoda dan patung-patung tokoh dalam bangsa Cina... ala2 Singapura Darul Patung katenye... tapi smart la...

then perut dah berkeroncong... so, dengan segera cari makanan... jauh ok...
ade insiden menarik ye...

kitorang nak beli air kat mesin tu... tibe-tibe sorang pak guard taman tu kate...
hello... ship ship he... ship he...? motip? orang tengah haus dia soh naik ship...
setelah diperhati, barulah tau kat luar tu ade stall jual ice cream n air... dan ship yang dimaksudkan ialah CHEAP... bleh...
adekah rupa aku tak cukup Melayu sampai pacik tu tak geti nak cakap MURAH?
heh!!

lepas melepaskan dahaga ngan air 7up dan Pepsi, maka kami pun meredah gi Clementi Mall... kat sini, kitorang mencekik Long John SIlver... sodap la jugak.... $16 untuk 2 set makanan... menarik gak la...haha

lepas dari tu, nak mencarik Esplanade, gigih la mencarik peta minda, eh peta semua... dan terjumpa...

eh... perlu ke nak citer semua? T_T
lepas tu gi Little India (ala2 masjid jamek kat KL tu)

lepas dari tu, kitorang pon balik semula ke Bugis Junction tadi untuk membeli souvenir... standard la...keychain, tshirt, mug... tempat belian rakyat marhaen...hehhee

ni tiket balik ke Malaysia...

dan berbelanja kat sini, takyah pk kadar tukaran wang, enjoy jela beb... :P

bile nak balik, ala2 sesat katenye... gigih la mencarik... rupenye Queenstreet tu depan mata je...
dan kami selamat sampai ke Malaysia pada jam 6.30 petang...
lepak kat Larkin Sentral jap menanti Ahmad Fadhli, sambil mengurut kat kerusi urut kat Larkin Sentral tu...

pastu makan pizza bertiga kat Stulang, ala2 celebrate besday encik Houdini... dan jam 9.30 malam, kitorang pun berpecah...

well, next time gi lagi ke sana sbb ade banyak tempat tak gi...hehehe...

nasihat saye,
rancang perjalanan
tengok la tempat orang, fahami budaya mereka
bile berbelanja, bayangkan anda adalah rakyat tempatan
just happy ^^

ni sambungan lagunye ^^

Sunday, February 27, 2011

ooo... uniknya uniknya uniknya Singapura ^^ (i)





penah dengar lagu tu?



ala, dalam area 2008, ade iklan cuti-cuti Malaysia n cuti-cuti Singapura... salah sorang pelakon dalam iklan itu ialah Bront Palarae dan lain-lain tu tak dikenali... best ke? hahaha... ok la...

so, selepas tiga tahun iklan tu keluar, pada 27hb Februari, (masa besday enche hooudini) maka dapatlah aku menjengahkan kaki ke Singapura... ewww... 1st time ok... ... teruja, takot, menggigil, semua rasa tu takde... motip sangat kan...ekekeke

perjalanan bermula pada jam 7.20 pagi, aku bertolak dari asrama ke Terminal Larkin... enche dini yang berjanji akan datang sekitar 7.30-7.40, dekat kol 8 baru sampai. ade masalah kat umah katenye... (kantol teros: adik dia malas nak antar beliyaw) :P choyyyyy...

kemudian kami menukar duit untuk $200 setiap seorang... mane la tau kot harga macam hanjeng...ekekeke

perjalan bermula dengan menaiki bas ekspress berharga RM3.30... bagi sesiapa yang nak naik bas lebih murah, maka bolehlah menaiki bas bernombor 170... sebab untuk perhentian ke Queen Street, bas 170 tu cuma RM2.10... dan of cozlah, mesti ramai dok beratur... ade penah aku nampak nak gi Singapore, bas tu penuh amat...

bagi kitorang, naiklah bas ekspress tu... selesa cket la... sbb orang tak ramai...
bas kemudian bertolak dari terminal menuju ke imegresen... kat mane ek...Jb Sentral kot... pehtu berlari-lari anaklah we ols ala2 Sa'ei kat Mekah... (padehal tak penah gi pon) dan pasport kami di check oleh seorang pegawai yang baik dan agak2 kachaks bername James... baik je tutur bahasa beliau... hinggakan kami dapat detect, oh... dia ni orang Sabah kot... ekekeke.. keji tak...

pehtu berlari lari lagi... (lari ke? padehal jalan ala2 makyong je)

dan naik bas tadi dan bertolak ke Singapura... sampai kat sane, kitorang diberhentikan ke Stesen Woodland... kat sini kene isi borang pelepasan kot... adela isi butir2 dia kat borang bertulisan Merah tu...

pehtu jalan masuk kaunter...

mak aih... comel amat akak kat kaunter ni... name dia Nur Annisa'... kecik molek, putih melepak, muke kalau jadi artis ni, mmg dapat jadik watak remaja ja... (motip citer anak dara orang... choyyyyyyyy)

dia pon baik jugak... dalam form tu ade dinyatakan kat mane kitorang akan stay masa kat sana... adeh... keji tak... sah2 la takde sedara mara kat sane... tah2 ade tapi stended bau2 kentut je... so, i tanye la kat Annisa tadi, can u suggest one of da place in Singapore... dia ala2 cam blur... tatau2 katenye... elelele... cam la nak ngurat dia... last2 dia soh letak Orchard Road... (dah lepas balik Malaysia, baru tau bahawa ada banyak tempat yg biasa i dengar cam Geylang, Kg Gelam tapi haruslah speechless) :P...

dan lepas dari tu, kitorang pon mulakan la perjalanan ke Singapore... ops lupa... encik Houdini di tahan... beg beliyaw di selongkar dan khazanahnye di check... pelik... adakah ala2 PATI T_T...


smbungan di post seterusnye ^^

Saturday, February 26, 2011

Kita Tak Sama ^^

erm... kita semua tak sama
perbezaan tu fitrah
dan persamaan adalah kebetulan
jangan hina kekurangan orang lain
kita adalah diri kita

jom nyanyi ^^

Susan Lankester - Antara Dua Zaman.mp3



Antara Dua Zaman

Pabila mereka duduk-aku berdiri
pabila mereka jalan-aku berlari
pabila mereka tepuk-aku berdiam
pabila mereka riang-aku bersedih

Ganjilkah sikap diri ini
songsangkah pengaliran seni

Hey hey hey

Ku menghormati cara mu itu
kau mencaci cara-cara ku
yang hanya menjalinkan kita
uhhh..budaya dua zaman

Dapatkah kau menghayatinya
dunia seni yang ku alami
melodi lama susunan baru
dua era bernadikan satu

Pabila mereka tidur-aku berjaga
pabila mereka kerja-aku bermimpi
pabila mereka tutup-aku membuka
pabila mereka keji-aku memuji

Pabila aku duduk-mereka berdiri
pabila aku berdiri-mereka duduk
pabila aku duduk-mereka berdiri
pabila aku berdiri-mereka duduk

lagu lama yg syok untuk didengar :)

Thursday, February 24, 2011

aku dan lagu itu (i)

satu ketika... aku mengatakan...

hatiku mengatakan iya, mindaku mengatakan usah
dalam beraniku, ada rasa ragu
seribu satu persoalan, mencari jawapan
ingin berbicara tiada bersuara, dalam jiwa bergelora
bagaikan setitik air, di laut yang terbentang
biarpun diri hadir, tak siapa yang memandang
terpinggir dan terpencil, di mayapada ini ku rasa kerdil
kecil sekali bersendiri di sudut sepi
hatiku mengatakan iya, mindaku mengatakan usah
antara kedua, aku yang terdera
segala di hadapan mata, belum pasti nyata
sekadar memandang, tidak kelihatan
ku mencari ketulusan

kemudian setelah berfikir sejenak, hatiku semakin kuat untuk berkata

Mungkin hanya Tuhan, Yang tahu segalanya
Apa yang ku inginkan, Di saat-saat ini
Kau tak 'kan percaya, Kau selalu di hati
Haruskah ku menangis, Untuk mengatakan yang sesungguhnya
Kaulah segalanya bagi ku, Kaulah curahan hati ini
Tak mungkin ku melupakan mu, Tiada lagi yang ku harap
Hanya kau seorang,
Kau tak 'kan percaya, Kau selalu di hati
Haruskah ku menangis, Untuk mengatakan yang sesungguhnya
Kaulah segalanya bagi ku, Kaulah curahan hati ini
Tak mungkin ku melupakan mu, Tiada lagi yang ku harap
Hanya kau seorang

tiba-tiba selepas kita mengenali, terdetik dalam hati ini untuk berkata

maafkanlah diriku ini, perpisahan yang kuingini
tiadaku pinta oh jadi begini,
oh tapi tak mungkin

sayangku lupakan aku, lupa jua kenangan lalu
sungguh ku tahu sayang kau kepadaku
oh tapi fahamilah

maafkanlah, maafkanlah diriku, walau kau masih dihatiku
oh tinggalkan, tinggalkan diriku, sayang
maafkanlah diriku

kutahu sakitnya hatimu, tapi percayalah kataku
kau akan menemui teman yg baru
yang kan lebih, sayangimu

aku kejam ke, aku takut sebenarnye
dan sebenarnya....

dragon ball ade 7 biji kesemuanya

Wednesday, February 23, 2011

kesengalan apakah T_T

petang tibe-tibe suis mati... kene sambar petir

dan benda ni hanya boleh dihidupkan melalui suiz utama kat bilik kaunseling asrama
aduh... lame gak la menunggu

aku tak paham, kenapa penyelia, ketua warden, driver asrama taknak bagi kunci tu kat either aku or Sidek...
disebabkan litar pintas ni, maka bahagian aku, takde elektrik dan bilik2 prep akan bergelap...

kunci pada penyelia...
kenapa pada dia? maybe sebab dia penyelia la kan... so ok la... kate dia nak pantau itu ini kat dalam bilik kaunseling tu... or maybe nak simpan barang ape-ape...
tapi dalam kebanyakkan masa let say waktu malam, dia bukan ada kat asrama pun.
In case kalau tibe-tibe black out waktu malam, ade dia nak datang? silap hari bulan, kalau call dia kate esok la...

kunci pada ketua warden...
erm... maybe sebab dia ketua... yg jadi masalahnye adakah dia menetap di blok pelajar? kalau nak panggil dia pun take time... walaupun umah dia depan kawasan asrama... tapi kalau dia merayap ke, ape ke... berape lame nak tunggu tu...

pada driver asrama...
maybe sbb dia driver asrama n biasa merayau keliling asrama
memang dia tau segala hal pasal suiz n etc kat asrama
tapi dia ni selalu keje kat luar... bukannye keje ape pun...
takat merayap sane sini... dan aku tak paham, ape yang busynye dia sampai sudah nak jumpa kat asrama pun susah... dan ape keperluan dia untuk pegang kunci bilik tu...
dan sabtu ahad, dia takde pon kat asrama

dan sebenarnye, aku tak paham, ape la motif dorang yang pegang benda alah tu...
sebab setiap kali blackout berlaku, i need to call them...
dah kenapa tak kasik kat aku je sbb aku mmg ade kat asrama

kalau la kate benci ke ape, kasik jela kat guard tu... letak kunci kat pondok guard...
sebab guard tu akan sentiasa ada...

yang nyampah tu kalau tiap kali nak mintak tolong, liat gile...

dedulu ada la jugak aku penah pegang kunci bilik tu... tapi kejap je...
macam-macam la lepas tu nak bukak bilik tu nak letak itu ini...
tapi masalahnye time aku tak pegang, takde la nak bukak itu ini...

geram jugak sebab kunci tu dibawak ke hulu ke hilir...
kalau masuk hutan sekalipun, sibuk nak bawak
tak ke sengal... berape jauh tu kalau aku nak mintak in case berlaku blackout again?
lain citer la kalau time nak black out tu, ade orang call or reminder bitau... dalam waktu sekian sekian, akan berlaku black out...

aduh la...
aku sangat tak faham...
tu belum kes masuk bilik aku suka suki, amik barang itu ini...
eeeeiii... ye, aku memang leh kowtim benda-benda macam ni
tapi cube bayangkan aku buat benda tu kat dorang... marah tak...

dats why la aku nak blah dari sini...
tolong la paham Haji Sulaiman... tolong la luluskan permohonan Quarters tu...
n then call kat orang yang kasik Quarters tu... kalau lepas aku masuk, nak tempatkan orang bujang len pon aku ok... huh... bleh gile idup macam ni...

Tuesday, February 22, 2011

Dan Bunga Berguguran

kita kecewa dan ...



bagaikan fajar menanti siang
bagaikan bunga yang berguguran
ku kegersangan di sini
meratap mimpi ngeri

ternoda dalam madah dan kata
terjebak di dalam sangkar setia
bahtera harapan karam di tengah lautan
terkapar diri dalam kelemasan

lalu terdampar aku di betingan asing
berpaut di pancang yang kering
tercungap dalam ku menghela
nafas yang panjang
gagahi jua demi satu kecintaan

tersungkur dalam diam senja berbalam
pelangi rindu terjunam dalam rawan
apakah ada cahya kan mendatangi
di aku dalam dalam penantian

tuhan...

ternoda dalam madah dan kata
terjebak di dalam sangkar setia
di sini aku pasrahkan kesudahan
aturan perjalanan hidup Tuhan

lalu terdampar aku di betingan asing
berpaut di pancang yang kering
tercungap dalam ku menghela
nafas yang panjang
gagahi jua demi satu kecintaan

tersungkur dalam diam senja berbalam
pelangi rindu terjunam dalam rawan
apakah ada cahaya kan mendatangi
di kala aku dalam dalam kerinduan