hehe. ini ialah cerita tentang dua orang wanita yang ada dalam hidup saya iaitu arwah ibu dan kakak. semalam, ade seorang member bercerita tentang arwah ibu dia semasa kami keluar makan. entah kenapa, cerita member tadi ala ala berlalu bersama angin bayu (padehal aircond) yang menerpa. chewah. kenapa?
sebab saya teringat keterkaitan antara arwah ibu dan kakak saya. beza sedikit je.
ibu saya anak sulung dan kahwin dengan anak bongsu (abah le)
kakak saya anak bongsu dan kahwin dengan anak sulung.
menariknye, kedua-dua difitnah oleh masyarakat setempat yang mengatakan mereka buat sumbang mahram! nauzubillah.
arwah ibu sewaktu mudanya telah kehilangan ibu. jadi sebagai anak sulung, beliau perlu menggalas tugas menjaga adik beradiknye. dalam usia yang masih remaja, sekitar 14-15 tahun, beliau menghadapi tekanan hebat daripada penduduk kampung yang menyatakan dia ada hubungan sumbang mahram dengan arwah atuk. rentetan daripada itu, sewaktu usia 16 tahun dia dinikahkan dengan seorang lelaki tua untuk menutup mulut orang kampung yang tak berhenti henti memfitnah. namun sayang, perkahwinan tu tak kekal lama sebab suami arwah mak bukanlah lelaki yang bertanggungjawab. just imagine baru seminggu melahirkan anak, mak kene pergi menoreh sebab kat rumah tak ada apa nak makan. kerana kesempitan hidup yang terlalu teruk, anak-anak mak (kembar) meninggal tidak lama sewaktu pantang mak belum habis lagi. kesian kan. selepas tu, mak balik semula ke rumah atuk dan fitnah itu kembali semula. haih. mulut orang.
kes ini berlaku juga kepada kakak saya. dia difitnah ada hubungan sulit dengan abah sewaktu emak masih hidup lagi. disebabkan trauma yang berpanjangan semasa usia mudanya, arwah mak terpengaruh dengan fitnah orang sekeliling sehinggakan dalam tempoh yang lama, arwah emak tak begitu mesra dengan kakak hingga tahap tidak bertegur sapa langsung.
kesian arwah mak, orang memperbodohkan dia macam tu je. kesian akak, difitnah sedemikian rupa. namun akhirnya kakak dan emak berbaik semula bahkan lebih rapat dari waktu yang sebelumnya sewaktu arwah emak sakit. selama setahun, kakak akan bawa emak ke mana saja dia pergi. dari kebun, bandar, semua dia bawa. dari situ, mak dapat tengok macam mana akak bekerja. sampaikan dia terasa kesal kerana percaya dengan tohmah orang dari anak sendiri.
selepas mak meninggal, fitnah hubungan kakak dan abah kembali semula. hinggakan ada cerita baru yang mengatakan abah menggunakan ilmu hitam untuk mengorbankan mak untuk mendapat kekayaan. astaghfirullah. nauzubillah. mengucap panjang saya mendengar cerita tu. kenapalah fitnah tu.
namun bibir mereka tertutup dengan perkahwinan kakak. lega sangat-sangat.
ini ialah secebis kisah masyarakat Melayu di Malaysia. penuh dengan seribu satu fitnah, gossip yang tidak akan berhenti. bilalah agaknya mentaliti seperti ini akan berubah? satu masa dulu saya amat berbangga mengungkap, TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA. namun pada hari ini, saya semakin risau kerana ungkapan ini akan menambah hebatkan betapa buruknya akhlak Melayu sekiranya Melayu akan terus ujud.
No comments:
Post a Comment