Thursday, April 26, 2012

50 Fakta Menarik ,Kisah dan Prinsip Hidup TAN SRI SYED MOKHTAR ALBUKHARY



ORANG MELAYU TERKAYA DI MALAYSIA-semoga ianya dapat memberi teladan dan inspirasi buat kita semua dalam memajukan diri dan ummah,InsyaAllah..

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan WARISAN UNTUK ANAK BANGSA YANG KEKAL BERPANJANGAN.

2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. SAYA PERCAYA SESIAPA PUN BOLEH MENJADI APA SAHAJA ASALKAN MEREKA BERUSAHA DENGAN TEKUN . Tetapi tentulah ia memakan masa. TIADA JALAN SINGKAT.

4. Saya MENGENALI KEKUATAN DAN KELEMAHAN SAYA. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, MEMANG KENA BANYAK SABAR DAN KUAT BERUSAHA .

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo , New York dan London . Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya TIDAK ADA STATUS, ADA MASA DI ATAS ADA MASA DI BAWAH.

12. Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. ALLAH BERI REZEKI MELALUI KITA UNTUK KITA TOLONG ORANG LAIN. REZEKI ITU BILA-BILA MASA SAJA DIA BOLEH AMBIL BALIK. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah.ORANG MELAYU KITA TIDAK MAHU BEKERJASAMA KERANA PERASAAN DENGKI MENGUASAI DIRI.SUDAHLAH TAK MAHU BERUSAHA,APABILA ORANG LAIN BERUSAHA MEREKA MARAH.

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

16. Saya ADA EMOTIONAL ATTACHMENT KEPADA AGAMA,BANGSA DAN UMMAH. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak .

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa.APA YANG SAYA TIDAK TAHU SAYA BELAJAR MINTA TOLONG DARIPADA ORANG LAIN.SAYA TIDAK MALU . Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri.SIKAP PEMALAS DAN PEMALU INI ORANG MELAYU KENA ATASI .KITA KENA BERANI KERANA BENAR . Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19.KAYA ITU BUKANLAH KEPADA DIRI SENDIRI. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini,KEPADA BANGSA DAN KEPADA ORANG RAMAI .Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya HANYA PERKARA YANG BAIK YANG KITA LAKUKAN AKAN KEKAL. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu.DI KAMPUNG ORANG MELAYU BERPECAH KERANA POLITIK,DI BANDAR BERPECAH KERANA WANG .

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka HANYUT DARIPADA MENOLONG ORANG LAIN . Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi MESTI TAHU BAGAIMANA HENDAK MEMINJAM DAN MEMBAYARNYA SEMULA . Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab.BANYAK ORANG MAHU SENANG TAPI TIDAK RAMAI YANG MAHU BERTANGGUNG JAWAB .

26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki) . Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. SAYA SUKA KALAU NIKMAT SEDIKIT YANG SAYA DAPAT ITU ORANG LAIN BOLEH BERKONGSI BERSAMA.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan

30. ……kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal.SAYA MANUSIA YANG BANYAK BUAT KESILAPAN.TETAPI SAYA INSAF,BERISTIGHFAR DAN TERUS BERJALAN LAGI . Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. KEKAYAAN INI TUHAN BERI KEPADA SAYA UNTUK SAYA MENOLONG ORANG LAIN PULA.SAYA PERCAYA KEPADA KEBERKATAN REZEKI.HARI INI KITA TOLONG ORANG,ESOK LUSA ORANG AKAN TOLONG KITA PULA DENGAN CARA YANG LAIN.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34.KITA JANGAN CEPAT PUTUS ASA.PUTUS ASA BOLEH TAPI KENA CEPAT-CEPAT KUATKAN SEMULA SEMANGAT UNTUK BANGKIT BALIK.JANGAN JADIKAN AGAMA HANYA SATU TEMPAT UNTUK KITA BERGANTUNG APABILA KITA SUSAH . Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab kenapa orang Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju . Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38.KEJAYAAN DAN KELEMAHAN ORANG MELAYU BUKAN DISEBABKAN OLEH BANGSA DAN AGAMA KITA.TETAPI IA BERKAIT DENGAN SIKAP DAN CARA KITA BERFIKIR.GIGIH ,TEKUN DAN TIDAK PUTUS ASA MERUPAKAN KUNCI KEJAYAAN KITA.SAYANGNYA PERKARA INI KURANG WUJUD DALAM CARA ORANG MELAYU BERFIKIR .

39.TUHAN MEMBERI PELUANG KEPADA SESIAPA SAJA YANG BEKERJA KUAT. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar . Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41.ORANG MELAYU SEBENARNYA KENA BANTU DIRI SENDIRI,KENA BEKERJA KERAS DAN FOKUS .

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. SAYA SENDIRI BERHUTANG SAMBIL BERNIAGA DAN BUAT SUMBANGAN AMAL JARIAH.SAYA TAK MAHU TUNGGU HUTANG HABIS BARU HENDAK BUAT SEMUA NI .Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah,LEBIH BAIK BUAT SEDIKIT DARIPADA TIDAK BUAT LANGSUNG.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48.SAYA GEMBIRA DAPAT MEMBANTU.SAYA MAHU ORANG LAIN MERASAI KESENANGAN APA YANG PERNAH SAYA RASA.Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi.

50. SAYA RASA KITA SUDAH TERLALU BANYAK KETINGGALAN.

sumber: http://khairitajudin.blogspot.com/?m=0

Tuesday, April 24, 2012

what can i say...

reda dan terus reda dengan ketentuan yang telah Allah ciptakan. kita manusia inginkan keadilan, namun Allah menetapkan sesuatu dengan keadilan yang kita tidak pernah ketahui. Allah mengerti dan Allah memahami apa yang diciptaNya. kerana Dia Allah, Dia bukan makhluk.

Monday, April 23, 2012

kisah yang sama, masa berbeza

hehe. ini ialah cerita tentang dua orang wanita yang ada dalam hidup saya iaitu arwah ibu dan kakak. semalam, ade seorang member bercerita tentang arwah ibu dia semasa kami keluar makan. entah kenapa, cerita member tadi ala ala berlalu bersama angin bayu (padehal aircond) yang menerpa. chewah. kenapa?
sebab saya teringat keterkaitan antara arwah ibu dan kakak saya. beza sedikit je.

ibu saya anak sulung dan kahwin dengan anak bongsu (abah le)
kakak saya anak bongsu dan kahwin dengan anak sulung.

menariknye, kedua-dua difitnah oleh masyarakat setempat yang mengatakan mereka buat sumbang mahram! nauzubillah.

arwah ibu sewaktu mudanya telah kehilangan ibu. jadi sebagai anak sulung, beliau perlu menggalas tugas menjaga adik beradiknye. dalam usia yang masih remaja, sekitar 14-15 tahun, beliau menghadapi tekanan hebat daripada penduduk kampung yang menyatakan dia ada hubungan sumbang mahram dengan arwah atuk. rentetan daripada itu, sewaktu usia 16 tahun dia dinikahkan dengan seorang lelaki tua untuk menutup mulut orang kampung yang tak berhenti henti memfitnah. namun sayang, perkahwinan tu tak kekal lama sebab suami arwah mak bukanlah lelaki yang bertanggungjawab. just imagine baru seminggu melahirkan anak, mak kene pergi menoreh sebab kat rumah tak ada apa nak makan. kerana kesempitan hidup yang terlalu teruk, anak-anak mak (kembar) meninggal tidak lama sewaktu pantang mak belum habis lagi. kesian kan. selepas tu, mak balik semula ke rumah atuk dan fitnah itu kembali semula. haih. mulut orang.

kes ini berlaku juga kepada kakak saya. dia difitnah ada hubungan sulit dengan abah sewaktu emak masih hidup lagi. disebabkan trauma yang berpanjangan semasa usia mudanya, arwah mak terpengaruh dengan fitnah orang sekeliling sehinggakan dalam tempoh yang lama, arwah emak tak begitu mesra dengan kakak hingga tahap tidak bertegur sapa langsung.
kesian arwah mak, orang memperbodohkan dia macam tu je. kesian akak, difitnah sedemikian rupa. namun akhirnya kakak dan emak berbaik semula bahkan lebih rapat dari waktu yang sebelumnya sewaktu arwah emak sakit. selama setahun, kakak akan bawa emak ke mana saja dia pergi. dari kebun, bandar, semua dia bawa. dari situ, mak dapat tengok macam mana akak bekerja. sampaikan dia terasa kesal kerana percaya dengan tohmah orang dari anak sendiri.
selepas mak meninggal, fitnah hubungan kakak dan abah kembali semula. hinggakan ada cerita baru yang mengatakan abah menggunakan ilmu hitam untuk mengorbankan mak untuk mendapat kekayaan. astaghfirullah. nauzubillah. mengucap panjang saya mendengar cerita tu. kenapalah fitnah tu.
namun bibir mereka tertutup dengan perkahwinan kakak. lega sangat-sangat.

ini ialah secebis kisah masyarakat Melayu di Malaysia. penuh dengan seribu satu fitnah, gossip yang tidak akan berhenti. bilalah agaknya mentaliti seperti ini akan berubah? satu masa dulu saya amat berbangga mengungkap, TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA. namun pada hari ini, saya semakin risau kerana ungkapan ini akan menambah hebatkan betapa buruknya akhlak Melayu sekiranya Melayu akan terus ujud.

Wednesday, April 11, 2012

Bicara Rembulan Pada Sang Pungguk 1




bicara rembulan:

wahai sang pungguk, satu masa dulu aku amat merinduimu. diri ini amat mencintaimu. segenap raga dan pembuluh darahku untuk dirimu. tidak mata ini memandang selain darimu.
namun dirimu sang pungguk tidak pernah menghargai. seringkali diri ini terbiar meniti malam sepi. dirimu ketawa megah bersama teman-teman lain. janjimu untuk menghargaiku setiap detik. janjimu untuk bersamaku agar mereka tahu aku milikmu. namun ternyata semuanya palsu.

umpama sutera disulam duri, dirimu pungguk menyakiti jiwa ini. hingga akhirnya ku putuskan pergi. meninggalkan cinta yang tandus hari demi hari. jauh ku pergi meninggalkan bumi. mencari ketenangan yang pasti

dan kini bila aku di sini, ku temui satu kegelapan. lantas ku warnai malam kelam dengan sinaran. bukanlah qasadku ingin berbangga diri. namun semuanya ku lakukan untuk kau sedari kehadiran diri ini.

wahai sang pungguk. dulu hati ini masih mencintai. dulu hati ini masih merindui. namun kini tidak lagi. kerana ku terhibur dengan bintang yang menemani. di tengah kepekatan malam kami menyinari. menghibur penduduk bumi yang ingin melenakan diri.

maafkan diri ini sang pungguk. mungkin kisah kasih ini setakat ini. takkan mungkin bersambung lagi.

Bicara Pungguk Rindukan Rembulan 1




berkata sang pungguk:

bila rembulan tidak lagi memerlukan pungguk, apalah ertinya pungguk menanti. bulan semakin jauh meninggi lantas hilang bersama malam sepi. tinggallah pungguk terus menanti. semoga esok rembulan kembali. manalah tahu takdir di atur kembali

Tuesday, April 10, 2012

Benda yang melekat di sekeliling meja

ok. ni ialah lukisan-lukisan or contengan yang saya buat dan tampal di meja guru saya. ala yang semak samun tu. lepas scan, touch-up sesikit. yang asal ada, yang dah edit pon ada. ^^

1st: scan

2nd: clearkan warna3rd: kasi shine shine sikit ;P

--------------------------------------------------------------------------------- >
Ais Kacang
1st: scan

2nd: warna kasik terang

3rd: tambah sana sini
--------------------------------------------------------------------------------- >

1st: scan
2nd: kaler \(^_^)/

sekian saja. jangan muntah ye.hahahhaha ;P

Housemate oh Housemate

bermula tahun 2012, saye dah tak duduk asrama lagi. yeay!! \(^_^)/
watpe lelame dok sane kalo ala-ala orang tak appreciate pon apa kita buat ye tak? ops
lagipon sbb budak asrama pon dah tak ada, eloklah kita dok luar. nak menebeng lelame kat situ, ape kes. maka bermulalah episod baru saya sebagai seorang penyewa.

disebabkan menggelupur nak carik umah sewa, maka saya pon gigih la menggoogle rumah-rumah sewa yang ada di JB. mak aih. harga sangat horror movie. tiba-tiba, terjumpa satu website ni yang menyediakan sewa-sewa rumah aka bilik. dapat satu, terus sambar dan malas nak amik port, terus menyewa. yeah. komen-komen yang saya dapat masa menjejakkan kaki ke sana ialah bilik sewa tu tak selesa. memang pun. tak perlulah nak detailkan tahap tak selesa tu, tapi agak sedih la. (sila nanges ye) T___T

pada mulanya, keadaan ok sangat-sangat. nak demand ape pon tak guna. dah saya pilih bilik tu. housemate saya ialah seorang Tok Bomoh (sila menggigil ye tuan-tuan dan puan-puan). dia ada bilik khas dia untuk aktiviti perbomohan itu. penah gak skodeng, mak aih, seriyaw hokeh!! tamo tengok lagi bilik tu. so, takdala mencabar sangat dok ngan dia. kekadang je kene tindih (mukan bomoh yang tindih a... gilak lo) ngan benda benda tu, lintasan... ah biasa la. sbb dedulu pon same je. so, best la jugak kekadang lepak same bomoh ne. dia dah agak berusia tapi penuh dengan pengalaman.

nak jadik kesah ni, selepas cuti sekolah yang lepas, elok je saya balik, tibe-tibe bilik kosong sebelah berpenghuni. mulanya saya sangkakan budak-budak kecik yang berlari tu adalah anak-anak or cucu-cucu tok bomoh ni. mane la tau wat lawatan sambil belajar kan. rupenye ada penyewa baru, sepasang suami isteri bersama sepasang anak mereka yang berusia dalam lingkungan 2-4 tahun. comel bebudaknye.

kehadiran mereka pada awalnya tidak memberi masalah. walaupun saya perasan, ubat gigi saya semakin menyusun dengan kadar mendadak. balik-balik umah bile pergi toilet, bau shower foam kepunyaan saya. erm. takpelah kot. dah kata share bilik air. saya hanya mampu memandang sahaja bila baldi saya setiap hari ada saja pakaian berendam. hurmmm... tak best kan?

saya tak kesah ngan tok bomoh tu, sbb bile dia guna sabun basuh saya, saya tumpang washing machine. yang jadi masalahnye penyewa baru ni, ala-ala ambik kesempatan. semua digunakan ikot suka makcik dia.

latest story ialah pasal berus gigi saya. berus gigi? itu pon nak kecoh?
saya memang kurang gemar bile orang pakai barang saya, tapi akan consider kalau barang tersebut boleh di share. tapi kalau dah tahap berus gigi tuan tuan dan puan-puan, tak ke geli. puncanya saya terperasan ialah berus gigi saya kerap beralih. tempat letak barang mandian saya selalu berpindah randah. sampai satu hari jenuh pepagi buta time nak gosok gigi, berus lesap. rupenye dia selit kat celah bilik air. amboiiiiiiiiii... melampau gila babi neh. babi pon tak melampau macam tu taw! (sebab babi mane gosok gigi T__T)

akhirnya, saya mengambil tindakan drastik dengan menyimpan segala barang mandian saya dalam bilik air. sekali tu saya terlupa nak bawak masuk dalam bilik. eh, dia guna jugak T___T geli ya amat... rasa macam nak aniaya je dia dengan celup berus tu dalam mangkuk tandas dan soh dia guna. tapi takkan la nak kejam macam tu. tak ostad lah saya. huwaaaaaa...

semalam (sebelum post ini kuar), sewaktu saya sedang melayari FB dan membalas komen-komen peminat eh (martyla perasan), tiba-tiba pintu bilik diketuk... jeng jeng jeng... ngeri weh... bile bukak, terjengul isteri dia dengan dressing kurang akhlak tu. tetibe hulur henpon. ingatkan nak mintak nomot tipon ke ape (jadah nak hadap binik orang T___T),
rupenye dia nak tolak henpon dia (yang agak hazab dari nokia 3310 saya) dengan harga RM30 sbb nak beli pampers T___T saya kata takde cash money. sbb kebiasaan saya, cash money hanya bawak balik dalam RM5 saje. nak makan dan shopping baru kuar duit ribu riban.
then dia ala-ala memaksa, ala RM1o pon boleh la. ish. orang dah kata takde tu, motip sangat tak paham bahasa. last-last saya cakap sorry. memang takda dan tutup pintu.

hosmet baru ini memang laki bini tak keje rasanya. pelik la. macam mana leh sampai ade dua anak tapi tak keje. :(
dan motip ko nak berpampers bagai. dah tau takleh beli, pakai jela kain bedung. masa saya kecik-kecik dulu, pakai kain pelekat abah angkat saya je untuk bedung dan lampin tau T__T

ades. sesungguhnye saya amat takot dichabol.

rentetan daripada peristiwa itu, saya:
1. semakin takot nak duduk lama kat situ. buatnya memalam time saya kene tido dan diperkosa tak ke naya T____T
2. takotnye nak tawen kalo gini masalahnye yang jadik..... cemane la ko boleh kawen, tapi tak mampu bagi nafkah zahir :(

Ya Rabbi, bantulah saya T___T