Thursday, October 8, 2009

kerana kita tak sama

erm....posting ni takde kaitan dengan yang sebelum ni eh...
maybe ade kaitan sebab yang tulis tu orang yang sama

masa kursus DPLI dulu, aku selalu diingatkan untuk merendahkan level pengajaran aku dari tahap universiti kepada tahap sekolah... aku pelik!!! kenape plak?

apabila melangkah ke sekolah, baru aku tau kenapa...
kadang-kadang aku terlupa yang aku dulu pernah remaja... dan sama macam mereka...
aku tak tau...
guru mengajar aku

sekarang aku faham macam mana situasi seseorang guru nak memberi anak-anak didik faham...
tak semudah mengambil makanan dan menyuap ke mulut...

Ya Allah...
Aku insaf...
selama ni aku terikut dengan sikap sesetengah orang yang memperlekeh guru-guru JQAF, guru sekolah rendah...
tapi kini aku sedar, mereka adalah insan yang paling mulia
kenapa?
kalau mereka tak fahamkan aku masa kecik tentang apa yang mereka ajar
mungkin hari ni aku bukan disini

dan kini aku bertanggung jawab macam mereka
untuk memberi kefahaman...
untuk menjadikan meneruskan usaha menjadikan mereka manusia

kerana sebelum ni aku menyangkakan kita sama
rupanya baru hari ni ku sedar

rupanya kita tak sama

tadika - macam mana nak bagi mereka tahu K-O-P-I
sekolah rendah - nak kene bagitahu kenapa kopi itu hitam
sekolah menengah - macam penangan kopi tuh
universiti - kesan minum kopi

kerana kita tak sama
tapi sering kita sangka mereka tu sama

Pemikiran Kita

ape tuh? tajuk bosan kan?
ahahaha....like i care...

erm...memegang title ustaz (wannabe :P) is not that easy... ops....

bila cakap pasal ustaz, biasanya orang memandang ianya sebagai status yang really high class sampai menjulang ke langit dan mencapai arasy Ilahi.... ustaz tu dilihat sebagai sangat hebat, maksum, dan kadangkala diumpamakan sebagai malaikat yang turun dari langit dan kemudiannya mengajar manusia...

hasil dari pemikiran sebegini akhirnya melahirkan kelompok manusia yang merasakan dirinya hebat apabila memegang status tu... dan dari situ, bermulanya bibit-bibit rasa angkuh pada diri dan merasakan diri tu adalah maksum apatah lagi dengan sanjungan orang sekeliling...

dari itu lahirnya juga golongan hipokrit yang kononnya alim mulia... melihat rancangan mulia seperti forum perdana ehwal Islam, mendengar nasyid sahaja... jalan bersopan... berpakaian sopan...

apabila melihat sesuatu yang pelik terus dilabel sebagai dosa, maksiat... kalau seorang ustaz mendengar lagu Inggeris, dipanggil ustaz sekular, kalau ustaz menonton sesuatu yang pelik, maka ianya akan dikatakan ustaz yang liberal bla bla bla...

tapi adakah ianya pemikiran seluruh dunia?

salah ke mendengar lagu-lagu Inggeris? salah ke melihat filem-dilem Inggeris?

aduhai...sampai bila...

aku bukan nak halalkan sesuatu yang haram...
atau mengharamkan sesuatu yang halal...

pada aku, kalau kau ingin berdakwah, maka kau kene tahu bentuk manusia yang ingin didakwah... adakah erti berdakwah tu dengan pergi ke satu tempat dan terus melabel ini halal, ini haram?

come on...

Allah beri kita akal untuk kita guna...
bukan la bermaksud apabila kita dengar sesuatu, maka kita akan join terus... Allah bagi kita akal untuk berfikir, bukan untuk kita sekadar membaca dan terus bertaklid...
menghadapi dunia hari ini, bukan seperti dulu...

penanganan masalah sosial pada hari ini bukan seperti memukul budak dari buat jahat dan esok dia akan baik...no...

kalau kita mungkin menerima itu sebagai satu bentuk pengajaran, adakah kita yakin orang lain akan menerimanya dalam bentuk yang sama?

mungkin kita terlupa, Allah menjadikan manusia dalam berbagai bentuk, warna dan rupa bangsa... maka kita perlu menerima orang lain dari kita dengan cara yang sama iaitu dari segi bentuk, warna dan rupa yang berbeza... bukan semuanya sama....

Tuesday, October 6, 2009

Berkawan Bukan Bermakna Memiliki

ungkapan ni selalu aku ingat selepas aku belajar satu subjek Pengantar Dakwah kalau tak silap... dalam tu ade la pertanyaan tentang kawan...pesanan dia ialah Apabila Berkawan, Bukan Bererti Kita Memiliki Sahabat...

ungkapan tu aku ingati dalam mengenali erti persahabatan, kawan. Aku berusaha untuk tidak bersikap seolah-olah aku memiliki kawan-kawan aku...
kenape? sebab aku sendiri rasa rimas apabila kawan membuat kita seolah-olah dia memiliki kita...
semakin lama, aku semakin kurang untuk mengongkong kawan an hingga sekarang, aku takut untuk bergantung harap pada kawan aku...

tapi ada la pulak masalah lain apabila kita melihat situasi tu depan mata kita...
kes seorang kawan berkawan seolah-olah kawan tu milik dia...

aku berkawan dengan semua orang...dan pastilah kita berborak semua kan...tapi dalam satu keadaan ni, ada yang aku perhatikan, apabila aku berborak ngan kawan sorang ni (aku namekan sebagai A), kawan yang sorang lagi ni (just call as B) akan cepat-cepat potong cakap aku...kalau aku berborak ngan A pasal air terjun misalnya, B pon akan cakap macam tu. kalau aku bercerita pasal sesuatu, maka B pun akan bercerita pasal benda yang sama dan haruslah cerita aku akan mati macam tu je...

mula-mula aku tak perasan...tapi lama-lama makin nampak...
mula-mula aku taktau nape...tapi lama-lama makin sedar....

dia amat risau aku dekat dengan A tuh...hahaha...so funny...
kadang-kadan bila aku bercerita dengan rancaknye, nampak jelas B akan gelisah dan berusaha untuk menarik perhatian A dalam apa jua cara sama ada menyanyi, atau memotong cerita, atau kuis-kuis A, atau rapat-rapatkan badan...ewww...

ahahahaha...kadang-kadang nampak la A tak selesa tapi most of the time dia ok...
cumenye ianya akan sekadar menyusahkan orang lain atau sekeliling yang kadang-kadang susah nak berinteraksi secara serius dengan A...

dan bila pegi mane-mane, pada aku, its ok kalau nak keluar dengan siapa pun... tapi ape perasaan kalau tibe-tibe anda di suruh berjalan ngan orang lain sedangkan u ols dalam satu team... sekali aku terkena daaa... ade la sekali, aku berjalan merayap berlima, so aku jalan la...tibe-tibe si B kate 'jom gi sana, raman, ko gi la jalan ngan X, aku ngan A je gi...'

hello... perlu ke ko nak atur aku jalan dengan sape...hahaha... but i just say ok... but at that time, aku blah n jalan sorang-sorang sbb kalau nak tunggu X, jenuh lambat memilih...hahaha... kalo jalan sorang-sorang leh gak tengok barang ngan rileksnye... kan kan...

and the other time bile aku dah kumpul balik, aku berborak la ngan A, and suddenly si B panggil ala-ala nak sembunyikan something...ropanya nak amik gambar je...hadoi yay...

what ever la kan... yang penting i yakin, my picture is more gojes okeh...hahahaha...like i care :P

so, itulah nak citer sebenarnye... maybe one time dedulu, aku ada buat macam tu... tapi aku rasa la kan, aku just berkecil hati kalau kawan tinggalkan aku, tapi aku tak kesah kawan aku nak borak, kawan ngan siapa... btw, ade sesetengah masa, kawan aku tu yang dok cari aku...hahahaha...

tapi bila berdepan dengan situasi macam ni, kadang-kadang kecik ati, geram, kelakar, nak gelak...macam-macam lagi la... yang paling best selama ni membahasakan diri aku-kau, lately, dah bahasakan diri ngan nama sendiri...hehehhe... ape-ape aje la... yang penting, orang yang paling best untuk didengar menyebut nama sendiri ialah Anon ngan Azwa... so sweet...both my friend is really gojes <3

erm... so, adakah
1. Anda berkawan dalam konteks memiliki?
2. Anda biasa-biasa je
3. Anda rupanya terjebak dengan kawan yang bersikap seolah-olah memilik anda
4. Anda rasa nak terajang je orang camni ke Benua India nun (eh...India tu bukan benua kan) hehehehe