Thursday, July 30, 2009

Belajar Bahasa Inggeris

Erm...hari ni mendownload lagu-lagu Inggeris setelah lame asyik dengan lagu Arab. Lagu lama-lama je cam Lauren Christy - The Color Of The Night, Vanessa William - Color Of The Wind; The Sweetest Day...
Bile menyanyi lagu-lagu ni tiba-tiba teringat zaman masa kat universiti dulu. sebagai budak akademi pengajian Islam, selalunya dikaitkan dengan tak tahu bercakap Bahasa Inggeris. Erm...aku tak tau la berul atau tidak. tapi aku rase kalau kat jabatan aku tuh, Ustazah Yati, Kak Da (Wahida) tu okeh jek...tambah lagi dengan Ustaz Roslan.

situasi orang yang berbahasa Inggeris (maybe juga dalam bahasa-bahasa lain atau ilmu lain), ialah
1. Orang tak tahu berbahasa Inggeris, tak nak belajar.
2. Orang tak tahu bahasa Inggeris, nak belajar tapi dia rase susah dan dia jadi tak suka sebab dia tak tahu.
3. Orang yang tak tahu bahasa Inggeris, dia nak belajar, tapi takde orang nak tunjuk
4. Orang yang belajar bahasa Inggeris, tapi dia cuma tau menulis dan membaca tapi malu nak bercakap
5. Orang yang tahu berbahasa Inggeris, tapi out dalam menulis...broken English maa
6. Orang yang tahu bahasa dan berbahasa Inggeris, grammar pon mantap tapi sebutan macam orang Melayu cakap tuh
7. Orang yang tahu bahasa dan berbahasa Inggeris, grammar mantap, sastera Inggeris dia giler power, speaking London abeh....

dan lain-lain.

teringat la dedulu, sebab aku ni aktif gak la join memacam projek, and of coz bercampur dengan pelabagai jenis manusia termasuk yang tujuh di atas. ada sesetengah orang ni, bila dia dah tau bahasa inggeris, dia poyo yang amat dan ia ada la dalam kelompok kitorang tuh. yang aku selalu ingat, bila aku nyanyi lelagu Inggeris ni, akan ada beberapa pandangan orang yang melihat.
1. aku ni jenis orang yang menunjuk power Inggeris
2. aku adalah lelaki yang belajor bahasa inggeris dengan lagu-lagu Inggeris
3. orang yang melihat aku dengan macam tak caye...eh! budak akademi Islam nyanyi lagu Inggeris (salah ke?)
4. orang yang pandang aku sebagai - alah, dah la sebut tah hape-hape... ada hati nak nyanyi lagu Inggeris...so what?
5. yang terlalu membantu menjaga bahasa Inggeris aku...
6. anggap aku nyanyi tapi tak paham maksud

so, ada la yang positiv and ada yang negatif. masalah negatif ni ialah apabila ada orang yang pandai bahasa Inggeris ni tapi giler poyo. dia anggap dia adalah seorang yang maha terror dalam bahasa Inggeris. bile dengar orang nyanyi salah, dia ketawa sesama dia and then kutuk macam la orang yang nyanyi tuh paham. sombong yang amat.
apekah dia ingat aku tak paham. konon-konon dia speaking English ngumpat tu aku tak paham? just wanna say bebeh...though ur English is good, but how 'bout ur attitude? Such a bitch.... hahahahaha.... tapi team-team ni biasanya duduk sesama sendiri, tunjuk ala-ala educated, nampak yakin bile bercakap tapi kekadang satu time, dia blur, jadi bodo tahap donkey (donkey dalam citer Shrek tu lagi bijak). kalo kate kene pulau tu satu hal la....alah senang citer perasan bagus.... pehtu nak berkapel ngan mamat-mamat yang kachak, berkereta, perfume RM200-RM300... perhatian.... silakan terus jadi bitch di kalangan bitch. dan kekadang diorang tak tau pon kekawan dorang ni bukan bagus sangat...bitch gak....salu je citer burukpasal dia kat orang len...so kalo dah perangai gitu... kite tak yah kesah ok....

orang kedua ialah orang yang tahu dan amat baik dan amat menjaga bahasa Inggeris cam dia ialah keturunan bangsawan British gitu.hahahhaha...bagus orang camni...tapi kalau dah tiap perkataan tu nak sebut fluent betul-betul, minat orang yang belaja senang terbantut..huhu... contohnya perkataan LOVE n LOAF. sebutan nak dekat same... berkali-kali bagi tau sebut gini-gini sampai akhirnya orang yang bercakap salah tu bgtau, saye ade masalah lidah terbelit...

kadang-kadang pelik ya amat la. menjaga benar la bahasa Inggeris kononnya cam malu la kalau sebut salah. tapi aku rase orang Inggeris pon tau kita adalah Melayu and they already appreaciate us when we understand what they say and they also understand our word. kadang-kadang diorang pon sebut tak betul. Sorry la ye. Aku ni lahir makan sambal tumis, ulam-ulaman...dah besor baru jumpe salad, sos.hahahaha...

cerita pasal makan...nanti citer lain...













p/s: teruja dengan kakak pinoe dan forumer cari.com.my (aspecially Personal Problem Board)... siap boleh membakukan bahasa Inggeris. bahkan mengeja perkataan Inggeris dengan gaya Melayu...
SevenSense = Sebensens
Love You = Lebiu
Video = Bidio
Youtube = Yutiub
Innoncent = Inesen
dll....

Saturday, July 25, 2009

The Breakfast Series Wif Nancy Ajram

the description is on da picture >_< Photobucket

Nancy Ajram Cook Nancy Ajram Honey Nancy Ajram Knife

Nancy from ur heart Nancy Ajram Different Nancy Ajram grooming

hati kecil yang mengecil

entah la ye. mungkin kerana kesalahan kita yang lepas, sebab perselisihan faham, sebab sedikit pergaduhan, kerana rasa kecil hati, kita menjauh hati.

ada satu masa, aku berbaik dengan *. bleh borak, kutuk mengutuk, ketawa, saling pekena. tapi sebab satu insiden kecik, aku menjauh untuk beberapa lama.
dalam hati meronta untuk menegur dan berbual mesra
hingga satu masa aku mengalah
dan aku cuba berbaik
aku tegur
cuba ketawa
bergurau

tapi apa yang aku dapat
jawapan yang sinis
macam tak pernah kenal

adakah aku takde perasaan?
atau aku yang terlalu menjauh hati

agaknye kalau terjumpa
mungkin dia tak akan pandang aku

boleh saja aku biar
atau ignore
tapi entah

bila aku ada di satu tempat, dia biasa akan ada
tapi aku seolah-olah dah tak wujud
dan akhirnya aku pergi jauh
cari tempat yang sesuai

bila dia tiada
aku di'iggy' orang lain

sakit sangat

biar orang tak tahu
biar orang tak mengerti

aku kembali dengan harapan
untuk bergembira seperti waktu dulu

but aku sedar ia seakan takkan kembali
kerana mungkin dia tak ada perasaan tu

aku merendahkan diri aku
biar orang memandang salah pada aku
biar orang anggap aku punca masalah
biar orang anggap aku tak matang

ini kisah yang aku hadapi
mungkin kau tak mengerti
hanya akan kau ketahui
apabila kau cuba berempati
tak perlu simpati
duduklah ditempat ini



alby enta kulli hayati

Thursday, July 23, 2009

masa yang sentiasa berlalu

erm...dah terlalu lama tak menulis blog. inilah masalah aku. buat apa-apa ikut mood. kalau nak tulis, beria-ia buat tapi bila malas, jenguk pon takmo.hahahaha...gilak.
sekarang ni aku dah ada kat Manjung menjalani praktikal sebagai seorang guru agama atau ustaz.haha...that's crazy. Me n Ustaz... lol.
flashback UPSI.
selepas habis kuliah, aku exam, kemudian aku ada kursus Bina Insan Guru (BIG) yang wajib untuk bakal-bakal guru. sepanjang kursus BIG, berlaku kes keracunan makanan melibatkan hampir 80++ orang. alhamdulillah aku tak kena. pelbagai spekulasi...ada yang kata puncanya air minuman, ada yang kata nasi yang dimakan waktu tengahari, ada yang yang kata kari waktu malam ada telur lalat.errkkk!!!... tapi majoriti yang tak sakit atau keracunan tak minum air yang disediakan semasa aktiviti lasak sebab dah dihabiskan oleh mereka yang sakit perut. mungkin ada hikmah aku tak minum walaupun aku makan nasi dan kuih bertambah-tambah. hanya Allah yang tahu.

kursus tu amat membosankan sebab pada aku, aku pernah melalui kursus yang lebih mencabar dan menguji ketahanan mental aku. tapi ada la part yang aku enjoy iaitu masa pembentangan dalam kumpulan...i'm so happy. happy wif my team, kak teh, kak cik (i'm not sure which one yang lukis kartun Upin & Ipin..really impress), sayed :P Roslan, dll... the best part time bentang dalam aktiviti Pulau Harapan..at that time terserlah sifat keanak-anakkan dan keriangan...i wont forget that time. Thanks Kak Jai yang turut menjadi fasi and really sporting. though masa dia nak balim aku tak jumpe but really thanks to her. dalam masa kurang 24 jam, we are all really family.

habis kursus, ialah masa untuk pindah.
aku mengharapkan kalaulah family aku yang bantu aku berpindah. tapi akhirnya orang lain jugak yang aku perlu minta bantuan. malu ya amat.hahahah..tapi pindah jugak...and dah sampai pun Manjung. UPSI meninggalkan satu kenangan dan memori baru untuk aku. apabila kita berada di tempat yang jauh dari orang, kita merasakan diri kita terbaik namun realitinya ada orang lain yang jauh lebih hebat dari kita. ia tempat untuk melahirkan bakal guru tapi adakah ianya sesuai dengan situasi masa ini dengan keadaan pelajarnya yang sangat advance dan terbuka dalam pelbagai hal...sayang kan.

apabila berada di Manjung, seminggu awal aku stay sensorang kat umah sewa baru. erm..last-last aku gi umah abah angkat aku kat Batu 10, Lekir...lepak ngan cousin angkat...hahhaha...most of them say me and him look like twin coz kekadang nampak sama. ntah la. tapi sejak kes abah angkat ada masalah ngan adik dia, aku ke hulu ke hilir ngan Shukri. kalau dulu ada Muslimin or Meen sekali. erm...tapi itulah namanya masa yang merubah kita. hari ni kita ketawa bersama, ada kemungkinan esok kita akan bermasam muka.

berada di sekolah adalah satu dunia yang amat berbeza. aku menjadi seorang yang berbeza... sangat berbeza dengan diri aku sendiri. kadangkala aku nak memberontak...tapi aku terikat dalam satu sangkar manusia bernama Abdul Rahman yang memegang status ustaz. setiap hari aku melangkah kaki ke sekolah dengan satu harapan agar status itu akan terus sebati dengan jiwaku dan terus meninggalkan kehidupan silam yang.... entah la. aku sendiri kurang pasti...

berada di sini juga adalah detik pertemuan dengan situasi baru. jika dulu aku berdepan dengan perangai manusia yang suka meniru tingkah laku dan juga imej aku. kini aku berdepan dengan satu keadaan yang sangat menjerat aku apabila apa jua tindakan aku akan menyebabkan aku jatuh. seakan ada orang yang cuba menampakkan aku ni seorang yang nothing, tidak berguna, menyusahkan, memperlihatkan seakan sombong, atau dalam erti kata lain, ada orang yang seakan cuba merampas keindahan hidupku dengan menjadikan cara hidupku sebagai cara hidupnya hingga tiada apa yang tinggal pada aku. aku cuba sentiasa berpositif dalam pelbagai hal sebab syaitan amat gembira jika manusia sentiasa dalam keadaan rasa dengki dan sifat buruk lain. aku selalu berkata, ia kehidupan aku masa lalu dan sekarang aku perlu membina identiti baru.

kadangkala aku bersyukur sebab aku perlu menjani latihan ini seorang diri. kenapa? sebab aku dapat menjalaskan tugas aku tanpa gangguan, tenang. dan pastinya segala perkara akan tertumpu pda satu iaitu untuk mengajar, mengajar dan mengajar. kelebihan ialah di SMK Teknik Sri Manjung, aku berdiri seorang diri untuk berdikari bersama dengan mereka yang jauh berpengalaman. Hey! Rahman ialah seorang manusia yang sentiasa berdikari.

jika masa kecil aku duduk dengan orang lain, selepas mak keluar wa, baru aku duduk dengan mak. kemudian aku ditinggalkan di rumah mak angkat Cik Enon, Cik Rani, Cik Siah sebab mak ngan abah kerja. dalam usia 9 hingga 12 tahun aku bersiap sendiri untuk ke sekolah agama, dan hanya jumpa keluarga pada waktu petang. usia aku 13 tahun aku ke asrama hingga 17 tahun di SMKJBP. usia 18-19, aku ke asrama SMKAS, 20-23 aku di Kolej Kelima (Dayasari), UM, konvokesyen tanpa kehadiran keluarga (meskipun abang aku hanya duduk di Sentul), kemudian menongkah arus kota KL setahun berdikari, mendaftar di UPSI seorang diri tanpa keluarga, dan terus berpindha ke Manjung seorang diri. Maka kenapa aku harus bersedih untuk berada sendirian di SMK Teknik Manjung?

aku tidak akan mengatakan aku boleh buat semua benda. aku hanya melakukan apa yang aku mampu. dalam satu situasi, aku mencabar diri untuk melakukan sesuatu.
aku bukanlah seorang yang suka bersaing dengan sesiapa. aku rela berundur sekiranya pesaing aku kelihatan terdesak untuk mendapatkan perhatian orang.haha... kenapa? kalau di UM, aku hanya seorang yang biasa dan tiada sesiapa memandang aku. Tapi akhirnya mereka yang bersama pesaingku kini menjadi teman rapatku. aku tak meminta. mungkin rezekiku untuk bersahabat hanya hadir di saat akhir. tapi kenangan yang sedikit tu akan kekal selamanya.

mungkin aku tidak dipandang orang di satu tempat tapi di satu tempat lain, aku ada sesuatu. mungkin di masa ini aku nampak seolah-olah aku memerlukan perhatian tu namun aku perlu sedar, ianya satu perhatian yang kurang penting kerana ada sesuatu yang lebih penting perlu dikejar. SMK Teknik Manjung. jangan sia-siakan sesuatu di depan mata anda....

Thursday, July 2, 2009

aku dan senyuman

hari ni last aku kuliah. macam nak meraung, sedey. tapi biasa la. setiap permulaan ada akhirnya. sebak. sebab kat sini aku belajar perkara yang aku tak fikir selama ni. bukan mudah memikul tanggung jawab orang beragama.
merujuk pada tajuk
entah la.
orang kata muka roman muka aku kasar.
muka aku garang
aku kedekut senyum.

masa sekolah dulu, ada sorang cikgu namanya Puan Sadhana Ithnin.
Dia pernah bagitahu kat junior aku (masa ni aku tingkatan 5, junior tingkatan 1). Katanya, awak kenal tak abang tu. masa dia tingkatan satu dulu-dulu, dia seorang yang amat pemurah dengan senyum. sentiasa senyum. tapi sekarang, senyuman dia tu adalah sesuatu yang paling mahal. aku yang mendengar cerita junior tu terdiam. hati berbisik mengatakan, cikgu tu ingat aku. aku terkedu bila dikatakan aku semakin mahal dengan senyuman. entah mengapa, semakin aku dewasa, senyuman aku semakin pudar dan serinya seakan hilang terus menerus.

hari ni, Ustaz Mohd Abdul Nasir memberi satu pengakuan yang kembali mengingatkan aku pada cerita lama. Dia mulakan dengan ungkapan, sewaktu mula dia masuk kelas kami, dia amat risau dengan keadaan kami. dia katakan ada orang yang dirasakan sukar untuk dimengerti. Ujang dengan aku. Ujang mungkin misteri sebab dia selalu senyum dan tunduk malu. tapi bila dia keluar, orang tahu kehebatan dia. Ustaz Nasir tunjuk ke arah dia semasa berkata demikian.

kemudian dia unjurkan telunjuknya kearah aku. katanya senyuman aku adalah berbeza. yang tidak ikhlas. terkedu lagi. kenapa dia sehingga nampak perkara tu. aku senyum dengan cara yang sama. senyum seperti orang lain. aku tak faham apa maksud dia. adakah senyuman aku hadir dengan persoalan yang pelbagai? aku ikhlas memberi senyuman tu.

mungkin benar aku bukan orang yang mudah tersenyum.
hati aku berkocak lagi dengan persoalan.
rakan sekeliling memandang aku dengan sinis. senyumku yang aku beri dianggap tidak ikhlas.

entahlah
persepsi orang mane la kita tahu
aku tak tahu apa telahan dia, mereka.
hanya Allah yang tahu rasa hatiku.