Thursday, June 28, 2012

why a?

sape la yang gigih dok hack FB aku neh. takde keje agaknye.
udah udah la tu. berenti la nak korek korek cerita
tak bosan ke?
move on la ok ^^

Wednesday, June 27, 2012

musim baru ^^

selamat membaca ~_~"
hari ni, dah nak masuk dua minggu kat sekolah baru. suasana baru, yeah!!! musim baru bermula
minggu pertama kat sekolah, a little bit culture shock katenye. yelah. selama ni ngajar bebudak cerdik(?) je. takde masalah sangat. ajar cket, budak dah paham n then siap leh ngajar balik semula.huhu
tapi kat sini berbeza. sangat berbeza. benda yang membuatkan otak jam seketika bile mengetahui silibus dorang ade separuh lagi tak abeh. mak aih! PMR lagi baper bulan seh! gile babi pnye keje neh. babi pon tak terkejut camni tau. (sbb babi mane ade jadi chegu kan?)
jadi, terpaksa la menggigihkan diri study mana yang patut dan ajar semula. mmg mencabar kreativiti dan kepala otak ne sbb untuk satu topik yang simple, kene ajar dua hari. lalalalala @_@
dan perkara yang aku takleh nak terima ialah bila waktu P&P dicuri sewenang wenangnya. perhimpunan start kol 7.20 pagi dan biasanya paling cepat abeh kol 7.50. biasa abeh kol 8.00. so, masa pertama berbaki 10 minit. taktau la nak kata YIPPI ke atau AMMA APPA, ENNA SONNEY  T____T
rasa nak demam kepialu okeh. tu belum lagi kalo kaunselor wat ceramah atau ape-ape. sah2 aritu ala2 tergadai waktu mengajar. hurmmm.... tak sukenyeeeeeee....
macam hari ni, ade ke meeting kol 1.05 sedangkan waktu pelajar dibenarkan balik ialah 1.10.
dan bile aku dah beriya berkejar ke bilik meeting, sorang pon takde lagi. ingatkan dah terlambat. T_T

adei la. nak je sound balik, cakap kat dia, dorang wat camtu sbb nak gaji halal.saya ni pun rasa berdosa dah. yelakan. meskipun anak murid kita bukanlah dari kalangan orang yang cerdik bijak but then that is our core business kan. so, kene la buat.

dan bile tgk jadual, aih? kene ajar kelas tambahan form 5? bukan ke ni laki dia pnye kelas? dah la tu. kelas tambahan hari Jumaat petang kol 2.30. lol. anak orang cerdik pon, petang Jumaat tu liat nak datang sekolah. ustaz oh ustaz.

satu perkara yang membuatkan saya tak suka orang panggil saya ustaz ialah sebab saya tau, saya bukan guru agama yang baik dan saya selesa orang panggil saya encik atau just call my name. dats more better la. sbb bile orang panggil ko ustaz dan perangai ko camtu. euwh!!


dalam pada tu, ade pulak orang lama dok bising bising kata aku belum buat serahan tugas dengan sempurna. katenye ade buku stok yang aku tak pulang lagi. hurm. just wanna say la. apa yang aku dapat dari ko, itu yang aku pulang semula. kalo ko dah ilangkan benda tu, jangan nak FITNAH orang ilangkan or what.

keje yang masa aku tak wujud lagi kat skolah tu pon aku kene buat, ape kejadahnye. 3 program tahunan yang aku buat kat skolah tu lagi besau dari keje ko tu. tu pon ko still kate ko sibuk. jangan fikir sendiri je sibuk, orang lain ade benda nak buat jugak. takkan ko lupe, time P&P takleh jawab call. akak ko je yang fefeeling diva call orang ikot suka dia waktu P&P. bile orang dah hangen, dia nak hangen jugak. haha

ok la. musim baru ni bermula dengan bnda yang lebih mencabar. what ever happen, just smile n ignore stupidastos.

info: setiap hari, 40-50 menet perjalanan ke sekolah dengan kadar pecutan 100-130. tibe sekolah menggigil sbb potong lori kelapa sawit, balak dan sebagainya. tak lupe anjing-anjing melintas dikawasan bukit. tatotnyeewwww @_@

Friday, May 25, 2012

Persepsi

ayat

aku tgk orang Johor ni, belajar kat skolah agama, tapi mengaji tatau
aku tgk orang Johor ni, itu ini dan bla bla bla


erm... kat tempat lain tu sempurna sangat ke?

berubah?

hari ni, satu benda yang membuatkan saya mengenang kembali benda-benda yang saya dah nak lupakan. saya cuba untuk lupakan perkara-perkara menyakitkan yang datang pada saya sepanjang 2011. seriously memang saya dah tak nak ingat sangat pon. cuma saya berhati-hati dengan orang yang pernah menyakitkan hati, memfitnah dan memburuk-burukkan saya. its ok. benda lepas dan tak elok, buat apa nak kenang kan?

tiba tiba hari ni, saya dapat cerita bahawa ada orang menyatakan saya sudah berubah. yeah! last year ada jugak orang kata saya berubah, saya kurang bercakap tapi bila bercakap laser. laser ke? serasa saya, sama je.
cerita baru ni, ada orang kata masa saya mula mula saya masuk ke sini, saya seorang yang senang dibawak ke tengah dan ketepi. senang cerita, boleh kowtim dengan semua benda. tapi bermula dari tahun lepas saya berubah. saya semakin sukar untuk bekerjasama dengan orang lain, nak mintak tolong pon susah. betul ke?

serasa saya, saya tak pernah berubah, tapi orang yang cuba menjadikan saya seolah olah saya berubah. saya sangkakan benda ni sudah berakhir. tapi sayang, luka yang menjadi kudis, rupanya belum sembuh dan menjadi kulit. bahkan ianya diguris kembali.

saya pelik. celah mana yang dikatakan saya taknak tolong orang?
sepanjang tahun 2011 sehinggalah tahun ini, orang yang bercakap pasal saya berubah tu, berape kali dia pernah mintak tolong pada saya ek?
masa saya menangis sorang-sorang kat hujung meja saya, siapa yang datang pujuk saya? dia ke? ada dia ambil tau kenapa saya menangis?
sepanjang tahun 2011 berapa kali dia senyum dengan saya? tegur saya? setiap langkah saya bila bertembung dengan dia, saya angkat muka dan tenung muka dia dengan harapan saya akan melihat orang yang sama, tersenyum pada saya. tapi apa yang saya dapat? dia tundukkan muka, atau beralih ke arah lain. masa tu apa salah saya pada dia? saya nak bercerita pasal dia? satu apa pun saya tak tau pasal dia. bahkan saya pulak pernah dengar cerita buruk berkaitan saya dan dia orang yang bercakap hal tu. pernah saya ambil kisah hal tu? tak. sebab saya anggap benda tu remeh. saya ingat Allah, saya belajar agama dan saya tau beza antara baik dan buruk.
cuma tahun ni, orang yang saya pernah anggap sebagai seorang kakak, mula menegur saya, bercakap, senyum dengan saya. alhamdulillah. semua tu membuatkan bibir saya seakan ingin meluncur panggilan mesra saya pada dia 'kaka' (kakak) tapi saya cepat sedar sebab saya bukan lagi insan yang pernah diterima sama pada satu masa lepas.
sehingga tika dan detik saya menulis hari ini, saya masih lagi tertanya tanya dan ternanti nanti, apa salah saya pada dia sehinggakan dia menyatakan saya berubah. pernahkah dia tahu, saya sangat menghormati dia sebagai orang yang lebih dewasa.

kerana Allah lebih mengetahui, kerana Dia yang menyediakan perjalanan hidup kita untuk kita tempuh sampai sudah kita berharap bertemu denganNya di pengakhiran nanti.

Thursday, April 26, 2012

50 Fakta Menarik ,Kisah dan Prinsip Hidup TAN SRI SYED MOKHTAR ALBUKHARY



ORANG MELAYU TERKAYA DI MALAYSIA-semoga ianya dapat memberi teladan dan inspirasi buat kita semua dalam memajukan diri dan ummah,InsyaAllah..

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan WARISAN UNTUK ANAK BANGSA YANG KEKAL BERPANJANGAN.

2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. SAYA PERCAYA SESIAPA PUN BOLEH MENJADI APA SAHAJA ASALKAN MEREKA BERUSAHA DENGAN TEKUN . Tetapi tentulah ia memakan masa. TIADA JALAN SINGKAT.

4. Saya MENGENALI KEKUATAN DAN KELEMAHAN SAYA. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, MEMANG KENA BANYAK SABAR DAN KUAT BERUSAHA .

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo , New York dan London . Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya TIDAK ADA STATUS, ADA MASA DI ATAS ADA MASA DI BAWAH.

12. Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. ALLAH BERI REZEKI MELALUI KITA UNTUK KITA TOLONG ORANG LAIN. REZEKI ITU BILA-BILA MASA SAJA DIA BOLEH AMBIL BALIK. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah.ORANG MELAYU KITA TIDAK MAHU BEKERJASAMA KERANA PERASAAN DENGKI MENGUASAI DIRI.SUDAHLAH TAK MAHU BERUSAHA,APABILA ORANG LAIN BERUSAHA MEREKA MARAH.

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

16. Saya ADA EMOTIONAL ATTACHMENT KEPADA AGAMA,BANGSA DAN UMMAH. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak .

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa.APA YANG SAYA TIDAK TAHU SAYA BELAJAR MINTA TOLONG DARIPADA ORANG LAIN.SAYA TIDAK MALU . Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri.SIKAP PEMALAS DAN PEMALU INI ORANG MELAYU KENA ATASI .KITA KENA BERANI KERANA BENAR . Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19.KAYA ITU BUKANLAH KEPADA DIRI SENDIRI. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini,KEPADA BANGSA DAN KEPADA ORANG RAMAI .Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya HANYA PERKARA YANG BAIK YANG KITA LAKUKAN AKAN KEKAL. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu.DI KAMPUNG ORANG MELAYU BERPECAH KERANA POLITIK,DI BANDAR BERPECAH KERANA WANG .

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka HANYUT DARIPADA MENOLONG ORANG LAIN . Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi MESTI TAHU BAGAIMANA HENDAK MEMINJAM DAN MEMBAYARNYA SEMULA . Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab.BANYAK ORANG MAHU SENANG TAPI TIDAK RAMAI YANG MAHU BERTANGGUNG JAWAB .

26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki) . Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. SAYA SUKA KALAU NIKMAT SEDIKIT YANG SAYA DAPAT ITU ORANG LAIN BOLEH BERKONGSI BERSAMA.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan

30. ……kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal.SAYA MANUSIA YANG BANYAK BUAT KESILAPAN.TETAPI SAYA INSAF,BERISTIGHFAR DAN TERUS BERJALAN LAGI . Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. KEKAYAAN INI TUHAN BERI KEPADA SAYA UNTUK SAYA MENOLONG ORANG LAIN PULA.SAYA PERCAYA KEPADA KEBERKATAN REZEKI.HARI INI KITA TOLONG ORANG,ESOK LUSA ORANG AKAN TOLONG KITA PULA DENGAN CARA YANG LAIN.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34.KITA JANGAN CEPAT PUTUS ASA.PUTUS ASA BOLEH TAPI KENA CEPAT-CEPAT KUATKAN SEMULA SEMANGAT UNTUK BANGKIT BALIK.JANGAN JADIKAN AGAMA HANYA SATU TEMPAT UNTUK KITA BERGANTUNG APABILA KITA SUSAH . Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab kenapa orang Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju . Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38.KEJAYAAN DAN KELEMAHAN ORANG MELAYU BUKAN DISEBABKAN OLEH BANGSA DAN AGAMA KITA.TETAPI IA BERKAIT DENGAN SIKAP DAN CARA KITA BERFIKIR.GIGIH ,TEKUN DAN TIDAK PUTUS ASA MERUPAKAN KUNCI KEJAYAAN KITA.SAYANGNYA PERKARA INI KURANG WUJUD DALAM CARA ORANG MELAYU BERFIKIR .

39.TUHAN MEMBERI PELUANG KEPADA SESIAPA SAJA YANG BEKERJA KUAT. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar . Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41.ORANG MELAYU SEBENARNYA KENA BANTU DIRI SENDIRI,KENA BEKERJA KERAS DAN FOKUS .

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. SAYA SENDIRI BERHUTANG SAMBIL BERNIAGA DAN BUAT SUMBANGAN AMAL JARIAH.SAYA TAK MAHU TUNGGU HUTANG HABIS BARU HENDAK BUAT SEMUA NI .Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah,LEBIH BAIK BUAT SEDIKIT DARIPADA TIDAK BUAT LANGSUNG.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48.SAYA GEMBIRA DAPAT MEMBANTU.SAYA MAHU ORANG LAIN MERASAI KESENANGAN APA YANG PERNAH SAYA RASA.Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi.

50. SAYA RASA KITA SUDAH TERLALU BANYAK KETINGGALAN.

sumber: http://khairitajudin.blogspot.com/?m=0

Tuesday, April 24, 2012

what can i say...

reda dan terus reda dengan ketentuan yang telah Allah ciptakan. kita manusia inginkan keadilan, namun Allah menetapkan sesuatu dengan keadilan yang kita tidak pernah ketahui. Allah mengerti dan Allah memahami apa yang diciptaNya. kerana Dia Allah, Dia bukan makhluk.

Monday, April 23, 2012

kisah yang sama, masa berbeza

hehe. ini ialah cerita tentang dua orang wanita yang ada dalam hidup saya iaitu arwah ibu dan kakak. semalam, ade seorang member bercerita tentang arwah ibu dia semasa kami keluar makan. entah kenapa, cerita member tadi ala ala berlalu bersama angin bayu (padehal aircond) yang menerpa. chewah. kenapa?
sebab saya teringat keterkaitan antara arwah ibu dan kakak saya. beza sedikit je.

ibu saya anak sulung dan kahwin dengan anak bongsu (abah le)
kakak saya anak bongsu dan kahwin dengan anak sulung.

menariknye, kedua-dua difitnah oleh masyarakat setempat yang mengatakan mereka buat sumbang mahram! nauzubillah.

arwah ibu sewaktu mudanya telah kehilangan ibu. jadi sebagai anak sulung, beliau perlu menggalas tugas menjaga adik beradiknye. dalam usia yang masih remaja, sekitar 14-15 tahun, beliau menghadapi tekanan hebat daripada penduduk kampung yang menyatakan dia ada hubungan sumbang mahram dengan arwah atuk. rentetan daripada itu, sewaktu usia 16 tahun dia dinikahkan dengan seorang lelaki tua untuk menutup mulut orang kampung yang tak berhenti henti memfitnah. namun sayang, perkahwinan tu tak kekal lama sebab suami arwah mak bukanlah lelaki yang bertanggungjawab. just imagine baru seminggu melahirkan anak, mak kene pergi menoreh sebab kat rumah tak ada apa nak makan. kerana kesempitan hidup yang terlalu teruk, anak-anak mak (kembar) meninggal tidak lama sewaktu pantang mak belum habis lagi. kesian kan. selepas tu, mak balik semula ke rumah atuk dan fitnah itu kembali semula. haih. mulut orang.

kes ini berlaku juga kepada kakak saya. dia difitnah ada hubungan sulit dengan abah sewaktu emak masih hidup lagi. disebabkan trauma yang berpanjangan semasa usia mudanya, arwah mak terpengaruh dengan fitnah orang sekeliling sehinggakan dalam tempoh yang lama, arwah emak tak begitu mesra dengan kakak hingga tahap tidak bertegur sapa langsung.
kesian arwah mak, orang memperbodohkan dia macam tu je. kesian akak, difitnah sedemikian rupa. namun akhirnya kakak dan emak berbaik semula bahkan lebih rapat dari waktu yang sebelumnya sewaktu arwah emak sakit. selama setahun, kakak akan bawa emak ke mana saja dia pergi. dari kebun, bandar, semua dia bawa. dari situ, mak dapat tengok macam mana akak bekerja. sampaikan dia terasa kesal kerana percaya dengan tohmah orang dari anak sendiri.
selepas mak meninggal, fitnah hubungan kakak dan abah kembali semula. hinggakan ada cerita baru yang mengatakan abah menggunakan ilmu hitam untuk mengorbankan mak untuk mendapat kekayaan. astaghfirullah. nauzubillah. mengucap panjang saya mendengar cerita tu. kenapalah fitnah tu.
namun bibir mereka tertutup dengan perkahwinan kakak. lega sangat-sangat.

ini ialah secebis kisah masyarakat Melayu di Malaysia. penuh dengan seribu satu fitnah, gossip yang tidak akan berhenti. bilalah agaknya mentaliti seperti ini akan berubah? satu masa dulu saya amat berbangga mengungkap, TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA. namun pada hari ini, saya semakin risau kerana ungkapan ini akan menambah hebatkan betapa buruknya akhlak Melayu sekiranya Melayu akan terus ujud.