Sunday, February 10, 2013

rahsia yang bukan lagi rahsia

meskipun aku bukan seorang kaunselor, tapi sebagai seorang guru, kadang kala ada saje pelajar yang akan berjumpa dan bercerita masalah mereka. dan insha allah, apa saja yang mereka katakan, selagi masih boleh disimpan, insha allah, akan disimpan. sekiranya masalah mereka memerlukan bantuan rakan, barulah aku merujuk permasalahan tersebut kepada yang lebih arif.

namun, ada juga sesetengah pihak yang kadangkala menjadikan sesuatu rahsia menjadi bukan lagi rahsia.

satu masa, aku sedang mengisi borang dan dalam masa yang sama, terdengar perbualan antara dua manusia. hurm, biasalah, kalau perbualan berunsur bisik bisik ni, biasanya syaitan akan menguatkan volume tersebut. dan sama la jugak macam situasi hari tersebut.

perbualan tersebut antara seorang yang sepatutnya dalam etika kerjayanya adalah untuk menyimpan rahsia. namun apa yang terjadi ialah sebaliknya. mungkin sebelum ni ada la mendengar sikapnya yang agak keterlaluan dalam menyiapkan kerja, dan pada hari tersebut, aku dengar sendiri bagaimana rahsia seorang demi seorang pelajar diungkapkan.

Ya Rabbi, mmg tak sepatutnya sesuatu yang mengaibkan tu dijadikan bahan cerita, apatah lagi dia mempunyai amanah untuk menyimpan cerita tersebut. apa perasaan dia sekiranya keburukkan dia dijaja orang? bangga? atau jenis muka tembok dan terus menceceh.

kadang terperasan orang orang macam ni jenis talam dua muka. kalau talam ade jugak faedah, ini dua dua page takleh pakai.hahaha... May Allah Bless U

No comments:

Post a Comment