Saturday, December 25, 2010

Kejadian curi di Mid Valley

25hb... hari Krismas

mase lepas makan-makan Baskin-Robbin's dan aktiviti lain kat Mid Valley, kitorang pon balik lah...
terus ending story katenye...hahaha... erm... sonotla lepak ngan dorang...
tapi next time, iols nak gi karok sorang2 satu bilik... nyanyi puas2...huhu

erm... citer pasal curik neh...
mase tengah tunggu komuter kat Mid Valley ni... memang ramai sangat2 orang... ngeri la... dan tiba-tiba teringat satu kejadian handphone aku kene seluk dalam jacket aku... sedih sangat masa tu... berebut dan berhimpit... dan sedar2 handphone hilang :( sedey...

semalam,

kejadian tu berlaku
tapi bukan pada aku

ade sorang lelaki berbaju merah tinggi, berambut panjang cket... menoleh-noleh dalam sesak tu
depan dia sorang lelaki yang sedikit pendek berkemeja ungu

kemudian depan dia ade lelaki Cina sedang mendokong anak

lelaki berkemeja ungu dah masuk dalam komuter
dan lepak sebelah lelaki cina tadi

lelaki baju merah menyeluk poket suar lelaki cina
kemudian masukkan dalam poket lelaki pendek berkemeja ungu

dan kemudiannya, lelaki pendek tadi, keluar gerabak dan pegi ke gerabak sebelah

dan habis

senang kan modus operandi?
aku ngan kawan terkesima dan terdiam tgk kes tuh
aku dah dapat agak lelaki tu pencuri...
sbb dia tgk polis bantuan tu kat memane...
ketinggian dia yang berbeza dengan orang lain
memudahkan dia memerhati pergerakan polis bantuan yang ada kat situ

dan kebetulan pulak, polis bantuan masa tu, ada kat tempat lain

dan aku rasa benda macam ni la yang jadi kat aku dulu...

in case kalau cina tu tau la dompet dia hilang,
dia tak tau nak tuduh sape...

sebab...

1. keadaan sesak n dia pegang baby dia
2. lelaki yang amik dah takde n dia tatau sape yg amaik... kalau dia tuduh lelaki baju merah tu, dompet dia mmg takde kat mamat tu sebab dia dah pas kat poket lelaki baju ungu
3. lelaki baju merah pon akan kata benda yang sama... cam wallet dia ilang :( sama macam masa aku kene dulu
4. train dah nak gerak...

ape yang aku bleh katakan, tempat yang sesak macam ni, letak la banyak2 polis bantuan
pehtu untuk halang orang lebih garisan kuning, patut elok letak petugas KTM sendiri kat situ
dan letak kat bahagian yang sesak
dan sebaiknye, letak la banyak CCTV kat situ

atleast, kalau hari ni dia mencuri dan untung

esok, dia akan terberkas...
dan semua orang akan menarik nafas lega...

sekian coretan
kadang aku rasa bersalah.
takut tekaan aku salah...
tapi benda ni betul jadi :(

1 comment: