Tuesday, August 18, 2009

Semua Dari Allah

Bulan Ogos 2009 memberikan kejutan yang besar bagi semua amnya dan diri ini amnya

kalau sebelum tu Malaysia diberi kejutan dengan perginya Yasmin Ahmad, pengarah filem Indie famous, semua orang seakan terkejut dengan pemergian beliau...
kenapa? sebab karya-karya beliau menterjemahkan sesuatu yang boleh aku kata sebagai sebenar tentang realiti hidup masyarakat Malaysia. Namun karya beliau tu sukar diterima oleh majoriti masyarakat kita atas alasan ianya terlalu terbuka tapi di sebalik semua itu, sebenarnya kita susah untuk menerima diri kita sendiri dan juga realiti yang berlaku tapi kita menolak seakan-akan menyembunyikan semuanya kerana kita taknak terima...
alahai...terima aja la kan...

selepas dari itu, Ustaz Asri dari kumpulan Rabbani pula menyusul pergi. Seakan terdengar lagi suara dia di corong telefon berbual hal kompang, harga kompang... meskipun bermasalah ketika tu dengan hal pembayaran tapi masih lagi beliau bersuara lunak, tiada meninggi suara, sampaikan aku yang malu walaupun tak nampak muka...
bukan sebab aku tak bayar ye...aku hanyalah orang yang menguruskan hal jual beli tapi duit dari bos...
pemergian dia pon tak terduga...secara tiba-tiba... usah la kita berdalih mengatakan kita tak terkesan dengan alunan suara dan lirik serta irama yang dibawa dalam nasyid beliau. Meskipun ada yang mencemuh mengatakan bahawa beliau membawa muzik yang tidak sesuai dengan nasyid, tapi orang tetap terhibur dan mendengar suara itu...

terbaru pada 17 Ogos lepas, (2 hari lepas pada hari post ini ditulis), seorang lagi insan yang mulia telah pergi. Dia bernama Abdul Halim Haji Mat Diah. Mungkin ada sesetengah orang tidak mengenali dia. Tapi bagi aku yang pernah belajar dengan beliau, berbual dengan beliau, bekerja dengan beliau, makanya beliau adalah orang yang sangat kukenali...
gelaran seperti anak bapak (semua student dia dipanggil macam tu), anak kesayangan, dan entah ape lagi masih lagi mengindahkan memori semalam bersama beliau.
aku pergi dari JSTI membawa diri...aku pergi dengan senyap tanpa ada apa-apa tanda... dia yang rapat dengan aku pon, aku tak bagitahu... bukan niat hati nak melukakan tapi...

masih teringat lagi biasanya pada hari Khamis, Isnin beliau akan datang ke bilik kerjaku dan
memanggil "Man, mintak tolong ambil ubat bapak di hospital"... erm...biasanya aku ngan Dina akan pergi hospital naik teksi amik ubat...huhu...
mungkin berliau terkilan sebab dia selalu minta aku kerja dengan dia sebagai RA dia, tapi cepat amat terlepas.huhu...

mungkin bukan rezeki...tapi still juga dia minta aku bantu walaupon bos perang dingin :P

tapi tu la kan...semua datang dari Allah...kita tak mampu untuk menolak...

misalnya macam H1N1 yang menjangkit pada anak saudara aku, Shasya Najwa...
shasya...
Paksu harap syasya tak apa-apa...
Paksu sayang semua anak saudara paksu...
moga syasya sihat, dan gembira...

Semua dari Allah...Dari Allah kita datang...
Kepada Allah jua kita kembali

No comments:

Post a Comment