Tuesday, August 18, 2009

Semua Dari Allah

Bulan Ogos 2009 memberikan kejutan yang besar bagi semua amnya dan diri ini amnya

kalau sebelum tu Malaysia diberi kejutan dengan perginya Yasmin Ahmad, pengarah filem Indie famous, semua orang seakan terkejut dengan pemergian beliau...
kenapa? sebab karya-karya beliau menterjemahkan sesuatu yang boleh aku kata sebagai sebenar tentang realiti hidup masyarakat Malaysia. Namun karya beliau tu sukar diterima oleh majoriti masyarakat kita atas alasan ianya terlalu terbuka tapi di sebalik semua itu, sebenarnya kita susah untuk menerima diri kita sendiri dan juga realiti yang berlaku tapi kita menolak seakan-akan menyembunyikan semuanya kerana kita taknak terima...
alahai...terima aja la kan...

selepas dari itu, Ustaz Asri dari kumpulan Rabbani pula menyusul pergi. Seakan terdengar lagi suara dia di corong telefon berbual hal kompang, harga kompang... meskipun bermasalah ketika tu dengan hal pembayaran tapi masih lagi beliau bersuara lunak, tiada meninggi suara, sampaikan aku yang malu walaupun tak nampak muka...
bukan sebab aku tak bayar ye...aku hanyalah orang yang menguruskan hal jual beli tapi duit dari bos...
pemergian dia pon tak terduga...secara tiba-tiba... usah la kita berdalih mengatakan kita tak terkesan dengan alunan suara dan lirik serta irama yang dibawa dalam nasyid beliau. Meskipun ada yang mencemuh mengatakan bahawa beliau membawa muzik yang tidak sesuai dengan nasyid, tapi orang tetap terhibur dan mendengar suara itu...

terbaru pada 17 Ogos lepas, (2 hari lepas pada hari post ini ditulis), seorang lagi insan yang mulia telah pergi. Dia bernama Abdul Halim Haji Mat Diah. Mungkin ada sesetengah orang tidak mengenali dia. Tapi bagi aku yang pernah belajar dengan beliau, berbual dengan beliau, bekerja dengan beliau, makanya beliau adalah orang yang sangat kukenali...
gelaran seperti anak bapak (semua student dia dipanggil macam tu), anak kesayangan, dan entah ape lagi masih lagi mengindahkan memori semalam bersama beliau.
aku pergi dari JSTI membawa diri...aku pergi dengan senyap tanpa ada apa-apa tanda... dia yang rapat dengan aku pon, aku tak bagitahu... bukan niat hati nak melukakan tapi...

masih teringat lagi biasanya pada hari Khamis, Isnin beliau akan datang ke bilik kerjaku dan
memanggil "Man, mintak tolong ambil ubat bapak di hospital"... erm...biasanya aku ngan Dina akan pergi hospital naik teksi amik ubat...huhu...
mungkin berliau terkilan sebab dia selalu minta aku kerja dengan dia sebagai RA dia, tapi cepat amat terlepas.huhu...

mungkin bukan rezeki...tapi still juga dia minta aku bantu walaupon bos perang dingin :P

tapi tu la kan...semua datang dari Allah...kita tak mampu untuk menolak...

misalnya macam H1N1 yang menjangkit pada anak saudara aku, Shasya Najwa...
shasya...
Paksu harap syasya tak apa-apa...
Paksu sayang semua anak saudara paksu...
moga syasya sihat, dan gembira...

Semua dari Allah...Dari Allah kita datang...
Kepada Allah jua kita kembali

Saturday, August 8, 2009

Jom citer makanan

erm..memula nak remind, aku citer pasal makanan ni bukan sebab dah nak Ramadan occay...tapi sebab ade terbace kat satu forum tuh pasal perkara yang menyebabkan akal tumpul...pastu ade lak masuk citer pasal makanan yang makruh...
dan ade la sorang ahkak tuh, bercerita tentang makanan yang dia n famili dia makan. masuk la jugak bab makanan yang makruh termasuklah bawang, petai, jering tuh.
yang tak bestnye dia macam cube memperlekehkan makanan tradisi Melayu yang katenye menyebabkan badan tak besar, makruh dan ade la lagi yang nampaknye memang tak best.

adakah sebenarnya makanan Melayu ni tak bagus? Adakah ianya tak bagus sebab kandungan makanan tuh? atau adakah disebabkan kuantiti pengambilan makanan yang menyebabkan benda tu jadi tak bagus...

Nasi Lemak, Roti Canai, Teh Tarik dan pelbagai lagi makanan yang wujud dalam masyarakat Melayu memang meliurkan tapi mempunyai kandungan lemak yang tinggi. Ini adalah fakta yang memang tak dapat disangkal. Orang-orang Melayu satu masa dulu makan makanan seperti ini dengan tujuan untuk memberi tenaga semasa bekerja. Jadi, makanan ini tidak memberi effect yang besar meskipun diambil secara harian kerana mereka keluar bekerja seawal selepass subuh untuk:
1. Berjalan ke kebun
2. Membersihkan kebun

semua kerja-kerja ini mengambil masa sehingga sekitara waktu Zohor...so how long? Lame kan...dan mereka bekerja bukan sekadar menajak rumput dalam pasu tapi untuk menebang kayu hutan untuk dijadikan kayu api, kawasan tanah untuk pertanian, sebagai bahan membuat rumah. So makanan yang digunakan adalah berpatutan dengan tenaga yang digunakan...

adakah ianya tidak sesuai dimakan untuk zaman sekarang? pada aku boleh saje..TETAPI dengan kuantiti yang sedikit atau bukan diambil secara harian. kuantiti pengambilan makanan tradisional Melayu perlu dikurangkan kerana masyarakat pada hari ini kebanyakkannya bekerja dalam pejabat, atau kurang menggunakan tenaga. dalam konteks ini kita kembali pada amalan pemakanan dari Rasulullah yang menyarankan makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang. dari aspek ini, kita lihat aspek kuantiti lebih menyebabkan makanan Melayu dipandang tidak elok oleh sesetengah orang Moden...gi mati la ko..hahahhaa...


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjUtaH2yqa-51tqwxNrGAoWKatvrCX_FnaYJ7X1Y_Gq-G6SCrZ16JsvImDBYM6YRxC2etrHaC7_bm_AdW5Llo5ux1XglZsfUVGh7iiZEt2z04D8vU6yvj6I5vqljWQvbEbH0C-IG-b0TUg/s400/Jering+up+close.JPGhttp://www.caterer.com.my/image/path/1315/small/Kerdas__1_.jpghttp://andiullyx.files.wordpress.com/2009/06/pete-petai-kupas1.jpg
kemudian dari konteks halal, makruh, haram. makanan halal dan haram, insha allah u ols tau kan. tapi dari konteks makruh. makanan seperti petai, jering, kerdas dianggap makruh kerana mendatangkan bau yang kurang menyenangkan selepas makan, buang air...tapi lupakah anda tentang khasiat yang ada dalam makanan tersebut? sekali lagi aku katekan, kuantiti pengambilan kene jaga...jangan amik berlebihan..pastu makanan camni, kalo kat kampung tu, makanlah sepuas hati sbb orang kampung cam aku ni bukan kesah sangat...sbb da tau dah natijah amik makan tersebut secara berlebihan...kalo kat bandar makan benda2 ni memang cari penyakit...

ade lagi la bunyik katenye bagus ke untuk minda anak-anak...kan ke elok katenye, bagi makan cereal untuk sarapan pagi, atau roti bermentega, susu, atau jus...hallo...ade berapae ramai anak orang  yang mencekik roti, cereal, susu bagai tapi bile besor jadi setan, lahanat...
dan aku tertanye-tanye adakah cereal yang disumbat dalam mulut anak dia tu confirm bersih dan sesuai untuk anak dia? roti tu cemane plak? kalau benda tu import dari luar, status halal tu masih boleh diragui...sumber gandum tuh...kalau geli makan udang geragau yang kononnye ade anjing kencing tu kan...nape lak tak geli ngan gandum yang diproses kat luar negara? ntah babi berlari kat situ, pehtu anjing berak kangkang kiap kat situ...sape tau kan...

walau ade logo halal tapi adekah tahap syubhah dalam makanan tu dah hilang

oh...mungkin kakak itup menanam sendiri gandum pastu dia tuai, giling halus buat roti...pastu susu tu dia perah sendiri dari ladang...pendek kate umah dia tu serba lengkap sampaikan rempah ratus tu petik fresh...wut da helll....

jangan menyalahkan makanan Melayu kalau kau sendiri berpemikiran cetek...dengar ceramah sikit dah kate betul...please kaji ok...bukan sekadar hentam kromo...

u can eat everything yang halal but in proper quantity (betul ke idak nih)...

dan lagi...kalau korang sekadar duduk depan komputer, depan TV, pastu berkebun kelepik-kelepik kat sebelah umah, tak yah la poyo ngaku ko berkebun, tapi tak makan makanan Melayu...
kalau nak kate ubah cara pemakanan dorang untuk kasi tinggi fizikal, tapi akhlak makin merundum cemane? Ada yang tak tau anak dia buat ape kat umah...pehtu ngan jadi pelacur, pelakon filem porn, lelaki memang badan besor tapi jadi abah ayam ape kes....


ade benda kita boleh ikut tapi bukan bermakna kita taksub hingga melupakan budaya sendiri...dan juga ajaran Islam yang sebenar...
kita hidup bukan untuk bertaqlid tapi kita dikurniakan akal untuk berfikir...