Tuesday, May 26, 2009

Pangkat, Harta dan setiap manusia berbeza

Hari ni adalah hari kedua aku makan dengan seorang Profesor kat UPSI. hahaha…..jangan jeles. sebenarnye aku tak kenal pon siapa dia sampai hari ni. aku cuma tau dia prof dari makcik penjual makanan tu.

kenapa aku kate aku tak kenal?

dressing dia really simple. pakai baju T-shirt, pakai songkok, seluar biasa, kasut pun biasa n yang paling best, dia just bawak basikal. mula-mula aku bajet dia pakcik kat luar tu.

mase mula-mula makan dengan dia (hari Isnin), aku memang tak bajet dia tu prof bahagian Fizik. dengan caara makan really la macam orang biasa n bahkan aku kekadang aku makan lagi sopan ayu mayu.hahahahhaha. :P
tapi aku selesa dengan orang macam ni. simple. sebab berbeza dengan orang yang berpakaian gah, gaya cakap tinggi. kan dah jadi satu kije nak berlakon berbudi bahasa high class bagai. tapi prof ni ok je. makan siap menjejeh-jejeh lagi.hahahahha…

bile aku siap, dia panggil mbak yang kije kat situ n bayar. aku really tak bajet dia akan bayar. serius. bile aku mintak diri nak gi kelas, aku pon gi kat makcik tu nak bayar. n really terkejut bile makcik tu cakap….xpe dik…Prof tu dah bayarkan sekali. Ya Allah punye la aku terkujat, terkesima, terdiam, termangu dan pelabagai ‘ter’ lagi.

Hari ni aku singgah makan kat kedai makcik tu. (Exceli, aku mmg salu makan kat situ. soto dia sedap o…kalo tak pon wafer dia tuh.huhu) aku datang lambat-lambat sebab aku taknak terserempak dengan pakcik Prof tu lagi. bile sampai, aku terperasan dia ada…aku dok order senyap-senyap, jalan slow ke tempat kosong n duduk. tibe-tibe dia toleh n aku terpandang same. aiceceh…terpaksa la sengih n say thanks sbb belanja aritu.huhu…

aku just berharap dia tak belanje aku lagi sebab aku segan kalo orang yang tak kenal belanja aku. alangkan Prof Halim or ustaz Faisal kat UM yang da kenal lame pon aku segan, lagikan yang x kenal.hahahah…(tapi kalo cam wahida, Adina or budak2 jabatan len kate nak belanje, mmg aku sapu habes sekereing-keringnye.hahahahhaha…men2 jek). lega…dia tak bayarkan.hahahaha…cuma…

aku ingatkan dia nak balik. ropanya dia sorong basikal keliling kedai makcik tu n tibe2 parking kat sebelah aku………

n duduk sebelah aku…hadoi la. segannye aku.hahahah…tapi really la dia ni macam pakcik2 biasa.

ape yang dapat aku simpulkan…mungkin ade sesetengah orang cukup bangga dengan jawatan dia yang tinggi-tinggi sampaikan dia akan memberitahu orang lain bahawa dia berjawatan. tapi ada sesetengah orang sangat la humble, merendah diri, tawaduk. dia bukan dari golongan agama tapi ahli fizik tapi cara merendah diri dia tu mengagumkan aku. Profesor naik basikal weh…hahhaha

well…terpulang pada diri untuk menafsir. ade orang kaya berlagak. Ada orang kaya yang zuhud. Ada orang miskin yang sedar diri. Ade orang miskin yang poyo.

kadang-kadang manusia tu

a. He got something but we see him nothing. b. He got something but he is nothing. c. He got nothing but he is something. d. He is nothing.

lets kill fish to eat

No comments:

Post a Comment