di waktu tadika, aku hanya sama seperti orang lain,
Tuhan memberikan kenangan indah berjaya membaca doa Iftitah dengan baik.
di waktu sekolah rendah, aku bukan pelajar pilihan, sering diherdik kerana lembap,
Tuhan memberikan kenangan yang indah, 4A UPSR. tapi Dia juga meremukkan hati. tiada siapa meraikan kemenangan itu.
sewaktu sekolah menengah, Tuhan memberikan aku kebebasan. jauh dari leteran ibu bapa.
Dia juga yang merenggut kebahagiaan. aku kembali menjadi pelajar biasa. tiada keputusan yang hebat.
menengah rendah, aku memberikan senyuman kepada semua orang. Tuhan menjadikan aku pendendam, pendiam ketika di menengah atas. senyuman itu pudar bersama masa.
bila senyuman itu hilang, Tuhan kembali memberikan riang di hati. aku bertemu erti persahabatan semasa di tingkatan enam. yeah. Tuhan merampas kegembiraan itu. aku dipisahkan dengan mereka semasa di universiti. aku sendiri.
dikala aku sedih bersendiri, Tuhan menghiburkan aku. dihadirkan Jabatan Sejarah Tamadun Islam yang berwarna warni. aku gila dengan cerita Photoshop. macam bodoh. tapi aku suka bila karya yang aku reka, tergantung dilihat orang, tertampal mengagumkan mata.
Tuhan menghadirkan cinta di hati. dan Dia juga menyatakan, cinta itu hanya pinjaman. Dia membiarkan aku derita bagai nak gila. Dia juga yang menghiburkan aku dengan caraNya. aku dibiar bercerita. Dia menambah lagi derita. Diambilnya emak. terdiam dan terkaku.
semasa bermula menjadi guru, entah bila masanya Dia mengubah semuanya. Photoshop cuma cerita lama. Video Korporat memeriahkan cerita. Emcee dalam genggaman. Kelas terbersih menjadi bualan. Ya. Tuhan hadirkan bersama fitnah, umpatan, tikaman sunyi. dan aku dicampak ke hujung pelusuk hutan. dirampas pula kasih abah.
SU Peperiksaan. yeah. itulah pengubat rindu. tiada lagi video. apatah lagi emcee.banner jauh sekali. dan hari ini, aku diuji lagi. Ya Allah. apa pula yang ingin Engkau beri. Tak tertahan air mata mengalir.
No comments:
Post a Comment