Thursday, September 30, 2010

hilang tak mungkin berganti tapi mengubat hati

erm...

bila mak pergi menyahut seruan Ilahi, rasa sedih sangat. macam takda life
semua rasa hambar

tapi alhamdulillah
betul la seperti yang kita tau
bila Allah ambil sesuatu dari kita
ada lain yang lebih baik akan datang pada kita

meskipun yang datang ini tak seperti bahagia yang pergi,
tapi ia tetap mengubat hati

anak-anak muridku
sesungguhnya saya sayang awak semua
awak semua adalah pengubat kesedihan saya
dan saya berharap awak semua menggembirakan saya dengan menjadi
seseorang yang boleh saya banggakan
jadilah seorang yang berguna
untuk membela agama
dan perpaduan yang kita ada

untuk rakan sekerja sekalian
anda semua penghibur kala kita sama-sama sakit ati
anda semua penguat saya untuk terus bekerja
saya terlalu baru
dan amat memerlukan bantuan dan sokongan
agar satu masa nanti saya mampu berdiri kukuh
semoga ukhuwah antara kita terus terikat kukuh
tegurlah saya jika saya salah
bantulah saya jika bermasalah

untuk semua
andalah pengubat jiwa lara ini
satu masa dulu, jiwa ini kosong tak bererti
bila yang tersayang itu pergi
perginya dia tak berganti

terima kasih kerana memberi sedikit hati anda pada saya
kerana yang sedikit itu amat bermakna
supaya kekosongan ini tidak terisi dengan kesakitan yang tiada henti

1 comment:

  1. begitu la,ostad.kita yang hidup ni boleh bantu dengan memberi doa pada mereka yang dah pergi dan juga kepada diri kita sendiri. harap tuhan beri kita kekuatan.

    ReplyDelete