8 June 2009 - 23:24
Cik Khamis dah pergi... sorang lagi orang yang aku kenal pergi meninggalkan dunia.
Masa aku lahir, mak kene tahan wad.
Ibu kepada cik khamis bawak aku balik. Sebab Cik Enon pun bersalin jugak.
Dia teringin nak anak kembar.
Aku dengan anak dia memang berbeza. Aku lagi besar sebab lahir terlebih bulan.
Cik Khamis potong kain pelikat dia sebab nak bedung aku.
Diorang jaga aku sampai mak keluar wad.
Bile dah besar sikit, aku duduk kat rumah dia jugak sebab mak ngan abah gi menoreh
Cik Khamis mesti bawak aku ngan Edy gi memane. Siap kene kaki kene ekzos motor sebab berebut naik motor dengan Edy.
Bile aku sekolah menengah, aku dok asrama. Kadang-kadang bile balik mak ngan abah takde kat rumah. Aku gi rumah Cik Enon, tido sampai pagi.
Bile Cik Khamis sakit, kurus sangat dia. Cik Enon rileks je. Tak tau la. Sepanjang aku kenal dia, aku tak pernah nampak dia nangis.
Bulan Mac, Cik Kames masuk wad JB. Mase tu dia dah ok. Mase nak balik rumah atok rock, aku angkat dia keluar dari kereta.
ringannye badan dia.
Tapi 8 Jun lepas dia dah pergi. Tak dapat jumpa dia. Ingatkan tahun ni dapat raya and tengok dia sihat.
Cepatnye dia pergi...
Semoga Cik Khames tenang...
Moga Allah balas jasa dia jaga aku...
Minta maaf sebab tak sempat balas budi
No comments:
Post a Comment