Wednesday, April 29, 2009

Nancy Ajram















u can get all the song at Nogoom el Arab, Melody4arab or just ask me... insha allah i'll give u the link

Sejarah Islam Di Malaysia - Siapa tahu?

beberapa lepas, kami ada dapat satu assignment untuk buat proposal. Topik yang kami dapat adalah berkaitan dengan sirah. kami pun tak pasti kene buat dalam lingkungan subjek persekolahan atau dalam skop yang lebih meluas. oleh itu, ahli kumpulan berkeputusan untuk tengok dalam lingkunagn sekolah menengah saje.

aku bukak silibus sekolah menengah. kemudian tengok silibus untuk tingkatan LIMA... tiba tiba aku tersedar bahawa hanya ada satu saja tajuk yang membincangkan tentang tokoh Islam iaitu Hamka. adakah tokoh ISlam lain tiada dari Nusantara?

ini adalah satu realiti yang berlaku dalam masyarakat kita di Malaysia pada hari ini. Cuba tanya pada mana-mana pelajar atau orang di Malaysia ni, (tak payah susah-susah tanye non-muslim, tanye muslim je)

1. ape yang mereka tahu tentang sejarah Islam.

Kebanyakkan orang akan menjawab sejarah yang berkaitan dengan NAbi, sahabat, khulafa ar-rasyidin. kalau yang up sedikit mungkin akan kata Bani Umayyah, Bani Abbasiyyah, Turki Uthmaniyyah dan lain-lain.

2. siapakah tokoh-tokoh ilmuan Islam.

Biasanya mereka akan segera menjawab Ibn Sina, Ibn Khaldun, Al-Farabi, Ibn BAttutah dll.

betullah jawapan mereka tu. tapi sayang kerana jarang kita akan dengar orang akan menjawab sejarah Islam ni dikaitkan dengan ketamadunan Melayau di Nusantara. Dalam perbincangan ini, aku mencadangkan kepada semua kenapa tidak saja kita pilih tajuk yang membincangkan tentang sejarah Islam dalam Alam Melayu atau Nusantara dijadikan sebagai satu cadangan slibus baru dalam sistem pendidikan.

kenapa?

sebab kita adalah masyarakat Melayu Islam. Kita mempunyai ketamadunan tersendiri khususnya yang berkaitan dengan Islam. Orang Melayu sendiri mempunyai tokoh-tokoh Islam sendiri yang ilmunya amat tinggi. jika tidak masakan orang-orang dari luar datang menuntut ilmu di Melaka, atau di Acheh? adakah mereka sekadar menuntut ilmu untuk bersolat? tidak...kerana mereka pada masa tersebut memandang kerajaan Melayu-ISlam di Nusantara ini sebagai pusat perkembangan ilmu yang pesat setaraf dengan apa yang ada di dalam Tamadun Abbasiyyah, Tamadun China.

ahli kumpulan aku membantah dengan mengatakan, benda ni susah nak bincang. (SEKALI LAGI AKU TEGASKAN BAHAWA KAMI CUMA BUAT PROPOSAL SAHAJA...BUKAN NAK BUAT TESIS OCCAY). kelakar la kawan-kawanku sekalian...buat proposal je. bukan kene menjelajah satu negara kemudian jumpe KPM minta bubar. :P

sebenarnye bukan susah nak bincang. alasan yang digunakan, cadangan untuk menambah silibus pendidikan Islam bahagian sirah dengan ketokohan ulama Islam Nusantara membebankan pelajar. Perkara ni buat aku tergelak. Kalau macam tu, ape bezanya dengan Ibn SIna tu. aku bukan tak suka tokoh-tokoh Islam terkenal tu. sememangnye mereka tu hebat taraf ilmunya. namun kenapa kita tidak mendedahkan kepada anak bangsa kita sendiri tentang ISLAM YANG WUJUD DI MALAYSIA/ NUSANTARA? Kita lahir di Tanah Melayu, bukannya semenanjung tanah Arab. sepatutnya kita didedahkan dengan sejarah tempat kita sendiri bukannya sejarah orang lain secara banyak.

Ada salah seorang ahli kumpulan kata, pengkajian mengenai sejarah dan tokoh Islam di Alam Melayu perlu dibuat di Universiti kerana ianya lebih rumit. aduh! Berapa ramai agakanya orang Islam di Malaysia khasnya dan orang Malaysia umumnya mengambil skop sejarah dalam pengajian di universiti? Daripada itu, berapa ramai pula yang memfokuskan kepada pengkajian sejarah ISlam di Malaysia? sepatutnya di dalam buku teks itu sendiri telah diperkenalkan sekurang-kurangnya tokoh-tokoh Islam sahaja di Alam Melayu. Jika di dalam buku teks itu boleh dinyatakan mengenai Ibnu Sina, Ibn Battutah, Ibn Khaldun, kenapa hanya terselit satu sahaja iaitu Hamka di kalangan tokoh dan i,muan ISlam? Mana Syed Naquib al-Attas? Mengapa tidak diletakkan Abdullah Fahim sebagai ahli Falak Islam di Nusantara? Mengapa tidak diletakkan tokoh-tokoh Islam seperti Nuruddin al-Raniri, Hamzah Fansuri? Kenapa tidak ramai menggali tokoh-tokoh Islam zaman gemilang Acheh dan kemudiannya dimasukkan ke dalam buku teks sebagai pengenalan bahawa manusia Islam di Nusantara juga mempunyai ilmuan yang hebat. jika tidak hebat, masakan Melaka, Acheh menjadi pusat pengajian terulung di Asia tenggara/ Nusantara?

Jangan sekali-kali kita mempertikaikan perkara ini dengan menyatakan bahawa ilmuan dan tokoh Islam di Nusantara hanya arif dalam ilmu agama sahaja. Jika kita berani berkata demikian, pemikiran sedemikian adalah hasil momokkan dari penjajah yang kerjanya sekadar memperkecilkan bangsa Melayu dan Islam.

Mengapa kita kata Malaysia merdeka pada tahun 1957 sedangkan ini tanah air kita. Kita tidak meminta daripada mereka bahkan mereka mencuri daripada kita.

Ada antara ahli kumpulan menyatakan aku terlalu emosi dan memberikan hujah tanpa bukti. Aku ketawa sebentar dan kemudiannya menghulurkan silibus yang ada pada tangan aku lengkap bertaip kepadanya. aku tunjukkan dia siap dengan di highlight warna merah. Dia sebelum tu dah baca. Tapi disebabkan kedangkalan dan cuba untuk menolak hujahku, dia terlupa untuk menyediakan dirinya dengan sesuatu hujah yang nyata. Makan diri sendiri beb... :P

Monday, April 27, 2009

Satu Hari Selepas Hari Lahir

Hari aku mula ber'blog'.. Tapi aku tak tahu berape lame aku akan bertahan untuk melakukannya sebab benda ni biasanya ikut mood. Kalau rajin, ade la cerita. kalau tak, harus entah berape lame aku tak online.

Tahun ni macam tahun-tahun lepas, sambutan hari lahir aku tak lah semeriah mana. Sebab aku memang tak sambut pun. Family aku pun bukan jenis buat sambutan segala. Kadang-kadang kami tak tahu pun tarikh lahir sesama adik beradik.hahahaha...

Sambutan hari lahir aku ni 27 April adalah bersamaan dengan Hari TLDM. Jadi aku anggap, pihak tentera laut telah mengadakan satu pesta besar-besaran untuk aku. (walaupun mereka semua tak tahu pun sape aku)hahahaha....

Blog ni aku akan cuba isi dengan pelbagai perkara yang aku nak isi sebab ade satu blog tuh (prenster punye blog la) memendekkan aku punye isi blog dan menjadikan kebanyakkan kenyataan aku tergantung. hahaha...

Mungkin kat blog ni aku akan letak link-lin lagu Arab yang aku suka. Luahan hati dan ikut suka hati aku la nak tulis ape kan. Jangan risau sebab insya Allah aku menulis secara umum. Nama-nama yang macam buat something 'lahanat' aku tak highlight tapi yang buat baik insya Allah aku sebut. Saje bagi tambah pahala.hahaha :P

Ok. Semoga aku akan sentiasa ber'blog' dan mengingati Allah selalu. :D