Showing posts with label Bincang-bincang. Show all posts
Showing posts with label Bincang-bincang. Show all posts

Thursday, June 13, 2013

bercinta jangan sampai bawa petaka

apesal nak citer pasal cinta lak eh? entah la.
masa sekolah dulu, mmg ade je kes cintan cintun kat sekolah ni. ada cinta bahagia dan ada cinta yang membawa petaka.
cinta bawa bahagia ni, yelah, cinta ikut landasan syariat la. maknanya cinta yang kita laksana pas kawen. bunga-bunga cinta pon takde
cinta bawa petaka ni pulak, cinta yang tak nyabor, tak sempat nikah, tau-tau cinta dah berbuah masak ranum dan akhirnya buah jatuh sampai ujudkan satu lagi benih-benih cinta. gitu ayat :P

masa sekolah aku terbahagi dua fasa. satu sekolah ala-ala lanun, dan satu sekolah agama.
ni bukan nak citer pasal aku bercinta, tapi citer pasal orang lain bercinta. yela kan. i kan budak cimerlang, mane ade cintan cintun ni. buang karen la <--- br="" penipu="" sangat="">
masa kat sekolah ala-ala lanun ni, perangai pon tak la elok mana. tapi tengok la orang-orang bercinta bagai nak rak. surat tabur-tabur bedak bagai, sekali bukak macam serbuk antrax keluar. mmg bleh gugur jantung baca surat-surat tu. ayat puitis ya amat. A. Samad Said pon tersedak air suam kalau baca.
dan aku pon ade la minah ni nak bercinta katanya. form 2 bai. ape yang tau. orang nak, kita pon angguk. bukan wat ape pon, ngaku suke dah le. yeah, masa tu dapat la hadiah baju sehelai, tali pinggang, pen Parker sebatang. time tu hadiah macam tu cukup besar dan berharga. almaklumlah orang-orang miskin. (baju sekolah beli dari form 1-form 5 3 kali je. beli pon sbb kene pakai baju ijau)

dan cerita cinta bodoh tak sampai berapa bulan. sebab terkantol minah tu tengah dating dengan mamat lain. best tak? maka, alasan yang amat kukuh untuk putuskan hubungan. lega sangat-sangat. tak best rupenye bercinta ni. nak cakap ngan pompuan-pompuan lain semua tak boleh. i terkongkong!!!

tapi tu citer lama. dan alhamdulillah, aku masih jaga batas. takde la sampai nak produce cucu untuk cikgu-cikgu sekolah. gile!!!

masa sekolah agama, kes-kes cinta ni ada gak. tapi tak terlibat la (ini adalah sewiyus)
cuma jelak dengan perangai budak-budak form 4 n form 5 yang selalu sangat marah-marah junior bercinta bagai ape ni. kenapa aku jelak? kan ke tu bagus?
jelak la weh. sebab dia marah budak budak junior, dalam masa sama berutus surat dengan budak junior perempuan nak jadi abang angkat segala mak nenek. haih. cakap tak serupa bikin. geli kan?

bila aku masuk alam pekerjaan. aku melihat diri aku satu masa dulu. yang ada pada anak-anak murid aku. takde la yang spesigfik sangat macam aku tapi ade la sesetengah benda yang ada. misalnya macam bercinta. aku pelik bila mereka ni bercinta dan dimusuhi oleh rakan sekerja aku. eh dulu korang ade buat benda sama kan? jangan tipu. kecuali masa sekolah dulu ko memang tak cun/ensem tahap gaban. sbb time aku sekolah dulu, yang muke pecah tembok tu pon dapat surat antrax tu okeh!!!

cumanya pesan aku pada pelajar-pelajar ni, jagalah diri masing-masing. ingat!! kita dah belajar fitrah lelaki dan perempuan, aurat lelaki dan perempuan. jangan tergopoh gapah mencari yang haram. inshaAllah satu masa nanti kita akan dapat dengan cara yang halal. kan ke tu lebih baik. mudarat tu sentiasa ada.
tak dinafikan, kita ada rasa suka pada orang itu orang ini dalam usia remaja. itu adalah sesuatu yang normal. kalau takde perasaan, check kembali ibu bapa anda, mungkin salah seorang dari mereka itu ialah Cyborg.
rasa suka tu normal, tapi jadikan ianya satu motivasi untuk kita belajar. rasa suka tu kita ujudkan dengan mendekatkan diri dengan mereka yang kita suka seperti belajar bersama BERKUMPULAN dan dikawasan-kawasan terbuka. janganlah berpura-pura ikut sunnah Nabi yang berKHALWAT ye. Nabi berkhalwat sorang-sorang, dah ape motipnye kita nak berkhalwat berdua-duaan? kang tertangkap dalam keadaan basah, siapa yang malu? mereka dan keluarga mereka? tak. korang la. sape soh main air???!!!

masa sekolah, mungkin kita rasa orang tu cantik dan dialah pasangan kita hingga akhir hayat. tapi biasala. masa sekolah kan kita cuma nampak tu je depan mata. stok terhad. tu yang ada ala-ala bercinta Beauty n da Beast. Beastmaster pon ensem maaa... dah abeh belajar nanti, keluar ke dunia luar, barulah kita sedar kat luar tu bermacam-macam pilihan kita ada.

apa pon, nak bercinta, biarlah berpada. jangan sampai ia bawa malapetaka. muah!!!

Sunday, February 10, 2013

rahsia yang bukan lagi rahsia

meskipun aku bukan seorang kaunselor, tapi sebagai seorang guru, kadang kala ada saje pelajar yang akan berjumpa dan bercerita masalah mereka. dan insha allah, apa saja yang mereka katakan, selagi masih boleh disimpan, insha allah, akan disimpan. sekiranya masalah mereka memerlukan bantuan rakan, barulah aku merujuk permasalahan tersebut kepada yang lebih arif.

namun, ada juga sesetengah pihak yang kadangkala menjadikan sesuatu rahsia menjadi bukan lagi rahsia.

satu masa, aku sedang mengisi borang dan dalam masa yang sama, terdengar perbualan antara dua manusia. hurm, biasalah, kalau perbualan berunsur bisik bisik ni, biasanya syaitan akan menguatkan volume tersebut. dan sama la jugak macam situasi hari tersebut.

perbualan tersebut antara seorang yang sepatutnya dalam etika kerjayanya adalah untuk menyimpan rahsia. namun apa yang terjadi ialah sebaliknya. mungkin sebelum ni ada la mendengar sikapnya yang agak keterlaluan dalam menyiapkan kerja, dan pada hari tersebut, aku dengar sendiri bagaimana rahsia seorang demi seorang pelajar diungkapkan.

Ya Rabbi, mmg tak sepatutnya sesuatu yang mengaibkan tu dijadikan bahan cerita, apatah lagi dia mempunyai amanah untuk menyimpan cerita tersebut. apa perasaan dia sekiranya keburukkan dia dijaja orang? bangga? atau jenis muka tembok dan terus menceceh.

kadang terperasan orang orang macam ni jenis talam dua muka. kalau talam ade jugak faedah, ini dua dua page takleh pakai.hahaha... May Allah Bless U

Saturday, December 15, 2012

keikhlasan semasa berlagu.

saya suka dengar lagu. sape je tak suka eh? ada la certain orang tak suka dengar lagu dan tiadalah aku kesah dengannya.hahahhaa...
lagu yang memberi kesan biasanya dibawa dengan sepenuh hati dan penyanyi meletakkan dirinya dalam lagu tu. (cewah). dan lagu lagu inilah yang dikatakan lagu yang mempunyai jiwa. bukan sekadar melalak tak tentu hala. ada penyanyi berjaya melakukannya ( i mean meletakkan jiwa dalam lagu), dan ada yang sekadar sedap suara tapi kosong jiwanya.

pernah dengar lagu Law Kana Bainana? (bukan Lau suke Buah Kana dan Banana ye).
biasa dengar kan? kalo ceramah ceramah tu, gemar amat penceramah pasang lagu ni. nak kasik insaf katanya. actually mmg best pon. nak dengar? jom layan sat.



dah? best kan? pada saya, penyanyi ni berjaya menyanyikan lagu ni dengan penuh penghayatan. suara dia? biasa biasa je. takde perlunya terjerit jerit. penghayatan yang diberikan memberikan jiwa pada lagu apatah lagi maknanya pon indah. maka lagu lagu ini menenangkan jiwa.

ada penyanyi yang membuat cover version lagu ni dan cuba untuk memberikan yang terbaik. saya akui, suaranya sedap tapi... seakan tak kena.
mungkin sebutan dia tak mencapai tahap sebutan asal. atau... yeah. untuk sedap je.

sama macam lagu Maher Zain - Insha Allah. version pertama yang saya dengar adalah dalam Bahasa Inggeris dan kemudiannya dalam Bahasa Arab. jujurnya lagu Bahasa Arab lebih masuk dalam jiwa. sebab? itu adalah bahasa dia. macam la lagu Melayu. orang Rusia nyanyi mmg sedap. jiwa? tak semua sampai.

cadangan lagu




note: ini sekadar pandangan saya. bukanlah pakar. jangan sentap :P

Universal Studio or Legoland? Muslim-Friendly? hahahhaha

AMARAN. ENTRY INI BUKAN UNTUK MEMBURUKKAN LEGOLAND MALAYSIA. IA JUGA BUKAN UNTUK MENGAMPU UNIVERSAL STUDIO. IANYA HANYA PERBINCANGAN RINGAN UNTUK BACAAN.

tetibe tangan gatal nak update blog pasal bnda ni kan. ahahaha... semuanya berpunca dari satu status FB member aku:

[Org tnya ak apa beza uss ngn legoland...ak ckp kat uss jamban die xde paip nk cebok...tp kat legoland ade...so pandai2 lh...huhu]
so, ade la komen-komen kelakar yang aku baca misalnya:
1. Itu bezanya mlsia n ovrses 
2. then satu lg di legoland mudah nk sembahyang sbb surau ada lebih dr satu.. but di uss susah benor nk sembahyang sbb surau hanya bilik kecil tempat rehat, then nk amik air sembahyang mak aii jauh kt dlm toilet yg rata2 xde air.. cuma satu bilik tandas je yg ada air.. kne pandai cari.. so uss bkn Muslim-Friendly place jika nk dibandingkan dgn Legoland..
komen aku lak: 
TANDAS 
tandas kat Universal Studio Singapore adalah lebih bersih daripada Legoland. walaupun takde air, tapi bersih dan takde bau. compare to Legoland. air mencurah, curah tapi bau agak memeningkan. just imagine, 1st thing yang akan sambut kita after scan tiket - yeah. bau hancing. euwhhh... compare masa gi USS, toilet same gak kat depan, tapi takde la hancing pon. 
hehehe...typical malay. kalau cebok je nak kene air. kalo tak, rasa tak selesalah, itu la ini la. come on guys.
penjelasan aku yang lebih jelas tentang isu tandas ni. yeah. kita di Malaysia amat sensitif isu bercebok ni. bila pergi luar negara, kita akan start kecoh cemane nak bercebok segala.hahhaa...
soalan: anak-anak muridku. cara beristinjak tu ada berapa eh? ada dua. satu guna air, satu guna bahan kesat.
TEMPAT SOLAT 
yeah. ni adalah masalah kat USS. kalau kat Legoland, terang-terang ada surau. tapi kat USS takde. tapi adakah takleh semayang kalo takde surau? takleh? oh shit... ko boleh je solat kat mane mane. amik wuduk pon isu. gi la toilet jap. amik wuduk, bentang kain, solat. bile lagi nak tayang kerajinan korang bersolat ye tak? u shud realize, USS tu non-Muslim pnye negara. Legoland ni Malaysia-muslim? so, kene la ada surau, kalau tak mau masok paper front page! ko gile!!!
so uss bkn Muslim-Friendly place jika nk dibandingkan dgn Legoland..
yeah. mmg pon. tak dinafikan. ada surau, so Muslim-Friendly la kan.
seriously im sick wif people like this. kalau nak kate la Muslim-Friendly place, USS tu mengamalkan tahap kebersihan yang quit tinggi. takde plak aku nampak anjing-babi berlari bersepah taik tengah jalan. n toilet dia faaarrr bersih dari Legoland. so. bleh jela solat kat memane kan?
satu situasi yang aku rasakan Universal Studio Singapore adalah menarik kerana pekerjanya adalah sangat ramah. smile always. ada satu situasi yang aku rasakan menarik ialah sewaktu kami masuk ke satu restoran Pizza. bau dia memang best. bila kami masuk je, ada seorang pelayan datang dan tanya
Pelayan :are u Muslim? 
Aku: Yes, we are. 
Pelayan: oh. sorry Sir, here we serve non-halal food.  if u want halal food, there's a halal fastfood front there bla bla bla...
Aku: oh. thanks ya
dia sangat sopan ketika menerangkan dan dia bukan Muslim. dan kalau anda masuk ke Candylicious, di situ ada menayangkan halal n non halal candy. so? dont u think its a Muslim-Friendly place?
kalau la pasal susah nak tukar telekong n so on. nak tanya cket la. perempuan Islam kemana mana kene tutup aurat kan? bukan takat dalam solat kan? kalau rasa aurat tu dah lengkap, solat jela. lain la kalau ko pakai baju macam tak cukup kain, pastu ngomel pasal susah takde surau nak tukar baju. sepanjang2 jalan tadi ko dah berpakaian tapi ala2 telanjang. so?
dats call a typical Malay. not Muslim. u can beribadat kat memana je. 
bout dat toilet yang berair banyak sangat tu? fikir fikir la sendiri....
situasi ngeri seorang abang dan adik (teda kaitan ngan entry):
Abang: semalam adik ade rasa apa apa tak?
Adik: semalam rasa macam nak terberak je.
Abang: beriya aku berdoa supaya ko jadi Ultraman okeh :3

Adik: Oh. Yew kew. baiklah. saya akan bertukar sekarang :3

Thursday, April 26, 2012

50 Fakta Menarik ,Kisah dan Prinsip Hidup TAN SRI SYED MOKHTAR ALBUKHARY



ORANG MELAYU TERKAYA DI MALAYSIA-semoga ianya dapat memberi teladan dan inspirasi buat kita semua dalam memajukan diri dan ummah,InsyaAllah..

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan WARISAN UNTUK ANAK BANGSA YANG KEKAL BERPANJANGAN.

2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. SAYA PERCAYA SESIAPA PUN BOLEH MENJADI APA SAHAJA ASALKAN MEREKA BERUSAHA DENGAN TEKUN . Tetapi tentulah ia memakan masa. TIADA JALAN SINGKAT.

4. Saya MENGENALI KEKUATAN DAN KELEMAHAN SAYA. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, MEMANG KENA BANYAK SABAR DAN KUAT BERUSAHA .

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo , New York dan London . Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya TIDAK ADA STATUS, ADA MASA DI ATAS ADA MASA DI BAWAH.

12. Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. ALLAH BERI REZEKI MELALUI KITA UNTUK KITA TOLONG ORANG LAIN. REZEKI ITU BILA-BILA MASA SAJA DIA BOLEH AMBIL BALIK. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah.ORANG MELAYU KITA TIDAK MAHU BEKERJASAMA KERANA PERASAAN DENGKI MENGUASAI DIRI.SUDAHLAH TAK MAHU BERUSAHA,APABILA ORANG LAIN BERUSAHA MEREKA MARAH.

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

16. Saya ADA EMOTIONAL ATTACHMENT KEPADA AGAMA,BANGSA DAN UMMAH. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak .

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa.APA YANG SAYA TIDAK TAHU SAYA BELAJAR MINTA TOLONG DARIPADA ORANG LAIN.SAYA TIDAK MALU . Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri.SIKAP PEMALAS DAN PEMALU INI ORANG MELAYU KENA ATASI .KITA KENA BERANI KERANA BENAR . Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19.KAYA ITU BUKANLAH KEPADA DIRI SENDIRI. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini,KEPADA BANGSA DAN KEPADA ORANG RAMAI .Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya HANYA PERKARA YANG BAIK YANG KITA LAKUKAN AKAN KEKAL. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu.DI KAMPUNG ORANG MELAYU BERPECAH KERANA POLITIK,DI BANDAR BERPECAH KERANA WANG .

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka HANYUT DARIPADA MENOLONG ORANG LAIN . Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi MESTI TAHU BAGAIMANA HENDAK MEMINJAM DAN MEMBAYARNYA SEMULA . Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab.BANYAK ORANG MAHU SENANG TAPI TIDAK RAMAI YANG MAHU BERTANGGUNG JAWAB .

26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki) . Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. SAYA SUKA KALAU NIKMAT SEDIKIT YANG SAYA DAPAT ITU ORANG LAIN BOLEH BERKONGSI BERSAMA.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan

30. ……kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal.SAYA MANUSIA YANG BANYAK BUAT KESILAPAN.TETAPI SAYA INSAF,BERISTIGHFAR DAN TERUS BERJALAN LAGI . Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. KEKAYAAN INI TUHAN BERI KEPADA SAYA UNTUK SAYA MENOLONG ORANG LAIN PULA.SAYA PERCAYA KEPADA KEBERKATAN REZEKI.HARI INI KITA TOLONG ORANG,ESOK LUSA ORANG AKAN TOLONG KITA PULA DENGAN CARA YANG LAIN.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34.KITA JANGAN CEPAT PUTUS ASA.PUTUS ASA BOLEH TAPI KENA CEPAT-CEPAT KUATKAN SEMULA SEMANGAT UNTUK BANGKIT BALIK.JANGAN JADIKAN AGAMA HANYA SATU TEMPAT UNTUK KITA BERGANTUNG APABILA KITA SUSAH . Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab kenapa orang Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju . Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38.KEJAYAAN DAN KELEMAHAN ORANG MELAYU BUKAN DISEBABKAN OLEH BANGSA DAN AGAMA KITA.TETAPI IA BERKAIT DENGAN SIKAP DAN CARA KITA BERFIKIR.GIGIH ,TEKUN DAN TIDAK PUTUS ASA MERUPAKAN KUNCI KEJAYAAN KITA.SAYANGNYA PERKARA INI KURANG WUJUD DALAM CARA ORANG MELAYU BERFIKIR .

39.TUHAN MEMBERI PELUANG KEPADA SESIAPA SAJA YANG BEKERJA KUAT. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar . Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41.ORANG MELAYU SEBENARNYA KENA BANTU DIRI SENDIRI,KENA BEKERJA KERAS DAN FOKUS .

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. SAYA SENDIRI BERHUTANG SAMBIL BERNIAGA DAN BUAT SUMBANGAN AMAL JARIAH.SAYA TAK MAHU TUNGGU HUTANG HABIS BARU HENDAK BUAT SEMUA NI .Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah,LEBIH BAIK BUAT SEDIKIT DARIPADA TIDAK BUAT LANGSUNG.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48.SAYA GEMBIRA DAPAT MEMBANTU.SAYA MAHU ORANG LAIN MERASAI KESENANGAN APA YANG PERNAH SAYA RASA.Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi.

50. SAYA RASA KITA SUDAH TERLALU BANYAK KETINGGALAN.

sumber: http://khairitajudin.blogspot.com/?m=0

Saturday, April 16, 2011

Kawan :)

ini saya ambil dari Hafizi Ridzuan... meskipun da banyak kali gak bace benda ni, tapi jarang nak amik port... dia soh sebarkan, tapi pada saya, elok share sahaja ye... menarik untuk dibaca...

Seminit Mengenali Kawan

Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya Perkara yang anda tak perasan atau saja tak perasaan.... ...

1. Sekurang-kurangnya Ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang walaupun dia tidak menyukai anda.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8. Anda seorang yang istimewa dan unik.

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin

anda yang meminggirkan mereka.

12... Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan

sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi

sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci & cela.

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

15... Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya. Hantarlah pesanan ini kepada orang yang anda tidak akan lupa dan hantarkan juga kepada orang yang menghantar pesanan ini. Ini adalahpesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya. Kalau anda tidak menghantar pesanan ini, bermakna anda sudah melupakan kawan-kawan anda. Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik.


Adakah anda tahu hubungan antara 2 biji mata anda ??

Mereka berkedip bersama..... ......,

Bergerak bersama..... ......,

Menangis bersama....... ......,

Melihat bersama dan......... ....,

Tidur bersama...... .....

Meskipun mereka tidak pernah melihat antara satu sama lain.......

PERSAHABATAN seharusnya seperti itu......... ....

Kehidupan akan berasa KOSONG tanpa KAWAN ............ .


best kan? ^^

Thursday, March 10, 2011

alahai kesahnye

maaf la ye... saye ni mmg kaki sebok aka kepoci...
saya suka tau ape jadi keliling saya...

erm... tadi ade orang bertekak rupenye...
kes salah faham je...

tapi benda tu jadi besar sebab sentap melampau
aku semakin tak faham kenapa jadi macam ni
sejak berjawatan yang up cket ni, macam semua benda nak disambar
hehe

sudah2 la... tumpukan pada keje sendiri, jangan sibuk keje orang lain selagi takde bantuan diminta
kalau willing nak tolong, silakan tapi dalam konteks jgn tambah susahkan orang len...

sebab setau aku la, bile orang tu sibuk pikir bukan-bukan, keje sendiri pun tertangguh...
bile dateline tibe, pemegang amanah akan warning, so takyah la nak menggelupur nak marah...
n kalau dah salah sendiri, jangan la babitkan orang lain ye...

kita bertanggungjawab atas apa yang ada pada kita...
(sebenarnye, aku terbakar ngan statement aku senirik... aku tak mampu melaksanakan amanah dengan baik...)

haih... sila bertabah ye rakan sekalian... insha allah, kalau kita betul,
allah akan mudahkan jalan ^^

Monday, February 28, 2011

betul ke sama?

cerita pasal orang yang sama, kadang2 ade orang beritahu pernah jumpa kita... macam mase blaja kat UPSI dulu, lecturer tu beriya-iya kata aku ni doktor sbb semalam dia baru lepas check kat klinik tu...
motip kalau aku doktor, dah watpe aku amik DPLI...hehhe

sebenarnye bukan benda tu nak dibincangkan... tapi lebih kepada satu topik yang aku rasakan aku perlu luahkan di sini sebab aku taknak menjelaskannya pada tuan punya badan. kenapa? entah la... kalau anda membaca dan anda tahu siapa dia, apa pandangan anda...

ada dua orang sahabat baik. sangat rapat. seorang muda dan seorang agak berusia. kedua-duanya jelita dan ada aura tersendiri.

tapi sayang... semakin hari demi hari, aku nampak, si muda ini semakin berbeza. aku tau setiap kita ni berbeza dan akan meniti usia tua...

semuanya bermula apabila ayat yang terkeluar dan aku terdengar, dulu akak macam awak la... bla-bla... erk...

dan hari demi hari, aku nampak gaya si muda ni semakin lama semakin hilang serinya... gaya tak sesuai dengan usia...

sama ke? sebenarnya tak sama... tapi disebabkan nak nampak sama, maka si muda semakin kelihatan macam makcik-makcik dan yg lebih dewasa, makin tambah seri...

bukan la aku menggalakkan supaya wanita berhias... tapi
pada aku dia seorang yang cantik... dia sepatutnya sama bertenaga macam rakan-rakan sebayanya, tak perlu ikut orang...

kalau gelap tak perlu jadi putih sebab ada cara yang gelap menjadi berseri
yang tak cantik tak perlu buat pembedahan untuk cantik kerana di satu sisi, kecantikkannya akan menyerlah
come on la... wake up girl... why so stress...
look at the mirror
and say

mirror mirror hanging on da wall
am i cute :P

Wednesday, February 23, 2011

kesengalan apakah T_T

petang tibe-tibe suis mati... kene sambar petir

dan benda ni hanya boleh dihidupkan melalui suiz utama kat bilik kaunseling asrama
aduh... lame gak la menunggu

aku tak paham, kenapa penyelia, ketua warden, driver asrama taknak bagi kunci tu kat either aku or Sidek...
disebabkan litar pintas ni, maka bahagian aku, takde elektrik dan bilik2 prep akan bergelap...

kunci pada penyelia...
kenapa pada dia? maybe sebab dia penyelia la kan... so ok la... kate dia nak pantau itu ini kat dalam bilik kaunseling tu... or maybe nak simpan barang ape-ape...
tapi dalam kebanyakkan masa let say waktu malam, dia bukan ada kat asrama pun.
In case kalau tibe-tibe black out waktu malam, ade dia nak datang? silap hari bulan, kalau call dia kate esok la...

kunci pada ketua warden...
erm... maybe sebab dia ketua... yg jadi masalahnye adakah dia menetap di blok pelajar? kalau nak panggil dia pun take time... walaupun umah dia depan kawasan asrama... tapi kalau dia merayap ke, ape ke... berape lame nak tunggu tu...

pada driver asrama...
maybe sbb dia driver asrama n biasa merayau keliling asrama
memang dia tau segala hal pasal suiz n etc kat asrama
tapi dia ni selalu keje kat luar... bukannye keje ape pun...
takat merayap sane sini... dan aku tak paham, ape yang busynye dia sampai sudah nak jumpa kat asrama pun susah... dan ape keperluan dia untuk pegang kunci bilik tu...
dan sabtu ahad, dia takde pon kat asrama

dan sebenarnye, aku tak paham, ape la motif dorang yang pegang benda alah tu...
sebab setiap kali blackout berlaku, i need to call them...
dah kenapa tak kasik kat aku je sbb aku mmg ade kat asrama

kalau la kate benci ke ape, kasik jela kat guard tu... letak kunci kat pondok guard...
sebab guard tu akan sentiasa ada...

yang nyampah tu kalau tiap kali nak mintak tolong, liat gile...

dedulu ada la jugak aku penah pegang kunci bilik tu... tapi kejap je...
macam-macam la lepas tu nak bukak bilik tu nak letak itu ini...
tapi masalahnye time aku tak pegang, takde la nak bukak itu ini...

geram jugak sebab kunci tu dibawak ke hulu ke hilir...
kalau masuk hutan sekalipun, sibuk nak bawak
tak ke sengal... berape jauh tu kalau aku nak mintak in case berlaku blackout again?
lain citer la kalau time nak black out tu, ade orang call or reminder bitau... dalam waktu sekian sekian, akan berlaku black out...

aduh la...
aku sangat tak faham...
tu belum kes masuk bilik aku suka suki, amik barang itu ini...
eeeeiii... ye, aku memang leh kowtim benda-benda macam ni
tapi cube bayangkan aku buat benda tu kat dorang... marah tak...

dats why la aku nak blah dari sini...
tolong la paham Haji Sulaiman... tolong la luluskan permohonan Quarters tu...
n then call kat orang yang kasik Quarters tu... kalau lepas aku masuk, nak tempatkan orang bujang len pon aku ok... huh... bleh gile idup macam ni...

Sunday, February 20, 2011

Nadwah la sangat...(cerita dalam kem Nadwah) :P

hampeh tol...
Nadwah la sangat... beriya-iya...
kan senang bitau soh sokong gomen...jgn risau... sila kenali aku sebelum judge aku sama cam ostad lain tu ok... peace

dan sesungguhnye aku mmg sakit ati...

dalam masa kem ni, terjumpe la kawan2 ostad len yang salu sangat jumpe kat meeting, or program pendidikan islam yang lain.

salah sorang ustaz ni bitau, agaknye mmg kita selalu dijumpakan supaya aku bleh nasihat kau... eh... nasihat apakah... ini adalah sewiyus... T_T

rupenye pasal kawen... cit... ingatkan kenapa...

dia kata, kawen la man... bile ko kawen, baru ko tau ape nikmatnye...
aku pon dalam nada bergurau menjawab... mmg la best... (maksudnye malam ade orang teman).

jawapan dia:
mmg la... tu satu hal... dia kata, ada perkara yang lagi best...
katenye lagi, kalaulah dia tau nikmatnye perkahwinan ni, dia akan menabung dari tadika dan bile umur 21 terus kawen... (wah... magis tu)

so, aku pon dgn malas2 tanye dia... amenda tu? (dalam ati, emas sebungkal? duit bank tetibe 4 jota?) sila maklom... saya adalah materialistik $_$ ----- convert to RM = (RM_RM)

sekali jawapannye ialah...
mane tak best man... bangun pagi dah ade orang gosokkan baju, lepas tu ade orang buatkan air, sarapan dah siap, baju tak yah basuh....

YA AMPUNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN.... OSTADDDDDD...!!!!!!

aku ingatkan ape la...
kan aku dah kate... berapa ramai yang menyedari konsep perkahwinan sebenar macam dalam topic yang aku post sebelum ni bertajuk carik la satu...

dan yang aku kelakar, siap leh nasihat aku soh kawen dan sebabnye tu...

speechless sangat2...

sampai sudah, aku macam susah sangat nak pandang muka dia... sakit ati, geram... tapi kan
walaupun dia ade kate macam tu, aku tgk, penampilan dia still lagi serabai... macam tambah teruk... lagi kemas b4 dia kawen...hahaha

dan aku tgk ade ostad yang dah kawen lagi lama dari dia, n mmg lagi kemas dan menarik dari dia... dan aku yakin ustaz ni bukan pemalas sebab...

ade sekali benang/habuk dia nampak atas baju dia, n dia buang dengan cepat... gaya dia bersihkan tu mmg nampak menarik untuk kita judge dia cemane...hahaha
dan bau dia pon, ermmm... bau la perfume dia tu...

tak la haring...

oh... dan ade sorang lagi lelaki yang aku nampak mmg macam tak pernah membuat keje umah... y? sampai2 aku tgk dia tgh iron baju... pehtu aku cakap la... jap g nak pinjam leh... dia kata ok... aku tunggu2 la jugak... sekali kau... lame gile vavvy lah...

sampai dah dekat masa taklimat, dia tak siap lagi... dan aku pon tanpa berlengah, terus sarung baju tanpa bergosok... ala, orang len pon sama gak... dan yang syoknye, dia kate baju baru, susah cket nak iron....

kalau tekan iron kat baju tu macam nyah tepuk bantal, mmg la baju tu tak ilang kedut... adei la adei la... pengsan den...

begitulah ye pembaca sekalian...
bukan nak dabik dada... sbb aku tak kawen lagi... aku taktau realiti sebenar perkahwinan...
tapi bile aku disogokkan ngan realiti orang keliling aku yg kawen ni... aku takut...
aku takut nnti aku jadik macam tu gak... haru kan...

tapi salute same hasben yang tolong jaga bebeh dia n lagi pro dari hasben dia... cara beliyaw ni mengurangkan cket stigma buruk pasal suami hampeh yg ujud...

ostad ok... hahahahahaha

Thursday, February 10, 2011

Guru yang ikhlas... ikhlas ke dia?

amik dari forum

SAYA ingin memberi reaksi kepada pandangan saudara Norhisyam Mohamad dari Kuala Kedah di ruangan ini pada 3 Februari 2011 mengenai Jawatankuasa Khas mengkaji beban tugas guru.

Masyarakat Malaysia sering kali diperdengarkan dengan keluh-kesah warga guru yang mengatakan mereka banyak kerja, kerja sampai ke rumah,waktu cuti pun dipanggil bekerja dan seribu macam lagi. Namun tidak ada statistik sebenar yang menunjukkan bahawa warga guru ini adalah benar-benar dalam keadaan tertekan.

Saya telah berkhidmat sebagai guru mulai Disember 1992 sehingga kini. Saya berasa malu dan bersalah jika mengaku terbeban dengan kerja mendidik. Rasionalnya:

* Hampir setiap guru hanya akan diberikan tanggungjawab mengajar minimum dengan enam waktu seminggu dan maksimum 25 waktu seminggu.Secara purata ramai daripada di kalangan guru hanya diberi waktu mengajar 16 waktu seminggu. Satu waktu bersamaan 30 minit atau paling lama 40 minit. Secara purata kebanyakan sekolah rendah atau pun menengah menggunakan satu waktu bersamaan dengan 30 minit sahaja.Purata waktu mengajar guru ialah 16 waktu X 30 min= 480 minit atau lapan jam seminggu iaitu bersamaan satu hari bekerja penjawat awam yang lain.

* Tugas-tugas khas selain daripada kurikulum akan diberikan dengan agihan saksama. Berdasarkan pengalaman saya sebagai pengurusan sekolah,seorang guru akan diberikan satu tugas khas dan satu tugas kokurikulum.Misalnya, jika seorang guru diberikan tanggungjawab guru kelas atau tingkatan, ketua rumah sukan, ketua persatuan atau kelab dan jawatan berupa tanggungjawab ketua, maka guru tersebut tidak akan diberitanggungjawab lain kecuali sekolah kekurangan guru.

* Tugas menanda buku kerja pelajar, menanda kertas ujian atau peperiksaan dan menyediakan kertas soalan adalah tugas hakiki guru.

* Guru-guru wajar mengetahui dengan jelas tugas hakiki mereka. Jika tidak mengetahui, sila rujuk kepada SPP [Panduan tugas hakiki Pegawai Perkhidmatan Pendidikan].Tolong rujuk Falsafah Pendidikan Kebangsaan,Falsafah Pendidikan Guru, Visi, Misi dan Objektif Kementerian Pelajaran. Lihat juga Tonggak 12 dan semua jenis Perintah Am,Pekeliling Perkhidmatan dan panduan-panduan perkhidmatan guru yang lain.

Guru sebenarnya tidak terbeban dengan tugas hakiki yang ada kecuali mereka sendiri yang membebankan diri mereka. Alasan saya:

* Ramai guru yang terlibat dengan pelbagai aktiviti ekonomi seperti jualan langsung, insurans, jualan runcit (kain tudung, baju, kain pasang, tuisyen, kedai burger dan seribu macam lagi). Cuba rujuk laman sesawang seperti Facebook, kita akan jumpa kebanyakan penjawat awam termasuk guru menguar-uarkan produk jualan mereka dalam Facebook.

* Masa mengajar bukanlah berterusan. Pihak pengurusan sekolah tidak akan berlaku kejam. Setiap guru ada masa senggang.

Misalnya, jika guru A telah mengajar tiga waktu sebelah pagi, maka pada waktu empat dan lima, lazimnya beliau akan rehat. Ada juga yang tidak mengajar seharian.

* Guru teknik, guru vokasional dan guru Kemahiran Hidup mempunyai masa mengajar yang lebih senggang. Ada di kalangan mereka yang mengajar tiga hari sahaja dan dua hari akan bercuti daripada mengajar. Purata mereka mengajar tidak lebih daripada 14 waktu seminggu kecuali guru yang mengajar Kemahiran Hidup. Ada yang sempat mengambil projek membuat pagar, membaiki kenderaan luar, mengecat kereta luar, membuat pendawaian rumah dan bermacam kerja lagi dalam waktu kerja.

* Ustaz-ustaz juga tidak ketinggalan menyampaikan ceramah berbayar di merata tempat tetapi tugas hakiki mendidik pelajar terabai. Kalau tidak masakan ada pelajar yang masih tidak mengenal huruf jawi dan tidak boleh membaca al-Quran.

* Guru-guru juga sibuk dengan kejohanan sukan diri sendiri, bukan untuk pelajar. Ada yang terlibat dengan kejohanan sehingga seminggu lamanya, sedangkan ia hanya peringkat dalaman sahaja. Jika peringkat kebangsaan hanya setakat itu sahaja kerana tidak ada kejohanan sukan dunia untuk warga pendidik. Masalahnya anak murid yang terabai maka berlakulah guru tidak habis silibus.

Saya meminta mana-mana pihak, terutama golongan guru, agar memberi dan menunjukkan bukti imperikal bahawa mereka (lebih kurang 126,171 guru lelaki dan 279,545 guru perempuan) adalah dalam keadaan tertekan.Tunjukkan juga berapa ramai guru yang dirujuk kepada Lembaga Perubatan kerana masalah mental disebabkan ‘Beban Tugas’.

Saya menyeru semua warga pendidik iaitu guru, Pensyarah Guru,Pensyarah IPTA & IPTS agar menilai diri dan memahami fungsi kita sebagai pendidik. Jika kita tidak boleh, maka ada pekeliling yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk kita melepaskan jawatan kita dan carilah kerja yang sesuai dengan kita.


Mokhtar Sabah
Keningau, Sabah.

P/s:- Menarik ni sorang guru memberikan pandangannya..nampaknya dia ikhlas.....so..apa kata para2 guru sekian?...anda ingin menafikannya ke?..
(ni komen seorang moderator bias kat Current Issues)

komen aku:
kalo dok kat ceruk pedalaman, mmg la best...
takde orang nak pantau sangat pon
meh la datang sekolah i... jadik guru kat sini setahun ye...
tah2 yang tulis artikel ni bukan guru pon...hahhaa
dan dia juga perlu sedar bile tanggungjawab tak lagi diberikan pada dia
bukan bermakna dia tu dah bagus...
mungkin sbb orang dah jelak lagi menyampah kat dia
n dia sebenarnye berjaya ke didik anak murid dia?
beban kita sebagai guru tu berbeza, tapi orang pandang kita secara streotype
semua anggap, guru balik 1.30, pastu kat umah terbongkang... bulan 12 cuti...

abeh, anak ko yg SPM, tu sape yg bertugas? surat2 kebenaran untuk anak ko wat lawatan tu sape taip? program2 kat skolah tu sape yang hadap? ade pegawai lain datang jenguk tolong potong bawang segale? prrfffffftttt

HARAP KAKA EZLIN MEWUJUDKAN PROGRAM MENANGANI STRESS UNTUK GURU :P

Sunday, February 6, 2011

orang yang pelbagai ku temui

wah... gediknye la hai sampai 1 hari 2 post... tapi ade sesape kesah?
harap anda berkesahan ye...haha

dalam masa seminggu cuti ni, ade beberapa orang yang baru 1st time jumpe...

pertama,
seorang manusia yang agak rancak berborak di FB tapi bile jumpe mak aih... romantik gile... naseb la den ni lelaki... dia pon lelaki, so, takde la feeling2 melampau... napa kata romantik? bercakap macam tadok lidah... aku yang kecoh ni pon jadik cam speechless... miahaha... naseb la dia tak promote barang yg dia jual tu... hahaha...
tapi bagus la... dia jual produk kesihatan n then bile orang dengar dia bercakap, rasanya senang la nak laku...
gua ati keras beb... tadok cair sangat ngan pujukan salesman...hahaha

kedua,
seorang yang sangat la outspoken... kelakar gak ngan dia... bercerita tanpa henti dan sangat funny... abeh tenggelam segale kepoci aku... imagine, aku adalah seorang yang gigih berborak tanpa henti (kalau kenal aku la)... n bile berdepan ngan encik ni, sekali lagi aku cam... alamak, abeh idea ok... hahaha... ape pon, syok berborak... happening sangat... walaupun English dia terabur... seb bek la den paham... kalau tak paham tu, angguk jela... English aku pon ke laut dah,,,hahaha... cara dia ni mengingatkan aku zaman belajar kat UM dulu... aku jenis orang yang berbahasa teruk, maki hamun, carut tapi bukan dengan niat nak marah, hina orang tapi terbiasa... bila usia meningkat dewasa, bahasa i lebey sopan hoccay...

ketiga,
seorang doktor yang agak berumur... ni bukan temujanji sama doktor untuk tanya penyakit ok... untuk lepak ja... adei la... tak paham sangat apa yang dia ngomelkan... of coz la citer pasal tempat kije dia... meskipun dia bukan lagi keje kat hospital, tapi, hoh... den tak pahammmmmmm... cume bleh kata, buhsan la jugak kan... ala2 berborak ngan orang lebih tua... kene hormat lebih cket... ades... pengsan nak hadap...

anyway, dalam proses mengenali orang yang baru kita jumpa, biasanya aku adalah seorang yang pendiam, malu dan ala2 bersopan santun... (sila gelak) tapi kalau dah biasa, yeah, orang akan kenal sape aku... tak kesah la korang nak judge cemane pon... yang penting kita selesa berkawan ngan dorang... dengan orang yang atas neh?

eh... agak2 korang la kan, aku selesa ngan sape ek?hehehe

buat pasport... yeah!!!!!

sempena hari cuti yang lepas selama seminggu, aku da buat passport... yesssssssss!!!!
buat kat Putrajaya katenye...
bukan la kekwat, or ngengada sangat nak buat kat sana...
dah kebetulan ade kosong kan...

mase tu Hari Rabu, ingatkan time tu tadok orang sangat, rupenye ramai le pulak... kol 9 sampai, dah dapat nombor 1070 n then abg dini (kawan ye) dapat nombor 1071... haha gilo...
sebenarnye orang takde la sampai seribu lebey... saje la tu nak membanyakkan nombor... selebet

tapi tak kesah le... sbb sampai2 dah nombor 1040 kot, so, tunggu dalam 30 orang je lagi...
dalam kol 9 sampai, kol 12 siap... (3 jam tu lame ke kejap ek? @_@)

yg penting dah ade passport...
cekap dan cepat encik2 kat Pejabat Imegresen di Presint Diplomatik tu...
mase call untuk tanye benda2 nak bawak tu pon, jawab sedap je dengar... lelaki tu yg jawab...
kellas sangat... sopan, teratur... takde nak marah-marah walhal benda tu boleh je tgk kat website dia...
tapi dah name gedik kan...miahahahaha

bile berurusan kat kaunter pon cam rileks je... meskipon orang dah penuh tahap cipanuk tunggu kat wad bersalin amik turn beranak, tapi still staff dia senyum ja... lupe nak mintak nomor tipon encik2 kat situ... mane la tau kawan2 single terberkenan kan kan kan... haha...

skrg ni tinggal nak plan nak ke mane je...
harap2 perjalanan tu akan jadi selamat dan memberi manfaat ^^
insha allah...

Friday, January 21, 2011

Serunding orang miskin :(

erm... hari ni makan serunding yang beli dari Kak Che'
bila makan ni teringat serunding kelapa yang aku n kakak selalu buat masa hari raya...
resipi dari mak

bahan-bahan dia mestilah kelapa parut (biasa kelapa dewasa - means tak muda tak tua),
dan segala jenis rempah yang dikisar... kalau dulu gigih menumbuk...
bahan tambahan ialah daging lembu (kerbau pon boleh) dipotong dadu (ala... asalkan kecik dah ok)
dan terpaksa menggodak (kacau la) dari kelapa tu basah sampai la kering... lebih 3 jam ok... gigih la

masa kecik-kecik aku kurang gemar serunding ni... dah masuk umur 20an baru la rasa nikmat dia...hahaha (adakah tekak aku da semakin tua? oh no...)

rasa? sedap la... haha...

bila aku kat bandar, aku cam takleh terima serunding yang orang Malaysia selalu makan... patut la mahal... daging tu dicarik halus-halus pehtu masak ngan rempah... gilo... lembu sekor dapat baper banyak je...

alkisahnya, serunding kelapa yang aku buat tu katanya orang Jawa selalu buat... yela kan... daging kan mahal... so, kreatif la cket...hehehe
tapi sodap... ko mampooo jah...

cuma aku agak terkilan, bila aku bercakap pasal serunding kelapa yang enak tu, tiba-tiba ada orang menyampuk...

ALA... TU SERUNDING ORANG MISKIN, MANA NAK SAMA NGAN SERUNDING DAGING PURE NE...

sentap ok... ye.. aku tau tu serunding tu asalnya dibuat oleh orang miskin... tapi kan benda tu sekarang dah jadi tradisi... btw, orang yang cakap tu pun orang jawa... dasar tak sedar diri...

dalam hati cuma terbit satu je ayat... akak, dengan serunding ni la, hari raya saya berseri... dengan serunding ni jugak, saya akan ingat mak saya sentiasa...
dan serunding ni jugak mengingatkan saya pada jati diri saya... ye... saya orang miskin... dan itu lah yang mendidik saya menjadi manusia...

tapi... pedulikan semua itu...
saya menghargai makanan...
makanya mana-mana makanan pada aku ada nikmat dan citarasa tersendiri...

serunding orang miskin? ye... ianya memang miskin pada orang yang sangka ia miskin
tapi pada aku, serunding tu kaya dengan perisa dan memang terasa nikmatnya semasa mengunyah daging serunding tu... kan kan :)

Tuesday, January 11, 2011

kejadian di Terminal Larkin

tengah2 beratur beli Prosperity Burger keluaran sarekat Mekdonel, tibe-tibe berlaku satu aksi drama yang biasa kita baca di Pancaindera keluaran Mingguan Malaysia di ruangan liku-liku kehidupan...

dua orang wanita saling bergaduh tanpa diketahui motip sebenar pergaduhan tersebut sambil dileraikan oleh suami mereka...

oh... bermadu rupanya... isteri muda sikit la pnye vogue, isteri tua pakai anak tudung saling berebut amenda tah...

suami? mak aih... aku rasa tua gile pacik tu... lebih 60thn...
tapi aku pelik la... umur dah camtu... nak leraikan isteri bergaduh pun tak larat, ade hati kawin muda...
beriya pakai kopiah, tapi binik seksi tak hengat
plak tu gaduh dua2 kat tempat umum...
Ya Allah... aku yang malu... siap pekerja mekdonel kuar menonton drama tersebut dan menyebabkan prosperity burger aku jadi lambat siap...

kepada para lelaki (termasuk aku) kalau nak bermadu, berlaku adillah... kemudian jangan cari isteri kedua tu muda atau senang cerita jauh beza ngan isteri pertama usianya...
bukan apa... kesian isteri tua... gaduh tetap gaduh tapi pastinya yang muda lagi bertenaga...

ingatlah ye
masa anda baru memulakan kehidupan sebagai ketua keluarga, siapa yang ada bersama anda...
susah senang, makan minum...
tapi bila dah berharta, kaya, senang2 cari orang lain...
kalau janda tu melarat takpe... cam Rasulullah menikah ngan janda2 semua... sorang ja isteri dia anak dara, si Saidatina Aisyah...

janda yang Nabi pilih pun bukan la bergetah sangat.... kawen sbb nak selamatkan maruah dan membantu wanita...

nak cari isteri baru yang betul baru? fikirlah banyak2...

kepada wanita muda yang gile sangat nak kawin ngan laki orang... fikir banyak kali... jangan sampai anda pun menerima nasib sama...

kalau dah gatal nak kawin ngan laki tua... pastikan la dia duda... atau binik dah takde (duda jugak). kalau da tua tu, cepat mati, cepat la anda jadik janda kaya...
kalau bermadu... ade yang gaduh kang...

malu lah ye... nasib baik anak takde kat situ... kalau ade...
pacik tu plak aku rasa macam pacik2 yang aku jumpe kat umah orang tua... mmg uzur... ade tenaga ke? tatau la dia makan viagra ke ape...hahahahhahahahaha

Sunday, January 2, 2011

carik la satu...

ape tuh? cari satu? nape tak dua? hahaha...

erm... ini ialah komen seseorang yang ternampak aku menyidai baju di asrama... wah...
apa maksudnya? carik la sorang calon isteri... kesian kat aku sebab basuh baju
macam tu jugak kalau aku keluar gi beli makanan, jalan sorang-sorang dan terjumpa somebody yang aku kenal n then borak dan akhirnya akan keluar perkataan itu....

wah wah... adakah apabila aku beristeri kelak, isteri aku akan membasuh baju aku? atau pula dia akan memasak untuk aku? atau dia akan sentiasa berkepit ngan aku 24 jam? oh no no no...

atau dalam satu ungkapan yang lebih kejam dan sadis, adakah apabila seseorang lelaki berkahwin, makan isterinya itulah yang akan menguruskan semuanya dari A-Z? tapi bila dilabel sebagai amah atau orang gaji, suami akan kata, tak elok cakap bini aku macam tu... aku bukan hambakan dia... itu kan tanggungjawab seorang isteri...

oh! iye ke? macam tu rupanya... hahaha

tapi iatulah realiti... apabila seorang wanita berkahwin, maka dia akan menguruskan semuanya... aku lihat ini depan mata aku sendiri... siapa lagi. hehe

sampaikan satu tahap, si suami tak tahu membezakan pakaian anak number 3 dan 4... tak tahu di mana isteri letak baju dia... kalau balik kampung, suami tak jumpa underwear dia sendiri dalam beg pakaian... baju dia sendiri dia tak tahu nak pakai kaler ape... bila suruh buat susu, anak boleh cirit birit ataupun botol susu dilempar dengan jayanya... dan bila balik umah mentua, barulah geti nak membasuh pinggan, siang ikan, tolong masak... kenapa? sebab pak mentua, adik ipar lelaki, tak henti2 masak, basuh pinggan, basuh baju...

dalam pengajaran, pelajar tingkatan 5, didedahkan dengan tajuk perkahwinan dalam Islam... tap berapa ramai yang gigih menelaah tajuk itu... sekadar lulus exam katanya...

tanggungjawab suami bukan sekadar bagi duit, sediakan rumah, dan kenderaan... malah yang sepatutnya semua sekali... namun kita hidup dengan erti timbang rasa, maka isteri digalakkan untuk membantu suami... tapi sampai satu tahap, si suami menjadikan isteri hamba tanpa sedar sambil menggunakan ayat Veto... seorang isteri perlu taat pada suami... jangan melawan... ikut perintah... dan akhirnya, ramailah wanita yang menjadi seperti bandul ditolak kanan kiri oleh suami... dan akhirnya ketaatan itu memakan diri wanita itu sendiri...

betul ke? sila baca suratkhabar ye...

berapa banyak kes isteri curang? punca? sebab yang pasti?

1.isteri tertekan dengan sikap suami yang tak bertanggungjawab...
standard kalau sebelum kawin, janji tu janji ni... tapi bila kawin, lupa daratan... kaki judi

2.suami mengeluh isteri tak lagi seperti masa mula bercinta... dulu isteri cantik, pas kawen, dah macam pekerja dapur kedai mamak dengan bau kari, bawang putih semua...
bayangkan, suami bekerja dari kol 9 sampai 5 kat ofis... duduk fikir... gedebak gedebuk, jem kat jalan, balik umah penat, terbongkang...
isteri dari kol 5 dah bangun siapkan rempah sarapan, masak sarapan, gosok baju... kejut anak, mandikan anak, kejut suami, (takdelah mandikan suami ye...hehe) pastu siapkan makan tengahari, petang dan semuanya urusan dirumah... suami balik takde tolong ape pon...
agak2 bila isteri tu nak nampak cantik? bile siap? kol 12 malam... sampai katil pun ada 'keje' lagi...adei la... tak henti... suami tau balik tgk rumah bersepah, nak marah... kenapa taknak tolong? bukan ke sama2 penat...

dan akhirnya suami mencari orang baru... dan isteri plak curang bile dapat tau...
erm...

kadang-kadang benda ni bukan sebab agama aje ye... kadang yang alim pon berperangai macam tu... bile ceramah bagai nak rak, bile sampai umah, lagu tu jugak dia buat...

so... kita kawen bukan nak jadikan wanita tu hamba ok... tapi memenuhi keperluan kita sebagai seorang lelaki dan wanita... jangan biarkan diri diperhamba...

carik la satu... hahahaha

Saturday, December 25, 2010

Kejadian curi di Mid Valley

25hb... hari Krismas

mase lepas makan-makan Baskin-Robbin's dan aktiviti lain kat Mid Valley, kitorang pon balik lah...
terus ending story katenye...hahaha... erm... sonotla lepak ngan dorang...
tapi next time, iols nak gi karok sorang2 satu bilik... nyanyi puas2...huhu

erm... citer pasal curik neh...
mase tengah tunggu komuter kat Mid Valley ni... memang ramai sangat2 orang... ngeri la... dan tiba-tiba teringat satu kejadian handphone aku kene seluk dalam jacket aku... sedih sangat masa tu... berebut dan berhimpit... dan sedar2 handphone hilang :( sedey...

semalam,

kejadian tu berlaku
tapi bukan pada aku

ade sorang lelaki berbaju merah tinggi, berambut panjang cket... menoleh-noleh dalam sesak tu
depan dia sorang lelaki yang sedikit pendek berkemeja ungu

kemudian depan dia ade lelaki Cina sedang mendokong anak

lelaki berkemeja ungu dah masuk dalam komuter
dan lepak sebelah lelaki cina tadi

lelaki baju merah menyeluk poket suar lelaki cina
kemudian masukkan dalam poket lelaki pendek berkemeja ungu

dan kemudiannya, lelaki pendek tadi, keluar gerabak dan pegi ke gerabak sebelah

dan habis

senang kan modus operandi?
aku ngan kawan terkesima dan terdiam tgk kes tuh
aku dah dapat agak lelaki tu pencuri...
sbb dia tgk polis bantuan tu kat memane...
ketinggian dia yang berbeza dengan orang lain
memudahkan dia memerhati pergerakan polis bantuan yang ada kat situ

dan kebetulan pulak, polis bantuan masa tu, ada kat tempat lain

dan aku rasa benda macam ni la yang jadi kat aku dulu...

in case kalau cina tu tau la dompet dia hilang,
dia tak tau nak tuduh sape...

sebab...

1. keadaan sesak n dia pegang baby dia
2. lelaki yang amik dah takde n dia tatau sape yg amaik... kalau dia tuduh lelaki baju merah tu, dompet dia mmg takde kat mamat tu sebab dia dah pas kat poket lelaki baju ungu
3. lelaki baju merah pon akan kata benda yang sama... cam wallet dia ilang :( sama macam masa aku kene dulu
4. train dah nak gerak...

ape yang aku bleh katakan, tempat yang sesak macam ni, letak la banyak2 polis bantuan
pehtu untuk halang orang lebih garisan kuning, patut elok letak petugas KTM sendiri kat situ
dan letak kat bahagian yang sesak
dan sebaiknye, letak la banyak CCTV kat situ

atleast, kalau hari ni dia mencuri dan untung

esok, dia akan terberkas...
dan semua orang akan menarik nafas lega...

sekian coretan
kadang aku rasa bersalah.
takut tekaan aku salah...
tapi benda ni betul jadi :(

Friday, October 22, 2010

Reward untuk diri sendiri? belom lagi

erm... bulletin sekolah dah siap
walaupun ade lagi perlu ditacap tapi boleh kata dah nak siap la

walaupun ada yang bermasalah,
tak puas hati, sakit hati dan macam2 lagi maslah hati
tapi apa pun... kena la berpuas hati... kan kan

walaupun dah siap
tapi ada tugas lain datang berkunjung lagi

video video video
video oh video

kene buat lagi...
yg dah ada nak kene translate in English
yg dah ada nak kene potong sana sini

erm
terpaksa jugak buat
do we (i) have a choice? no...

buat jela
dah nama kerja kan

oh ye... Lawatan ke Taman Sinar Harapan Jubli dah pun selesai
terima kasih kepada anak-anak yang sangat bekerjasama
dan pada mereka yang tak dapat pergi tahun ni,
next year, insha allah saya akan pilih kamu untuk mana-mana program under panitia ye...
dan pada yang tak gi tu...
entahlah... maleh nak layan

anyway... for form 4, 2 and 1, goodluck in final year exam...
Allah Maakum...
reward untuk diri sendiri? sekejap pon takpe
gi KL, merayap ngan kawan-kawan... i love them...
kerja menanti...

bye

Sunday, October 10, 2010

october

interesting fact about OCTOBER.....this Oct.
has 5 fridays,
5 saturdays and
5 sundays,
all in 1 month.
It happens once in 823 years......






curik dari wall orang kat FB..hehehe

Thursday, October 7, 2010

Gemuk :(

erm... gemuk... satu perkataan yang ramai orang takut
siapa saja yang suka badannya gemuk?

kesian kan orang gemuk
yelah... dah la nafsu makan tu tak terkawal
kekadang faktor genetik membuatkan dia membesar tanpa had

salah ke menjadi gemuk?
ntah ek...
biasa-biasa je kot... kalau macam dalam family aku, majoriti besor n gebu
so takde hal kalau gemok pon... kalau kutuk-kutuk pun, sah sah macam ludah ke langit...hahaha

tapi entah la...
disebabkan persepsi orang yang mengatakan gemuk tu tak cantik
gemuk tu entah ape-ape... membuatkan orang gemuk rasa tersisih

actually tak citer pasal orang lain
aku pun gemuk...
dan aku pernah berada satu zaman kurus,
tinggi 164 berat 50... kurus la kot masa tu
tapi still ade orang komen... apesal kurus sangat?
abang aku siap kata aku isap dadah... wut da fish!!!

dan bila aku gemuk, orang pun bercakap lagi
e'eh... makin chubby...
dan seterusnya badan aku pun menggelembung dengan berjaya tanpa was-was...

ah... bila lemak bergumpal sana sini, orang pun risau
gemuk, baju tak muat, saiz seluar besor... motip sangat

sebenarnya persepsi manusia tu berbeza...
ada yang kata kita kelihatan ok kalau kita kurus... betul ke? (ada orang komen aku nampak tua n berkedut masa kurus... O my... i masih remaja ok... boleh :P?)

ade yg kata time gemuk ni kulit nampak tegang, gebu...
kongaja sangat... memang la gebu, memang la tegang...
dah gemuk, tegang la sana sini...hahaha...

ade yang komen, aku dah macam bapak budak...
ni la bahana jadik bapak sebelum masanya...
alih-alih dapat anak angkat 33,
anak tiri 27 (dulu 28)
tu belum anak susuan... (ntah bila masa dorang nyusu same aku... apakahhhhhhhhhhhh!!!!!)

anyway, bile dah bergumpal lemak sana-sini
terasa sangat nak kurus...
pilihan untuk kurus tu banyak...
senaman tu pasti (aku sangat malas)
ubat kurus? (hurmm... sangat takut effect)
kurangkan makan? oh no... i love food sooooo much...

hurm... jadi macam mana? :(
adakah aku akan terus menggebukan diri aku?
semoga kegemukkan ini satu mimpi
tapi macam takk je...
dan sememangnye tidak...

takpelah...
tak kesah la gemuk ke ape
senyum selalu ok ...