Showing posts with label monolog sendiri. Show all posts
Showing posts with label monolog sendiri. Show all posts

Sunday, October 19, 2014

Senyum dan Sengih means OK STOP! ENOUGH!

Mdm X: dia tu bagus, ada perancangan masa depan. dah ada rumah, dah plan bila nak kawen. tau apa nak buat. tak macam dia ni (aku). hu ha hu ha sana sini. takde perancangan masa depan langsung!

Me:
Ekspresi semasa: senyum n sengih
Realiti: ok. enough! i dont hve to canang to everyone apa yang akan aku buat for future.
tak perlu kot nak bagitau, aku ada awek ini n itu, nak kawen masa ni & masa tu.
dan aku tak rasa aku perlu bangga untuk rumah yang dibeli bukan hasil titik peluh aku, tapi hasil kerja parent aku.
yeah. aku tak mampu ada rumah besar gile babi. tak mampu nak beli kereta mewah sangat-sangat. as long as aku ada tempat nak berteduh, ada kenderaan cukup. sebab itu yang aku mampu.
kalau aku ada dua beradik macam mamat tu lain kes. ni ada lapan beradik yang macam semut hurung gula. parent aku boleh berhempas pulas untuk mendapatkan harta dorang, kenapa aku nak beriya berebut benda yang bukan hasil usaha aku.
masa aku 2-3 kali kemalangan, abah ada cakap suruh jual kereta tu, dan beli kereta yang lebih berjenama. abah sanggup bayarkan. i said no. takpelah. biar kereta murah. aku rasa lebih baik dari kereta mahal, tapi adik beradik mencemuh kata aku anak manja. dengan kereta murah ni la, abah selalu senyum duduk kat sebelah. dia taknak naik kereta lain dah.

Mr X: terima kasih man sebab bantu sekolah. bile nak kawen man? oh takpe. kerja je la. boleh bantu mak banyak-banyak, tolong itu n ini.
Me: mak saya kan dah takde.

Mr X: oh. lupa la. takpe. kerje kuat-kuat untuk bantu sekolah.
Ekspresi semasa: senyum n sengih.
Realiti: ok. enough! im alone. saya takde sesiapa kecuali diri sendiri. mereka dah lama pergi.

Wednesday, September 3, 2014

kerja Tuhan yang hilang, yang mengganti

di waktu tadika, aku hanya sama seperti orang lain,
Tuhan memberikan kenangan indah berjaya membaca doa Iftitah dengan baik.

di waktu sekolah rendah, aku bukan pelajar pilihan, sering diherdik kerana lembap,
Tuhan memberikan kenangan yang indah, 4A UPSR. tapi Dia juga meremukkan hati. tiada siapa meraikan kemenangan itu.

sewaktu sekolah menengah, Tuhan memberikan aku kebebasan. jauh dari leteran ibu bapa.
Dia juga yang merenggut kebahagiaan. aku kembali menjadi pelajar biasa. tiada keputusan yang hebat.

menengah rendah, aku memberikan senyuman kepada semua orang. Tuhan menjadikan aku pendendam, pendiam ketika di menengah atas. senyuman itu pudar bersama masa.

bila senyuman itu hilang, Tuhan kembali memberikan riang di hati. aku bertemu erti persahabatan semasa di tingkatan enam. yeah. Tuhan merampas kegembiraan itu. aku dipisahkan dengan mereka semasa di universiti. aku sendiri.

dikala aku sedih bersendiri, Tuhan menghiburkan aku. dihadirkan Jabatan Sejarah Tamadun Islam yang berwarna warni. aku gila dengan cerita Photoshop. macam bodoh. tapi aku suka bila karya yang aku reka, tergantung dilihat orang, tertampal mengagumkan mata.

Tuhan menghadirkan cinta di hati. dan Dia juga menyatakan, cinta itu hanya pinjaman. Dia membiarkan aku derita bagai nak gila. Dia juga yang menghiburkan aku dengan caraNya. aku dibiar bercerita. Dia menambah lagi derita. Diambilnya emak. terdiam dan terkaku.

semasa bermula menjadi guru, entah bila masanya Dia mengubah semuanya. Photoshop cuma cerita lama. Video Korporat memeriahkan cerita. Emcee dalam genggaman. Kelas terbersih menjadi bualan. Ya. Tuhan hadirkan bersama fitnah, umpatan, tikaman sunyi. dan aku dicampak ke hujung pelusuk hutan. dirampas pula kasih abah.

SU Peperiksaan. yeah. itulah pengubat rindu. tiada lagi video. apatah lagi emcee.banner jauh sekali. dan hari ini, aku diuji lagi. Ya Allah. apa pula yang ingin Engkau beri. Tak tertahan air mata mengalir.

Monday, May 19, 2014

Hari Guru di SMK Seri Kota Paloh 2014

Salam.
Bila bulan Mei menjelma, hari guru tiba lagi. masa taip ni pon, dah lepas dah hari guru tu. tapi masih lagi ada beberapa sekolah yang menangguhkan sambutan hari guru untuk memberi laluan kepada peperiksaan. terpulang la pada mereka ye. dengan rasional yang jelas, maka sambutan ini boleh dilakukan bila-bila masa. macam sekolah aku, ianya disambut pada 18hb sebab 16hb tu cuti. Johor katekannn...hehe. tapi ade yang terus tangguh sampai 25-26-27. ala,. takde hal la.

so, tahun 2014, sebagai Pengerusi KEBIRUS
aku masuk sekolah ni 2012, selepas sambutan terakhir hari guru di MK, so 2012 xtau ape cer lah. pada 2013, sambutan 1st aku kat SMK Seri Kota Paloh. hurm, rasa agak pelik gak la. mmg lain lah. masa tu mmg aku terasa aku berada dalam time-machine pehtu keliling aku semua benda berputar. (alah korang imagine senirik la. jangan yang idak-idak ye). dapat la hadiah. meskipun tak penuh seat belakang macam tahun 2010-2011-2012.hehehe... xpe la. dah lepas. dapat la tengok 'orang-orang' dapat 'anugerah-anugerah'. i just duduk dan melihat sambil letak tangan kat dagu. ngape gitu? sbb sehari sebelumnye dah gigih buat scallop bagai kat dewan terbuka, so hari kejadian aku penat. tengok la persembahan pelbagai dari pelajar. ah. dah lepas. malas citer

2014 menjelma. tahun ni macam lain sangat. puncanya sbb takde budak nak buat persembahan apa-apa. rasa gelabah lak. mujurlah kehadiran HEM baru dan Pengetua baru ala-ala menyuntik semangat baru dalam kalangan guru. tiba-tiba majoriti guru nak buat persembahan. so, hari guru mmg hari guru tunjuk bakat terpendam. menari la, menyanyi, main gamelan. senang la kije den. staff pon nak join, so sonot la jadinya.

7.20-9.00
perasmian - ucapan-ucapan dan perutusan dan ikrar oleh encik rahman dan yearghhhh!!!!!!!. akhirnya pokcik amman aka abdul rahman yang gila mikrofon ini telah kembali mengetuai nyanyian lagu Guru Malaysia.muahahaha... (haruslah citer part aku je. blog aku kan :P)

9.30
start sukaneka. aktiviti ni biasanya dedulu, cikgu2 lelaki semua hambat gi padang lawan bola. cikgu pompuan main air ape segala la.
so tahun ni, semua dok setempat.
game: main bowling kelapa (majoriti fail)
game: mumia (mumia duduk pon ada. tapi gigih la ko nak bergerak bagai.hahaha)
game: jalan atas tempurung (bebudak semua taktau. name je kampung tapi xtau game ni. siap ade pecahkan tempurung lagi. dia ingat Thaipusam ape)
game: sungai asid (kalau asid betol, mmg balik tu OKU abeh semua)
pas abeh game-rehat

rumusan:
semua enjoy meskipun dicepatkan sbb ujan rintik2. tapi dalam ujan tetap main. besa la. jiwa kanak-kanak masih utuh dalam diri chegu2 tua :P

10.45
ceramah guruku sayang
pastu persembahan tarian pembukaan - cantik dah cuma kene lentik lagi
pastu tarian endang - gigih ibu2 menari. pas menari, mengah
pastu tarian tradisional India - mmg naik syeikh la. menghayati sangat
pastu gamelan - terkesima kejap. ok. macik2 ni mmg terror main.
pastu lakonan pelajar - jalan citer streotype tapi aku meleleh. yg aku meleleh part cikgu kutip sampah dalam kelas. sbb... entah. kdg2 aku suke buat benda tu. walaupun lahiriahnya aku malas nak mengemas but when it come to my student, aku sudi buat.hahaha (poyo tak?)
pastu tarian chacha - teringin nak buat tapiiiiiiiii..............
dan last sekali nyanyi lagu Biarku Menjadi Lilin. lagu yang typical hari guru tapi...........

anyway, respon pelajar dan guru
ini kali pertama terasa meriah menyambut hari guru disini
pengetua terkejut dengan kesudian staf buat persembahan
dan semuanya menyeronokkan

mungkin ada beberapa kekecewaan yang melanda sepanjang majlis namun bila selesai kita akan lega. gambar nanti baru upload.

Saturday, February 22, 2014

Stress stress dan terus menerus stress

masuk 2014, bermula fasa baru kehidupan. takde abah dah. adik beradik? hurm. ade sorang akak je kot.
alam persekolahan bermula dengan agak kurang best. datang-datang meeting pertama je, tgk drama pergaduhan antara sesama admin. haih la. stupidostos ya amat. terasa jijik. tu la. dulu bile orang ngata dia orang kampung, tak terima kenyataan. la ni mmg perangai kampung pon.

bulan pertama persekolahan, sekolah dikunjungi berbagai-bagai makhluk ppd, jpn. puncanya? yeah. sekolah band 6. kenapa band 6? sbb prestasi pelajar teramat jahanam. hurm. dan seperti biasalah. guru-guru dipersalahkan sebab tak mengajar betul-betul. hurm. terima aje la. bila kita bagi alasan pelajar tersebut memang lemah, dia kata kita ngajar sambil lewa.
kalau dah budak-budak tu datang dari kelas hujung sekolah lama, kumpul kat sini plus budak buangan sekolah lain semua dihumban ke sini, ape yang boleh diharap? membaca tulisan rumi pon kadang-kadang kelaut. lom lagi tulisan Jawi, Tamil dan Cina. silap-silap tak faham ape kita cakap kat depan.

so, mmg orang-orang 'atasan' yang fefeeling mulia pon datanglah ke sekolah pantau itu ini. siap ade komen kenapa kelas tak cat, pengajaran membosankan, dan pelbagai lagi lah. yelah. memantau pon carik salah. mmg itu la hasil yang keluar. yang pantau pon, bidang ape-ape, pastu pantau bidang lain. pulaknye yang memantau tu majoriti bekas cikgu sekolah rendah n some of them masuk ke ppd tu pon bukanla sebab cemerlang.hahaha. sbb bermasalah gak. macam mana ko nak banding pengajaran sekolah rendah dengan menengah? maybe next time, aku nak mintak tunjuk ajar la dari pemantau ni cara-cara mengajar. ye lah kan. diorang kan pemantau. sebelum memantau mesti la ilmu penuh di dada. tak gitu?

ni citer pasal pentadbir yang cemerlang gilang gemilang. tak habes-habes la citer pasal dapat anugerah itu, anugerah ini. pengalaman itu, pengalaman ini. hai la. datang dari satu sekolah je kot. malas la pk. sekolah harapan negara katanya. ape la sangat kan bekas cikgu sekolah kluster macam aku.hehehe. kalau dulu pengetua target subjek aku GP jarang lebih dari 1.5. sekarang ni ala-ala 3.00 tu pon orang da start pertikai itu ini.huhu. target je kot. menggelabah lebih la dorang ni.
mmg betul kot kata member aku. kat Johor ni dilihat pencapaian guru-guru tu berdasarkan kepada benda-benda aneh yang dilambakkan kat murid berbanding kemenjadian murid tu sendiri. buat sistem tu sistem ni. tu yang dapat anugerah berbakol-bakol tapi pelajar?

but seriously, bekerja kat JB penat, stress tapi keje settle. kat sini, keje tak pernah habis, stress dan tak settle. terlalu menekankan benda remeh sampai benda penting dilupakan. tu belum kes orang atasan fefeeling semulia malaikat. takleh sentuh. mula la meracau. citer bohong toksah citer la. mmg dah mcm makanan. putar sana sini. kene batang idong melenting. hahahaha... lawak la dorang ni. ugut cikgu-cikgu macam ugut budak-budak. kadang-kadang lawak, kadang tu bosan dengar.

apa pun, aku cuba sedaya upaya mengikut rentak yang diputarkan. kalau bukak muzik tango, takkan kita nak menari zapin ye tak? settlekan keje sebaik mungkin. kalau dapat peluang, terus capai.

penat badan boleh berehat, penat otak tak membawa bahagia. masuk hospital bahagia tu mungkin.hahaha

Tuesday, July 9, 2013

Abah oh Abah

hari ni 1st Ramadan.
dah setahun sebulan aku duduk kat Kluang dengan family. Ramadan kedua bersama mereka.
dalam kol 12, aku jengah keluar n then ternampak abah tengah duduk termenung sorang-sorang kat tepi pintu grill. lengkap dengan topi semua. aku tanya dia napa dok situ? dia kata dia nak tengok kebun yang nak dibetulkan jalan tu.
aku terpk, dia nak gi dengan sape? tengok pintu bilik akak aku tu tutup. (biasa la. 1st Ramadan ni kalo cuti mmg tak senonoh perangai. membuta tak hengat). then aku tanya dia nak gi ngan sape? dia kata nak gi ngan Ani. (akak). aku pon pelik. eh.biso bonar. minah tu tengah tido kot. aku pon panggil akak aku. tetibe abah aku jerit: -abah dah gi kebun la tadi-. erkkk. gitu pulak. dah tu dok termenung tu ape kes?

dalam usia dia sekarang ni, aku tau, dia perlukan perhatian.
cuma kadang-kadang tu, aku tak gemar sangat melayan sebab ada sesetengah bab, dia akan kerap menyalahkan orang itu orang ini.
contoh semalam. dia kata dia nampak abg ipar aku lempang anak sedara aku. dia kata apela budak kecik tu tau. mula tu mmg aku nak marah gak. tapi bila terfikir semula, masa kecik aku dengan abah lagi teruk kot.hahaha... jangankan lempang, kene belasah dengan ranting jambu batu lagi.ehehe...

abah bukanlah jenis orang makan nasihat.
1. dah kata, takyah fikir masalah kebun. sbb akak dah urus benda tu sama macam dia buat.
tapi abah selalu fikir akak lambat siapkan itu. tak buat ini, kebun tu terabai, kebun ni semak. dan selalunya aku akan kene terangkan balik, kebun tu luas, banyak tempat. dia berdua je nak buat bnda tu. lambat sikit tapi hasilnya ada. tapi abah tetap nak salahkan abg ipar pemalas apa semua. jenuh lagi nak backing abg ipar. siap cakap, ipar-ipar lain takde pun yang sanggup duduk rumah, keje dengan gaji tak seberapa ni.
bila dia masih lagi mengungkit, terpaksa la jugak cakap kat dia. - masa abah buat kebun tu ngan akak, kebun-kebun tu ada gak yang teruk semak samun. rumput tak beracun. kebun tu siap boleh banjir air bertakung. sekarang ni, keadaan tu dah takde. abah takyah fikir. benda tu. kutip hasil je tiap-tiap bulan.

2.dah kata jangan makan pisang dan benda manis lain banyak-banyak. ikut keperluan.
tapi abah tetap makan pisang. siap beli pisang goreng, bubur nasi dan pelbagai makanan berbentuk manisan yang akhirnya menyebabkan kaki bengkak. kadang-kadang ngeri gak tgk mcm belon. tapi abah degil. bila marah, dia kata selagi boleh makan. kang kalau dah macam arwah mak ko tu, dah takleh makan apa lagi.
haih. orang da meninggal memang la tak boleh makan bah oiiiii...

dan ada lagi kes-kes tak makan nasihat abah ni.
adakalanya mmg nak bertekak la. tapi adakalanya biarkan aje. dah bengkak nanti, bleh la ngalankan dia.haha. jahat kan.

jaga abah ni lebih payah dari jaga mak. nampak mak dulu betul-betul berehat lepas sakit. dan selalu nampak dia ceria je. kondisi abah ni berbeza. nak marah je. yang syiok tu dia ngadu kat akak, kata aku ni garang sangat. puncanya aku tak kasik dia beli motor baru. adei la. mungkin dia terlupa, waktu usia dia macam aku, dia lagi garang.

hai abah oh abah

Tuesday, June 25, 2013

mengajar bertahun tapi...

mengajar bertahun tapi... nak key-in markah pun lambat
mengajar bertahun tapi... key-in markah pon suruh orang lain buat.
mengajar bertahun tapi... nak buat post mortem pon masih nak tanya orang
mengajar bertahun tapi... buat post mortem pon berterabur
mengajar bertahun tapi... TOV, ETR, AR, OTR pon masih takleh nak beza
mengajar bertahun tapi... kira bilangan A,B,C,D pelajar subjek sendiri nak suruh orang. tak sampai 100 pun
mengajar bertahun tapi... selalu merungut tak cukup masa. padehal dah tinggal 18-16-6 masa ngajar
mengajar bertahun tapi... sibuk ngan kerja orang lain, kerja sendiri merapu
mengajar bertahun tapi... takde langsung semangat kerjasama nak ngajar. asyik fikir senioriti
mengajar bertahun tapi... always fefeeling madam estate
mengajar bertahun tapi... bukannya nak membantu yang baru, tapi tunggu kesalahan
mengajar bertahun tapi... ego nak mampus. kene tegur ngan orang baru takleh terima.
mengajar bertahun tapi... setakat mengajar kat sekolah yang sama. taktau environment tempat lain
mengajar bertahun tapi...


kita kene sedar kerja kita sebagai guru. kalau jadi guru sekadar untuk dapat pencen masa tua nanti, jangan salahkan generasi masa depan sebagai yang menghancurkan. kerana kita yang mengelokkan acuan pemimpin masa depan. kalau kita sendiri menghancurkan mereka, jangan sekali-kali berbangga dengan diri sendiri kononnya mulia

Thursday, June 13, 2013

bercinta jangan sampai bawa petaka

apesal nak citer pasal cinta lak eh? entah la.
masa sekolah dulu, mmg ade je kes cintan cintun kat sekolah ni. ada cinta bahagia dan ada cinta yang membawa petaka.
cinta bawa bahagia ni, yelah, cinta ikut landasan syariat la. maknanya cinta yang kita laksana pas kawen. bunga-bunga cinta pon takde
cinta bawa petaka ni pulak, cinta yang tak nyabor, tak sempat nikah, tau-tau cinta dah berbuah masak ranum dan akhirnya buah jatuh sampai ujudkan satu lagi benih-benih cinta. gitu ayat :P

masa sekolah aku terbahagi dua fasa. satu sekolah ala-ala lanun, dan satu sekolah agama.
ni bukan nak citer pasal aku bercinta, tapi citer pasal orang lain bercinta. yela kan. i kan budak cimerlang, mane ade cintan cintun ni. buang karen la <--- br="" penipu="" sangat="">
masa kat sekolah ala-ala lanun ni, perangai pon tak la elok mana. tapi tengok la orang-orang bercinta bagai nak rak. surat tabur-tabur bedak bagai, sekali bukak macam serbuk antrax keluar. mmg bleh gugur jantung baca surat-surat tu. ayat puitis ya amat. A. Samad Said pon tersedak air suam kalau baca.
dan aku pon ade la minah ni nak bercinta katanya. form 2 bai. ape yang tau. orang nak, kita pon angguk. bukan wat ape pon, ngaku suke dah le. yeah, masa tu dapat la hadiah baju sehelai, tali pinggang, pen Parker sebatang. time tu hadiah macam tu cukup besar dan berharga. almaklumlah orang-orang miskin. (baju sekolah beli dari form 1-form 5 3 kali je. beli pon sbb kene pakai baju ijau)

dan cerita cinta bodoh tak sampai berapa bulan. sebab terkantol minah tu tengah dating dengan mamat lain. best tak? maka, alasan yang amat kukuh untuk putuskan hubungan. lega sangat-sangat. tak best rupenye bercinta ni. nak cakap ngan pompuan-pompuan lain semua tak boleh. i terkongkong!!!

tapi tu citer lama. dan alhamdulillah, aku masih jaga batas. takde la sampai nak produce cucu untuk cikgu-cikgu sekolah. gile!!!

masa sekolah agama, kes-kes cinta ni ada gak. tapi tak terlibat la (ini adalah sewiyus)
cuma jelak dengan perangai budak-budak form 4 n form 5 yang selalu sangat marah-marah junior bercinta bagai ape ni. kenapa aku jelak? kan ke tu bagus?
jelak la weh. sebab dia marah budak budak junior, dalam masa sama berutus surat dengan budak junior perempuan nak jadi abang angkat segala mak nenek. haih. cakap tak serupa bikin. geli kan?

bila aku masuk alam pekerjaan. aku melihat diri aku satu masa dulu. yang ada pada anak-anak murid aku. takde la yang spesigfik sangat macam aku tapi ade la sesetengah benda yang ada. misalnya macam bercinta. aku pelik bila mereka ni bercinta dan dimusuhi oleh rakan sekerja aku. eh dulu korang ade buat benda sama kan? jangan tipu. kecuali masa sekolah dulu ko memang tak cun/ensem tahap gaban. sbb time aku sekolah dulu, yang muke pecah tembok tu pon dapat surat antrax tu okeh!!!

cumanya pesan aku pada pelajar-pelajar ni, jagalah diri masing-masing. ingat!! kita dah belajar fitrah lelaki dan perempuan, aurat lelaki dan perempuan. jangan tergopoh gapah mencari yang haram. inshaAllah satu masa nanti kita akan dapat dengan cara yang halal. kan ke tu lebih baik. mudarat tu sentiasa ada.
tak dinafikan, kita ada rasa suka pada orang itu orang ini dalam usia remaja. itu adalah sesuatu yang normal. kalau takde perasaan, check kembali ibu bapa anda, mungkin salah seorang dari mereka itu ialah Cyborg.
rasa suka tu normal, tapi jadikan ianya satu motivasi untuk kita belajar. rasa suka tu kita ujudkan dengan mendekatkan diri dengan mereka yang kita suka seperti belajar bersama BERKUMPULAN dan dikawasan-kawasan terbuka. janganlah berpura-pura ikut sunnah Nabi yang berKHALWAT ye. Nabi berkhalwat sorang-sorang, dah ape motipnye kita nak berkhalwat berdua-duaan? kang tertangkap dalam keadaan basah, siapa yang malu? mereka dan keluarga mereka? tak. korang la. sape soh main air???!!!

masa sekolah, mungkin kita rasa orang tu cantik dan dialah pasangan kita hingga akhir hayat. tapi biasala. masa sekolah kan kita cuma nampak tu je depan mata. stok terhad. tu yang ada ala-ala bercinta Beauty n da Beast. Beastmaster pon ensem maaa... dah abeh belajar nanti, keluar ke dunia luar, barulah kita sedar kat luar tu bermacam-macam pilihan kita ada.

apa pon, nak bercinta, biarlah berpada. jangan sampai ia bawa malapetaka. muah!!!

Wednesday, July 25, 2012

Melembutkan Hati

berada di sekolah baru mempunyai cabaran yang sangat berbeza dengan sekolah lepas. bermula dengan berubahnya mentaliti bandar yang terpupuk di awal posting kepada suasana desa agak mencabar. lagikan pula suasana desa ini agak keras dengan budaya lama namun didatangkan dengan sekelompok remaja yang baru nak mengenal erti kemodenan berbanding pelajar bandar.

dalam pada itu, apabila Ramadan tiba, panitia saya perlu mengadakan program untuk anak anak pelajar. hurm. kalau kat sekolah lama, tak perlu nak stress sangat sbb bila masa rehat, kalau tak makan, pelajar boleh duduk diam diam kat kelas sama ada untuk belajar atau zzZZZ...

di sekolah baru ini, waktu rehat pelajar memerlukan satu program khas untuk mereka. ini kerana dikhuatiri pelajar ini akan meminta pelajar bukan Islam untuk membeli makanan di kantin, atau senyap senyap makan kat kelas. tak semua macam tu. oleh yang demikian, aku merancang satu program tazkirah untuk pelajar yang di kendalikan oleh pelajar sendiri. tugas aku? sediakan tazkirah dan pelajar akan baca. sebagai tambahan, di akhir tazkirah, disediakan kuiz berdasarkan tazkirah itu tadi dan pelajar perlu mengumpul jawapan hingga ke akhir Ramadan di sesi persekelohan. hadiah? untuk setakat ini, yang mampu dijanjikan ialah RM100 untuk tempat pertama, RM50 kedua dan RM25 untuk ketiga. ianya dibahagi kepada kategori lelaki dan perempuan. pada aku mungkin ianya agak lumayan, tapi taktau la kat pelajar.haha...

dalam pada itu, pengisian hari Jumaat agak berbeza. jika pada hari biasa (tak puasa) hari Jumaat akan ada sesi tazkirah daripada guru setengah jam. menggigil la jugak nak cari bahan.hahaha. tapi enjoy la kan. sbb aku kan suka membebel.

namun untuk sepanjang Ramadan ini, akan ada perubahan. pelajar akan akan membaca Yaasin pada waktu pagi atau solat hajat, manakala pada waktu rehat, mereka akan bersolat sunat Dhuha.

satu perkara yang membuatkan aku tersentak seketika apabila aktiviti ini mendapat komen daripada sorang cikgu. katanya tak perlu bacaan Yaasin tu. pelajar tu membaca Jawi pon tak geti. takot nanti ayat-ayat dalam Surah Yaasin tu akan melaknat kita balik sbb salah baca. sebaiknya perbanyakkan sesi tazkirah, nasihat untuk para pelajar tu untuk membentuk diri mereka.

saya sedih. sebab. seorang yang mempunyai pendidikan agama akan berkata sedemikian. bukankah dia mengetahui al-Quran tu penawar jiwa. ya benar. mereka tak tahu membaca Jawi, tapi takkan disebabkan ini, kita akan menjauhkan diri mereka terus dari ayat-ayat suci al-Quran? sekurang-kurangnya, mereka buka Yaasin, duduk bersama-sama dan mendengar. bukankah untuk membentuk manusia itu dengan selalu memperdengarkan bacaan al-Quran. bahkan kita disuruh untuk duduk dalam majlis ilmu untuk membentuk jiwa.

adakah tazkirah itu dapat membentuk jiwa mereka sepenuhnya?
terus terang aku kata, kalau tak kena gaya, aku akan tidur dalam mana mana sesi tazkirah yang mempunyai jalan sehala sahaja. orang yang akan mendengar tazkirah, mungkin akan insaf pada masa tazkirah disampaikan. mereka akan menangis pada masa tersebut namun adakah mereka akan terus berubah?

sekiranya mereka semakin hari semakin jauh dengan al-Quran, bagaimana nanti apabila mereka keluar dari sekolah? bila masanya mereka akan mendekati al-Quran?
dilaknat al-Quran?
bagaimana kalau mereka langsung tidak mengenali al-Quran, tau sedikit tentang al-Quran? siapa yang akan dilaknat satu masa nanti? adakah mereka? makanya apa tanggungjawab kita sebagai orang yang dah mempelajari ilmu al-Quran? adakah kita tak terkena tempiasnya? apa jawapan kita kalau satu masa di akhirat nanti, kita ditanya, kenapa dia ini tidak tahu membaca al-Quran?

entah apa la agaknya perasaan orang yang bercakap tu bila melepaskan anak anak murid keluar dari sekolah dalam keadaan buta al-Quran.

Ya Rabbi, teguhkanlah dan bantulah hati ini untuk memberikan apa yang Kau kurniakan kepadaku untuk mereka. Amin

Thursday, June 28, 2012

why a?

sape la yang gigih dok hack FB aku neh. takde keje agaknye.
udah udah la tu. berenti la nak korek korek cerita
tak bosan ke?
move on la ok ^^

Wednesday, June 27, 2012

musim baru ^^

selamat membaca ~_~"
hari ni, dah nak masuk dua minggu kat sekolah baru. suasana baru, yeah!!! musim baru bermula
minggu pertama kat sekolah, a little bit culture shock katenye. yelah. selama ni ngajar bebudak cerdik(?) je. takde masalah sangat. ajar cket, budak dah paham n then siap leh ngajar balik semula.huhu
tapi kat sini berbeza. sangat berbeza. benda yang membuatkan otak jam seketika bile mengetahui silibus dorang ade separuh lagi tak abeh. mak aih! PMR lagi baper bulan seh! gile babi pnye keje neh. babi pon tak terkejut camni tau. (sbb babi mane ade jadi chegu kan?)
jadi, terpaksa la menggigihkan diri study mana yang patut dan ajar semula. mmg mencabar kreativiti dan kepala otak ne sbb untuk satu topik yang simple, kene ajar dua hari. lalalalala @_@
dan perkara yang aku takleh nak terima ialah bila waktu P&P dicuri sewenang wenangnya. perhimpunan start kol 7.20 pagi dan biasanya paling cepat abeh kol 7.50. biasa abeh kol 8.00. so, masa pertama berbaki 10 minit. taktau la nak kata YIPPI ke atau AMMA APPA, ENNA SONNEY  T____T
rasa nak demam kepialu okeh. tu belum lagi kalo kaunselor wat ceramah atau ape-ape. sah2 aritu ala2 tergadai waktu mengajar. hurmmm.... tak sukenyeeeeeee....
macam hari ni, ade ke meeting kol 1.05 sedangkan waktu pelajar dibenarkan balik ialah 1.10.
dan bile aku dah beriya berkejar ke bilik meeting, sorang pon takde lagi. ingatkan dah terlambat. T_T

adei la. nak je sound balik, cakap kat dia, dorang wat camtu sbb nak gaji halal.saya ni pun rasa berdosa dah. yelakan. meskipun anak murid kita bukanlah dari kalangan orang yang cerdik bijak but then that is our core business kan. so, kene la buat.

dan bile tgk jadual, aih? kene ajar kelas tambahan form 5? bukan ke ni laki dia pnye kelas? dah la tu. kelas tambahan hari Jumaat petang kol 2.30. lol. anak orang cerdik pon, petang Jumaat tu liat nak datang sekolah. ustaz oh ustaz.

satu perkara yang membuatkan saya tak suka orang panggil saya ustaz ialah sebab saya tau, saya bukan guru agama yang baik dan saya selesa orang panggil saya encik atau just call my name. dats more better la. sbb bile orang panggil ko ustaz dan perangai ko camtu. euwh!!


dalam pada tu, ade pulak orang lama dok bising bising kata aku belum buat serahan tugas dengan sempurna. katenye ade buku stok yang aku tak pulang lagi. hurm. just wanna say la. apa yang aku dapat dari ko, itu yang aku pulang semula. kalo ko dah ilangkan benda tu, jangan nak FITNAH orang ilangkan or what.

keje yang masa aku tak wujud lagi kat skolah tu pon aku kene buat, ape kejadahnye. 3 program tahunan yang aku buat kat skolah tu lagi besau dari keje ko tu. tu pon ko still kate ko sibuk. jangan fikir sendiri je sibuk, orang lain ade benda nak buat jugak. takkan ko lupe, time P&P takleh jawab call. akak ko je yang fefeeling diva call orang ikot suka dia waktu P&P. bile orang dah hangen, dia nak hangen jugak. haha

ok la. musim baru ni bermula dengan bnda yang lebih mencabar. what ever happen, just smile n ignore stupidastos.

info: setiap hari, 40-50 menet perjalanan ke sekolah dengan kadar pecutan 100-130. tibe sekolah menggigil sbb potong lori kelapa sawit, balak dan sebagainya. tak lupe anjing-anjing melintas dikawasan bukit. tatotnyeewwww @_@

Tuesday, April 24, 2012

what can i say...

reda dan terus reda dengan ketentuan yang telah Allah ciptakan. kita manusia inginkan keadilan, namun Allah menetapkan sesuatu dengan keadilan yang kita tidak pernah ketahui. Allah mengerti dan Allah memahami apa yang diciptaNya. kerana Dia Allah, Dia bukan makhluk.

Monday, April 23, 2012

kisah yang sama, masa berbeza

hehe. ini ialah cerita tentang dua orang wanita yang ada dalam hidup saya iaitu arwah ibu dan kakak. semalam, ade seorang member bercerita tentang arwah ibu dia semasa kami keluar makan. entah kenapa, cerita member tadi ala ala berlalu bersama angin bayu (padehal aircond) yang menerpa. chewah. kenapa?
sebab saya teringat keterkaitan antara arwah ibu dan kakak saya. beza sedikit je.

ibu saya anak sulung dan kahwin dengan anak bongsu (abah le)
kakak saya anak bongsu dan kahwin dengan anak sulung.

menariknye, kedua-dua difitnah oleh masyarakat setempat yang mengatakan mereka buat sumbang mahram! nauzubillah.

arwah ibu sewaktu mudanya telah kehilangan ibu. jadi sebagai anak sulung, beliau perlu menggalas tugas menjaga adik beradiknye. dalam usia yang masih remaja, sekitar 14-15 tahun, beliau menghadapi tekanan hebat daripada penduduk kampung yang menyatakan dia ada hubungan sumbang mahram dengan arwah atuk. rentetan daripada itu, sewaktu usia 16 tahun dia dinikahkan dengan seorang lelaki tua untuk menutup mulut orang kampung yang tak berhenti henti memfitnah. namun sayang, perkahwinan tu tak kekal lama sebab suami arwah mak bukanlah lelaki yang bertanggungjawab. just imagine baru seminggu melahirkan anak, mak kene pergi menoreh sebab kat rumah tak ada apa nak makan. kerana kesempitan hidup yang terlalu teruk, anak-anak mak (kembar) meninggal tidak lama sewaktu pantang mak belum habis lagi. kesian kan. selepas tu, mak balik semula ke rumah atuk dan fitnah itu kembali semula. haih. mulut orang.

kes ini berlaku juga kepada kakak saya. dia difitnah ada hubungan sulit dengan abah sewaktu emak masih hidup lagi. disebabkan trauma yang berpanjangan semasa usia mudanya, arwah mak terpengaruh dengan fitnah orang sekeliling sehinggakan dalam tempoh yang lama, arwah emak tak begitu mesra dengan kakak hingga tahap tidak bertegur sapa langsung.
kesian arwah mak, orang memperbodohkan dia macam tu je. kesian akak, difitnah sedemikian rupa. namun akhirnya kakak dan emak berbaik semula bahkan lebih rapat dari waktu yang sebelumnya sewaktu arwah emak sakit. selama setahun, kakak akan bawa emak ke mana saja dia pergi. dari kebun, bandar, semua dia bawa. dari situ, mak dapat tengok macam mana akak bekerja. sampaikan dia terasa kesal kerana percaya dengan tohmah orang dari anak sendiri.
selepas mak meninggal, fitnah hubungan kakak dan abah kembali semula. hinggakan ada cerita baru yang mengatakan abah menggunakan ilmu hitam untuk mengorbankan mak untuk mendapat kekayaan. astaghfirullah. nauzubillah. mengucap panjang saya mendengar cerita tu. kenapalah fitnah tu.
namun bibir mereka tertutup dengan perkahwinan kakak. lega sangat-sangat.

ini ialah secebis kisah masyarakat Melayu di Malaysia. penuh dengan seribu satu fitnah, gossip yang tidak akan berhenti. bilalah agaknya mentaliti seperti ini akan berubah? satu masa dulu saya amat berbangga mengungkap, TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA. namun pada hari ini, saya semakin risau kerana ungkapan ini akan menambah hebatkan betapa buruknya akhlak Melayu sekiranya Melayu akan terus ujud.

Tuesday, April 10, 2012

Housemate oh Housemate

bermula tahun 2012, saye dah tak duduk asrama lagi. yeay!! \(^_^)/
watpe lelame dok sane kalo ala-ala orang tak appreciate pon apa kita buat ye tak? ops
lagipon sbb budak asrama pon dah tak ada, eloklah kita dok luar. nak menebeng lelame kat situ, ape kes. maka bermulalah episod baru saya sebagai seorang penyewa.

disebabkan menggelupur nak carik umah sewa, maka saya pon gigih la menggoogle rumah-rumah sewa yang ada di JB. mak aih. harga sangat horror movie. tiba-tiba, terjumpa satu website ni yang menyediakan sewa-sewa rumah aka bilik. dapat satu, terus sambar dan malas nak amik port, terus menyewa. yeah. komen-komen yang saya dapat masa menjejakkan kaki ke sana ialah bilik sewa tu tak selesa. memang pun. tak perlulah nak detailkan tahap tak selesa tu, tapi agak sedih la. (sila nanges ye) T___T

pada mulanya, keadaan ok sangat-sangat. nak demand ape pon tak guna. dah saya pilih bilik tu. housemate saya ialah seorang Tok Bomoh (sila menggigil ye tuan-tuan dan puan-puan). dia ada bilik khas dia untuk aktiviti perbomohan itu. penah gak skodeng, mak aih, seriyaw hokeh!! tamo tengok lagi bilik tu. so, takdala mencabar sangat dok ngan dia. kekadang je kene tindih (mukan bomoh yang tindih a... gilak lo) ngan benda benda tu, lintasan... ah biasa la. sbb dedulu pon same je. so, best la jugak kekadang lepak same bomoh ne. dia dah agak berusia tapi penuh dengan pengalaman.

nak jadik kesah ni, selepas cuti sekolah yang lepas, elok je saya balik, tibe-tibe bilik kosong sebelah berpenghuni. mulanya saya sangkakan budak-budak kecik yang berlari tu adalah anak-anak or cucu-cucu tok bomoh ni. mane la tau wat lawatan sambil belajar kan. rupenye ada penyewa baru, sepasang suami isteri bersama sepasang anak mereka yang berusia dalam lingkungan 2-4 tahun. comel bebudaknye.

kehadiran mereka pada awalnya tidak memberi masalah. walaupun saya perasan, ubat gigi saya semakin menyusun dengan kadar mendadak. balik-balik umah bile pergi toilet, bau shower foam kepunyaan saya. erm. takpelah kot. dah kata share bilik air. saya hanya mampu memandang sahaja bila baldi saya setiap hari ada saja pakaian berendam. hurmmm... tak best kan?

saya tak kesah ngan tok bomoh tu, sbb bile dia guna sabun basuh saya, saya tumpang washing machine. yang jadi masalahnye penyewa baru ni, ala-ala ambik kesempatan. semua digunakan ikot suka makcik dia.

latest story ialah pasal berus gigi saya. berus gigi? itu pon nak kecoh?
saya memang kurang gemar bile orang pakai barang saya, tapi akan consider kalau barang tersebut boleh di share. tapi kalau dah tahap berus gigi tuan tuan dan puan-puan, tak ke geli. puncanya saya terperasan ialah berus gigi saya kerap beralih. tempat letak barang mandian saya selalu berpindah randah. sampai satu hari jenuh pepagi buta time nak gosok gigi, berus lesap. rupenye dia selit kat celah bilik air. amboiiiiiiiiii... melampau gila babi neh. babi pon tak melampau macam tu taw! (sebab babi mane gosok gigi T__T)

akhirnya, saya mengambil tindakan drastik dengan menyimpan segala barang mandian saya dalam bilik air. sekali tu saya terlupa nak bawak masuk dalam bilik. eh, dia guna jugak T___T geli ya amat... rasa macam nak aniaya je dia dengan celup berus tu dalam mangkuk tandas dan soh dia guna. tapi takkan la nak kejam macam tu. tak ostad lah saya. huwaaaaaa...

semalam (sebelum post ini kuar), sewaktu saya sedang melayari FB dan membalas komen-komen peminat eh (martyla perasan), tiba-tiba pintu bilik diketuk... jeng jeng jeng... ngeri weh... bile bukak, terjengul isteri dia dengan dressing kurang akhlak tu. tetibe hulur henpon. ingatkan nak mintak nomot tipon ke ape (jadah nak hadap binik orang T___T),
rupenye dia nak tolak henpon dia (yang agak hazab dari nokia 3310 saya) dengan harga RM30 sbb nak beli pampers T___T saya kata takde cash money. sbb kebiasaan saya, cash money hanya bawak balik dalam RM5 saje. nak makan dan shopping baru kuar duit ribu riban.
then dia ala-ala memaksa, ala RM1o pon boleh la. ish. orang dah kata takde tu, motip sangat tak paham bahasa. last-last saya cakap sorry. memang takda dan tutup pintu.

hosmet baru ini memang laki bini tak keje rasanya. pelik la. macam mana leh sampai ade dua anak tapi tak keje. :(
dan motip ko nak berpampers bagai. dah tau takleh beli, pakai jela kain bedung. masa saya kecik-kecik dulu, pakai kain pelekat abah angkat saya je untuk bedung dan lampin tau T__T

ades. sesungguhnye saya amat takot dichabol.

rentetan daripada peristiwa itu, saya:
1. semakin takot nak duduk lama kat situ. buatnya memalam time saya kene tido dan diperkosa tak ke naya T____T
2. takotnye nak tawen kalo gini masalahnye yang jadik..... cemane la ko boleh kawen, tapi tak mampu bagi nafkah zahir :(

Ya Rabbi, bantulah saya T___T

Thursday, September 8, 2011

sejarah?

kita menilai sejarah berdasarkan daripada pelbagai aspek, bukan hanya berdasarkan satu sumber sahaja. kerana kita tidak berada dalam cerita sejarah itu tetapi kita di sini untuk menilainya dan mewujudkan pendapat yang berbeza.
kita tidak berada di zaman penjajah. kita tak berada di zaman komunis merayap. kita tak berada di zaman Jepun menggila. apa yang datang pada kita hanyalah bahan bacaan. kita tidak menyelami perasaan orang yang ada di zaman tersebut.
kita tak tahu kenapa ada orang Melayu yang sertai komunis. kita cuma tahu komunis tu fahaman takde agama. dan kita terus judge mereka yang sertai komunis tu tak ingat Tuhan. kita tahu bahawa komunis tu bintang tiga, curi makanan, sembelih orang yang tak berdosa atau tak ikot perintah dia.
kita tak tahu kenapa ada orang Melayu yang sertai Jepun. kita cuma tahu, Jepun pada masa tu kejam, sembelih orang Malaya. nak hasil bumi dan nak tubuhkan Asia Raya. kita hanya tau banyak kekejaman Jepun pada orang Melayu, kisah pembinaan landasan keretapi maut, minum air sabun, panjat pokok kelapa.
kita tahu dan pura-pura tak tahu kenapa orang Melayu sertai British. kita tahu orang bulu jagung tu datang Tanah Melayu untuk ambil hasil bumi. kita tahu orang bulu Jagung tu tinggalkan benih-benih haram dia pada penduduk pribumi. kita tahu mereka meninggalkan budaya-budaya mereka dalam masyarakat kita dan akhirnya budaya kita terkikis sedikit demi sedikit.
hingga akhirnya kita terpaksa merayu kemerdekaan daripada mereka. sedangkan ini hak milik kita. kenapa kita perlu minta merdeka dari mereka? sedangkan mereka merampas dari kita. kenapa tidak kita rampas dari mereka?
dan kemudiannya, kita menghina sendiri bangsa kita yang menjadi talibarut Jepun, yang menjadi talibarut Komunis. tapi sebab mereka menyertai Jepun dan Komunis tak pernah kita nak ambil endah.
setiap manusia punya kelemahan. dan setiap manusia punya kelebihan. kau lantang berkata tentang sejarah tetapi tanpa sedar kita sendiri yang tidak pernah menilai sejarah. dan akhirnya tanpa sedar, kita mengulang kembali sejarah dan membiarkan diri kita terjajah.

Thursday, August 4, 2011

manusia poyo

ramai orang galak membincangkan tentang hukum-hukum agama,
sedangkan dia sekadar merujuk satu buku sahaja dan bukan al-Quran

ramai orang baca doa dalam Bahasa Arab panjang berjela
usahkan faham, tajwid pun lintang pukang

ramai yang galak menghakimi tentang sah atau pun tidak
tapi sampai sudah tak tahu beza antara NIAT dengan LAFAZ NIAT

Wednesday, May 25, 2011

sandarkan kesalahan pada orang lain... ish ish

bila perangai sebenar semakin ketara
kemangkukkan makin jelas

pandai carik salah orang
tapi akhirnya salah sendiri orang tak yah cari
sendiri yang tunjuk bodoh...

pastu mengadakan benda yang tak ada
membuatkan saksi yang ada terpinga-pinga

kawan sekeliling back up macam mana pun
orang tetap akan nampak salah tu...
sebab sendiri yang menayang salah tu...

kita tak sempurna mana
terima jela hakikat kita tak mampu
dan memerlukan orang lain untuk membantu

Thursday, May 19, 2011

saya bukanlah baik sangat pun...huhu

saya bukanlah seorang yang pemurah
dan itu yang saya kerap nyatakan pada anak murid saya
meskipun nama saya bermaksud Hamba Allah Yang Maha Pemurah
tapi saya kedekut

cumanya saya taknak orang-orang yang saya sayang kesusahan
dan saya akan cuba bantu sebaik mungkin

orang pertama baru nak memulakan semula kehidupan selepas mengalami kejatuhan dalam hidup dia. alhamdulillah dia tak patah semangat dan sanggup bermula semula dari bawah...
malam ni belanje dia makan lagi... kalo dah seharian cuma makan roti 2 keping, ape kejadahnye kan...

yang sorang ni tersepit secara tak sengaja... berlaku secara tak sengaja... kawan menghilang, dan ada hutang... tak banyak pun...

saya membantu sekadar termampu
saya tak kesah sangat pasal duit
bukan sebab saya kaya, saya pun kadang2 ada masa sempit
saya tak kaya, tak mampu nak bagi banyak

cuma saya harapkan
apabila saya dalam kesempitan,
saya akan diberi Allah jalan yang mudah untuk melepaskan diri dari kesempitan
saya bukanlah seorang yang baik
tapi saya sayang orang lain
dan saya tak nak tengok orang lain susah, sedih dan murung

Saturday, April 30, 2011

Happy Birthday To Me

seperti tulisan-tulisan April sebelum ni, ianya memberikan satu tamparan dan igauan ngeri dalam hidup aku :) ntah la... dah nasib badan

pada 27 April 2011, aku sambut birthday aku yang ke 27... dah tua dah...
soalan cepumas yang akan hadir pada usia-usia ni ialah... T_T bile nak tawen... aiyarkkk... tolon tolon... mati la den...

aku jarang sambut birthday... ade la sesekali tu... tapi bukan la macam orang lain... siap ada majlis... kawan-kawan gigih buatkan cupcake bagai... comel la... ade pun sambut dulu masa tadika... tu pon dia sekaliguskan semua yang ada dalam bulan April...hahaha

cerita masa sambut birthday
alkisahnye, ade yang tau aku frust menonggeng pertengahan April... tapinya aku still lagi mengharap pada malam tersebut, dia akan call untuk wish birthday...

tapi sayang... ade lak orang lain call dari kol 11.55 sampai 12.15...
dan dialah orang pertama yang wish... tapi aku tak la dapat nak citer banyak, terpaksa mintak stop, pehtu meleleh-leleh la air mata seorang makhluk gembeng ni...

dan dalam lebih kurang beberapa minit lepas tamat sesi Azean Irdawaty, mata pon da rela nak tido bengkak-bengkak tu, tibe-tibe phone berbunyi...

telefon berbunyi ring ring... ku angkat ku tanya siapa... telefon berbunyi ring ring ring... ku dengar ku dengar suara...


motip nyanyi lagu mase darjah 1... T_T

selepas dari tu bile tengok nama, hati sebak... call pun dia...
tapi sayang bile aku start je bukak mulut, mula la datang syahdu...
tah ape dia cakap aku pon tak baper jelas...
cume yg pasti dia kata dia tido, n terbangun... bile try call takleh... mesti la tak bleh ye kawan-kawan... ade orang da amik laluan awal...

oh la la... dia wish birthday dan bla-bla... dan selamat tido

dan aku rasa, lepas dari tu, dia reply 2 sms aku
dan kemudiannya, bermulalah episod baru dalam idup aku... :)
dan aku kene terima kenyataan, dia bukan untuk aku :) sedih? mmg la...
kene terima jugak, sebab aku tau, kalau aku nak rebut semula, aku takkan berjaya... :) biarlah dia dengan hidup dia bersama orang baru...


ni ialah hadiah yang aku dapat


ni dengan kotak bekas Teddy Bear ^^


dan dalam pada tu ade sorang kawan dah awal2 lagi bagi hadiah...
Pierre Cardin (Wallet n Belt)
time kaseh ye encik houdini ... nak nangis mase dapat tu...huhu...

n then ade satu lagi yang membuatkan aku sangat-sangat terharu...
2 Crystal Girls 2010... u all mmg superb... saya sangat terharu ngan kamu semua...

tapi sayang macam tahun lepas, time tu kamera takde nak merakamkan gambar kek...

Last year chocolate cake dari secret recipe + tie...
dis year Chocolate cake jugak dari Golden Oven + Teddy Bear yang sangat best dipeluk...

nak nangis ok... dan bile kene bagi ucapan, sebenarnye air mata nak gugur lagi, tapi cepat-cepat cover... :P

girls, i harap u all semua dapat A semua dalam PMR n then i wajibkan u all dapat A dalam subjek yang i penah ajar... oh god...

juga kepada Nazrel n Zafri... thanks untuk serombong ngan air twister... :P

dan terima kasih juga pada semua mereka yang wish saya kat wall FB either AMMAN KASMIN or ABDUL RAHMAN KASMIN... thanks sebab ingat atau wish birthay saya... :)

juga yang wish sambil nyanyi kat dalam bilik guru
yang nyanyikan dalam kelas...
dan juga mereka yang wish by handphone
dan semua pelajar yang wish birthday meskipun ketika sukantara berlangsung...

untuk setiap kesedihan yang aku lalui dari awal bulan sampai ke saat tersebut, air mata yang gugur pada hari tersebut amat bermakna sebab dalam ramai yang meminggirkan diri aku,
masih lagi ada insan yang ingat kat aku...

saya sayang kamu semua...

itu saja catatan hari lahir 2011 yang memberi seribu erti pada aku...
untuk belajar menilai mereka yang ada bersama saya...

catatan: masa umur saya 13 tahun, saya menyambut hari lahir saya dengan sebungkus makanan ringan dan juga air kotak satu... ianya saya share ngan kawan saya yang kebetulan belum tidur masa tu... dan mereka makan tanpa tahu bahawa hari tu adalah birthday saya... :)

Wednesday, February 16, 2011

sponsor?

adei... hari ni terjadi lagi insiden rasukan ablasa di sekolah... masa kaka lina call dari bilik guru, aku dah tak rasa cam cemas ke, kelam kabut ke... tapi lebih kepada rasa sakit ati...

bukan marah same kaka lina yang call ok... dia sangat suweet (baskin robbin satu :P)
tapi rasa cam bengang same antoo yang merasuk...
adeh la... bleh tak ko rasuk time yang lebih baik... let say cam mase kat umah dia ke, atau masa yang orang tengah free ke... kan sonang...

ni time tengah P&P berjalan... (tibe aku ala2 pacik Leman kan... mementingkan P&P katenye)
seriously... bengang la ngan antoo tu... yang mangsa tu mmg takde la nak salahkan... bukan dia yang call antoo soh rasuk ok...
thanks to Allah sebab, hasben mangsa datang dengan cepat dan settle baik... haih... bleh meroyan den...

pas daripada kes itu, maka suasana lebih terkawal... bleh la makan sambil wat aksi2 hampeh semasa makan bersama kaka lina, kaka lin, kaka zaida, kaka liza, dan kaka zurai... (motip semua ada huruf a n huruf i) hahahaha...

pas daripada tu, masuk la pada tajuk post ini...

mase time ceramah tadi, perut sakit nak mamfush... so, cepat2 la balik bilik guru n nak melabur... ait... kosong? takde orang? seriau nak melabur... tetibe terjengul kak che'... cis... hampeh... wat kejutan sangat... dan dan terus menyerbu ke toilet, n solat...

pas daripada tu, gi la ke dewan... adeh la... cemane nih... rupenye pacik haji leman di luar pintu depan toilet dewan... gigih nak menyusun ayat kata sakit perut... alih2 dia datang dekat tanye...

man... cari sponsor mangkuk tandas baru... hoh! mangkuk tandas? adakah dia perli aku...
ceh... rupenye dia sewiyus... motip!!!!

pas dari tu, dia soh snap gambar fountain kecit depan dewan... katenye nak soh wat air terjun kuar ala2 Bali... kelllassss... dan sekali lagi dia kate.... man... carikkan la sponsor untuk wat air terjun baru... walaweh... gilo...

ingat aku skendel same mak datin? affair ngan dato' sri? bab mintak sponsor ni, mmg aku berat molot... walaupun kawan aku ade yang best la kerjaya, tapi aku bab mintak2 ni mmg fail... kalau tak, harus la takde nak pakai henpon nokia trituten kan... sah2 mintak beluberi... eh... belekberi saatu... takpon skrg ni ipad? tah amenda pad tah...

hai la... mintak la logik cket pacik... soh wat bunga telur ke, kait alas meja ke, amik gambar2 santek ke bleh la jugak... ni mintak sponsor...

T_T

Monday, February 14, 2011

cerita malam Maulidurrasul :)

its already 12.54 am... motip tak tido lagi...hehehhe
well... esok cuti kan... so, perlu ke nak tido awal... macam anak2 murid kat dorm atas tu... rasa nak terajang ja sekor.... takpe... dedulu pon selalu join benda2 camtu...

setiap hari merupakan satu permulaan baru untuk kita...
yang lepas tu biarkan jela kan... dah jadi pon...

pagi? theres nothing interesting berlaku
up sikit area waktu Dhuha, berlaku satu kes kat dalam bilik guru...
adui... b4 dis, bile my mum sakit macam tu, serah je kat abah... either abah handle sendiri or panggil orang lain... n tibe-tibe hari ni, bidan terjun? bomoh terjun? segala yang terjun ada...
tu la ye... menjadi pendidik agama ni bukan senang... padahal kita ni cuma mengajar subjek agama...
tapi orang expect kita ala-ala tok dukun datang skolah... ko mampoooo...
bukan semua orang ngajar agama ni boleh buat... certain orang jugak...
aku? bleh kata la... nak jaga diri sendiri pon terkial-kial... nak tolong orang... nasib aku tak menggigil sama... as usual... dalam satu-satu scene tu, ati aku mesti melencong ke arah lain...
hahaha... jangan pk yg bukan-bukan...

let say masa tgh handle tadi, tibe-tibe dia kata tak kenal sesape dalam surau tu... ati aku berkata... motip ko tak kenal aku... T_T

n when bile part dia nak muntah tu, dia ngadap kat aku, tapi harus la dalam ati jahatku kata, berani la ko nak muntah kat baju aku... aku mesti abehkan bacaan ni, n make sure ko muntah kat tempat sepatutnye... thanks to Allah... dia muntah kat dustbin (bukan basket ke kalau kecit) tu... kalo tak, mmg aku hempuk ngan a... dan memacam lagi la ye dalam ati berkata... nak tau, nnti tanya... settle pon hal...

fuh... gile ah... smoga nomor henpon iols tidak dijaja ok...hahahaha... tetttttttttttt

senanye dah 2-3 hari rasa meremang segala bulu... haruslah meremang... sape soh gatal jenguk board Misteri, Paranormal & Sakti, kan dah meremang bulu tiap-tiap malam... dok gatal bace ulik mayang la, bunian curik baby dalam perut... ha kau... skali hadap depan mata... gilo den...

bile petang cket, dapat call daripada ... eh... perlu ke citer? bleh la... ntah la... dah orang nak call... so, sape soh bazir duit bayar bill... jangan nanti bil kau melambung 3ribu ++, mengongoi nangis kat wall FB... gua dah nasihat... mesej ja... tapi takpe la... appreciate jugak la kan... dah kawan nak tipon... takkan nak off...

dan malam menjelma, ada la 2-3 orang yg dok chat kat FB cam kaka moon, enche ikhsan, kaka zora (claim claim ^^) enche razak dan beberapa tuan-tuan dan puan-puan yg lain... gigih menaip... kalaulah wat soalan exam selaju itu... -_-".

eh... tibe terperasan ade sorang enche ni... since aku ni bile lebey gula malam ni hingga meningkatkan tahap keramahan, maka aku pon tegurlah dia... amboi... kasarnye dia jawab... takde manners tol... senanye dia penah marah aku sbb aku main2 add dia kat FB... kitorang borak through YM ja... so, aku say sorry, n add dia... n bile aku add dia dalam FB, bahasa dia guna takde la macam kat YM... komen pertama yang aku dapat ialah amman bongok... hampeh tak... kalau korang suke, takpe la ye...

dan beberapa komen seterusnya pon ala2 bersifat takde sivik (amboi ostad... sejak ajar sivik... :P)... kurang asam sangat... dan malam ni, bile aku tegur elok, jawab ala2 nak marah... aku tanya, banyak ke dapat hadiah besday? jawabnye pendek... wah... mmg tak menghargai neh... even orang yg tak penah jumpe aku pon, dalam fb leh borak baik, tibe kat ko perangai macam hampeh... ingat kalau ko ensem, kacak, cantik, bergetah, so aku hadap la...
maka tanpa ragu-ragu dan malu, aku meremovekan dia dari list FB aku...

well, aku da penah dengar banyak citer dari kawan-kawan aku pasal budak neh... bile dia nak, dia datang beriya-iya... tunjuk baik segala... so, aku pon mase borak kat YM, takde la excited sangat...hahaha... tapi bile dah tahap macam ni, dah la muda dari aku, pastu konon marah kat aku sbb kurang ajar, main2 add FB pehtu tak jadik... dan kate diri dia tu baik, sopan... haih... dan bila dapat layanan macam ni, aku takde nak susah-susahkan diri lagi... have to say...

bye bye Niazurul... hahahahaha... (lambai-lambai miss unibes)...
maaf... anda terlalu hebat untuk menjadi sahabat saya... saya? standard golongan rakyat jelata yang gemuk dan suka makanan... tak layak berkawan dengan orang cantik gorgeous (ke?)... :)

dalam kekesalan sbb meremove sahabat-sahabat aku, tapi dalam masa yang sama, aku perlu akur pada satu perkara, hidup kita akan sentiasa bergerak... dan kita memulakan sesuatu yang baru...

kadang-kadang kita hadir dengan tidak menjangkakan sesuatu akan terjadi, tapi kita perlu percaya pada diri kita bahawa, itulah realiti yang perlu kita hadapi... pensyarah saya pernah berkata, apabila terbenamnya matahari, maka satu sejarah tercipta...

benar katanya... dan biarkan sejarah itu pergi, menjadi satu kenangan... kita mulakan langkah baru... esok akan hadir, tanpa dapat kita tahan... yang penting, esok menjelma... melangkahlah...

Salam Maulidurrasul 1432H... meskipun ianya bukan satu kewajipan... jadikanlah ia salah satu kenangan ye... :) sebagai mengingati Muhammad s.a.w dan juga permulaan kepada satu kelahiran baru iaitu hari esok :)