Mdm X: dia tu bagus, ada perancangan masa depan. dah ada rumah, dah plan bila nak kawen. tau apa nak buat. tak macam dia ni (aku). hu ha hu ha sana sini. takde perancangan masa depan langsung!
Me:
Ekspresi semasa: senyum n sengih
Realiti: ok. enough! i dont hve to canang to everyone apa yang akan aku buat for future.
tak perlu kot nak bagitau, aku ada awek ini n itu, nak kawen masa ni & masa tu.
dan aku tak rasa aku perlu bangga untuk rumah yang dibeli bukan hasil titik peluh aku, tapi hasil kerja parent aku.
yeah. aku tak mampu ada rumah besar gile babi. tak mampu nak beli kereta mewah sangat-sangat. as long as aku ada tempat nak berteduh, ada kenderaan cukup. sebab itu yang aku mampu.
kalau aku ada dua beradik macam mamat tu lain kes. ni ada lapan beradik yang macam semut hurung gula. parent aku boleh berhempas pulas untuk mendapatkan harta dorang, kenapa aku nak beriya berebut benda yang bukan hasil usaha aku.
masa aku 2-3 kali kemalangan, abah ada cakap suruh jual kereta tu, dan beli kereta yang lebih berjenama. abah sanggup bayarkan. i said no. takpelah. biar kereta murah. aku rasa lebih baik dari kereta mahal, tapi adik beradik mencemuh kata aku anak manja. dengan kereta murah ni la, abah selalu senyum duduk kat sebelah. dia taknak naik kereta lain dah.
Mr X: terima kasih man sebab bantu sekolah. bile nak kawen man? oh takpe. kerja je la. boleh bantu mak banyak-banyak, tolong itu n ini.
Me: mak saya kan dah takde.
Mr X: oh. lupa la. takpe. kerje kuat-kuat untuk bantu sekolah.
Ekspresi semasa: senyum n sengih.
Realiti: ok. enough! im alone. saya takde sesiapa kecuali diri sendiri. mereka dah lama pergi.