Salam.
Bila bulan Mei menjelma, hari guru tiba lagi. masa taip ni pon, dah lepas dah hari guru tu. tapi masih lagi ada beberapa sekolah yang menangguhkan sambutan hari guru untuk memberi laluan kepada peperiksaan. terpulang la pada mereka ye. dengan rasional yang jelas, maka sambutan ini boleh dilakukan bila-bila masa. macam sekolah aku, ianya disambut pada 18hb sebab 16hb tu cuti. Johor katekannn...hehe. tapi ade yang terus tangguh sampai 25-26-27. ala,. takde hal la.
so, tahun 2014, sebagai Pengerusi KEBIRUS
aku masuk sekolah ni 2012, selepas sambutan terakhir hari guru di MK, so 2012 xtau ape cer lah. pada 2013, sambutan 1st aku kat SMK Seri Kota Paloh. hurm, rasa agak pelik gak la. mmg lain lah. masa tu mmg aku terasa aku berada dalam time-machine pehtu keliling aku semua benda berputar. (alah korang imagine senirik la. jangan yang idak-idak ye). dapat la hadiah. meskipun tak penuh seat belakang macam tahun 2010-2011-2012.hehehe... xpe la. dah lepas. dapat la tengok 'orang-orang' dapat 'anugerah-anugerah'. i just duduk dan melihat sambil letak tangan kat dagu. ngape gitu? sbb sehari sebelumnye dah gigih buat scallop bagai kat dewan terbuka, so hari kejadian aku penat. tengok la persembahan pelbagai dari pelajar. ah. dah lepas. malas citer
2014 menjelma. tahun ni macam lain sangat. puncanya sbb takde budak nak buat persembahan apa-apa. rasa gelabah lak. mujurlah kehadiran HEM baru dan Pengetua baru ala-ala menyuntik semangat baru dalam kalangan guru. tiba-tiba majoriti guru nak buat persembahan. so, hari guru mmg hari guru tunjuk bakat terpendam. menari la, menyanyi, main gamelan. senang la kije den. staff pon nak join, so sonot la jadinya.
7.20-9.00
perasmian - ucapan-ucapan dan perutusan dan ikrar oleh encik rahman dan yearghhhh!!!!!!!. akhirnya pokcik amman aka abdul rahman yang gila mikrofon ini telah kembali mengetuai nyanyian lagu Guru Malaysia.muahahaha... (haruslah citer part aku je. blog aku kan :P)
9.30
start sukaneka. aktiviti ni biasanya dedulu, cikgu2 lelaki semua hambat gi padang lawan bola. cikgu pompuan main air ape segala la.
so tahun ni, semua dok setempat.
game: main bowling kelapa (majoriti fail)
game: mumia (mumia duduk pon ada. tapi gigih la ko nak bergerak bagai.hahaha)
game: jalan atas tempurung (bebudak semua taktau. name je kampung tapi xtau game ni. siap ade pecahkan tempurung lagi. dia ingat Thaipusam ape)
game: sungai asid (kalau asid betol, mmg balik tu OKU abeh semua)
pas abeh game-rehat
rumusan:
semua enjoy meskipun dicepatkan sbb ujan rintik2. tapi dalam ujan tetap main. besa la. jiwa kanak-kanak masih utuh dalam diri chegu2 tua :P
10.45
ceramah guruku sayang
pastu persembahan tarian pembukaan - cantik dah cuma kene lentik lagi
pastu tarian endang - gigih ibu2 menari. pas menari, mengah
pastu tarian tradisional India - mmg naik syeikh la. menghayati sangat
pastu gamelan - terkesima kejap. ok. macik2 ni mmg terror main.
pastu lakonan pelajar - jalan citer streotype tapi aku meleleh. yg aku meleleh part cikgu kutip sampah dalam kelas. sbb... entah. kdg2 aku suke buat benda tu. walaupun lahiriahnya aku malas nak mengemas but when it come to my student, aku sudi buat.hahaha (poyo tak?)
pastu tarian chacha - teringin nak buat tapiiiiiiiii..............
dan last sekali nyanyi lagu Biarku Menjadi Lilin. lagu yang typical hari guru tapi...........
anyway, respon pelajar dan guru
ini kali pertama terasa meriah menyambut hari guru disini
pengetua terkejut dengan kesudian staf buat persembahan
dan semuanya menyeronokkan
mungkin ada beberapa kekecewaan yang melanda sepanjang majlis namun bila selesai kita akan lega. gambar nanti baru upload.