masuk 2014, bermula fasa baru kehidupan. takde abah dah. adik beradik? hurm. ade sorang akak je kot.
alam persekolahan bermula dengan agak kurang best. datang-datang meeting pertama je, tgk drama pergaduhan antara sesama admin. haih la. stupidostos ya amat. terasa jijik. tu la. dulu bile orang ngata dia orang kampung, tak terima kenyataan. la ni mmg perangai kampung pon.
bulan pertama persekolahan, sekolah dikunjungi berbagai-bagai makhluk ppd, jpn. puncanya? yeah. sekolah band 6. kenapa band 6? sbb prestasi pelajar teramat jahanam. hurm. dan seperti biasalah. guru-guru dipersalahkan sebab tak mengajar betul-betul. hurm. terima aje la. bila kita bagi alasan pelajar tersebut memang lemah, dia kata kita ngajar sambil lewa.
kalau dah budak-budak tu datang dari kelas hujung sekolah lama, kumpul kat sini plus budak buangan sekolah lain semua dihumban ke sini, ape yang boleh diharap? membaca tulisan rumi pon kadang-kadang kelaut. lom lagi tulisan Jawi, Tamil dan Cina. silap-silap tak faham ape kita cakap kat depan.
so, mmg orang-orang 'atasan' yang fefeeling mulia pon datanglah ke sekolah pantau itu ini. siap ade komen kenapa kelas tak cat, pengajaran membosankan, dan pelbagai lagi lah. yelah. memantau pon carik salah. mmg itu la hasil yang keluar. yang pantau pon, bidang ape-ape, pastu pantau bidang lain. pulaknye yang memantau tu majoriti bekas cikgu sekolah rendah n some of them masuk ke ppd tu pon bukanla sebab cemerlang.hahaha. sbb bermasalah gak. macam mana ko nak banding pengajaran sekolah rendah dengan menengah? maybe next time, aku nak mintak tunjuk ajar la dari pemantau ni cara-cara mengajar. ye lah kan. diorang kan pemantau. sebelum memantau mesti la ilmu penuh di dada. tak gitu?
ni citer pasal pentadbir yang cemerlang gilang gemilang. tak habes-habes la citer pasal dapat anugerah itu, anugerah ini. pengalaman itu, pengalaman ini. hai la. datang dari satu sekolah je kot. malas la pk. sekolah harapan negara katanya. ape la sangat kan bekas cikgu sekolah kluster macam aku.hehehe. kalau dulu pengetua target subjek aku GP jarang lebih dari 1.5. sekarang ni ala-ala 3.00 tu pon orang da start pertikai itu ini.huhu. target je kot. menggelabah lebih la dorang ni.
mmg betul kot kata member aku. kat Johor ni dilihat pencapaian guru-guru tu berdasarkan kepada benda-benda aneh yang dilambakkan kat murid berbanding kemenjadian murid tu sendiri. buat sistem tu sistem ni. tu yang dapat anugerah berbakol-bakol tapi pelajar?
but seriously, bekerja kat JB penat, stress tapi keje settle. kat sini, keje tak pernah habis, stress dan tak settle. terlalu menekankan benda remeh sampai benda penting dilupakan. tu belum kes orang atasan fefeeling semulia malaikat. takleh sentuh. mula la meracau. citer bohong toksah citer la. mmg dah mcm makanan. putar sana sini. kene batang idong melenting. hahahaha... lawak la dorang ni. ugut cikgu-cikgu macam ugut budak-budak. kadang-kadang lawak, kadang tu bosan dengar.
apa pun, aku cuba sedaya upaya mengikut rentak yang diputarkan. kalau bukak muzik tango, takkan kita nak menari zapin ye tak? settlekan keje sebaik mungkin. kalau dapat peluang, terus capai.
penat badan boleh berehat, penat otak tak membawa bahagia. masuk hospital bahagia tu mungkin.hahaha