Assalamualaikum.
Pada 11.09.2013 jam 12.28, ayah saya telah disahkan meninggal dunia dan
seterusnya selamat dikebumikan jam 5 petang.
terima kasih
kepada semua sahabat yang mendoakan kesihatana ayah saya bermula dari
masuknya beliau ke wad hingga tengahari tadi. namun, kita manusia hanya
mampu berikhtiar, Allah merancang segalanya. semoga doa kalian akan
menjadi rahmat untuk ayah saya.
Setiap yang bernyawa akan merasai mati. Kita sayang sesuatu tapi sayang Allah lebih dari makhluknya. terima kasih semua
itu ialah mesej yang aku sampaikan kat facebook. dulu mak pergi, sekarang abah pulak menyusul. bukan satu kenyataan mudah untuk kita menerima orang yang kita sayang pergi. so here the story.
aku - yang menulis
adik - kakak penulis
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
29 Ogos 2013
aku bercuti sebab abah terlantar sakit. makan taknak. minum pun perlu dikejutkan. kadang-kadang bila rasa risau, aku kejut jugak abah bagi makan cranberries kering sekadar untuk membolehkan dia sedikit bertenaga dengan benda manis. air yang dia minum, kadang-kadang meleleh keluar. dia langsung tak berdaya nak bangun. terpaksa pangku dia untuk suap. dan masa sama pampers silih berganti. adik sedaya upaya membersihkan najis abah berganti-ganti dengan abg ipar. aku jadi tak keruan sebab taktahu apa punca abah demam macam ni sekali. masa tu memang kami dah risau teramat sangat. abang ipar terpaksa balik ke rumah atas urusan keluarganya sendiri
30 Ogos 2013
ambulan dipanggil sebab dah tak tahu apa yang boleh dibuat lagi. pada jam 8.00 am, abah dibawa ke
Hospital Enche' Besar Hajjah Kalsom. disitulah sebenarnya permulaan untuk kami semua bergelar anak yatim. abah di bawa ke bahagian kecemasan dan trauma. dia dibersihkan sebab ada najis tertinggal dalam pampers.
ada MA yang tanya kenapa tak bawak awal? Ya Rabbi, kalaulah kami tahu abah dalam keadaan kronik macam ni sekali. barulah di hospital ni kami nampak kaki abah memerah, ada lapisan berair. ah. semuanya yang tak pernah kami nampak semasa di rumah. semuanya yang abah sembunyikan dalam pakain dia. kaki abah dah rosak sebelah disebabkan kencing manis yang dia hidapi selama ni. patutlah langkahnya terlalu lemah. patutlah dia tak merasa pasir yang dipijak. patutlah kasutnya tak berasa langsung.dan abah memang degil untuk ke hospital. abah sangat pemalu untuk menceritakan hal sebenarnya.
Ya Allah. kalaulah kami nampak semua ni, pastinya dari awal dah kami buat langkah yang lebih tepat.
31 Ogos 2013
abah dimasukkan ke wad biasa. adik beradik semua dihubungi.
hati mana yang suka melihat ayah sendiri dipenuhi wayar. tangang, badan, mulut. Ya Allah. sememangnya terasa bersalah sebab tak perhati betul-betul abah.
waktu tengahari abah terbangun. dia bukak mata. dalam kepayahan menutur ayat, dia kata dia nak solat. sebab dah masuk waktu. abah angkat tangan nak takbir tapi teramat payah sebab wayar yang berselirat. abah baca satu persatu ayat lazim yang biasa dibaca. dalam sakit, rasa bersyukur sebab abah masih lagi mampu mengungkap ayat-ayat Allah.
1-6 September 2013
sepanjang minggu tu aku cuti untuk jaga abah kat hospital. bergilir dengan yang lain. hasil perbincangan dengan adik beradik lain, kami bersetuju untuk membenarkan doktor memotong kaki kiri abah. bukanlah kami terlalu kejam merelakan abah cacat. namun semua tu usaha untuk membolehkan abah kembali sihat. ada satu masa sebelum abah bernafas menggunakan ventilator, abah terjaga dan nak jumpe adik. alhamdulillah abah dapat bercakap dengan adik.
abah mintak merayu pada adik nak balik rumah. mungkin dia takut dengan aku. yeah. abah pernah cakap aku agak garang. adik je boleh pujuk aku. adik suruh adik sabar, n suruh dia berehat kat hospital sampai sihat. ingat Allah banyak-banyak. adik basahkan bibir abah. then abah terus berzikir. sampai lah saat, abah mula bernafas menggunakan mesin dan seterusnya dimasukkan ke icu.
7 - 8 September 2013
abah dimasukkan ke icu. kami disuruh untuk bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. 50-50. doktor menunggu waktu stabil untuk membolehkan proses pemotongan kaki
9 September 2013
abah dimasukkan ke wad pembedahan. kaki abah siap dipotong. melihat abah kudung sebelah, terfikir macam mana nak meyakinkan abah untuk terus hidup dengan sebelah kaki. bagaimana nak meyakinkan dia, kami akan sentiasa ada bersama-sama dia.
10 September 2013
kaki abah disemadikan. ya rabbi. terasa sayu hati ni. kaki dibawa dengan kereta aku sendiri. teriang-iang bacaan yaasin sepanjang perjalanan. kami rasa lega dengan kejayaan pembedahan. dengan harapan, supaya abah akan selamat.
11 September 2013
doktor memanggil aku dan menyatakan selepas ni, kami akan benarkan sesiapa ahli keluarga untuk melawat. aku menyangkakan abah akan pulih. tak terperasan air mata yang menitik dipipi doktor. dalam hati berbunga bahawa abah akan sembuh. abah akan ok.
aku datang dekat dengan abah, bercakap sebentar. suruh dia sentiasa ingat Allah. ajar dia mengucap syahadah.
aku keluar sebentar untuk urusan mc kakak di Perak.
satu panggilan telefon dari pihak hospital bertanya kenapa tiada sesiapa di sisi abah? aku bingung. kan abah dah nak sihat? doktor kata - ayah awak dah terlalu lemah. dia dah nazak. tak mengira trafik, aku memecut ke hospital. dan bila masuk badan abah hampir separuh sudah memucat. abah. mengucap. abah kene kuat. sampailah terlihat ke dada abah sudah tidak berdarah, wajahnya kaku.
dan aku sedar..
masa tu abah dah pergi...
_________________________________________________________________________________
terima kasih kepada sahabat saya Zahid yang menemani saya, menguatkan hati menghadapi perpisahan abadi ini.
terima kasih kepada rakan guru yang memahami situasi saya
terima kasih kepada semua yang mendoakan ayah saya.
abah dikebumikan pada petang itu juga. pada jam 5 petang.
semoga Allah mencucuri rahmat kepada ayah saya. Kasmin Bin Lamin