hari ni 1st Ramadan.
dah setahun sebulan aku duduk kat Kluang dengan family. Ramadan kedua bersama mereka.
dalam kol 12, aku jengah keluar n then ternampak abah tengah duduk termenung sorang-sorang kat tepi pintu grill. lengkap dengan topi semua. aku tanya dia napa dok situ? dia kata dia nak tengok kebun yang nak dibetulkan jalan tu.
aku terpk, dia nak gi dengan sape? tengok pintu bilik akak aku tu tutup. (biasa la. 1st Ramadan ni kalo cuti mmg tak senonoh perangai. membuta tak hengat). then aku tanya dia nak gi ngan sape? dia kata nak gi ngan Ani. (akak). aku pon pelik. eh.biso bonar. minah tu tengah tido kot. aku pon panggil akak aku. tetibe abah aku jerit: -abah dah gi kebun la tadi-. erkkk. gitu pulak. dah tu dok termenung tu ape kes?
dalam usia dia sekarang ni, aku tau, dia perlukan perhatian.
cuma kadang-kadang tu, aku tak gemar sangat melayan sebab ada sesetengah bab, dia akan kerap menyalahkan orang itu orang ini.
contoh semalam. dia kata dia nampak abg ipar aku lempang anak sedara aku. dia kata apela budak kecik tu tau. mula tu mmg aku nak marah gak. tapi bila terfikir semula, masa kecik aku dengan abah lagi teruk kot.hahaha... jangankan lempang, kene belasah dengan ranting jambu batu lagi.ehehe...
abah bukanlah jenis orang makan nasihat.
1. dah kata, takyah fikir masalah kebun. sbb akak dah urus benda tu sama macam dia buat.
tapi abah selalu fikir akak lambat siapkan itu. tak buat ini, kebun tu terabai, kebun ni semak. dan selalunya aku akan kene terangkan balik, kebun tu luas, banyak tempat. dia berdua je nak buat bnda tu. lambat sikit tapi hasilnya ada. tapi abah tetap nak salahkan abg ipar pemalas apa semua. jenuh lagi nak backing abg ipar. siap cakap, ipar-ipar lain takde pun yang sanggup duduk rumah, keje dengan gaji tak seberapa ni.
bila dia masih lagi mengungkit, terpaksa la jugak cakap kat dia. - masa abah buat kebun tu ngan akak, kebun-kebun tu ada gak yang teruk semak samun. rumput tak beracun. kebun tu siap boleh banjir air bertakung. sekarang ni, keadaan tu dah takde. abah takyah fikir. benda tu. kutip hasil je tiap-tiap bulan.
2.dah kata jangan makan pisang dan benda manis lain banyak-banyak. ikut keperluan.
tapi abah tetap makan pisang. siap beli pisang goreng, bubur nasi dan pelbagai makanan berbentuk manisan yang akhirnya menyebabkan kaki bengkak. kadang-kadang ngeri gak tgk mcm belon. tapi abah degil. bila marah, dia kata selagi boleh makan. kang kalau dah macam arwah mak ko tu, dah takleh makan apa lagi.
haih. orang da meninggal memang la tak boleh makan bah oiiiii...
dan ada lagi kes-kes tak makan nasihat abah ni.
adakalanya mmg nak bertekak la. tapi adakalanya biarkan aje. dah bengkak nanti, bleh la ngalankan dia.haha. jahat kan.
jaga abah ni lebih payah dari jaga mak. nampak mak dulu betul-betul berehat lepas sakit. dan selalu nampak dia ceria je. kondisi abah ni berbeza. nak marah je. yang syiok tu dia ngadu kat akak, kata aku ni garang sangat. puncanya aku tak kasik dia beli motor baru. adei la. mungkin dia terlupa, waktu usia dia macam aku, dia lagi garang.
hai abah oh abah