Friday, May 25, 2012

Persepsi

ayat

aku tgk orang Johor ni, belajar kat skolah agama, tapi mengaji tatau
aku tgk orang Johor ni, itu ini dan bla bla bla


erm... kat tempat lain tu sempurna sangat ke?

berubah?

hari ni, satu benda yang membuatkan saya mengenang kembali benda-benda yang saya dah nak lupakan. saya cuba untuk lupakan perkara-perkara menyakitkan yang datang pada saya sepanjang 2011. seriously memang saya dah tak nak ingat sangat pon. cuma saya berhati-hati dengan orang yang pernah menyakitkan hati, memfitnah dan memburuk-burukkan saya. its ok. benda lepas dan tak elok, buat apa nak kenang kan?

tiba tiba hari ni, saya dapat cerita bahawa ada orang menyatakan saya sudah berubah. yeah! last year ada jugak orang kata saya berubah, saya kurang bercakap tapi bila bercakap laser. laser ke? serasa saya, sama je.
cerita baru ni, ada orang kata masa saya mula mula saya masuk ke sini, saya seorang yang senang dibawak ke tengah dan ketepi. senang cerita, boleh kowtim dengan semua benda. tapi bermula dari tahun lepas saya berubah. saya semakin sukar untuk bekerjasama dengan orang lain, nak mintak tolong pon susah. betul ke?

serasa saya, saya tak pernah berubah, tapi orang yang cuba menjadikan saya seolah olah saya berubah. saya sangkakan benda ni sudah berakhir. tapi sayang, luka yang menjadi kudis, rupanya belum sembuh dan menjadi kulit. bahkan ianya diguris kembali.

saya pelik. celah mana yang dikatakan saya taknak tolong orang?
sepanjang tahun 2011 sehinggalah tahun ini, orang yang bercakap pasal saya berubah tu, berape kali dia pernah mintak tolong pada saya ek?
masa saya menangis sorang-sorang kat hujung meja saya, siapa yang datang pujuk saya? dia ke? ada dia ambil tau kenapa saya menangis?
sepanjang tahun 2011 berapa kali dia senyum dengan saya? tegur saya? setiap langkah saya bila bertembung dengan dia, saya angkat muka dan tenung muka dia dengan harapan saya akan melihat orang yang sama, tersenyum pada saya. tapi apa yang saya dapat? dia tundukkan muka, atau beralih ke arah lain. masa tu apa salah saya pada dia? saya nak bercerita pasal dia? satu apa pun saya tak tau pasal dia. bahkan saya pulak pernah dengar cerita buruk berkaitan saya dan dia orang yang bercakap hal tu. pernah saya ambil kisah hal tu? tak. sebab saya anggap benda tu remeh. saya ingat Allah, saya belajar agama dan saya tau beza antara baik dan buruk.
cuma tahun ni, orang yang saya pernah anggap sebagai seorang kakak, mula menegur saya, bercakap, senyum dengan saya. alhamdulillah. semua tu membuatkan bibir saya seakan ingin meluncur panggilan mesra saya pada dia 'kaka' (kakak) tapi saya cepat sedar sebab saya bukan lagi insan yang pernah diterima sama pada satu masa lepas.
sehingga tika dan detik saya menulis hari ini, saya masih lagi tertanya tanya dan ternanti nanti, apa salah saya pada dia sehinggakan dia menyatakan saya berubah. pernahkah dia tahu, saya sangat menghormati dia sebagai orang yang lebih dewasa.

kerana Allah lebih mengetahui, kerana Dia yang menyediakan perjalanan hidup kita untuk kita tempuh sampai sudah kita berharap bertemu denganNya di pengakhiran nanti.