Wednesday, October 5, 2011

teringat masa dimalukan~~

bila bukak FB, terpandang gambar seorang rakan. gambar perkahwinan abang dia. dan secara automatik ternampak seorang wanita. siapa dia wanita itu? jeng jeng jeng

bukan awek aku, bukan orang yang aku minat, bukan kakak yang terpisah bertahun-tahun...

tapi dia ialah ibu kepada kawan aku. ceh! motip minat same orang tua?
adoi la. stop la berspekulasi tanpa baca sampai abeh eh! jangan la jadi macam sesetengah orang ittew, suka bergosip dan buat cerita ceriti dongeng... ooopppss!!!

perempuan tu ialah guru aku masa sekolah rendah. aku ingat lagi muka dia. sangat2 ingat. suara dia pun aku rasa aku leh ingat lagi. (aiyo!!! jangan speku aku ade skendel ngan dia okeh!!!)

ape kaitan ngan tajuk entry kali ni? hehehe

masa skolah rendah, aku bukanlah pelajar favourite. lembab, sengal. ada kat kelas yang sedang2 je.
dalam pada tu, satu masa nama aku ntah macam mana terpilih untuk satu pertandingan membaca jawi peringkat daerah. standard la, masa sekolah rendah kan. kire vogue abeh la pertandingan tu.

masa tu aku bersama-sama beberapa calon lain. tapis punye tapis, nama aku dapat la jugak masuk jadi wakil skolah. so, sblm pertandingan, mesti la ade latihan kan? kan! kan!

aku still ingat lagi cara cikgu ni latih aku. aku di suruh dok sorang2 kat bilik ape tah. disuruh bace suratkhabar jawi. ada satu tajuk tu, aku mmg aku tak tau nak sebut ape. (jangan pertikai, ustaz tatau bace jawi!!! ni citer skolah rendah ok!)

lepas tu, aku pon gi la dekat dia, tanya, "ustazah, ni nak sebut ape eh?" aku tanya dalam nada yang sangat takot, suara slow gile babi. babi pon mesti terkejut mendengar suara aku yang slow tu.

dan apa aku dapat?
"APA LA AWAK NI, BENDA MACAM NI PON AWAK TAK BOLEH NAK BACA. MACAM MANA AWAK DAPAT MASUK? TU SEBUTNYE DIDEDAH!!! DAH! PEGI SANA BACA. TU PON SUSAH!."

nak menitik air mata aku. salahke aku bertanya? dah la kecik lagi. ish!

bila tiba hari pertandingan, aku dapat artikel yang ada tulis huruf wau bertitik. adei la. mane la penah aku jumpe benda ni. masa diberi 5 minit untuk setiap peserta baca tapi aku berdiri kaku atas pentas selama 3 minit terdiam. la. rupanya dia nak kata UNIVERSITI. aku faham benda tu lepas aku baca artikel tu 2-3 kali. dan bile dah dapat, maka lancarlah pembacaan aku. alam masa 2 minit, aku habeskan bacaan tu. sayang kan. aku kalah. sikit je lagi markah nak dapat tempat ke 3.

kes kedua dengan dia jugak.

ntah nape, nama aku salu je naik untuk pertandingan agama ni. haih! kali ni hafazan lak. adui la. tensen. so, aku pon disuruh menghafal surah amenda tah.
kene lagi ngan ustazah tu. adui.

bile tibe masa kene tasmi' (semakan) aku baca gagap. leh dia halau aku.

DAH. AWAK PEGI SANA. HAFAL JAUH SIKIT DARI SAYA. :(

hina gila aku ni kat mata dia. padahal laki dia satu felda ngan abah aku. maybe sbb aku miskin kot. yelah. dia kaya. laki dia pegawai felda. bapak aku peneroka je. yang paling aku sedih bile dia layan kawan2 aku yg lain elok je. cakap lembut. salah baca, dia kata takpe, latih lagi. malu kan?

untuk pertandingan ni, sbb aku sedar aku mmg tak layak dan juga disebabkan layanan yg tak setimpal ni, maka di hari pertandingan, pagi2 sebelum bertolak, aku cakap kat kawan aku,
aku tak nak pegi, aku soh dia je ganti aku. (sbb kawan aku ni cikgu tu sayang) n aku gi perhimpunan macam biasa. nekad tak? tapi aku ada maruah. walaupun aku kecik lagi, tapi jangan la layan aku macam aku datang dari kalangan hamba abdi.

dan hari ni, bile aku nampak muka dia, takda lain, aku menyampah sangat2. meskipun muka dia ada iras2 arwah mak aku, tapi aku benci sangat ngan dia. dan sbb tu aku tak heran sangat bile anak2 dia pon ala2 tak se alim dia. menantu pon elok je time kawen bukak2. tu aku tamo citer banyak la pasal tu. sbb aku pon takde la baik mane.haha