Sunday, May 26, 2013

putar belit

dalam beberapa hari yang lepas, sorang member bercerita tentang perhubungan cintanya yang sudah pun berakhir. at first, rasa terkejut. oh my. then after a few minute, i tell him - congratulation. at last. why am i happy? not because i got a chance to cucuk jarum or masuk line tapi....

selalu jugak dengar cerita pasal bf member ni yang selalu sangat maki hamun, marah n so on. kadang pada benda yang remeh. misalnya tentang perhatian. kerjaya sebagai guru ni bukanlah sama seperti dulu. bleh rileks2 sangat tapi ada masa memang busy, ada masa memang free sangat-sangat. si bf member aku ni lak jenis tak paham bahasa. nak member aku asyik hadap dia je.
dan memang member aku ni rasanya sebaik-baik makhluk la. n of coz dia akan lebihkan family.
dalam masa sama, member ni ada tercerita pasal bf dia ni selalu marah. konon tak caring. dan kerap menuduh member ni curang, ade bf lain.

rupa-rupanya dalam diam, bf dia ni ada pasang lain rupanya. actually masa dalam hubungan dorang ni, aku kerap rasa macam ada yang tak kena. ape sebab bf dia nak syak aje. dan betullah apa yg orang kata, kalau orang tu dah biasa buat jahat, dia akan syak orang lain pon buat macam dia. nah. bukti terbentang mengatakan dia yang buat hal senanya. siap leh kutuk member aku ni.
hurm. ada hati nak ngutuk tu. please lah. cermin dulu kot muka tu.
yeah. hebat katanya.

since aku pernah borak ngan bf dia ni, so aku tau la pe'el dia cemana. putar sana sini. lepas tu act like dia la insan paling innocent.

dan yeah. aku dan beberapa rakan yang lain meraikan ke'single'an kembali member ni. lepas la ko dari mulut buaya tu.haha

Monday, May 20, 2013

Wajik - da sengal moment ever...

last time on Teacher's Day, saya dan dua orang guru India perempuan duduk la borak borak. they are Puan Paruvatharani (most of us call her Amma becoz of her age) while the other one is Puan Jayanthi. (we call he Mem, becoz she is wife of estate manager. sometime she came to school with her driver).

on dat day, Amma bring wajik dat she made it on her own and give it to me n Mem. (halal? dont worry la. Amma know Muslim very well. she is a vegetarian and prepared her food just like Muslim. ok!!)

kenal wajik tak? nah. ni gambarnye

ni bukan wajik yg amma buat tapi cilok dari blog http://aziejaya.blogspot.com/2012/03/kuih-wajik-aka-nasi-manis-buat-tetamu.html

si Mem ni kurang mahir masak-masak ni. maklumlah kan mem. so dia macam excited la nak makan.

Mem: waaa... amma. so hebat la. pandai kan buat kuih wajik ni. some people call it pulut manis. am i rite Raman?
Me: yeah. but in Johor, Javanese call it wajik. rajin amma buat.
Mem: yalah. kalau aku memang entah jadi apa nanti. Amma, macam mana amma buat ni?
Amma: just eat la. its just wasting my time telling u da recipe while u dont want to do it T___T
Mem: see Raman. siap ada putih-putih kat wajik tu. just like diamond. Amma, how do u make it a? so clever.
Amma: just eat laa!!! its a secret!!
Mem: aiyo. kannavalei!!! itu pon kedekut. just tell la!!
Amma: secret!!
Me: dont worry Jay. im goin to reveal it how to make the diamond. its only happen when u dont mix da sugar n pulut well. some part of da pulut tak kene air gula tu.
Mem: are u sure? Amma, did he telling da truth?
Me: ya la. 
Amma: dey tambi!! quiet!!! just eat la. dont talk to much. eat ittt!!! im goin to cekik u if talk much
Me: hehe :D

sekian.

Sunday, February 10, 2013

rahsia yang bukan lagi rahsia

meskipun aku bukan seorang kaunselor, tapi sebagai seorang guru, kadang kala ada saje pelajar yang akan berjumpa dan bercerita masalah mereka. dan insha allah, apa saja yang mereka katakan, selagi masih boleh disimpan, insha allah, akan disimpan. sekiranya masalah mereka memerlukan bantuan rakan, barulah aku merujuk permasalahan tersebut kepada yang lebih arif.

namun, ada juga sesetengah pihak yang kadangkala menjadikan sesuatu rahsia menjadi bukan lagi rahsia.

satu masa, aku sedang mengisi borang dan dalam masa yang sama, terdengar perbualan antara dua manusia. hurm, biasalah, kalau perbualan berunsur bisik bisik ni, biasanya syaitan akan menguatkan volume tersebut. dan sama la jugak macam situasi hari tersebut.

perbualan tersebut antara seorang yang sepatutnya dalam etika kerjayanya adalah untuk menyimpan rahsia. namun apa yang terjadi ialah sebaliknya. mungkin sebelum ni ada la mendengar sikapnya yang agak keterlaluan dalam menyiapkan kerja, dan pada hari tersebut, aku dengar sendiri bagaimana rahsia seorang demi seorang pelajar diungkapkan.

Ya Rabbi, mmg tak sepatutnya sesuatu yang mengaibkan tu dijadikan bahan cerita, apatah lagi dia mempunyai amanah untuk menyimpan cerita tersebut. apa perasaan dia sekiranya keburukkan dia dijaja orang? bangga? atau jenis muka tembok dan terus menceceh.

kadang terperasan orang orang macam ni jenis talam dua muka. kalau talam ade jugak faedah, ini dua dua page takleh pakai.hahaha... May Allah Bless U

Saturday, February 2, 2013

Maulidurrasul yang menyakitkan

hurm. 25 Januari lepas, sehari selepas sambutan Maulidurrasul peringkat kebangsaan, sekolah dah buat Maulidurrasul. meskipun agak pelik sebab peruntukkan untuk sambutan belum lagi turun, namun atas arahan, aku pon ikot jela. kang kata derhaka lak.
seperti yang pernah dibuat di SMK Mohd Khalid dulu, biasanya apa apa program akan dibincang bersama dengan pengetua terus. yelah sbb guru kanan pon soh buat macam tu kan.
kat sini since pengetua pon ok, maka aku pon menjalankan program tersebut. buat kertas kerja, siapkan organisasi, then jemput sana sini, surat jemputan sana, sumbangan, uruskan jamuan.

ada terdapat sedikit masalah berkenaan venue yang kemudiannya dah selesai sebelum majlis sbb surau takda elektrik, so, guna dewan exam. gigih la aku ngan member berdua ngan anak murid berdua mendecorate dewan yang kosong tu ngan scallop, buat pentas.
tiba hari kejadian, disebabkan rezeki yang Allah bagi lebih, maka disediakan anugerah untuk beberapa orang individu iaitu pelajar yang cemerlang dalam PMR untuk subjek aku saja.
tiba tiba masa tu jugak terlintas nak bagi plak yang lebih untuk dijadikan Anugerah Maulidurrasul. ala. plak murah je, RM9 je satu. lagipun untuk suka suka, bukannya serious.
dan dari situ, masalah pon bermula. sesungguhnya kekesalan besar apabila aku melakukan kejutan tersebut.

selepas majlis selesai, aku terdengar penerima anugerah dah menangis. selidik punya selidik, rupanya penerima anugerah telah disindir dengan hebatnya sewaktu jamuan makan. masa tu aku kat kantin sbb nak relax kejap. sindirannya ala ala nak kata, lepas ni tokoh ni kena la bagi tazkirah masa hari Jumaat.penerima tu geram sebab dia terus di giat tentang anugerah tu. sudahnya, yang sindir tu kena marah. *dalam masa yang sama, ada orang dah berbisik sesama sendiri tertawa melihat gembira.

selepas tu cuti Thaipusam, relax n yeay!!

naik cuti, aku kene panggil dengan guru kanan. aku ingatkan berkenaan fail ke apa. rupanya ala ala post mortem majlis.
1. aku ditegur sebab tak buat meeting pasal majlis
2. makanan perlu dimaklumkan supaya tunggu sampai majlis abes
3. pentadbir tak elok diberi tugasan sama macam guru biasa
4. anugerah tu tak sah dan takleh masok borang ijau.

untuk masalah pertama, aku akui memang aku silap sebab tak buat meeting TAPI ada buat taklimat berkenaan tugasan pada hari kejadian. pada aku selepas diedarkan senarai tugasan pada guru guru Islam.
kalau kat MK dulu, apabila dapat senarai tugasan, semua orang akan tahu bidang tugas masing masing. yelah kan. sebab majlis yang sama saban tahun. takkan nak kene repeat pat lima nam kali. tak gitu?
tapi takpe la. so, untuk next time, aku akan buat meeting yang dikehendaki. yelah kan. orang dah suka sangat ngan meeting2 ni. tapi time taklimat tu tak geti nak tunjuk muka pulak. padahal pada hari taklimat, semua guru disuruh masok meeting, tapi yang panggil aku lepas majlis tu tak tunjuk muka. tgh buat plan sabotaj ke? haha

masalah kedua juga akan lebih dijaga. yelah kan. tempat tempahan makanan tu jauh dari kawasan sekolah. agak lambat la sikit. untuk masa yang akan datang, aku takkan dengar cadangan 'si mangkuk' tu untuk amik caterer luar. amik macik kantin je. nyesal sangat sangat.

masalah ketiga, tentang pentadbir. alkisahnya ada nama pentadbir tertinggal dalam pamplet sebagai naik pengerusi. haduih. silap besar amat tu. :P lepas tu aku rasa la, pentadbir sekolah lama aku rileks je dapat jawatan apa apa pun since aku rasa dorang pon paham kondisi cikgu kat sekolah tak ramai. so takde hal la nak buat keje sama sama. terlupa lak aku dah berpindah ke zaman feudal di mana sistem hierarki bermaharajalela.

tentang anugerah: hahahhahahahahahhahahhaha (ketawa puas2 dulu)
dorang takleh beza ke antara for fun n formal?
anugerah tu saja saja je. mmg tak layak masok SKT. pejadah anugerah peringkat sekolah pon.
pada aku sbb yang keluar belanja untuk anugerah tu aku, so, aku tak rasa benda tu atas apa kepentingan. penerima layak ke tak? pada aku dan beberapa guru lain, penerima memang layak berbanding daripada calon yang mungkin dikeluarkan pentadbir. bukan menidakkan. cerita yang lepas tentang penerima anugerah majlis lain dalam sekolah adalah lebih kepada kroni. maaf cakap la. bias tu memang nampak sangat.
so, aku sekadar untuk menyejukkan hati penerima yang sebenarnya makan hati selalu dengan sikap orang atasan yang terlalu bias. tapi lain yang aku nak, lain yang jadi.

dan benda tu masih lagi orang bercakap. selepas seminggu majlis berlalu, ada desas desus mengatakan aku pilih penerima anugerah tu sebab dia kawan baik. astaghfirullahal azim. fitnah apa la yang cuba datang ni.
anugerah tu biasa je pon. penerima anugerah tu mmg rakan sekerja. tapi ada cikgu lain yang lebih rapat dengan aku. kalau benar aku bias, baik aku bagi kat orang lain yang lagi rapat dengan aku. atau kalau aku nak buat orang betol naik darah, aku jemput semua orang orang yang difitnah lepas keluar dari sekolah, untuk terima anugerah. tapi aku tak la bodoh sangat macam tu. aku buat sebab semua orang tahu tentang kegigihan penerima tu. dia menerima beban tugas yang banyak tapi hasil kerja dia tersangat baik. tapi ada sesetengah pihak yang tak pandang sebab lebih pentingkan kroni.

mungkin benar, wujudnya orang yang sentiasa dengki dalam diam, inginkan perhatian, gila glamour, terlalu mengejar pangkat dan nama.
waima masa aku dipanggil pon, kononnya supaya aku tahu hierarki tu supaya kalau naik pangkat, dah tau. maaf cakap. aku rasa benda tu tak termasok dalam target aku sebagai pendidik. kalau aku kejar pangkat n nama, baik aku terus tinggal kat Mohd Khalid tu dan himpit pengetua. tapi aku tak buat macam tu sebab aku taknak lari dari prinsip aku sebagai guru. aku nak mengajar.

semoga pembawa mulut tu akan hilang giginya, bibirnya bisu supaya tak lagi melemparkan fitnah berterusan.

p/s: yang citer banyak pasal majlis aku ni pon, buat apa apa program kacau bilau. lagi nak citer banyak. bodoh la.

Saturday, December 15, 2012

keikhlasan semasa berlagu.

saya suka dengar lagu. sape je tak suka eh? ada la certain orang tak suka dengar lagu dan tiadalah aku kesah dengannya.hahahhaa...
lagu yang memberi kesan biasanya dibawa dengan sepenuh hati dan penyanyi meletakkan dirinya dalam lagu tu. (cewah). dan lagu lagu inilah yang dikatakan lagu yang mempunyai jiwa. bukan sekadar melalak tak tentu hala. ada penyanyi berjaya melakukannya ( i mean meletakkan jiwa dalam lagu), dan ada yang sekadar sedap suara tapi kosong jiwanya.

pernah dengar lagu Law Kana Bainana? (bukan Lau suke Buah Kana dan Banana ye).
biasa dengar kan? kalo ceramah ceramah tu, gemar amat penceramah pasang lagu ni. nak kasik insaf katanya. actually mmg best pon. nak dengar? jom layan sat.



dah? best kan? pada saya, penyanyi ni berjaya menyanyikan lagu ni dengan penuh penghayatan. suara dia? biasa biasa je. takde perlunya terjerit jerit. penghayatan yang diberikan memberikan jiwa pada lagu apatah lagi maknanya pon indah. maka lagu lagu ini menenangkan jiwa.

ada penyanyi yang membuat cover version lagu ni dan cuba untuk memberikan yang terbaik. saya akui, suaranya sedap tapi... seakan tak kena.
mungkin sebutan dia tak mencapai tahap sebutan asal. atau... yeah. untuk sedap je.

sama macam lagu Maher Zain - Insha Allah. version pertama yang saya dengar adalah dalam Bahasa Inggeris dan kemudiannya dalam Bahasa Arab. jujurnya lagu Bahasa Arab lebih masuk dalam jiwa. sebab? itu adalah bahasa dia. macam la lagu Melayu. orang Rusia nyanyi mmg sedap. jiwa? tak semua sampai.

cadangan lagu




note: ini sekadar pandangan saya. bukanlah pakar. jangan sentap :P

Universal Studio or Legoland? Muslim-Friendly? hahahhaha

AMARAN. ENTRY INI BUKAN UNTUK MEMBURUKKAN LEGOLAND MALAYSIA. IA JUGA BUKAN UNTUK MENGAMPU UNIVERSAL STUDIO. IANYA HANYA PERBINCANGAN RINGAN UNTUK BACAAN.

tetibe tangan gatal nak update blog pasal bnda ni kan. ahahaha... semuanya berpunca dari satu status FB member aku:

[Org tnya ak apa beza uss ngn legoland...ak ckp kat uss jamban die xde paip nk cebok...tp kat legoland ade...so pandai2 lh...huhu]
so, ade la komen-komen kelakar yang aku baca misalnya:
1. Itu bezanya mlsia n ovrses 
2. then satu lg di legoland mudah nk sembahyang sbb surau ada lebih dr satu.. but di uss susah benor nk sembahyang sbb surau hanya bilik kecil tempat rehat, then nk amik air sembahyang mak aii jauh kt dlm toilet yg rata2 xde air.. cuma satu bilik tandas je yg ada air.. kne pandai cari.. so uss bkn Muslim-Friendly place jika nk dibandingkan dgn Legoland..
komen aku lak: 
TANDAS 
tandas kat Universal Studio Singapore adalah lebih bersih daripada Legoland. walaupun takde air, tapi bersih dan takde bau. compare to Legoland. air mencurah, curah tapi bau agak memeningkan. just imagine, 1st thing yang akan sambut kita after scan tiket - yeah. bau hancing. euwhhh... compare masa gi USS, toilet same gak kat depan, tapi takde la hancing pon. 
hehehe...typical malay. kalau cebok je nak kene air. kalo tak, rasa tak selesalah, itu la ini la. come on guys.
penjelasan aku yang lebih jelas tentang isu tandas ni. yeah. kita di Malaysia amat sensitif isu bercebok ni. bila pergi luar negara, kita akan start kecoh cemane nak bercebok segala.hahhaa...
soalan: anak-anak muridku. cara beristinjak tu ada berapa eh? ada dua. satu guna air, satu guna bahan kesat.
TEMPAT SOLAT 
yeah. ni adalah masalah kat USS. kalau kat Legoland, terang-terang ada surau. tapi kat USS takde. tapi adakah takleh semayang kalo takde surau? takleh? oh shit... ko boleh je solat kat mane mane. amik wuduk pon isu. gi la toilet jap. amik wuduk, bentang kain, solat. bile lagi nak tayang kerajinan korang bersolat ye tak? u shud realize, USS tu non-Muslim pnye negara. Legoland ni Malaysia-muslim? so, kene la ada surau, kalau tak mau masok paper front page! ko gile!!!
so uss bkn Muslim-Friendly place jika nk dibandingkan dgn Legoland..
yeah. mmg pon. tak dinafikan. ada surau, so Muslim-Friendly la kan.
seriously im sick wif people like this. kalau nak kate la Muslim-Friendly place, USS tu mengamalkan tahap kebersihan yang quit tinggi. takde plak aku nampak anjing-babi berlari bersepah taik tengah jalan. n toilet dia faaarrr bersih dari Legoland. so. bleh jela solat kat memane kan?
satu situasi yang aku rasakan Universal Studio Singapore adalah menarik kerana pekerjanya adalah sangat ramah. smile always. ada satu situasi yang aku rasakan menarik ialah sewaktu kami masuk ke satu restoran Pizza. bau dia memang best. bila kami masuk je, ada seorang pelayan datang dan tanya
Pelayan :are u Muslim? 
Aku: Yes, we are. 
Pelayan: oh. sorry Sir, here we serve non-halal food.  if u want halal food, there's a halal fastfood front there bla bla bla...
Aku: oh. thanks ya
dia sangat sopan ketika menerangkan dan dia bukan Muslim. dan kalau anda masuk ke Candylicious, di situ ada menayangkan halal n non halal candy. so? dont u think its a Muslim-Friendly place?
kalau la pasal susah nak tukar telekong n so on. nak tanya cket la. perempuan Islam kemana mana kene tutup aurat kan? bukan takat dalam solat kan? kalau rasa aurat tu dah lengkap, solat jela. lain la kalau ko pakai baju macam tak cukup kain, pastu ngomel pasal susah takde surau nak tukar baju. sepanjang2 jalan tadi ko dah berpakaian tapi ala2 telanjang. so?
dats call a typical Malay. not Muslim. u can beribadat kat memana je. 
bout dat toilet yang berair banyak sangat tu? fikir fikir la sendiri....
situasi ngeri seorang abang dan adik (teda kaitan ngan entry):
Abang: semalam adik ade rasa apa apa tak?
Adik: semalam rasa macam nak terberak je.
Abang: beriya aku berdoa supaya ko jadi Ultraman okeh :3

Adik: Oh. Yew kew. baiklah. saya akan bertukar sekarang :3

Friday, September 28, 2012

sengal berganda.hahahaa


tajuk: botak kepala

ade satu masa, budak jumpe aku n bertanya:

budak: cikgu. ape hukum botak kepala?
aku: bagusla. ok what. masalah disiplin takde, kutu n kelemumur pon ilang.
budak: ade ustaz cakap, botak kepala tu tak berdosa sebab menyerupai satu kaum ape tah
aku: erk!! $&&^&^@(&^#)

bile balik rumah citer kat abah, selamba badak abah jawab:
abeh orang balik haji yang botak botak tu berdosa la ye?
aku: erk!! $&&^&^@(&^#)