For The Rest Of my Life I praise Allah for sending me you my love You found your home and sail with me And I`m here with you Now let me let you know You`ve opened my heart I was always thinking that love was wrong But everything was changed when you came along OOOOO And there is a couple words I want to say Chorus: For the rest of my life I`ll be with you I`ll stay by your side honest and true Till the end of my time I`ll be loving you...loving you For the rest of my life Thru days and night I`ll thank Allah for open my eyes Now and forever I…I`ll be there for you
I know it deep in my heart I feel so blessed when I think of you And I ask Allah to bless all we do You`re my wife and my friend and my strength And I pray we`re together in Jannah Now I find myself so strong Everything changed when you came along OOOO And theres a couple word I want to say
*Repeat Chorus I know that deep in my heart now that you`re here Infront of me I strongly feel love And I have no doubt And I`m singing loud that I`ll love you eternally
citer pasal ketam ngajar anak jalan mmg famous amous (eh.. sedapnye cekleat ni) aaaaaaa.... terkonar baring... ape ek... haa... citer ni mmg pemes gile a... tapi kan pada saye, dia bagi dua maksud yang exceli korang pon leh paham gak sebenarnye khen...ekekeke... jangan risau... dedua adelah positif ok... aku tamo citer lagha arini... astaghfirullah...
Versi 1. satu hari mak ketam jalan-jalan... pehtu dia terserempak ngan anak dia... dia nyorok kat balik batu... dia ngintai anak dia berjalan...
adeh...sakit ati dia tgk anak dia jalan kedek2 camtu...ngiring sebelah jek... ape hal anak aku ni... macam OKU seh... padehal telur masuk inkubator tu...
akibat terlalu geram, mak ketam melompat dari balik batu.... huaarrrrrgggggghhhh... katenye... maka takajutlah anak ketam terkencing2.... T_T (sangat tak senunuh ye perlakuan ini adik adik... sila jangan contohi mak ketam ini)
mak ketam berkata: oit anak aku... ko ni pehal la... susah sangat nak jalan betul... terseksa jiwa raga aku tgk ko berjalan okeh...
anak ketam ala dengar tak dengar sbb dia khayal...berkatalah anak ketam dengan poyonye
anak ketam: adeh la mak... ni seme mak pnye pasal la... dari saye terberanak sampai skrg ni, saye tgk mak pon jalan senget bleh ak...
mak ketam terkedu... sambil jatuh terjelepuk
Moral of the story mory the morning glory: (nak ngajar orang, tapi sendiri cam hampeh)
Versi 2 satu hari mak ketam jalan-jalan... pehtu dia terserempak ngan anak dia... dia nyorok kat balik batu... dia ngintai anak dia berjalan...
adeh...sakit ati dia tgk anak dia jalan kedek2 camtu...ngiring sebelah jek... ape hal anak aku ni... macam OKU seh... padehal telur masuk inkubator tu...
akibat terlalu geram, mak ketam melompat dari balik batu.... huaarrrrrgggggghhhh... katenye... maka takajutlah anak ketam terkencing2.... T_T (sangat tak senunuh ye perlakuan ini adik adik... sila jangan contohi mak ketam ini)
mak ketam berkata: oit anak aku... ko ni pehal la... susah sangat nak jalan betul... terseksa jiwa raga aku tgk ko berjalan okeh...
anak ketam ala dengar tak dengar sbb dia khayal...berkatalah anak ketam dengan poyonye
anak ketam: adeh la mak... ni seme mak pnye pasal la... dari saye terberanak sampai skrg ni, saye tgk mak pon jalan senget bleh ak...
mak ketam takajut dengan kata-kata anaknya itu...lantas menerajang anak ketam...hiyaaaaaaaahhhh
mak ketam berkata: anakku yang gedik lagi urban kekononnye... ko dah nampak mak ko payah jalan gini, dah ko ikut tu ape hal? ko takde identiti sendiri ek hah? seme nak tiru orang... cemane nak maju neh...
eh please la eh... mak idop susah sbb takde orang nak ajor mak... ko tu skolah tinggi2... tapi perangai cam bangau... agaknye kalo mak ko ni jalan sambil terkentut pon ko nak buat jugak... ape hal la budak ni...
maka, sedarlah anak ketam akan dirinya itu... kali ni dia plak yang terjelepuk sambil bertanges-tangesan
moral of the story... jadilah diri kita... jangan tiru orang... kita mesti melakukan konsep mobiliti sosial dalam idop kita...
“Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia”
Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.
Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.
Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini..
Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.
Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.
Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.
Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.
Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.
Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan.
Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.
Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.
Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.
Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.
Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.
Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.
Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.
Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.
Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.
Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu Intan.
Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh..
Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.
Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.
Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.
Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.
Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil.
Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.
Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.
Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.
Engkau duduk di bumi Tuhan Engkau berjalan di atasnya ke mana-mana tetapi Engkau derhaka padaNya
Engkau makan rezeki milik Tuhan Engkau miliki apa saja Malang sekali engkau tidak pedulikanNya Engkau terima nikmatNya
Tidak pernah Tuhan meminta bayaran Takut engkau tidak bersyukur padaNya Sedangkan manusia berbudi dengan kita kita tidak patut tidak mengenang budi tidak mengenang jasa manusia pada kita jiwa sesiapa pun tak boleh menerimanya
Inikan pula Tuhan yang mencipta menghidupkan dan memberi segalanya tiba-tiba kita mensyukurinya / membesarkanNya
ertinya kita adalah manusia yang tidak berhati perut yang tidak sedarkan diri dan membesarkan diri
bahkan manusia yang membesarkan diri dan sombong terhadap khaliqnya itulah diri engkau tidak mungkin menongkat langit
di suatu hari nanti engkau menemui Tuhan pencipta engkau disanalah nanti engkau akan menyesal tidak berkesudahan
dia pergi takkan kembali 13hb, mak kata, najis yang dia buang hitam... aku cuma kata, maybe sebab pil arang yang dia makan untuk tahan cirit... ade sebelum tu, mak pernah terbuang air kat bilik tidur... kesian mak... dia menangis... dia tak tahan katanya... dia menangis... aku ngan akak suruh mak gi bilik air cebuk ngan mandi sekali... mak pakai pampers dia untuk elak ade keciciran... aku ngan akak berdua, basuh najis yang ada kat tilam, tikar... takde terdetik dalam hati aku mak menyusahkan... cuma aku kesian sebab mak tak tahan... bila mak dah siap, aku tengah lap tempat bekas najis tu... aku cakap nak kasi kering ngan ilang bau... dia tersengih sebab bau busuk... hanya dia tahu apa yang nak terjadi sebenarnye... malam tu, dia makan biskut yang akak blender ngan air... sebab mak memang tak lalu nak makan
14hb... pagi, aku tak gi memane sebab ade orang meninggal... bila petang, aku gi kebun. abah duduk rumah... mak masih sakit perut cirit birit katanya... abah teman mak... agak lewat aku balik dalam pukul 7... mak dah siap mandi... berehat... bila malam, hanya aku ngan akak ke bandar untuk beli pampers mak... mak kata dia taknak ikut sebab takut tercirit dalam kereta... mak suruh abah pegi, tapi aku cakap biar la abah teman mak... kalau nak harapkan.... aku belikan mak pampers 2-3 bungkus sebab dia kene cirit... pastu belikan nestum untuk dia makan alas perut... taknak mak lapar... bila balik, mak tengah baring je... aku ngan adik masuk bilik tanye mak dah makan ke? pastu adik terperasan telinga mak dah turun... aku ngan akak aku bergurau ngan mak macam biasa... mak ketawa... tak sangka rupanya tu kali terakhir kami bergurau... siapa sangka... lepas tu adik dah siapkan nestum ngan air milo... mak kedepan makan... bila dia macam tak selera, aku paksa mak makan...untuk buat tenaga... akak aku membebel tah hape-hape... abah pun same... tapi mak tak layan... sampaikan aku soh adik stop... bior jela mak makan... lepas mak baring kejap, dia masuk tido... malam tu, aku tak teman dia tido... aku main internet kat depan... ikan kaloi menyondol akuarium... air berkocak kuat... aku pelik gak... dalam kol 5, abah kejut... katenye mak tercirit depan tandas... dia suruh aku jiruskan... bila dah siap jirus ngan letak sabun, mak panggil... dia kata dia tak daya... aku bangunkan mak, soh jugak dia jalan slow ngan tongkat dia... dia jalan slow ke bilik ngan abah teman... bila sampai kat tilam abah, mak terbaring... dia asyik kata dia tak daya... aku risau sangat-sangat... adik terbangun... mak macam berguling kat katil kata tak daya... dia kata nak mati... adik suruh dia mengucap... macam biasa dia bergurau... mak mengucap... lafaz yang perlahan... tiba-tiba dia panggil mak, yah... bila abah siap solat, mak panggil abah mintak tolong... abah datang dekat dan pegang perut mak... kami semua sangka dia memang sakit perut... akak aku suruh aku solat dulu... bila siap solat, aku pulak jaga mak... takut dia jatuh... mak suruh akak bacekan yasin. dia kata dia dah nak mati... akak aku ajar lagi syahadah... aku bacekan yasin sampai habis... mak kurang meronta masa tuh... dia kata dia nak ke depan... aku ambil kerusi roda dan tolak mak ke depan... bila baringkan kat depan, orang yang abah panggil untuk ubat mak sampai... mak kata dia nak tido... kami pun baring... bila orang tu nak mula ubatkan, dia suruh panggil nama mak... kami datang dekat mak... panggil dia... dia diam... ingatkan dia tido... kejut lagi... badan mak dah sejuk... dada mak je panas sikit... akak letak tangan dekat hidung mak... takde.. tapi tak puas hati... kami dah bimbang... mak masih tak bangun... dada mak tak berombak lagi... mak... kenapa mak tak bangun... mak jangan main-main mak... din pegi panggil nurse... akak pegi jemput jiran... semua orang datang... diorang semua menangis mak dah pergi... 7.30 pagi, mak disahkan dah tiada... dalam sekejap masa, rumah dipenuhi orang... di luar orang lelaki baca yasin di tengah laman... aku temankan mak tunggu orang mandikan jenazah sampai... bacekan yasin... bila sampai, orang suruh angkat mak ke tempat mandi jenazah... badan mak hangat... tapi kaku... kakak-kakak mandikan... mudah sangat urusan katanya... dalam jam 10.30, mak siap dikafan... jam 11 pagi, mak sudah berada dalam liang lahad... orang kata tanah untuk gali tu lembut... mudah sangat kerja... sedangkan masa tu, hujan dah lebih setengah bulan tak turun... liang mak lapang... bila siap talkin... kami pergi tinggalkan mak... jam 12... hujan turun... lebat... seakan menangisi pemergian mak... orang kata wajah mak, bersih sangat masa kafan... masa aku cium mak, terasa pipi mak basah... masa akak celakkan mak, hujung mata mak berair... mak seakan sedang tidur... terlalu cepat mak pergi... mak telah pergi perginya tak kembali kerna kita kasih tapi rabbi lebih mengasihi
erm....posting ni takde kaitan dengan yang sebelum ni eh... maybe ade kaitan sebab yang tulis tu orang yang sama
masa kursus DPLI dulu, aku selalu diingatkan untuk merendahkan level pengajaran aku dari tahap universiti kepada tahap sekolah... aku pelik!!! kenape plak?
apabila melangkah ke sekolah, baru aku tau kenapa... kadang-kadang aku terlupa yang aku dulu pernah remaja... dan sama macam mereka... aku tak tau... guru mengajar aku
sekarang aku faham macam mana situasi seseorang guru nak memberi anak-anak didik faham... tak semudah mengambil makanan dan menyuap ke mulut...
Ya Allah... Aku insaf... selama ni aku terikut dengan sikap sesetengah orang yang memperlekeh guru-guru JQAF, guru sekolah rendah... tapi kini aku sedar, mereka adalah insan yang paling mulia kenapa? kalau mereka tak fahamkan aku masa kecik tentang apa yang mereka ajar mungkin hari ni aku bukan disini
dan kini aku bertanggung jawab macam mereka untuk memberi kefahaman... untuk menjadikan meneruskan usaha menjadikan mereka manusia
kerana sebelum ni aku menyangkakan kita sama rupanya baru hari ni ku sedar
rupanya kita tak sama
tadika - macam mana nak bagi mereka tahu K-O-P-I sekolah rendah - nak kene bagitahu kenapa kopi itu hitam sekolah menengah - macam penangan kopi tuh universiti - kesan minum kopi
kerana kita tak sama tapi sering kita sangka mereka tu sama
ape tuh? tajuk bosan kan? ahahaha....like i care...
erm...memegang title ustaz (wannabe :P) is not that easy... ops....
bila cakap pasal ustaz, biasanya orang memandang ianya sebagai status yang really high class sampai menjulang ke langit dan mencapai arasy Ilahi.... ustaz tu dilihat sebagai sangat hebat, maksum, dan kadangkala diumpamakan sebagai malaikat yang turun dari langit dan kemudiannya mengajar manusia...
hasil dari pemikiran sebegini akhirnya melahirkan kelompok manusia yang merasakan dirinya hebat apabila memegang status tu... dan dari situ, bermulanya bibit-bibit rasa angkuh pada diri dan merasakan diri tu adalah maksum apatah lagi dengan sanjungan orang sekeliling...
dari itu lahirnya juga golongan hipokrit yang kononnya alim mulia... melihat rancangan mulia seperti forum perdana ehwal Islam, mendengar nasyid sahaja... jalan bersopan... berpakaian sopan...
apabila melihat sesuatu yang pelik terus dilabel sebagai dosa, maksiat... kalau seorang ustaz mendengar lagu Inggeris, dipanggil ustaz sekular, kalau ustaz menonton sesuatu yang pelik, maka ianya akan dikatakan ustaz yang liberal bla bla bla...
tapi adakah ianya pemikiran seluruh dunia?
salah ke mendengar lagu-lagu Inggeris? salah ke melihat filem-dilem Inggeris?
aduhai...sampai bila...
aku bukan nak halalkan sesuatu yang haram... atau mengharamkan sesuatu yang halal...
pada aku, kalau kau ingin berdakwah, maka kau kene tahu bentuk manusia yang ingin didakwah... adakah erti berdakwah tu dengan pergi ke satu tempat dan terus melabel ini halal, ini haram?
come on...
Allah beri kita akal untuk kita guna... bukan la bermaksud apabila kita dengar sesuatu, maka kita akan join terus... Allah bagi kita akal untuk berfikir, bukan untuk kita sekadar membaca dan terus bertaklid... menghadapi dunia hari ini, bukan seperti dulu...
penanganan masalah sosial pada hari ini bukan seperti memukul budak dari buat jahat dan esok dia akan baik...no...
kalau kita mungkin menerima itu sebagai satu bentuk pengajaran, adakah kita yakin orang lain akan menerimanya dalam bentuk yang sama?
mungkin kita terlupa, Allah menjadikan manusia dalam berbagai bentuk, warna dan rupa bangsa... maka kita perlu menerima orang lain dari kita dengan cara yang sama iaitu dari segi bentuk, warna dan rupa yang berbeza... bukan semuanya sama....